Tuesday, October 19, 2010

Siksanya tak Solat

 

Cukup hebat sekali kepada sesiapa yang dapat menjaga solahnya secara sempurna disisi Allah swt. Ganjarannya cukup lumayan, bukan setakat ganjaran di akhirat sahaja tetapi di dunia dan di alam kubur juga.TAPI sesiapa yang meringan-ringankan solah, Allah swt akan menyeksannya dengan lima belas seksaan. Astagfirullah. Awas kita!Yang mana akan terbahagi kepada beberapa bahagian. Lima seksaan di dunia ini, tiga seksaan ketika meniggal dunia, tiga seksaan di dalam kubur dan tiga seksaan semasa dibangkitkan dari kubur.

Seksaan semasa di dunia ialah:
Pertama, dicabut keberkatan umurnya.
Kedua, dihapuskan tanda-tanda orang soleh daripada wajahnya.
Ketiga, Allah swt tidak mengganjari setiap amalan yang dilakukan olehnya.
Keempat, doanya tidak akan diangkat ke langit (doanya tidak akan diterima).
Kelima, dia tidak akan mendapat bahagian dalam doa orang soleh.

Seksaan yang menimpanya ketika mati ialah:
Pertama, dia akan mati dalam keadaan hina.
Kedua, dia akan mati dalam keadaan lapar, dan,
Ketiga, dia akan mati dalam keadaan dahaga, sehingga jika dia diberi minum air sebanyak lautan di dunia pun tidak akan dapat menghilangkan hausnya.

Seksaan yang akan menimpanya ketika di dalam kubur ialah:
Pertama, kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuknya berceragah antara satu sama lain.
Kedua, api akan dinyalakan di dalam kuburnya, dan dia akan dibalik-balikkan di atas bara api siang dan malam, dan,
Ketiga, seekor ular yang besar bernama Ashsyuja'ul-Aqra' akan dilepaskanke atasnya.
Kedua-dua mata ular itu dibuat daripada api dna kuku ular itu dibuat daripada besi. Panjang setiap kuku ular itu sejauh satu hari perjalanan. Ular tersebut akan berkata dengan suara yang gemuruh seumpama petir, "Aku Ashsyuja'ul-Aqra', Aku diperintah oleh Tuhanku supaya memukul kamu kerana kamu meninggalkan solah subuh sehingga naik matahari, kerana meninggalkan solah zohor hingga 'asr, kerana meninggalkan solah 'asr hingga maghrib, kerana meninggalkan solah maghrib hingga isyak, kerana meniggalkan solah isyak hingga subuh".

Setiap kali ular itu memukulnya, dia akan terbenam ke dalam bumi sejauh 70 hasta. Dia akan diazab berterusan di dalam kubur sehingga hari kiamat. Manakala seksaan yang menimpanya ketika dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat di padang mahsyar ialah:

Pertama, penghisabannya amat berat.
Kedua, dia dimurkai Allah swt, dan,Ketiga, dia akan dimasukkan ke dalam nerakaDalam satu riwayat yang lain disebut bahawa mereka yang melalaikan solah, pada hari kiamat akan datanag dalam keadaan pada muka mereka tertulis tiga baris tulisan.

Pertama, wahai orang yang mensia-siakan hak Allah swt.
Kedua, wahai orang yang pasti mendapat kemurkaan Allah swt, dan,
Ketiga, sebagaimana kamu di dunia mensia-siakan hak Allah swt, kini putuslah harapan kamu daripada rahmat Allah swt.

Gerun bila mendengar hadith ini dan oleh itu marilah sama-sama kita menghayati hadith ini dan beramal dengannya insyaallah. Dan berdoa agar Allah memelihara kita, memberikan kita kekuatan untuk menerima kita diantara mereka-mereka yang dikurniakan lima keistimewaan seperti yang disebutkan diatas.Kita sampai-sampaikan hadith ini kepada semua keluarga dan rakan-rakan kita supaya mereka juga dapat beramal melaluinya, insyaAllah.Waallahua'alam.

