Thursday, January 6, 2011

7 Alasan Mengapa Saintis Percaya Akan Adanya Tuhan

 

Janganlah kamu fikirkan akan dzat Allah kerana akalmu
tidak akan mampu memikirkannya, tetapi renungkanlah
akan ciptaan Allah.

Artikel dari Mr. Cressy Morisson, bekas Presiden 'New
York Academy Of Sciences' yang pertama kali terbit di
dalam Reader's Digest Januari, 1948 ;kemudian dengan
sokongan Professor C. A. Couldson, F. R.S. Profesor
Matematik di Universiti Oxford ianya telah diterbit
semula di dalam Reader's Digest November 1960. Rencana
ini membuktikan para saintis mengakui betapa perlunya
kehadiran tuhan yang maha Pencipta.

Kita masih lagi berada dalam keheningan subuh zaman
saintifik dan setiap peningkatan sinar mentari membawa
petunjuk akan keagungan maha pencipta.Setelah 90 tahun
sejak Darwin membuat penemuan dengan semangat sains
kemanusian dan dengan kepercayaan kepada pengetahuan
yang semakin hampir kita dekati menyebabkan kita
semakin bertambah yakin dengan adanya Tuhan.

Untuk diri saya, saya telah menghitung 7 alasan untuk
menyimpulkan kepercayaan saya ini. Pertama, dengan
menggunakan hukum matematik kebarangkalian, kita boleh
membuktikan bahawa alam ini telah direkabentuk dan
dicipta dengan kejuruteraan yang maha bijaksana. Jika
anda ambil 10 keping wang syiling dan tandakan dari 1
hingga 10, kemudian masukkan ke dalam poket anda dan
gaulkan syiling2 tersebut. Sekarang anda cuba anda
mengambilnya secara teratur dari no. 1 hingga 10 dan
masukkan kembali syiling2 tersebut dan gaulkan mereka
kembali, Secara matematik, kita tahu bahawa
kebarangkalian anda untuk mendapatkan syiling
bernombor 1 adalah 1 dalam 10, peluang untuk
mendapatkan no. 1 dan no. 2 secara berturutan adalah 1
dalam 100 dan peluang untuk mendapatkan 1, 2 dan 3
secara berturutan secara berterusan adala 1 dalam 1000
dan begitulah seterusnya. Peluang anda untuk
mendapatkan no. 1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan 10 secara
berterusan adalah 1dalam 10 juta kali.

Mengikut kaedah yang sama, terlalu banyak keadaan yang
ideal dan optima yang diperlukan di dalam kehidupan di
atas bumi ini dan ianya pasti tidak akan wujud jika
ianya terjadi dengan sendirinya, Bumi berpusing pada
paksinya pada kelajuan 1,000 batu sejam. Jika ianya
berpusing pada kelajuan 100 batu sejam, hari2 dan
malam2 bumi akan menjadi 10 kali lebih lama dari
sekarang,dan kepanasan matahari akan membakar seluruh
tumbuhan pada waktu siang dan pada waktu malam pula,
kehidupan yang ada ini akan membeku.

Matahari, sumber kehidupan ini, mempunyai suhu
permukaan sebanyak 12,000 darjah Fahrenheit dan dunia
ini mempunyai jarak yang optima jika dibandingkan
dengan matahari supaya pancaran matahari sekadar cukup
untuk memanaskan dan tidak terlalu berlebihan. Jika
matahari memancar cahaya dengan kadar sebanyak 50%
kurang dari yang ada sekarang, kita akan kebekuan dan
jika ianya memancarkan 50% lebih pancaran, kita akan
terbakar.

