Wednesday, September 1, 2010

Bahaya Mengumpat

 

Mengumpat sebenarnya boleh dihidu baunya seperti bau yg datang kilang asap getah kerana adalah diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. bersiar-siar bersama-sama sahabatnya,tiba-tiba mereka terhidu bau bangkai yg busuk lalu baginda bertanya rdquo;tahukah kamu sekalian bau apakah ini?”.Para sahabat menjawab,Allah dan rasulnya yg lebih mengetahui.Baginda menerangkan, ini adalah bau orang-orang yg mengumpat seseorg yg beriman..”

Kenapa zaman sekarang tidak berbau??ulamak berpendapat bahawa,”mengumpat sudah menjadi kebiasaan pada zaman ini dan hidung-hidung manusia sudah dipenuhi dgn bau mengumpat itu sendiri,maka bau busuk sudah tidak terhidu lagi.”

Allah s.w.t menberitahu kpd Nabi Musa a.s dgn amaran “barang siapa menianggal dunia sedang dia sudah bertaubat dari mengumpat,maka dia itulah orang yg terakhir masuk syurga dan barang siapa yang meniggal dunia sedang dia terus mengumpat,maka dia itulah orang yg pertama masuk ke neraka”.

Rasulullah s.a.w bersabda,”kifarah mengumpat ialah dgn meminta ampun terhadap org yg kau umpat”.

Org yg diumpat-->Diakhirat nanti,”wahai Tuhanku,darimanakah datangnya kebajikan-kebajikan ini kerana aku sendiri tidak pernah melakukannya.jawab Allah “Itu adalah dari apa org yg telah mengumpat terhadap mu semasa di dunia.”

Rasulullah s.a.w bersabda,”barangsiapa dlm umurnya mengumpat sekali sahaja maka Allah akan menyeksanya dgn sepuluh jenis seksaan”..

1.dia akan jauh dari rahmat Allah. 2.malaikat memutuskan persahabatan dgn dia(tidak mahu menghampirinya). 3.dicabut rohnya dgn kesakitan yang amat sgt. 4.dia menjadi dekat dgn mereka. 5.dia akan jauh dari syurga. 6.sangat dasyat seksaan kubur terhadapnya. 7.amal baiknya dihapuskan. 8.roh Nabi Muhammad s.a.w bersa sakit kerana dia. 9.Allah murka terhadapnya. 10.dia akan menjadi orang yang muflis ditimbang amal kebajikannya hari qiamat.

Dan bertaqwalah kamu kepada Allah.Sesungguhnya Allah adalah penerima taubat lagi Maha Penyayang.”Al Hujarat (ayat 12).

semoga Allah menjauhi kita dari mengumpat..

[tweetmeme only_single="false"]

Surah Al-Falaq Dan An-Nas Elak Sihir

 

Soalan:

NABI SAW adalah seorang yang maksum. Walaupun begitu, saya pernah mendengar bahawa baginda juga ditimpa sakit dan pernah diracun. Tetapi adakah baginda turut pernah menjadi mangsa sihir. Mohon juga ustaz jelaskan konteks maksumnya Nabi SAW.

Jawapan:

Sakit adalah sifat manusia, baginda juga mengalami luka yang banyak dalam peperangan Badar dan banyak lagi yang baginda lalui ummat ini, lebih-lebih lagi di awal perkembangan nur Islam.

Maksum berasal dari bahasa arab, juga telah dimelayukan. Dalam bahasa arab ia membawa makna terpelihara dari melakukan dosa kecil mahupun dosa besar serta kesalahan-kesalahan yang boleh mencemar keperibadian seseorang.

Maksumnya Rasulullah SAW bererti: baginda terpelihara dari melakukan sesuatu perbuatan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta apa-apa kesalahan yang boleh mencemar keperibadian baginda.

Mengikut kamus Dewan maksum bermaksud: “terpelihara atau bebas dari dosa, tidak tercela, tidak berdosa”. (Kamus Dewan Edisi Keempat, DBP, hlm: 985).

Mengikut takrifan al-Jurjani al-‘ismah maksud bermaksud: “Kemampuan menjauhi perbuatan maksiat sedang dia mampu melakukannya”. (al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, hlm: 195)

Di dalam kebanyakan kitab-kitab akidah ahlu sunnah wal jamaah para ulama berpendapat bahawa baginda Rasulullah SAW terpelihara daripada dosa besar dan dosa kecil serta apa-apa kelakuan yang boleh mencacatkan keperibadian baginda.