[tweetmeme only_single="false"]

Bagaimana Wudhu' Zahir dan Batin?

 

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota
wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua
anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal
mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku
rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Untuk munafaat kita bersama.
Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya

[tweetmeme only_single="false"]

SATU PENJELASAN TERBAIK KENAPA ALLAH MEMBERI KESAKITAN DAN PENDERITAAN

 

SEPERTI YG TELAH KITA LIHAT: ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA,

''SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.'' '

'KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.

'' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU?KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT B AYANG KAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.

SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.

SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG,SELEKEH,KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,

''KAMU TAHU TAK YG SBNRNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''

''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''.KATA BARBER. '

'TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''. '

'AH!BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!''.KATA BARBER.

''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI. ''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.''

[tweetmeme only_single="false"]

Tuesday, October 5, 2010

Mengapa Solat Awal Waktu?

 

Apabila azan dilaungkan maka frekuensi azan akan dirambatkan keserata tempat. Frekuensi azan ini akan menjadikan frekuensi sekitar ke tahap theta yang paling rendah (deep theta).

image

Air merupakan salah satu makhluk Allah yang mampu untuk menurunkan frekuensi gelombang otak ke alpha dengan cepat. Kerana itu apabila kita berada di dalam keadaan marah, kita diminta untuk mengambil wudhuk agar kita menjadi tenang.

Begitu juga jika anak menangis. Kita boleh sapukan dengan air sambil meminta izin pada Allah dan berkomunikasi dengan air itu sendiri. Air juga makhluk Allah dan kita meminta bantuan air sepertimana kita meminta pada manusia. Ingatlah semua benda di dunia ini adalah makhluk Allah. Milik Allah.

Juga lagi jika kita berada di dalam keadaan stress akibat kerja yang banyak atau juga stress kerana study (baik untuk mereka yang sedang membuat PhD), minumlah air yang banyak. Air boleh menenangkan stress.

Mohonlah agar diberi ketenangan daripada Allah kerana Allah adalah pemilik kepada air dan diri kita. Mohonlah juga kepada air atas hubungan sesama makhluk iaitu kita dan air.

***

Berbalik kepada solat awal waktu. Apabila azan dilaungkan maka azan tersebut mampu menurunkan frekuensi persekitaran ke tahap theta yang paling rendah (deep theta). Apabila kita mengerja solat ketika ini dan ditambah dengan adanya wudhuk, maka frekuensi fikiran kita akan mampu turun sampai ke tahap theta ataupun sekurang-kurangnya alpha yang paling bawah (deep alpha). Ketika ini pastinya menjadi mudah untuk mencapai tahap khusyuk.

Deep theta + Alpha = theta atau deep alpha

Jika kita solat di tengah atau di akhir waktu, maka tenaga frekuensi azan ini telah berkurangan dan mungkin sudah habis. Maka agak sukar sedikit untuk mencapai tahap theta tersebut.

solat2

 

Jika kita bersolat di masjid atau surau secara berjemaah, maka lebih kuat frekuensi thetanya kerana dari masjid dan suraulah azan dilaungkan. Sebab itu kita lebih mudah mencapai tahap khusyuk jika bersolat di masjid atau surau di awal waktu. Maha Besar Allah yang menjadikan sesuatu itu tidak ada sia-sianya.

***

 

Marilah kita berkomunikasi dengan Allah meminta agar kita sentiasa bersolat di awal waktu. Jika kita malas, atau ada lagi kerja yang ingin dilakukan, maka berkomunikasi dengan Allah dengan memohon keizinan untuk solat lewat waktu.

“Ya Allah, aku ingin buat kerja dahulu ya Allah. Aku ingin siapkan sedikit sahaja lagi kerja ini. Aku minta kebenaran padaMu ya Allah. Izinkan aku solat lewat”.

PERCAYALAH. Pengalaman saya berkomunikasi dengan Allah sedemikian rupa TIDAK akan membawa kepada apa-apa kejayaan. Hati dan jiwa saya serta tubuh saya secara automatik akan bangun dan terus mengambil wudhuk untuk mengerjakan solat. Permohonan saya untuk lewat solat sentiasa menemui KEGAGALAN.

