Tuesday, January 4, 2011

TUJUH PERKARA GANJIL

 

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

"Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu,wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya.Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab.
Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram,wahai
anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

"Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

"Golongan Kelima, Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. "Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

"Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," "Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

"Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

Wallahua'lam..

[tweetmeme only_single="false"]

Kisah Pemuda Beribu Bapakan Babi

 

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan
Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke
Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi
Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga.
Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah
orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta
tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit
Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah
beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke
tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya
bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau
dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan
melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa
seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi
Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam
hatinya penuh keheranan.

Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu
dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke
dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa
pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan
dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan
penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa
agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama
Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat
begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah
ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar,
Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal
dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku
sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari
aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat
tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan
tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku
bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang
sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu
lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa
a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga
nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya.
Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga.
Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah
berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya.
Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami
pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa
ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga
hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga
ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa
kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan
urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang
sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan
urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya
kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang
baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam
kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran
wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah
dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di
sisi Allah.
Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku
terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG
MEMANGGIL

KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir
Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah,
menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka
Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah
engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah
S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu
akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal!
Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang
menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-
ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang
bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab
sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang
bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu
berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100
tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman
yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu
berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun.
Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu
mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka
Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat
jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu
itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan
menjadi musnah.

[tweetmeme only_single="false"]

Monday, January 3, 2011

Peringkat Peringkat Solat Kita

 

Ini sedikit petikan salah satu program motivasi sembahyang yang diadakan di pedu lake oleh kakitangan pekerja Robert bosch tempoh hari. ada 5 kuliah semuanya yang ini kuliah ketiga..

Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita check sembahyang kita, nanti akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan 1. Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2. Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3. Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4. Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,

tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya

terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5. Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6. Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7. Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8. Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9. Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

semoga ada manfaat kita bersama "mari memperbaiki solat kita ibu pada segala ibadah."

[tweetmeme only_single="false"]

Punca Punca Gangguan Makhluk Halus

 

Jika diteliti, terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya gangguan-gangguan makhlus halus. Menurut Ustaz Amsari Jais, Imam Pusat Tahfiz Nasjid Kem Terendak Melaka yang berpengalaman selama lebih lebih 5 tahun dalam peubatan Islam ini, gangguan makhluk halus ini disebabkan beberapa perbuatan yang dilakukan oleh masyarakat Islam sendiri menyebabkan mereka mudah diresapi serta diganggu oleh makhluk halus ini. Antara perbuatan berkenaan ialah:

a) Tidak taat kepada Allah, meninggalkan sembahyang, tidak menjaga amalan dan ibadah serta melakukan sesuatu pekara bukan kerana Allah.

b) Menyanyi di dalam bilik air sewaktu mandi dan tidak membeca doa masuk ke tandas atau bilik air.

c) Rumah-rumah dihiasi dengan patung-patung hiasan, gambar-gambar lucah dan alat-alat yang melalaikan umat Islam. Di samping itu terdapat lambang salib (lambang agama kristian) pada gambar-gambar, lantai rumah atau dinding-dinding.

d) Masuk ke dalam rumah yang gelap, telah lama ditinggalkan dan tidak berpenghuni tanpa membaca Bismillah. Ini kerana golongan jin suka berada pada tempat-tempat gelap dan yang lama ditinggalkan.

e) Membuang air panas, membuang air kecil ke dalam lubang air (saluran pvc bilik mandi). Dikhuatiri golongan jin berada di kawasan tersebut kerana ia sukakan tempat yang kotor.

f) Terlalu takut kepada jin dan syaitan sehingga menjadi lemah semangat (lebih takutkan makhluk Allah daripada takutkan Yang Maha Pencipta).

g) Golongan wanita yang suka menangis, merintih, putus asa dan kecewa sebelum masuk tidur dan suka berhias (bersolek) berlebih-lebihan (dikhuatiri mudah terkena histeria).

sumber: i edisi pengenalan
>> sebagai pengetahuan kita semua..agar lebih berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk dan tingkahlaku kita..walhhua'lam..

[tweetmeme only_single="false"]

Rahsia Solat 5 Waktu Dan Puasa

 

Semoga sentiasa di dalam keredhaan Ilahi dan tekun mengerjakan segala
perintahNya dengan khusu' dan tawaddu'. Bersama-sama ini disertakan
cerita mengenai sembahyang waktu yang kita amalkan setiap hari.Semoga
melalui cerita ini akan menambahkan lagi keimanan kita terhadap Ilahi.