Menurut Sheikh Ja’far Subhani bahawa Nabi yang maksum mampu melakukan kemaksiatan dan dosa, sesuai dengan kemampuan dan kemerdekaan yang ada pada baginda tetapi kerana baginda telah mencapai peringkat takwa yang tinggi, ilmu yang qatie terhadap akibat dosa dan kemaksiatan serta kerana pengaruh timbulnya perasaan mengagungkan Khaliqnya.

Dengan demikian ia terpelihara dari perbuatan itu, dan ia tidak melakukan perbuatan walaupun dengan kemampuan dan kekuasaannya sendiri.

Adapun persoalan mengenai Baginda SAW terkena sihir tidak mencacatkan keterpeliharaan Baginda, juga tidak mencacatkan ‘ismah Baginda sebagai seorang rasul.

Perkara ini banyak dibincangkan oleh ulama. Ada di antara mereka yang tidak menyetujui baginda terkena sihir. Antaranya ialah Abu Bakr al-Asham, pengarang al-Ta’wilat.

Pak Hamka juga tidak setuju dengan pendapat yang mengatakan baginda terkena sihir kerana beberapa sebab berikut, pertamanya; seolah-olah merendahkan martabat nubuwwah (kenabian). Keduanya; menimbulkan keraguan dalam syariat yang ketiganya; sihir itu pada hakikatnya tidak ada.

Ada juga yang berhujah bagi menolak baginda disihir kerana martabat hadis ini Ahad. Antaranya ialah Al-Qasimi di dalam Mahasinul ta’wil, Sayyid Qutub di dalam Fi Zilal al-Quran.

Tujuan mereka menolak adalah kerana tidak mahu baginda Rasulullah SAW dilihat ada tempoh baginda terganggu daripada segi akal.

Ini kerana ketika baginda terkena sihir baginda teragak-agak melakukan sesuatu dan sering bertanya kepada Aisyah r.a mengenai perkara yang baginda kerjakan.

Adapun sebahagian jumhur ulama berpendapat, baginda pernah terkena sihir. Ini kerana mereka tidak berganjak daripada berpegang kepada hadis yang sahih biarpun martabatnya Ahad. Surah al-Falaq adalah bukti baginda pernah terkena sihir.

Dalam riwayat yang dimuatkan oleh Imam Ibn Kathir, daripada Aisyah r.a, pada suatu hari baginda berkata kepada Aisyah: “Hai Aisyah! Aku diberi perasaan bahawa Allah memberi fatwa kepadaku pada perkara yang aku meminta fatwa dari-Nya; maka datanglah dua malaikat yang seorang duduk di sisi kepalaku dan yang seorang lagi duduk di sisi kakiku: “Lelaki ini (Rasulullah SAW) telah disihir! Kawannya bertanya: “Siapa yang menyihirnya?” Malaikat yang duduk di kepala menjawab: “Labid bin ‘Asam”. Kawannya bertanya lagi dengan apa? Malaikat yang di kepala menjawab: “Pada himpunan rambut dan sikat yang patah dan penutup kepala lelaki (kain serban), dihimpit dengan batu di dalam perigi Dzu Auran. Dalam sesetengah riwayat baginda sendiri masuk ke dalam perigi itu dan mengeluarkannya”.

Dalam riwayat yang lain baginda meminta beberapa orang sahabat agar mengeluarkannya. Dalam riwayat Ibn Abbas, bahawa Rasulullah SAW menyuruh Ali bin Abi Talib dan Zubair bin Awwam serta Ammar bin Yasir memeriksa sumur tersebut.

Setelah dibuang airnya dan menyelam ke dalam mereka dapati menang benar terdapat bungkusan kain yang terkandung di dalamnya gumpalan rambut dan sikat baginda berserta sepotong kayu yang terikat tali padanya dengan sebelas ikatan dan pada setiap ikatan ada tusukan jarum. Kemudian turunlah surah ini yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad); Aku berlindung kepada (Allah) dari cuaca subuh. Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. “Daripada bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan. “Dan daripada bahaya gelap apabila ia masuk. “Dan daripada kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya. (al-Falaq: 1-5 ).

Sebanyak 11 simpulan itu terungkai setelah malaikat mengajar baginda membaca dua surah al-Falaq mengandungi lima ayat dan surah al-Nas mengandungi enam ayat.