***

Semoga Allah sentiasa melimpahkan ilmunya kepada kita semua. Ameen.

 

solat3

[tweetmeme only_single="false"]

Thursday, September 30, 2010

Amalan Pendinding dan Penggerun yang ampuh

 

Rasulullah banyak menasihati Anas bin Malik sampai memenuhi hati dan otaknya. Di antara nasihat-nasihatnya adalah:

يا بُنيَّ إن قدرت أن تُصبح وتُمسي وليس في قلبك غش لأحد فافعل 

“Wahai anakku jika engkau mampu setiap pagi dan petang hatimu bersih dari perasaan dengki kepada orang lain maka lakukanlah.”

يا بُنيَّ إنَّ ذلك من سُنتي ، ومن أحيا سُنتي فقد أحَبَّني .ومن أحَبَّني كان معي في الجنة

“Wahai anakku sesungguhnya hal itu adalah sunnahku, barang siapa menghidupkan sunnahku maka mencintaiku, barangsiapa mencintaiku akan bersamaku di syurga.”

يا بُني إذا دخلت على أهلك فسلم يكن بركَةً عليك وعلى أهل بيتك

“Wahai anakku jika engkau menemui keluargamu maka berilah salam nescaya akan menjadi keberkahan bagimu dan bagi keluargamu.”

Dua Amalan Pendinding dan Penggerun Anas bin Malik r.a

sanad: Tuan Guru Dato Ustaz Ismail Kamus

Kisah di mana Anas bin Malik akan dipancung oleh pembesar yang zalim akhirnya terbatal hasrat kerana mereka melihat di belakang Anas bin Malik terdapat seekor harimau yang seolah-olah ingin menerkam. Lalu mereka bertanya, apakah amalan kau wahai Anas, lalu Anas menjawab "Amalan ini diberikan oleh Rasullullah kepadaku dan aku tidak akan mengajarnya sehingga engkau mati."

1. Ayat Kursi

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda : “Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia.”

Bertanya Anas bin Malik, “Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?”

Sabda Rasulullah s.a.w., ” Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat.”

2. Zikir Harian

Banyak zikir-zikir diajarkan bukan sama rata. Orang-orang tertentu, ada zikir-zikir tertentu yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada mereka. Setelah itu, barulah para sahabat tersebut berkongsi sesama mereka, apa yang diajarkan kepada setiap daripada mereka. Contoh zikir-zikir yang diajarkan secara khusus kepada sahabat-sahabat tertentu:

Kepada Anas bin Malik r.a dan Mu`az ibn Jabal r.a

اَللَّهُمَّ اَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Maksud doa: "Ya Allah, bantulah aku untuk dapat mengingati-Mu, mensyukuri-Mu, dan beribadat dengan baik kepada-Mu."

Jadi, dengan ini tertolaklah amalan penggerun yang meragukan, khadam jin penggerun, minyak penggerun, barang mistik berkhadam untuk tujuan penggerun dan lain-lain lagi.

Bonus: 4 AMALAN KEREZEKIAN

1. Solat Dhuha

Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”

Rasulullah bersabda lagi,

“Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”

Dari Nuwas bin Sama’an, Rasulullah bersabda:

“Allah berfirman: Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (yakni solat Dhuha), nanti pastiakan Kucukupkan keperluanmu pada petang harinya.”

Sementara itu di dalam hadits yang lain Rasulullah bersabda:

“Hendaklah masing-masing tiap-tiap pagi bersedekah untuk persediaan badannya. Maka tiap kali bacaan tasbih itu sedekah, setiap tahmid, setiap takbir juga sedekah, menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan itu sedekah dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan solat Dhuda dua rakaat.” (Ahmad Muslim dan Abu Daud)

2. Doa Dhuha

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya. Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh. Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."