KISAH RAHSIA DI SEBALIK SEMBAHYANG LIMA (5) WAKTU.

Ali bin Abi Talib r.a berkata :
"Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan
ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi
lalu berkata : ' Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu
kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S.
yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat
muqarrab.'

Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda:'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi: 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang
diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

Sabda Rasullullah S.A.W.:
'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala
sesuatu kepada tuhanNya,
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah
Khuldi,Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi
Adam A.S.,maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas
kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan
mengkabulkan permintaannya. Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang
dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku. Sembahyang Subuh adalah
sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya
di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.'
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka
mereka berkata:
'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami
apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.

Rasullullah S.A.W bersabda:
'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan,
sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam,orang mukimin
yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan keatasnya
wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi:
'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan
buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan
diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud:
'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang
pertengahan, sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam
A.S. diterima. Seorang mukimin yang ikhlas mengerjakan sembahyang
Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan
perkenankan.'

Sabda Rasullullah S.A.W.:
'Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan
begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam
malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah,
Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya
cahaya untuk menyeberangi titi sirath.'

Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya:
'Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh
selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan
iaitu:
1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka
mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai
Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah
S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'.

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang
dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S.selama
30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S.
berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah
sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.'

Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu
katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi
dari puasa itu.'
Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan
Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah
S.W.T. tujuh perkara:
1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang
tumbuh dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang
titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.'

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan
kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.'

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk
membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk
saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).'

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami
mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka
Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau
utusan Allah).'
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit
ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah
berita gembira kepada orang2 yang sabar." (Al-Baqarah : 155)

=================================================================

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur
masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN
dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :
"Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari
qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka
putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang
ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI
pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah
dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka,
akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah
debu
itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam
syurga,sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa
mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya
TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu
mati :
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu
dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda
Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada
di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat
Ridhwan:Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hanba-hamba
Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan
dahaga.
Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah
buahan syurga. Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-
kawan dan
semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan
membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama
dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga
dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat
Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka
sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah
Al-Haqqah bermaksud :
"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu
kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan (ingatlah) Allah sentiasa
mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah
Al-Baqarah : 237

[tweetmeme only_single="false"]

Kisah Di Dalam Train

 

Perjalanan pulang dari Kepong ke Shah Alam pada hari itu seolah-olah mahu menguji. Baru sahaja menapak keluar dari Institut Penyelidikan FRIM, hujan mula menumpahkan air matanya. Penat rasanya berkejaran untuk ke pintu utama bagi mendapatkan teksi. Setelah menunggu agak lama, teksi pun tiba, lalu membawaku ke Komuter Kepong. Dari Kepong aku mengambil train ke KL Sentral.

Aku kerling handset di tanganku. Sambil menunggu train ke Shah Alam tiba, aku mengeluarkan diari dan mencatat nombor telefon abang. Dia mungkin dalam perjalanan mahu menjemputku. Katanya dia mahu membawaku berbuka puasa dengan makanan laut di sekitar Klang.

Aku bersesak-sesak masuk ke perut train dengan membimbit sample kayu yang bakal diuji kandungan air dan ketumpatannya. Setiap kali train berhenti, setiap itulah aku semakin terperosok di celah-celah manusia. Pelbagai bau dari pelbagai bangsa dapat dihidu. Aku masih bertahan dengan kaki yang masih kejap di lantai train, cuma sesekali tersorong ke hadapan dan belakang. Tiba-tiba air-cond di dalam train tidak berfungsi. Kedengaran dengusan orang ramai menyampaikan rasa tidak puas hati mereka.

" Nek, panas!"

Kedengaran suara manja di hujung sana. Ku pandang pada seorang nenek bersama cucunya. Bukan seorang malah 4 orang. Kukira yang paling bongsu adalah dalam lingkungan setahun, manakala yang lain mungkin bawah umur 7 tahun.

"Sabar ya, kejap lagi kita sampai," pujuk nenek itu.

Anak perempuan itu diam. Terpujuk dengan kata-kata neneknya itu. Tidak lama selepas itu dia merengek lagi. Kali ini dengan lebih kuat. Dia meminta neneknya mengikat rambut panjangnya itu supaya dia lebih selesa berada dalam kepanasan.