Kecondongan bumi sebanyak 23 darjah memberikan bumi 4
musim, jika bumi tidak condong sebanyak itu, wap dari
lautan akan bergerak menuju utara dan selatan dan akan
menyebabkan benua2 akan menjadi benua air batu. Jika
bulan yang kita ada sekarang cuma berjarak sejauh
50,000 batu dari bumi dari jarak sebenarnya sekarang,
air pasang surut dari lautan akan menjadi terlalu
besar di mana dalam 2 kali sehari, seluruh benua di
bumi akan ditenggelami air dan gunung ganang pun akan
terhakis sama sekali. Jika lapisan teras bumi menjadi
10 kaki lebih tebal dari yang ada sekarang, ianya akan
menyebabkan tiada lagi oksigen yang akan wujud di mana
semua kehidupan akan mati. Jika lautan menjadi
beberapa kaki lebih dalam dari yang ada sekarang,
karbon dioksida dan oksigen akan terlarut semuanya di
dalam lautan dan akan menyebabkan tiada tumbuhan lagi
akan wujud. Atau jika atmosfera kita menjadi semakin
tipis, sebahagian dari meteor akan terbakar di angkasa
dan di bumi sebanyak berjuta2 kali dalam sehari dan
akan mengenai bumi dan menyebabkan kebakaran di
mana-mana jua. Disebabkan alasan-alasan di atas, tidak
ada kemungkinan satu dalam berjuta-juta pun bahawa
kehidupan di atas planet bumi ini terjadi secara
kebetulan.

Kedua: Keadaan kehidupan itu sendiri untuk
menyempurnakan tujuan kehidupan itu sendiri adalah
menesfitasi akan kewujudan yang maha bijaksana.
Kehidupan itu sendiri, tiada manusia yang benar2
mengerti tentang pengertiannya. Ianya tidak mempunyai
berat atau dimensi, tetapi ianya mempunyai kekuatan
dan daya: akar yang hidup akan memecahkan batu.

Kehidupan telah menguasai air, daratan dan udara,
telah menguasai elemen dan telah membentuk dan
melarutkan elemen dan membuat perubahan kepada
kombinasi mereka. Kehidupan, pencipta yang telah
membentuk semua kehidupan yang ada,artis yang
merekabentuk setiap daunan untuk setiap pohonan dan

mewarnakan setiap bunga yang ada. Kehidupan adalah
ibarat pemuzik dan membuat setiap burung mempunyai
lagu2 cinta mereka sendiri, serangga akan memanggil
sesama mereka dalam nada beraneka mereka sendiri.
Kehidupan adalah ahli kimia yang agung, memberi rasa
kepada setiap buah-buahan dan rempah ratus, dan
memberi bauan kepada mawar dan bunga-bungaan lainnya,

merubah air dan asid karbonik menjadi gula dan kayu
dan dengan membuat demikian,menghasilkan oksigen agar
setiap haiwan dapat hidup benafas.
Awas, setiap tumpahan protoplasma yang hampir tidak
kelihatan, lutsinar dan berbentuk seperti agar2 mampu
bergerak dan mandapatkan tenaga dari cahaya matahari
.Kehidupan satu sel ini menyimpan mikro-organisma
kehidupan itu sendiri dan mempunyai tenaga untuk
mengagih-agihkan kehidupan kepada setiap benda
bernyawa amat berkuasa tetapi telalu kecil. Kuasa pada
setiap tumpahannya adalah lebih besar dari tumbuhan,
haiwan dan manusia itu sendiri, kerana setiap
kehidupan adalah bermula darinya. Alam semula jadi
tidak dapat mencipta kehidupan: batu-batuan yang panas
dan kemasinan laut tidak dapat memenuhikeperluan
kehidupan.

Tetapi,siapakah yang telah mengujudkan kehidupan itu
sendiri?

Ketiga: Kebijaksanaan haiwan itu sendiri telah
menyuarakan akan keagungan maha pencipta yang
mamasukkan naluri kedalam haiwan. Ikan Salmon
menghabiskan beberapa tahun usianya di dalam lautan,
akhirnya akan kembali kepada asal usul sungainya: akan
berenang untuk kembali kepada sungai dan habitat di
mana ia telah dilahirkan. Apakah yang menyebabkan
mereka kembali ke tempat asal mereka dengan begitu
tepat sekali?