Selesai membaca kedua-dua surah ini baginda terasa lega dan lapang kembali. Sehingga hari ini dalam ilmu perubatan Islam kedua surah ini menjadi senjata bagi menyembuhkan gangguan sihir.

[tweetmeme only_single="false"]

Hikmah Di Sebalik Wuduk

 

SOLAT adalah tiang agama dan menjadi 'penangkis segala maksiat'. Solat wajib dilaksanakan sebagai usaha membentuk kebahagiaan jasmani dan rohani. Sebelum melaksanakan tuntutan solat, umat Islam perlu berwuduk sebagai lambang penyucian zahir dan batin. Ia bukan sekadar pembersihan dan penyucian tertentu anggota daripada segala kekotoran tetapi ia mengandungi hikmah lain yang memberi makna mendalam.

Berwuduk menepati kehendak ilmu kesihatan moden yang memperakui ia adalah kaedah perubatan berkesan. Ibnu Qaiyyim al-Jauzi pernah berkata: "Mandi dan wuduk itu mendatangkan kesegaran badan dan kesedapan jiwa serta menghilangkan sebarang kekotoran yang diperoleh, antaranya yang disebabkan jimak." Justeru, wuduk adalah sebahagian rawatan kesihatan kepada umat manusia. Memetik kata pakar kesihatan dari Akademi Perubatan Daghestan, Dr Magomed Magomedov, wuduk dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan merangsang kawasan tertentu yang dikenali sebagai 'Kawasan Aktif Biologi'.

Beliau berkata, bangsa Cina banyak mengkaji kaedah ilmu sains refleksologi dan mereka yakin kawasan aktif biologi akan merangsang sistem saraf dalam tubuh manusia. Ia mampu memberi kesan positif terhadap tahap kesihatan seseorang. Dr Magomed melaporkan, apabila seseorang menyentuh muka ketika berwuduk, ia akan merangsang saraf untuk menyalurkan kekuatan baru kepada organ lain seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan. Apabila kita membasuh kaki kanan sambil menggosok, ia akan merangsang sistem saraf bagi memulihkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu serta kawasan pinggang.

Apabila membasuh kaki kiri, sains perubatan mengakui ia menyihatkan kelenjar dan kawasan otak yang mengawal sistem endoktrin. Maha Suci Allah! Ibadah yang selalu kita laksanakan selama ini sebenarnya terangkum 1001 macam manfaat. Justeru, kepentingan wuduk sebagai satu ibadah dan alternatif rawatan kesihatan sepatutnya menjadi amalan kepada kita.

Tidak semestinya kita mengambil wuduk ketika hendak menunaikan solat atau ketika hendak membaca al-Quran saja. Wuduk boleh dilakukan sebagai amalan untuk membina jiwa yang suci.

Kita dinasihatkan berwuduk apabila marah. Perasaan marah seseorang pasti menurun apabila berwuduk. Cuba kita bayangkan ketika kita menuju ke tempat berwuduk, badan kita dalam keadaan panas dan kurang bertenaga. Bagaimanapun, apabila selesai berwuduk dengan serta-merta anggota tubuh tenteram. Pada suatu hari, Junaid al-Baghdady menghidap penyakit mata. Lalu, dia berubat dengan seorang tabib Nasrani. Tabib itu menilik keadaan mata Junaid, kemudian menasihatkan supaya matanya jangan terkena air. Pada mulanya, dia tidak keberatan mengamalkan petua tabib itu. Namun, di rumahnya, Junaid teringat bahawa setiap kali bersolat, seseorang itu mestilah berwuduk sedangkan berwuduk mesti membasahi muka.

Junaid yakin Allah menjadikan setiap penyakit dan setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Nabi Muhammad s.a.w bersabda bermaksud: "Allah tidak akan menurunkan penyakit kecuali menurunkan ubatnya, maka berubatlah." (Hadis riwayat Ibnu Majah). Tanpa ragu-ragu Junaid pun berwuduk dan membasuhi mukanya. Kemudian selesai melakukan solat, dia tidur. Kejadian aneh terjadi padanya, matanya sembuh.