"Macam mana nek nak ikat. Adik ni, siapa nak pegang?" Nenek itu mengunjukkan pada bayi yang dikendongnya. Dia kemudian menyuruh cucu lelakinya mengikat rambut adik perempuannya, namun cucunya itu buat tak endah, malah seronok memerhatikan pemandangan di luar train. Akhirnya cucu perempuan itu menangis.

Nenek itu bercerita kepada perempuan di sebelahnya akan hasratnya mahu membawa anak-anak itu bersiar-siar memandangkan anak dan menantunya bekerja. Wajah tua itu sungguh mengingatkan aku pada emak di kampung. Aku jatuh kasihan, pada nenek itu. Sudahlah membesarkan anak, kini anak kepada anaknya pula yang harus dikendong ke sana ke mari.

Benarlah, pengorbanan ibu tak pernah ada titik noktahnya. Jika masa kecil dia yang menjaga makan minum kita, sehingga kita dewasa dan berumah tangga pun kita masih menyusahkan mereka.

Malah ada diantara kita yang sanggup tinggal bersama ibu bapa demi mahu menjimatkan kos penjagaan anak. Ibulah yang menjaga makan minum, membasuh berak kencing si kecil, menidurkan dan melayan pelbagai ragamnya. Si anak pula setelah pulang bekerja hanya tidur kepenatan.

Hujung bulan, dihulurkan seratus dua kepada ibu, Saguhati membesarkan mereka sewaktu kecil plus menjaga bayi mereka. Sungguh jimat! Kalau dihantar ke pusat penjagaan tentunya lebih mahal, ditambah pula komisyen kepada ibu bapa. 2 in 1, senang.

Suara anak itu menangis mengasak pendengaran. Semua yang berada berdekatan saling berpandangan, namun tidak ada yang melakukan gerak balas.

"Akukah yang harus bertindak ? hatiku bertanya.

'Ah, nanti orang cakap nak tunjuk baik pulak. Hipokrit,"

Anak kecil itu masih menangis.

'Ah, biarlah, orang lain kan ada. Kejap lagi ok la tu. Budak kecik biasalah'. Syaitan mula berbisik di telingaku setelah melihat aku semakin goyah. Tangisan anak itu makin kedengaran kuat sehingga menarik perhatian semua penumpang.

'Macam mane ni?' Aku pula ibarat cacing kepanasan.

Sejujurnya, aku tidak sampai hati. Aku sedar selama ini perasaan itulah yang tumbuh subur dalam diriku. Perasaan belas kasihan yang mendorong setiap manusia untuk melakukan kebaikan. Demi Allah, aku tidak rela ia hilang berdikit-dikit ditelan sifat pentingkan diri. Aku semakin berdebar-debar. Mahu atau tidak, aku yang memilihnya, dan aku sesekali tidak akan rugi apa-apa. Waktu itu hatiku berbisik.

"Kalau benar inilah hipokrit, maka lesapkanlah pahala dari perbuatanku ini. Aku tidak mengharapkan pahala bagi perbuatanku ini,"

Aku berjalan berhati-hati bimbang terjelepok di lantai train yang semakin laju bergerak. Sekali sekala aku berpegang pada tiang. Aku tahu banyak mata yang sedang memerhatikan. Mungkin berfikiran akan rasionalnya aku bergerak dalam keadaan yang bersesak-sesak. Banyak juga yang sedang menghakimiku. Dalam terketar-ketar, aku meletakkan sample kayu, lalu ku gapai rambut halus si kecil dan kuikat tinggi-tinggi ibarat ekor kuda.. Anak kecil itu diam, merelakan. Sungguh manja sekali. Si kecil melihatku dengan wajah hairan, akhirnya dia tersenyum. Tangisannya hilang sama sekali. Sesekali kulihat dia bermain-main dengan tocangnya itu.

"Terima kasih, ya'' ucap nenek itu. Berharga sungguh ucapan itu padaku. Aku tersenyum bangga. Ada rasa bahagia mengalir ke dasar hati. Perbuatan yang sungguh mudah, senang dan menggembirakan, namun tak ramai, yang mahu melakukan. Aku sedar, daripada perbuatan kecil mahupun besar, masing-masing mempersoalkan keikhlasaan, walhal keikhlasan itu adalah terbitnya dari dasar hati.