Jika anda mengubah ikan tersebut kepada habitat lain,
ikan ini akan mengetahui bahawa dia telah tersalah
haluan dan akan berusaha sekali lagi untuk berenang
menentang harus untuk menghabiskan destinasinya dengan
lebih tepat lagi. Adalah lebih sukar lagi untuk
menyelesaikan misteri kehidupan belut.Makhluk ajaib
ini berhijrah apabila mencapai umur matang dari setiap
kolam dan sungai di mana-mana merata dunia - dari
Eropah akan menyeberangi beribu-ribu batu lautan -
semuanya akan berkumpul pada lubuk yang dalam
berdekatan laut Bermuda. Di sana mereka akan mengawan
dan mati. Anak2 belut tanpa pengetahuan yang kita tahu
kecuali hidup liar dalam lautan, walau bagaimanapun
akan mengetahui jalan pulang mereka bukan sahaja
persisiran pantai di mana ibu bapa mereka berasal
bahkan sampai kepada setiap sungai atau kolam kecil di
mana mereka berasal - menyebabkan setiap bahagian air
akan sentiasa didiami oleh belut. Tiada belut Amerika
yang ditangkap di Eropah dan begitu juga sebaliknya.
Alam semulajadi juga telah melengahkan kematangan
belut Eropah selama setahun atau lebih untuk
menghabiskan jarak perjalanannya yang lebih panjang.
Dari manakah asalnya deria pengemudian mereka ini?

Keempat: manusia mempunyai lebih lagi dari naluri
kehaiwanan - keupayaan untuk berlogika. Tiada haiwan
yang berkebolehan untuk mengira dari 1 hingga 10 atau
untuk memahami pengertian nombor-nombor itu. Di mana
naluri ini adalah seumpama nota tunggal kepada
seruling, indah tetapi terhad, otak manusia mempunyai
kesemua nota-nota untuk semua peralatan dalam sebuah
orkestra. Tidak perlu untuk menerangkan lebih lanjut
tentang alasan yang keempat ini, terima kasih kepada
manusia, logika ini menyebabkan manusia seperti
manusia yang ada sekarang yang menerima secebis atau
sedikit cetusan dari kebijaksanaan universal yang maha
bijaksana.

Kelima: Kewujudan semua benda bernyawa adalah hasil
dari fenomena yang diketahui pada masa ini dan tidak
pada masa Darwin - keajaiban gen.
Terlalu penting bagi gen yang bertanggungjawab
terhadap semua manusia hidup di dalam dunia ini jika
dikumpulkan di dalam suatu tempat,ruangan yang akan
diambil oleh mereka tidak akan lebih dari ruangan yang
diambil oleh satu jari manusia. Namun begitu,
mikroskopik gen ini dan yang sebangsa dengannya
kromosom, tinggal di dalam setiap sel hidup dan
merupakan kunci kepada semua ciri-ciri manusia, haiwan
dan tumbuh-tumbuhan. Satu ruangan jari manusia adalah
ruangan yang kecil untuk memenuhi kesemua ciri-ciri
manusia seramai dua billion orang. Walau bagaimanapun,
fakta ini tidak boleh dipersoalkan lagi. Lantas
bagaimanakah gen ini mengunci ciri-ciri warisan
manusia dari berbagai peringkat generasi manusia dan
mengekalkan psikologi setiap individu di dalam suatu
ruangan yang agak kecil?. Di sini evolusi benar-benar
bermula dari satu sel yang entitinya mewarisi dan
membawa gen-gen. Bagaimana beberapa juta atom,
terkunci sebagai mkiroskopik lampau, boleh menguasai
dunia dan ianya merupakan contoh ciri-ciri yang
berasal dari Kebijaksanaan Maha Agung - hipotesis dari
mana lagikah yang mampu membuat ciptaan yang
sedemikian rupa?