Tabib yang memberi petua penyembuhan pada Junaid menjadi sangat hairan apabila melihat mata Junaid kembali sembuh. Yang dia hairankan ialah mengapakah begitu cepatnya mata Junaid sembuh. Kata tabib itu, "Mengapakah tiba-tiba sahaja matamu menjadi baik? Jawab Junaid: "Aku hanya berwuduk, aku membasuh muka dan mataku.' Kesan peristiwa itu tabib yang beragama Nasrani itu akhirnya memeluk Islam. Dia mengucap dua kalimah syahadah lalu berkata: "Itu adalah ubat dari Tuhan yang menciptakan penyakit itu. Dia yang memberikan penyakit dan Dia jugalah yang menciptakan ubatnya. Aku juga sebenarnya menderita penyakit, iaitu penyakit hati (rohani), dan Junaidlah yang menjadi tabibnya." Dengan berkat berwuduk, ia mengandungi banyak manfaat terutama menyembuhkan pelbagai penyakit. Itulah yang diperintahkan Allah pasti mempunyai hikmah dan kebaikannya kepada manusia." "Sesungguhnya umatku datang pada hari kiamat dalam keadaan bersinar-sinar daripada kesan wuduk. Sesiapa yang berupaya untuk melebihkan basuhan wuduknya, maka lakukanlah." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

[tweetmeme only_single="false"]

Kewajipan Menghadiri Jemputan

 

Perkahwinan merupakan suatu peristiwa yang amat besar dalam hidup seseorang, kerana itu ia ditandakan dengan upacara sambutan dan jamuan agar saat-saat yang gembira itu disyarikati sama oleh jiran sekampung, sahabat-sahabat dan anak-anak buah. Dan supaya majlis itu benar-benar diselubungi gembira, maka setiap orang yang menerima jamuan itu diwajibkan menghadirinya kecuali ia keuzuran.

Menurut al-Mahlab erti dari jemputan itu amat besar, kerana ia digerakkan oleh perasaan kasih mesra dan bergembira dari penjemputnya supaya orang-orang yang dijemputnya itu sudi merasakan jamuannya atau sudi bermesra makan bersama-sama dengannya dan perasaan yang sedemikian mulia memang wajar disambut baik. Menurut al-Imam an-Nawawi, para Ulama sepakat bahawa hukum menghadiri jemputan kahwin itu adalah wajib. Hukum ini telah dikuatkan pula oleh satu Hadith yang lain yang berbunyi:

"Barang siapa tidak menghadiri jemputan itu, maka sesungguhnya ia telah menderhakai ALLAH dan Rasul-Nya s.a.w."
Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Hurairah dan hadis ini begitu jelas menjadi dalil wajib kerana perkataan 'derhakakan ALLAH dan Rasul itu' tidak digunakan melainkan dalam kesalahan meninggalkan sesuatu yang wajib.

Bagaimana dengan jemputan-jemputan yang lain?
Menurut al-Imam as-Syafi'I dan sahabat-sahabatnya, istilah jamuan "al-walimah" itu meliputi setiap jemputan yang diadakan kerana sesuatu peristiwa yang gembira seperti perkahwinan dan istiadat berkhatan dan sebagainya, tetapi penggunaan yang masyur apabila disebut walimah sahaja maka maksudnya ialah jamuan kahwin.

Dari segi hukum, pendapat-pendapat 'ulama' berselisih, kebanyakkan ulama yang menyatakan bahawa hukum menghadiri jamuan-jamuan yang lain dari jemputan perkahwinan itu adalah sunatsahaja, sementara sebahagian dari ulama Syafi'I berpendapat hukum menghadiri semua jemputan itu wajib baik jemputan kahwin mahupun jemputan bukan kerana perkahwinan, ini adalah sesuai dengan pendapat Ibn Hazm yang menyatakan bahawa pendapat ini adalah pendapat sahabat-sahabat dan para tabi'in, kerana di sana terdapat hadis-hadis yang dapat difaham sebagai menyarankan-menyaranakan hukum-hukum wajib menghadiri jemputan-jemputan yang lain dari perkahwinan, di antaranya ialah:

Sabda Rasulullah s.a.w. "Barang siapa yang dijemput kepada jamuan perkahwinan atau sebagainya maka hendaklah ia menyahutinya." Hadis ini dikeluarkan oleh Muslim dari az-Zabidi dari Nafi'.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Apabila seseorang darimu menjemput saudaranya maka hendaklah ia sahuti jemputan itu sama ada kerana jamuan perkahwinan atau sebagainya." Hadis ini dikeluarkan oleh Muslim dan Abu Daud dari Ayub dari Nafi'.

Bagaimana jika yang dijemput berpuasa sunat?