Dengan izin Allah, kadang-kadang Dia akan menunjukkan keikhlasan kita, mungkin daripada gaya percakapan kita, air muka kita yang tenang dan perlakuan kita yang menyenangkan. Dengan adanya keikhlasan dalam diri, kita akan jadi manusia yang redha. Dan bercakap mengenai redha, sebaik sahaja turun daripada train di Shah Alam, aku kehilangan handset. Aku lihat handbagku yang terbuka, lalu menggaru-garu kepala. Aku berteleku di tepi longkang, tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Ternyata memang jodohku dengan handset pink ku itu sampai hari itu, dan aku redha. Bagaimana mahu menelefon abang, nombornya yang baru ada di dalam telefonku. Aku teringat akan diari kesayanganku, yang telah kucatit nombor telefon abang sebentar tadi. Syukur, semuanya bagai sudah diatur oleh Allah. Aku berjalan menghampiri seorang perempuan lalu tanpa segan silu meminjam telefonnya. Nah, ternyata tidak rugi kita menolong orang! Mungkin berkat menolong nenek tadi, lalu mereka yang entah siapa-siapa datang menolongku. Teringat kata-kata professorku semasa kami pulang dari menjalankan projek di Pahang dan Terengganu.

" Tolonglah orang, tanpa mengira sesiapa. Mungkin satu hari orang yang tak kenal kita pula yang akan tolong kita,"

Ia adalah satu pelajaran bagiku. Dengan kehilangan hadsetku tadi, maka abangku telah menghulurkan duitnya supayaku membeli telefon baru. Alhamdulillah, rezeki.

[tweetmeme only_single="false"]

Menggapai Amalan Tertinggi

 

Allah SWT telah banyak mengingatkan hamba-Nya akan Taqwa. Terdapat satu ayat yang benar-benar menghembuskan tiupan kesedaran kepada sesiapa sahaja yang masih mempunyai mata hati untuk merenungnya. Allah SWT berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang akan diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan” (QS. Al-Hasyr: 18)

Ayat ini khusus ditujukan hanya untuk orang-orang beriman, dimana Allah memerintahkan agar kita takut kepada-Nya dan memikirkan tentang apa yang akan dilakukan pada hari esok dan masa akan datang. Hal ini sangat penting bagi seorang muslim yang beriman, sehingga dia tidak akan membiarkan masanya berlalu begitu sahaja, apatah lagi mengisinya dengan perbuatan yang memaksiati Allah SWT, na’udzubillah min dzalik.

Oleh itu, mari kita lihat perjalanan hidup manusia. Cuba kita bayangkan bahawa kehidupan ini berjalan bagaikan satu garis yang lurus, panjang, dan tidak terputus-putus, yakni tidak berpenghujung. Garis yang sangat panjang itu dibahagikan menjadi 3 bahagian. Bahagian yang paling kecil itu berada di tengah-tengah garisan, malah ianya hanyalah sebesar titik kecil. Garis sebelumnya itu adalah garisan yang sangat panjang yang kita tidak tahu dimanakah permulaan garisan itu. Garisan yang dibahagian terakhir itu adalah garisan yang begitu panjang sehinggakan ianya tidak mempunyai pengakhiran.

Ketahuilah, bahawa garisan panjang dibahagian pertama itu adalah masa ketika kita berada di alam roh dan ketika kita berada di dalam rahim ibu. Garisan di bahagian kedua yang sangat pendek itulah yang mewakili kehidupan kita di dunia, yang menunjukkan kehidupan kita di dunia ini pada hakikatnya sangat singkat! Garisan di bahagian ketiga yang tidak berpenghujung itu pula adalah masa setelah kita meninggalkan dunia ini, masa penentuan dimana kita akan ditempatkan samada di syurga mahupun neraka. Setelah manusia mati, Jika dia gagal dalam kehidupannya di dunia, maka dia akan menderita, tersiksa, teraniaya, untuk selama-lamanya. Namun, apabila dia berhasil dalam kehidupannya di dunia, maka dia pasti akan bahagia untuk selama-lamanya.

