Monday, March 7, 2011

Memujuk nafsu

 

image

Betapa sedihnya keadaan saudara-saudara kita... Mereka seolah-olah hidup dalam penuh ujian setiap hari dan ketika.
Dan lihatlah kebiadapan musuh-musuh Allah, yahudi zionist dengan tanpa letih, malah dengan penuh kebencian menangkap dan menyiksa adik-adik dan abang-abang kita, di Palestin.

Bagi kita yang masih merasai ikatan ukhwah dan kasih sayang sesama Islam, marilah kita sama-sama paling kurang mengambil tahu berita dan keadaan mereka, adik-adik dan abang kita, mereka jugalah makcik dan pakcik kita.

Hadis Rasulullah s.a.w. " bukanlah dari golongan kami, orang yang tidak mengambil tahu penderitaan orang Islam."

Di ruangan ini terdapat sedikit informasi dan perkembangan terkini tentang saudara saudara kita di Palestin, tanah lahirnya nabi-nabi dan kiblat pertama umat Islam.

Silalah ziarah laman di alamat http://www.infopalestina.com/index.asp
(Safe kan addres dalam "Favorites" anda).

Sekurang-kurangnya kita dapat menafaatkan pengetahuan tentang berterusannya musuh Allah bekerja, dan kita tidak lagi termakan dengan tipu helah mereka. Saya katakan kita, sebab selalunya bila bercakap tentang Palestin, kita selalu perkatakan tanggugjawb dan kerja orang lain, OIC lah, kerajaanlah, orang Arablah, Saudilah, Amerikalah dan ......... dan orang lain juga, sampailah akhirnya kederat dan upaya individu kita bukan saja tidak digunakan untuk membantu saudara-saudara di sana malah membantu musuh-musuh Allah.

image

Contoh terdekat ialah kita masih berminat untuk berbelanja dengan produk dan syarikat-syarikat zionist dan yahudi di Malaysia. Saya masih lagi katakan kita sebab, kita lah orang yang pertama ditanya dulu di depan Allah tentang keupayaan diri kita. Sejauh mana tindakan diri menyekat nafsu kita dan anak-anak untuk tidak berbelanja dengan musuh Allah atau agennya.

Bacalah berita-berita dan peristiwa mereka, adik-adik dan abang-abang kita lalui sekarang dalam mempertahankan tanah suci umat Islam. Kekalahan atau kemenangan mereka, banyak bergantung kepada sedikit usaha kita mengekang nafsu dan kebiasaan kita membeli dan berbelanja kepada keuntungan syarikat-syarikat yahudi dan agennya. Perjuagan kita untuk tinggalkan Milo dan Nescafe tidaklah sehebat mana jika dibandingkan dengan pengobanan yang mereka berikan setiap hari.

Selalulah meneliti dan merasai keperitan hidup mereka agar kita mendapat kekuatan mengatasi nafsu Milo, Nescafe dan Tesco. Apalah alasan yang dapat kita berikan di hadapan Allah nanti, bila saudara - saudara kita mengadu di depan Allah bahawa mereka dianiaya oleh musuh Allah yang menjadi kawan kita di dunia...

Kenalilah Musuh Kamu. Sedikit kebenaran jika ada, dari Allah jua, maka ambillah. Jika terdapat kesilapan ku pohon keampunan dariNya, dan mohon maaf dari antum semua.
Wabillah hitaufik walhidayah Wassalamu alaikum.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...