Kebanyakkan ulama Syafi'I dan setengah-setengah ulama Hanbali berpendapat bahawa berbuka puasa adalah lebih afdhal bagi orang yang berpuasa sunat yang dijemput ke majlis jamuan jika penjemputnya itu sangat mengharap dan merasa terkilan jika ia tidak dapat makan bersama. Menurut amalan sahabat besar Abdullah bin Umar apabila ia dijemput ke majlis jamuan sama ada jamuan perkahwinan atau bukan perkahwinan ia tidak menghadirinya dan jika kebetulan di waktu itu ia tidak berpuasa sunat ia ikut makan bersama mereka dan sebaliknya jika ia kebetulan berpuasa ia datang mendoakan keberkatan kemudian pulang.

Tetapi hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah seseorang itu diberi kebebasan sama ada hendak meneruskan puasanya atau berbuka.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Barang siapa yang dijemput menghadiri jamuan makan sedangkan ia berpuasa maka hendaklah ia menyahuti jemputan itu dan jika ia mahu ia boleh makan dan jika ia tidak mahu ia boleh tinggal."

Seluruh hadis-hadis yang telah dibentangkan itu menunjukkan betapa besarnya perhatian Islam terhadap tatacara pergaulan yang boleh mengeratkan persaudaraan dan mengukuhkan perpaduan umat hingga hadis-hadis itu begitu tegas menekankan peri mustahaknya jemputan-jemputan majlis jamuan itu dihadiri agar tidak menghampakan tuan rumah yang telah begitu banyak berbelanja dan bersusah payah mengadakan jamuan itu.

Walau bagaimana pun hukum wajib menghadiri jemputan walimah itu akan berubah menjadi tidak wajib apabila majlis itu mengadakan upacara-upacara yang bertentangan dengan agama seperti menghidangkan minuman-minuman keras atau makanan yang tidak halal di sisi syara' atau mengadakan majlis tari-menari yang merupakan majlis jamuan elit untuk orang-orang kenamaan sahaja dan tidak diikuti sama oleh orang-orang yang tidak berada.

[tweetmeme only_single="false"]

10 Hal Yang Mendatangkan Cinta Allah

 

1) Membaca al-Qur’an dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yang benar.

Itu tidak lain adalah renungan seorang hamba Allah yang hafal dan mampu menjelaskan al-Qur’an agar difahami maksudnya sesuai dengan kehendak Allah SWT. Al-Qur’an merupakan kemuliaan bagi manusia yang tidak boleh ditandingi dengan kemuliaan apapun. Ibnu Sholah mengatakan

“Membaca Al-Qur’an merupakan kemuliaan, dengan kemuliaan itu Allah ingin memuliakan manusia di atas makhluk lainnya. Bahkan malaikat pun tidak pernah diberi kemuliaan seperti itu, malah mereka selalu berusaha mendengarkannya dari manusia”.

Perkara ini boleh dilakukan umpama seseorang memahami sebuah buku iaitu dia menghafal dan harus mendapat penjelasan terhadap isi buku tersebut. Ini semua dilakukan untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh si penulis buku. (Maka begitu pula yang dapat dilakukan terhadap Al Qur’an)

2)Mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah-ibadah sunat, setelah mengerjakan ibadah-ibadah wajib. Orang yang menunaikan ibadah-ibadah fardhu dengan sempurna mereka itu adalah yang mencintai Allah. Sementara orang yang menunaikannya kemudian menambahnya dengan ibadah-ibadah sunat, mereka itu adalah orang yang dicintai Allah. Ibadah-ibadah sunnah untuk mendekatkan diri kepada Allah, diantaranya adalah solat-solat sunat, puasa-puasa sunat, sedekah sunat dan amalan-amalan sunat dalam haji dan umrah.

3)Terus-menerus mengingat Allah (zikir) dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau dengan amalan dan keadaan dirinya.
Kadar kecintaan seseorang terhadap Allah bergantung kepada kadar zikirnya kepada-Nya. Zikir kepada Allah merupakan syiar bagi mereka yang mencintai Allah dan orang yang dicintai Allah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“Sesungguhnya Allah aza wajalla berfirman "Aku bersama hambaKu selama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak (untuk berzikir) kepadaKu”.

Ingatlah, kecintaan pada Allah akan diperoleh sekadar dengan keadaan zikir kepada-Nya.