Seharusnya kita sedar bahawa hidup ini hanyalah sekali, dan ia tidak mungkin akan dapat diulang lagi. Sekiranya seorang pelajar yang gagal di dalam peperiksaan, dia pasti akan merasakan perasaan yang malu dan sedih di atas sebab dia mensia-siakan masa lapang ketika dia mempunyai peluang untuk mengulangkaji pelajaran. Walau sedalam mana sekalipun kesedihan pelajar itu, dia masih mampu untuk berusaha kembali dan mengulang kembali peperiksaan itu sehingga dia beroleh keputusan yang cemerlang. Namun, sekiranya seseorang yang membuat banyak maksiat telah mati tanpa bertaubat dan kemudiannya dihadapkan di hadapan Allah untuk diputuskan oleh-Nya neraka, apakah dia masih boleh untuk meminta ditangguhkan keputusan itu dan kembali mengulang kehidupan di dunia sekali lagi? Ingatlah, bahawa sesungguhnya kehidupan di dunia ini benar-benar singkat. Hal ini dikhabarkan oleh Allah SWT:

“Pada hari mereka melihat hari kebangkitan itu, mereka merasa seakan-akan tidak tinggal (di dunia) melainkan (sebentar saja) di waktu petang atau pagi hari” (QS. An-Nazi’at: 46)

Selama ini kita merasakan bahawa umur kita masih panjang lagi, kerana kita merasakan bahawa kita masih muda dan masih mempunyai masa yang lama untuk bertaubat. Sedangkan Allah mengingatkan bahawa kehidupan di dunia itu bagaikan sepetang atau sepagi sahaja, tidak sampai satu hari pun!

Rata-rata umur umat nabi Muhammad saw itu hanyalah sekitar 60 tahun sahaja. Dengan masa yang panjang sebanyak 60 tahun itu, apakah kita dapat menggunakan kesemuanya untuk beribadat? Tidak sama sekali. Maka kita harus menolaknya dengan 15 tahun dahulu ketika kita masih belum baligh dan berada di zaman kanak-kanak. Dalam tempoh masa ini, kita tidak akan dihisab. Baki sebanyak 45 tahun itu hendaklah kita tolak dengan masa kita tidur. Kebanyakan manusia itu tidur sebanyak 8 jam sehari. Di dalam sehari ada 24 jam, maka sedar tak sedar, kita sebenarnya telah menghabiskan 1/3 kehidupan kita hanya dengan tidur semata-mata! 1/3 daripada 45 tahun itu bersamaan 15 tahun. Maka kita akan menghabiskan masa sebanyak 15 tahun hanya untuk tidur. Oleh itu, mereka yang membuang masa dengan tidur tanpa melakukan pekerjaan yang bermakna itu adalah orang yang sia-sia. 45 tahun itu sekiranya ditolak 15 tahun tempoh tidur itu berjumlah 30 tahun. Maka sebenarnya kita hanya akan dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk tempoh 30 tahun ini sahaja di dunia!

Persoalannya, apakah kita benar-benar menggunakan keseluruhan 30 tahun ini untuk beribadat kepada Allah? Kebanyakan pelajar hari ini menghabiskan masa mereka dengan bermain game, internet, bola sepak, melepak, berkaraoeke, tidur di siang hari, malah melakukan maksiat melihat pornografi, melakukan pergaulan bebas (couple), merempit, dan banyak lagi kemaksiatan yang lain! Bagaimanakah keadaannya kita di akhirat kelak?

Sesungguhnya, di hari akhirat kelak, setiap manusia akan mengalami penyesalan yang benar-benar dahsyat. Tidak akan ada seorang pun yang terlepas daripada penyelesalan tersebut. Terdapat empat jenis kelompok orang yang menyesal:

1. Kelompok yang PALING BERAT penyesalannya
2. Kelompok yang BERAT penyesalannya
3. Kelompok yang RINGAN penyesalannya
4. Kelompok yang PALING RINGAN penyesalannya

Kelompok pertama yang paling berat penyesalannya itu ialah orang-orang kafir yang telah menolak Islam, menolak Allah sebagai Tuhannya, dan memerangi serta membunuh orang-orang Islam. Merekalah golongan yang mengalami penyesalan yang sangat dahsyat kerana dihumban ke dalam api neraka yang menyala-nyala. Kelompok kedua ialah orang yang berat penyesalannya. Mereka ini adalah orang Islam yang banyak melakukan dosa dan maksiat, mereka ini ketika masih hidup di dunia sering melakukan dosa walaupun dia sedar akan perbuatannya itu termasuk dalam dosa, namun masih mempertuhankan hawa nafsu sekaligus membuang keimanannya ke tong sampah. Mereka ini akan dimasukkan ke dalam neraka juga. Kelompok ketiga ialah orang yang ringan penyesalannya. Mereka ini adalah orang-orang yang dimasukkan ke dalam syurga, tetapi masih menyesal juga kerana berada di dalam syurga yang berada di tingkat yang paling bawah. Mereka bertanya kepada diri mereka sendiri,

“Seandainya aku menambahkan lagi amalan solat malam aku, pasti Allah akan mengganjarkan lebih lagi!”