3. Zikir 1000 Dinar

Amalan zikir ini selepas solat sebanyak 7 kali


وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا () وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا

Maksudnya ialah : “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

(Surah At-Talaq:2-3)

4. Bacaan Surah Al-Waqiah setiap selepas subuh

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

[tweetmeme only_single="false"]

Monday, September 27, 2010

WASIAT RASULULLAH S. A. W. KEPADA SAIDINA ALI

 

NABI Muhammad saw ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama adalah wasiatnya kepada menantu Baginda, Saidina Ali bin Abu Talib. Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim, perlu menjadikannya sebagai iktibar dan menjadikannya amalan.
 
"Wahai Ali, bagi orang mukmin ada tiga tanda iaitu:
 
1. Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia;
2. Tidak terpesona dengan pujuk rayu;
3. Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.
 
"Wahai Ali, bagi orang alim itu ada tiga tanda iaitu:
 
1. Jujur dalam berkata-kata;
2. Menjauhi segala yang haram;
3. Merendah diri.
 
"Wahai Ali, bagi orang yang jujur ada tiga tanda iaitu:
 
1. Merahsiakan ibadahnya
2. Merahsiakan sedekahnya;

3. Merahsiakan ujian yang menimpanya;
 
Wahai Ali, bagi orang yang takwa itu ada tiga tanda iaitu:
 
1. Takut berlaku dusta dan keji.
2. Menjauhi kejahatan.
3. Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
 
Wahai Ali, bagi ahli ibadah itu ada tiga tanda iaitu:
 
1. Mengawasi dirinya.
2. Menghisab dirinya.
3. Memperbanyakkan ibadah kepada Allah.
 
Ibnu Abbas pula meriwayatkan, bahawa Ali berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah bersabda kepadaku, mengutarakan 13 wasiat khusus untukku iaitu:
 
"Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki" tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).
 
"Wahai Ali, janganlah engkau 'memakai cincin pada jari telunjuk dan tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.
 
"Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: "Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" (Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia."
 
"Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.
 
"Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-domba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.
 
"Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.
 
"Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.
 
"Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.
 
"Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencungkil gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah. Mencungkil gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan pada celah gigi tidak dicungkil selepas makan.
 
"Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan serta kesabaran Allah ke atas hamba-Nya. Pertahankan diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.
 
"Wahai Ali, perhitungkan (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.
 
"Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Maka dengan demikian , engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.
 
"Wahai Ali, perbaikkan perhubungan antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.
" Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasia
tku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan. Insya-Allah."

[tweetmeme only_single="false"]

KEDUDUKAN MAKKAH DI TENGAH BUMI

 

MAKKAH Al-Mukarramah adalah kota suci turunnya wahyu llahi kepada Nabi Muhammad S. A. W. Di sini, terletaknya Masjidil Haram dan Kaabah yang menjadi tanda kebesaran Allah.

Makkah adalah kota paling suci di bumi ini serta paling dicintai Allah dan rasul-Nya. Ia juga menjadi tanah kelahiran Nabi Muhammad dan pusat terpancarnya nur Allah di bumi ini.

Abdullah bin `Adi bin Al-Hamra meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, maksudnya: "Demi Allah! Kamu (wahai Makkah) adalah tanah Allah yang terbaik dan yang sangat dicintai oleh-Nya. Andai kata aku tidak diusir dari kamu, aku tak akan berpisah (daripada kamu)." (Hadis riwayat Ahmad, Ibn Majah dan Tirmidhi).

Ibn `Abbas pula berkata: Rasulullah bersabda: "Betapa tempat yang indahnya kamu! Kamu adalah tempat yang paling aku cintai! Sekiranya orangku tidak mengusirku daripadamu, aku tak akan berpisah (dari sini)untuk hidup di satu tempat yang lain."

Al-Quran secara khusus, berkali-kali menyebut kota ini dengan pelbagai nama yang berjumlah sebelas semuanya. Antaranya adalah Makkah, Bakkah, Al-Baladul Amin, Al-Haramul Amin, Ummul Qura dan Al-Baldah Al-Tayyibah.

Bahkan, Allah bersumpah dengan kota suci ini serta memberikan kelebihan dan keistimewaan besar, yang tidak diberikan kepada kota lain.