4)Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri walaupun dikuasai hawa nafsunya.
Melebihkan cinta kepada Allah daripada cinta kepada diri sendiri, meskipun dibayangi oleh hawa nafsu yang selalu mengajak lebih mencintai diri sendiri. Ertinya ia rela mencintai Allah meskipun berisiko tidak dicintai oleh makhluk dan harus menempuh berbagai kesulitan. Inilah darjat para Nabi, diatas itu darjat para Rasul dan diatasnya lagi darjat para rasul Ulul Azmi, lalu yang paling tinggi adalah darjat Rasulullah Muhammad s.a.w. sebab baginda mampu melawan kehendak dunia seisinya demi cintanya kepada Allah.

5)Merenungi, memperhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah.
Begitu pula hatinya selalu berusaha memikirkan nama dan sifat Allah tersebut berulang kali. Barangsiapa mengenal Allah dengan benar melalui nama, sifat dan perbuatan-Nya, maka dia pasti mencintai Allah. Oleh karena itu, mu’athilah, fir’auniyah, jahmiyah (yang kesemuanya keliru dalam memahami nama dan sifat Allah), jalan mereka dalam mengenal Allah telah terputus (kerana mereka menolak nama dan sifat Allah tersebut).

6)Memerhatikan kebaikan, nikmat dan kurnia Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat lahir mahupun batin akan mengantarkan kita kepada cinta hakiki kepada-Nya.
Tidak ada pemberi nikmat dan kebaikan yang hakiki selain Allah. Oleh sebab itu, tidak ada satu pun kekasih yang hakiki bagi seorang hamba yang mampu melihat dengan mata batinnya, kecuali Allah SWT. Sudah menjadi sifat manusia, ia akan mencintai orang baik, lembut dan suka menolongnya dan bahkan tidak mustahil ia akan menjadikannya sebagai kekasih. Siapa yang memberi kita semua nikmat ini? Dengan menghayati kebaikan dan kebesaran Allah secara lahir dan batin, akan mengantarkan kepada rasa cinta yang mendalam kepadaNya.

7) Menghadirkan hati secara keseluruhan (total) semasa melakukan ketaatan kepada Allah dengan merenungkan makna yang terkandung di dalamnya inilah yang disebut dengan khusyu’.
Hati yang khusyu’ tidak hanya dalam melakukan solat tetapi dalam semua aspek kehidupan ini, akan mengantarkan kepada cinta Allah yang hakiki.

8)Menyendiri dengan Allah di saat Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir.
Di saat itulah Allah SWT turun ke dunia dan di saat itulah saat yang paling berharga bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya dengan beribadah dan bermunajat kepada-Nya serta membaca kalam-Nya (Al Qur’an) dan solat malam agar mendapatkan cinta Allah. Kemudian mengakhirinya dengan istighfar dan taubat kepada-Nya.

9)Bergaul bersama orang-orang yang mencintai Allah dan bersama para siddiqin.
Kemudian memetik perkataan mereka yang seperti buah yang begitu nikmat. Kemudian dia pun tidaklah mengeluarkan kata-kata kecuali apabila jelas maslahatnya dan diketahui bahawa dengan perkataan tersebut akan menambah kemanfaatan baginya dan juga bagi orang lain.

10)Menjauhi segala sebab yang dapat menghalang komunikasi antara dirinya dan Allah SWT.
Semoga kita sentiasa mendapatkan cinta Allah, itulah yang seharusnya dicari setiap hamba dalam setiap degup jantung dan setiap nafasnya. Ibnul Qayyim mengatakan bahawa "kunci untuk mendapatkan itu semua adalah dengan mempersiapkan jiwa (hati) dan membuka mata hati."

[tweetmeme only_single="false"]

100 Tahun Adam Diarak

 

Pada suatu ketika ALLAH menitahkan malaikat Jibrail ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya bagi mencipta Adam. Tetapi., bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi bimbang Adam akanberbuat maksiat kepada ALLAH.

Lalu Jibrail kembali menemui tuhan kerana ia tidak dapat berbuat apa-apa setelah mendengar sumpah bumi. Kemudian ALLAH memerintahkan malaikat Mikail dan jawapan bumi tetap sama dan ALLAH telah menitahkan pula malaikat Israfil akan tetapi bumi masih teguh dengan pendiriannya. Kembalilah masing-masing dengn penuh hampa.

Lalu yang terakhir kalinya., ALLAH telah menyuruh malaikat Izrail ke bumi., Kata ALLAH: " Wahai Izrail engkaulah kini aku utuskan untuk mengambil tanah dibumi. Meskipun bumi menyumpahmu dengan ucapan bagaimanapun janganlah engkau berundur. Katakan kamu melakukan perkara itu atas perintah dan namaKu.."