Kelompok yang paling ringan penyesalannya ialah mereka yang berada di dalam syurga, tetapi tidak di tingkat syurga yang tertinggi, iaitu di tempat para anbiya’ dan syuhada’ ditempatkan.

“Penghulu syuhada adalah Hamzah ibn Abi Thalib dan seseorang yang berdiri di hadapan penguasa yang jahat dan zalim, lalu menyerunya berbuat baik dan mencegahnya berbuat mungkar, kemudian ia dibunuh (oleh penguasa tersebut)” [HR Hakim].

Persoalan timbul lagi, dalam umur yang sangat singkat ini, bagaimanakah kita mampu untuk melakukan ibadat yang sebanyak mungkin untuk menampung kehidupan di akhirat yang selama-lamanya dan tidak akan berpenghujung? Bagaimanakah caranya agar kita dapat memiliki amal yang sebanyak-banyaknya? Bahkan, amal yang dapat melampaui umur kita sendiri…?

“Sesungguhnya kami menghidupkan orang-orang mati dan kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan ‘bekas-bekas’ yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang nyata (Lauh mahfuzh)” (QS. Yasin: 12)

Ayat di dalam surah Yasin ini menerangkan bahawa ada dua perkara yang akan menjadi bekalan kita di hadapan Allah kelak. Iaitu amalan yang kita lakukan sebelum kita mati, dan juga ‘bekas-bekas’ yang kita tinggalkan. ‘Bekas-bekas’ inilah yang akan membantu kita mendapatkan sebanyak mungkin pahala! Apakah ‘bekas-bekas’ itu?

“Barang siapa yang mengajak pada petunjuk, maka baginya adalah pahala orang yang mengikuti ajakannya, tanpa dikurangi sedikitpun dari pahala mereka. Dan barang siapa yang mengajak pada kesesatan, maka baginya menanggung dosa seperti dosa orang-orang yang mengikuti ajakannya itu, tanpa dikurangi sedikitpun dari dosa mereka itu” (HR. Muslim)

Orang yang mengajak kepada petunjuk itu adalah orang yang mengajak kepada kebaikan amar ma’ruf nahi munkar, iaitu orang yang melaksanakan dakwah. Apabila orang yang diajarkan itu mangamalkannya, maka pahala itulah yang akan menjadi ‘bekas-bekas’ yang kita tinggalkan. Bayangkan, sekiranya orang yang kita dakwahkan itu mendakwahkan kepada 100 orang lagi, kemudian 100 orang itu mendakwahkan kepada 1000 orang lagi, tentu pahala itu akan menjadi berlipat kali ganda. Malah, pahala itu akan terus kita dapat selagi mana orang mengamalkan ilmu yang diajarkan oleh kita itu masih hidup.

Lihatlah bagaimana dakwah yang telah dihasilkan oleh pendahulu kita. Para wali songo, adalah antara orang-orang yang pertama menyebarluaskan Islam di Tanah Jawa yang mana saat ini terdapat 200 juta umat Islam di situ! Maka pahala sebanyak 200 juta orang itu akan mengalir kepada wali songo sehingga ke hari kiamat! Jika sekarang ramai orang yang mengamalkan kitab yang ditulis Imam Syafie, berapa banyakkah pahala yang akan diterima oleh beliau? Jika pada hari ini terdapat 1.57 billion umat Islam, siapakah yang akan turut mendapatkan pahala yang mengalir itu? Rasulullah SAW dan para sahabat, kerana merekalah orang-orang yang pertama mengembangkan ajaran Islam keseluruh dunia. Maka, bagaimana dengan kita? Mungkinkah kita mengikut jejak-langkah mereka? InsyaALLAH, asalkan kita memiliki amalan yang besar dan agung sebagaimana para sahabat Rasulullah SAW. Apakah amalan itu?