Keenam: Melalui ciri-ciri ekonomikal, kita terpaksa
mengakui bahawa hanya dengan kebijaksanaan yang tidak
terbatas telah melihat dan menyediakan satu sistem
pengurusan sumber yang maha bijaksana. Beberapa tahun
lampau satu spesis kaktus telah ditanam di Australia
sebagai pagar-pagar penghalang.

Oleh kerana tidak mempunyai serangga pemusuh di
Australia, pokok-pokok kaktus ini kemudiannya membiak
dengan kadar yang amat tinggi sehinggakan tumbuhan ini
telah memenuhi kawasan sepanjang dan sebesar England,
menghalau inhabitan ke Bandar-bandar dan perkampungan,
dan memusnahkan ladang-ladang. Sebagai usaha
perlindungan, pakar tumbuhan dan serangga telah
menjumpai sejenis serangga yang hanya semata-mata
memakan pokok kaktus ini.Ianya membiak secara bebas
dan tidak mempunya musuh di Australia. Serangga ini
kemudiannya menguasai tumbuhan ini dan bahaya kemaraan
pohonan kaktus telah berjaya dikawal hanya dengan
menggunakan serangga mampu untuk mengawal pohonan
kaktus untuk selamanya. Ciri-ciri kawal dan periksa
(check and balance) telah lama wujud pada alam maya
ini.

Mengapakah tidak ada serangga yang pantas memakan
menguasai dunia ini?
Ini adalah kerana meraka tidak memempunyai paru-paru
seperti yang ada pada manusia, mereka bernafas melalui
tiub-tiub pernafasan. Bila serangga bertambah besar,
tiub-tiub pernafasan mereka tidak membesar dengan
nisbah pembesaran tumbuh mereka. Oleh kerana itu,
tidak pernah ada serangga yang mempunyai tubuh yang
besar dimana had-had pembesaran ini telah mengekang
mereka semuanya di dalam kawalan. Jika ciri-ciri
pengawalan ini tidak tersedia, manusia tidak akan
wujud, bayangkan kita bertemu dengan serangga yang
sebesar singa!

Ketujuh: Kenyataan manusia menerima konsep kepercayaan
kepada tuhan itu sendiri adalah bukti yang paling
unik. Konsep ketuhanan terhasil dari tahap-tahap
manusia itu sendiri, tahap yang dipanggil sebagai
pemikiran.

Dengan kekuatan daya ini, manusia dan hanya manusia
mampu untuk mencari bukti perkara-perkara yang ghaib.
Kekuatan ini telah mengungkap segala rahsia:
sesungguhnya manusia adalah sesempurna penciptaannya
maka pemikiran telah menjadi kenyataan kerohaniaan.
Pemikiran mampu mengesan bukti-bukti penciptaan dan
tujuan penciptaan yang hakiki dan tuhan adalah
segala-galanya dan tuhan tidak pernah lebih dekat
melainkan dengan jiwa manusia itu sendiri. Perkara ini
adalah benar dari segi saintifiknya dan juga dari segi
pemikiran yang mengungkap keagungan tuhan dan
ciptaannya.

wallahua'lam, wassalam ....

[tweetmeme only_single="false"]

Kisah Tempat Tinggal Roh

 

Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" :-

� Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
� Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus.
� Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.
� Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.
� Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
� Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

� Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahwa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" :-

� Orang-orang yang mati syahid.
� Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
� Orang yang puasa hari Arafah.

[tweetmeme only_single="false"]

Imam Syafi'i Berangkat Ke Iraq

 

Dimusim Haji ramai Muslimin datang ke Madinah untuk menziarahi maqam Rasulallah s.a.w.Demi hormat dan kecintaan mereka kepada Rasulallah s.a.w.Mereka yang datang itu dari banyak tempat,terutama dari Mesir dan Iraq.Selesai menziarahi maqam Nabi s.a.w,mereka juga menziarahi Imam Malik,dan meminta supaya kepada mereka diajarkan Kitab Muattha.Imam Malik menyuruh Imam Syafi'i supaya membacakan kitab tersebut untuk orang ramai yang menghadiri Majlis Ta'lim Imam Malik. Sudah tentu dengan senang hati Imam Syafi'i membacakan kitab tersebut yang telah dihapalnya keseluruhan isi kitab al-Muaatha.Jamaah yang hadir sungguh kagum melihat kelancaran pembacaan kitab Muaatha,yang dibaca oleh Imam Malik.Hal ini dengan mudah dilakukan oleh Imam Syaf'i disebabkan beliau telah menghapal seluruh isi kitab tersebut.