Masjidil Haram dan Kaabah Baitul Atiq yang menjadi kiblat umat Islam sedunia, menjadikan kota suci ini sangat dicintai dan berpengaruh besar bagi umat Islam sepanjang masa.

Setiap umat Islam menghadapkan muka ke arah kiblat sekurang-kurangnya lima kali sehari semalam.

Ia menjadi tempat untuk seluruh kaum Muslimin sedunia menunaikan haji dan umrah.

Di pinggir Kota Makkah, iaitu di Jabal Nur, turunnya wahyu llahi yang pertama iaitu Surah Al-Alaq.

Di sini juga menjadi tempat Nabi Muhammad menyendiri dan beribadat kepada Allah.

Selepas itu wahyu turun berturut-turut kepada Nabi Muhammad melalui Jibril hingga ayat suci al-Quran yang turun di kota ini dinamakan ayat Makkiyyah, manakala yang turun di Madinah dinamakan ayat Madaniyyah.

Di permukaan kota inilah bermulanya perjuangan menegakkan agama Allah yang suci. Pejuang dan pemuka Islam yang pertama, bergerak menghadapi ajaran sesat yang berkembang kukuh di kalangan penduduk Musyrikin Makkah pada masa itu. Patung dan berhala dipuja dan disembah.

Di kota inilah Nabi dan sahabat dimusuhi serta disingkir hingga terpaksa meminggirkan diri daripada masyarakat.

Mereka terkepung di lereng gunung dekat Syiib Amir. Di sinilah, sahabat Nabi, pejuang Islam yang pertama, menerima pelbagai seksaan tubuh dan mental. Namun mereka terus bersabar sehingga Allah memberi kemenangan gemilang kepada mereka mengalahkan kaum Musyrikin.

Kehebatan dan keagungan kota Makkah bukan sekadar catatan dalam sejarah Islam dan melalui firman Allah dan hadis semata-mata, malah dibuktikan melalui kajian dan penyelidikan saintifik.

Hal ini dibuktikan oleh profesor dari Mesir, Prof Hosien Kamal El Din Ibrahim yang mencuba satu kaedah baru bagi menentukan arah kiblat dari seluruh penjuru dunia.

Beliau banyak menerbitkan artikel saintifik di bidang kejuruteraan awam. Untuk itu beliau melukis peta dunia yang baru yang dapat menunjukkan arah Makkah dari kota lain di dunia.

Dengan menggunakan perkiraan matematik dan kaedah spherical triangle, Hosien mendapati kedudukan Makkah betul-betul berada di tengah-tengah bumi.

Penyelidikan beliau ini membuktikan bahawa bumi ini berkembang dari Makkah. Jelasnya, Makkah adalah pusat bumi.

Penyelidikyang lain kemudiannya mengakui ketepatan kiraan beliau apabila mereka menggunakan program komputer bagi membuat kiraan dan melukis peta itu.

Sebelum itu, Abi Fadlallah Al-Emary yang meninggal dunia pada tahun 749 Hijrah, turut melukis peta yang menentukan arah kiblat.

Peta itu terkandung dalam kitabnya Masalik Al Absar Fi Mciinalik Al Amsar. Beliau menggunakan kaedah astronomi bagi menentukan arah kiblat.

Seorang lagi pemikir Islam, Al-Safaksy (meninggal dunia tahun 958 hijrah) turut melukis peta dengan menggunakan pendekatan astronomi.

Penyelidik kemudiannya mengkaji kedua-dua peta itu dan membandingkannya dengan kaedah astrologi moden. Mereka mendapati kaedah yang digunakan oleh Al-Emary dan Al-Safaksy adalah sangat tepat.

Selepas dibandingkan dengan kaedah moden, kedua-dua peta itu membuktikan Makkah dan Kaabah adalah `pusat bumi'.

Hasil kajian ini diakui benar dan diisytiharkan oleh The Egyptian Scholars of The Sun and Space Research Center yang berpusat di Kaherah.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...