Apabila Izrail ke bumi dan meyampaikan perintah ALLAH., bumi akhirnya akur tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah., dia kembali ke hadrat ALLAH. Lalu ALLAH berfirman.: "Ya Izrail., pertama engkau telah Ku tugaskan untuk mengambil tanah dan kelak Ku tugaskan engkau juga mencabut nyawa manusia.." Maka Izrail bimbang dibenci manusia lalu ALLAH berfiman lagi.: " Tidak., mereka tidak akan membeci dan memusuhi kamu kerana AKU telah mengaturkannya dan AKU juga jadikan kematian mereka itu bersebab.., terbunuh., terbakar atau sakit.."

Tanah bagaimana dijadikan Adam..?
1.Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqadis.
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah Babylon
10. Tanah India
11. Tanah Syurga
12. Tanah Tha'if

Bagaimanakah kejadiannya..?

1. Ketika ALLAH menjadikan Adam., tanah tu terdiri dari api dan angin serta tanah itu bercampur dengan air tawar., air masin dan air hanyir. Kemudian ALLAH resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan pelbagai "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut " dan diletakkan di dalam "Alam Malakut ".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan tubuh Adam adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung., tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah., wangi-wangian dari sifat Nur ALLAH dan dirasmikan dengan air hujan " Barul Uluhiyah ".

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air " Kudral Izzah-Nya " iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu diciptaka satu tubuh Adam yang begitu sempurna.

5. Demikian pula Roh yang ketika diperintahkan untuk masuk ke tubuh Adam., ia malas dan enggan malah berputar-putar mengeliling tubuh Adam yang terlantar kaku lagi. Kemudian ALLAH menitahkan malaikat Izrail untuk memaksa Roh itu masuk dan akhirnya Roh menyerah kepada Izrail.

Menurut satu riwayat sahih., ketika Adam masih disyurga., kulit Adam sangat cantik dan baik sekali..! Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Disebabkan Adam diturunkan ke dunia maka terkjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan dan kenangan dari syurga yang masih tertinggal di tubuh manusia hingga kini adalah warna asalnya kulit Adam
adalah seperti pada warna kuku manusia.!! Hal ini biasa kita lihat meskipun orang itu kulitnya hitam tetapi warna kukunya adalah sama yakni putih kemerah-merahan.

6. Setelah Roh berada ke dalam tubuh Adam perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa sehingga 200 tahun lamanya. Demikian ALLAH memberikan kekuatan kepada malaikat Izrail bagi memasukkan roh ke tubuh Adam.

7. Setelah meresap masuk ke kepala Adam maka terjadilah otak dan tersusunlah urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu juga matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri dan ke kanan dan juga melihat ke atas dan ke bawah dimana bahagian bawah badannya masih lagi tanah yang keras. Dilihatnya kiri dan kanannya para malaikat yang sedang menyasikan kejadiannya. Ketika itu Adam mendengar malaikat mengucapkan tasbih dan tahmid dengan suara yang cukup merdu dan mengasyikkan sekali.

Ketika Roh sampai ke hidungnya lalu Adam pun bersin serta mulutnyanya pun terbuka. Ketika itulah ALLAH mengajarkannya mengucap "Alhamdullillah" dan itulah merupakan ucapan Adam yang pertama kepada ALLAH. Lalu ALLAH berkata.: " Yarkhamukallah " yang ertinya " Semoga engkau diberi Rahmat ALLAH.." Oleh kerana itu jika ada orang yang bersin telah menjadi ikutan sunat untuk menyebutkan ucapan yang telah diajarkan ALLAH kepada Adam.

Kemudian ketika Roh sampai pada dadanya., tiba-tiba saja Adam mahu bangun., walhal pada bahagian badannya kebawah masih lagi tanah yang keras. Disini menunjukkan akan sifat manusia itu sendiri yang suka tergesa-gesa yakni tidak sabar. Sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud.: " Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa.."

Maka ketika Roh itu sampai ke bahagian perutnya terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu Adam mula terasa lapar.

Kemudian Roh terus meresap ke seluruh tubuh Adam yakni tangan., kaki.. lalu terjadilah darah daging dan tulang.., urat-urat dan diselaputi kulit dengan cukup cantik dan sempurna sekali., kian lama kian bagus., lembut dan halus.

Apabila kejadian Adam telah sempurna sebagai manusia baru maka dialah adalah jenis makhluk manusia yang pertama. Wajahnya yang cukup cantik membuatkan semua para malaikat kagum melihat Adam yang menawan.