Selesai majlis Ilmu itu,Imam Syafi'i pergi menziarahi rombongan yang datang ketempat itu.Ketika beliau menziarahi rombongan dari Iraq Imam Syafi'i melihat seorang pemuda Iraq sedang menunaikan sholat.Selesai pemuda itu menunaikan sholat,lalu ia didekati oleh Imam Syafi'i,dan beliau ingin berkenalan dengan tamu muda itu.Imam Syafi'i bertanya kepada pemuda itu siapakah Ulama yang paling terkenal dalam hal Ilmu al-Quran dan Sunnah di Iraq.Pemuda itu menjawab,bahwa ketika itu Ulama yang paling terkenal dalam Ilmu al-Quran dan Sunnah ialah Abu Yusuf dan Muhammad bin Hasan.Kedua Ulama yang paling terkenal itu adalah murid dari Imam Abu Hanifah.Imam Syafi'i sangat tertarik dan ingin menambah Ilmu Pengetahuannya kepada kedua-kedua orang Alim itu.Imam Syafi'i bertanya bila pemuda Iraq itu akan berangkat kembali ke Iraq.Pemuda itu menjawab bahwa ia akan berangkat keesokan harinya.Imam Syafi'i bergegas pulang menemui gurunya Imam Malik dan menceritakan keinginannya ingin menambah Ilmu Pengetahuan,terutama berkenaan al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w,yang telah menjadi cita-citanya dari sejak semula.

Mendengar hasrat hati Imam Syafi'i,maka Imam Malik bersetuju dan mendo'akan semoga segala hajat Imam Syafi'i dalam cita-citanya menambah Ilmu Pengetahuan dari kedua Ulama Agung itu semoga dikabulkan oleh Allah s.w.t.Imam Malik sendiri ikut mengantarkan Imam Syafi'i hingga ke Baqi'.Suatu hal yang memeranjatkan Imam Syafi'i,dimana Imam Malik telah menyediakan unta untuk kenderaan dalam perjalanan Imam Syafi'i menuju Kufah Ibu kota Iraq.Disamping itu Imam Malik memberikan kepada Imam Syafi'i uang sebanyak lima puluh Dinar.Imam Syafi'i merasa heran darimana Imam Malik memperoleh uang tersebut.Setahu Imam Syafi'i Imam Malik ketika itu tidak punya uang sebanyak itu.Lalu Imam malik menceritakan kepada Imam Syafi'i bahwa malam itu ada seorang yang bernama Qasim menziarahi Imam Malik dan menghadiahkan kepada beliau uang seratus dinar,dan memohon supaya Imam Malik sudi menerima hadiah tersebut.Oleh Imam Malik uang seratus dinar itu dibagi dua,sebanyak lima puluh dinar diperuntukkan untuk keperluan Imam Syafi'i.Mulanya Imam Syafi'i menolak hadiah uang itu.Beliau tak sampai hati menerima pemberian dari gurunya,dan meminta supaya Imam Malik menyimpan uang tersebut untuk keperluan Imam Malik.Meskipun demikian Imam malik tetap mendesak supaya uang tersebut supaya diterima oleh Imam Syafi'i.