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah” (QS. Ali Imran: 110)

‘Kamu’ di dalam ayat diatas merujuk kepada para sahabat kerana mereka adalah orang-orang yang menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar. Walaubagaimanapun, kita juga boleh menjadi orang yang termasuk di dalam ayat itu sekiranya kita juga melakukan perkara yang sama. Kerana kaedah syara’ menyatakan,

“Al-‘ibroh bi ‘umum al-lafdzi la bi khususi sabab” (“Pengajaran itu diambil dari segi keumuman lafaznya, bukan kerana kekhususan sebab.”)

Maka sekiranya kita cuma berfikir untuk berdakwah pada keluarga kita, maka pahala yang akan kita dapat itu pasti sekitar keluarga kita sahaja. Tetapi sekiranya kita juga berfikir untuk berdakwah kepada rakan-rakan kita, pastinya pahala yang akan kita dapatkan itu sekitar rakan-rakan kita. Sekiranya kita berfikir untuk berdakwah di surau kita, pastinya pahala itu sekitar orang-orang yang datang ke surau sahaja. Sekiranya kita berfikir untuk berdakwah di kampus kita, pastinya pahala itu sekitar di kampus sahaja. Sekiranya kita berfikir untuk berdakwah di Malaysia, pastinya pahala itu sekitar penduduk Malaysia berjumlah 27 juta sahaja. Tetapi, sekiranya kita berfikir untuk berdakwah ke seluruh dunia, maka pastilah pahala itu akan didapatkan sebanyak yang kita usahakan! Maka, yang terbaik adalah menjadi pemimpin kepada orang-orang yang mendakwahkan Islam ke seluruh dunia secara global!

Bagaimanakah kita mahu memimpin dunia, sedangkan pada saat ini, kuffar barat Amerika yang menguasai dunia dan membantai habis-habisan umat Islam? Kuffar barat Amerika menguasai dunia dengan undang-undang demokrasi yang mereka bawa hingga ke Afghanistan, Iraq dan seluruh dunia dalam usaha mereka mendominasi dunia! Maka apakah yang tinggal pada umat Islam saat ini? Apakah umat Islam yang memimpin dunia dan menebarkan cahaya Islam ke seluruh dunia pada saat ini? Tidak! Maka sudah tiba saatnya untuk umat Islam berfikir tinggi, untuk menyatukan kembali umat Islam diseluruh dunia dengan cara membuangkan pemikiran kebanggaan kepada bangsa sendiri, kerana umat islam itu hanya disatukan dengan aqidah Islam, bukan dengan ikatan nasionalisme.

Umat Islam pernah menjadi pemimpin dunia pada satu masa dahulu, selama 1300 tahun di bawah negara yang bergelar Daulah Khilafah. Daulah Khilafah ini telah dipimpin oleh para Khulafa’ Ar-Rasyidin, para Khalifah ‘Abbasiyyah, Umayyah, dan ‘Uthmaniyyah. Daulah Khilafah ini telah dihancurkan pada tahun 1924 oleh pengkhianat Mustafa Kamal la’natullah ‘alaih dengan bantuan penjajah kuffar British dan pemberontak raja Arab Saudi. Mulai daripada tanggal keruntuhan Daulah Khilafah itulah, umat Islam dipecahkan menjadi 57 buah negara yang kecil dan dihadiahkan kemerdekaan yang palsu sehingga masing-masing berbangga dengan negara mereka yang kecil dan lemah. Ketika umat Islam telah hilang kesatuan mereka itulah kuffar menceroboh masuk ke tanah Palestin, Iraq, Afghanistan, Kashmir dan banyak lagi tempat kerana mereka tahu bahawa kaum muslimin tidak akan pernah membantu antara satu sama lain. Kerana apa? Kerana mereka telah hilangnya kepimpinan tertinggi Islam, iaitu Daulah Khilafah. Sebuah Negara yang akan menerapkan hukum-hukum serta undang-undang Islam, dan bukan lagi demokrasi, sebuah negara yang akan melindungi harta, darah, dan nyawa umat Islam! Sudah tiba masanya umat Islam menggiatkan dakwah agar dapat meraih amalan dan kepimpinan tertinggi!

Sampai bilakah umat Islam akan terus tertindas? Sampai umat Islam bangkit, untuk berjuang bersama-sama menegakkan kepimpinan tertinggi umat Islam, iaitu Daulah Khilafah yang akan menerapkan syariat Islam. Allahu Akbar!

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...