Adam diarak oleh para malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah ketujuh sebelum dibawa pulang ke syurga dimana tempat ia mula-mula sekali adam dijadikan.

[tweetmeme only_single="false"]

Petua Mengatasi Kencing Tiris (Tak Lawas)

 

Saya ingin berkongsi satu kaedah dalam menangani sejenis penyakit yang agak ramai juga yang mengalaminya di kalangan lelaki iaitu kencing tiris atau tak lawas (salasul baul). Di mana, lazimnya, ketika sujud dalam solat, air kencing akan didapati menitis, samada setitis sahaja dan mungkin ada juga yang mengalami lebih dari itu.

Hal ini akan menimbulkan gangguan dan keresahan bagi pesakit yang menghidapinya, kerana rasa bersalah, rasa solat terganggu dan perlu membersihkan peralatan solat seperti kain solat, sejadah dan lain-lain untuk solat yang seterusnya.

Ada pun menurut ilmuan fekah (fuqaha), hukum solat seseorang yang menghidap penyakit ini adalah sah, kerana air kencing itu tidak dapat dikawal, sesuai dengan firman Allah:

image

 

 

 

 

 

Maka, bertaqwalah kalian kepada Allah menurut kemampuan kalian.
[At-Taghabun, 64: 16]

dan juga hadis Nabi S.A.W:
Sabda Rasulullah S.A.W: “Apabila aku perintahkan sesuatu perkara, maka kerjakanlah semampu kalian.” [Muttafaqun 'alaihi].

Akan tetapi, sekiranya salasul baul ini benar-benar diyakini [bukan suatu sangkaan], maka anda hendaklah berwudhu setiap kali hendak menunaikan solat dan membersihkan pakaian anda, dan apabila anda telah berwudhu, anda tidak perlu menghiraukan air kencing yang keluar antara wudhu dan solat anda. Inilah yang dijelaskan oleh Syaikh Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim dalam kitab Shahih Fiqih Sunnah. Dan menurut beliau juga, perkara yang sama dilakukan bagi individu yang menghadapi masalah salisul madzi [air madzi keluar terus menerus] dan wanita yang menghadapi masalah istihadhah.

Para ulamak fuqaha ada menyebutkan beberapa kaedah untuk mengatasi masalah ini. Antaranya ialah, selepas selesai membuang air kecil, lakukan istibrak (berdehem-dehem), atau mengurut - ngurut bahagian bawah kemaluan (antara dubur dan qubul) dengan jari atau menggerak-gerakkan kaki [seperti orang berjalan]. Menurut Syaikh Ibnu Jibrin pula [dalam Fatawa Islamiyyah], anda harus membasuh kemaluan anda dengan air yang sejuk setiap kali anda selesai membuang air kecil kerana perkara itu akan menghentikan keluar air kencing.

Kaedah-kaedah yang disarankan oleh ulamak fuqaha ini memang berkesan, walau bagaimana pun masih ada sebilangan kes di mana, walau pun telah beristibrak, mengurut-ngurut dan lain-lain, namun, masih didapati air kencing menitis ketika solat.
Oleh itu, di sini, saya ingin kongsikan satu lagi kaedah yang saya gunakan, dengan izin Allah, ianya berkesan pada diri saya, semoga memberi manfaat pada individu lain.

Caranya ialah, selepas selesai membuang air keci, beristibrak dan mengurut bahagian yang disebut tadi, lakukan kemutan pada otot-otot dubur, (umpama ketika hendak memutuskan najis ketika membuang air besar). Lakukan kemutan ini dengan kadar perlahan, dan makin lama makin kuat (kira-kira 30 saat atau lebih) dan akhirkan kemutan dengan satu kemutan yang kuat. Selepas itu, basuhlah bahagian yang perlu dibasuh, dan ambil wudhu dan solatlah. InsyaAllah, mudah-mudahan, tiada lagi walau setitis najis keluar ketika sujud dalam solat.

Penambahan, ketika membasuh anggota sulit, bacalah niat istinjak:

نويت ايستينجا' ا' مينال باولي للهتعال

Nawaitu istinja'i minal bauli lillahitaala.

(Lafaz niat ini diajarkan oleh Allahyarham Tuan Haji Ustaz Daud Bin Abdul Ghani- Imam besar Masjid Rawang)

Semoga dapat memberikan manfaat. Wallahualam.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...