Imam Syafi'i mengucapkan terimakasih kepada Gurunya,karena pertolongan yang sangat berharga didalam perjalanan. Imam Malik mendo'akan semoga cita-cita Imam Syafi'i untuk menambah Ilmu Pengetahuan,dikabulkan oleh Allah s.w.t. Imam Malik tidak berganjak dari tempatnya sambil memperhatikan keberangkatan Imam Syafi'i sehingga kafilah Imam Syafi'i hilang dari pandangan matanya.Disini dapatlah kita menarik pelajaran,betapa gigihnya Imam Syafi'i dalam usahanya untuk menambah Ilmu Pengetahuan meskipun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh.Juga betapa mesranya hubungan murid dan gurunya,yang saling bantu membantu dalam hal-hal yang menyangkut kepentingan dunia dan kepentingan akhirat.

-Ustaz Syed Hasan Alatas-

[tweetmeme only_single="false"]

Tuesday, January 4, 2011

Dosa Kecil Menjadi Dosa Besar

 

Kita tidak boleh memandang endah tak endah terhadap dosa-dosa kecil yang kita lakukan kerana ia dapat juga berkembang dan berubah menjadi dosa besar dengan adanya berbagai sebab iaitu:

1. Kerana dosa kecil itu dikerjakan terus-menerus atau dikekalkan sahaja mengerjakannya tanpa ada hentinya.

Seperti halnya titisan air yang berulang kali jatuh di atas batu, lama kelamaan tentulah berbekas pula.Tetapi tidak akan berbekas jika batu itu dituangi air berapa pun banyaknya dengan sekali tuang!
Dalam soal amal baik, Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik amal itu ialah yang terkenal atau yang paling rutin mengerjakannya, sekalipun hanya sedikit. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Kerana adanya anggapan kecil pada dosa yang dilakukannya.

Jika seseorang menganggap dosa yang dilakukannya besar, maka disisi Allah dianggap kecil, dan jika seseorang itu menganggap dosa yang dilakukannya kecil, maka disisi Allah dipandang besar. Sebabnya ialah kerana anggapan besar itu timbul dari hati yang sebenarnya tidak suka melakukannya atau ingin menjauhinya. Kalau akhirnya dosa itu dikerjakan juga, hal ini berlaku sebab hebatnya godaan dan lain sebagainya. Ketidaksukaan melakukan inilah yang menyebabkan dosa yang dikerjakan sangat sedikit meninggalkan bekas dalam hatinya.

Sebaliknya jika dosa itu dianggap kecil oleh yang melakukannya, tidak lain sebabnya ialah kerana hatinya amat condong melakukannya. Kecondongan inilah yang menyebabkan dosa yang dikerjakanya sangat berbekas dalam hatinya. Selain itu, sikap memandang kecil akan dosa mempunyai kesan negatif. Orang menjadi tidak takut lagi untuk berbuat dosa dan kurang peduli terhadap dosa.

3. Kerana dosa kecil itu dilakukan dengan senang hati dan merasa nikmat.

Sebabnya ialah kerana dosa yang dikerjakan dengan gembira dan nikmat, ia akan terbuku di dalam batin, bahkan juga akan menimbulkan kehitaman yang amat sangat dalam kalbu. Tidak ada rasa penyesalan dan selalu ingin mengulanginya kembali. Perasaan berbahgia di dalam dosa satu hal yang sangat buruk.

4. Kerana dosa kecil itu dilakukan dengan perasaan aman/bebas dari balasan Allah.

Sebetulnya perbuatan apa pun samada besar atau kecil tidak mungkin terlepas dari pengawasan Allah. Allah teramat teliti mengawasi segala sesuatu. Hanya orang yang bodoh/sesat sahaja yang merasa dirinya aman/bebas dari pengawasan Allah. Walaupun (nampaknya) aman dari balasan Allah, barangkali kerana Allah memang menangguhkan balasan itu sebagai kemurkaanNya, agar dengan demikian makin banyak lagi dosa yang dikerjakannya dan akan dibalas di akhirat kelak. Perasaan aman dari pengawasan/balasan Allah, meyebabkan seseorang itu berterusan berkecimpung dalam dosa dan noda dan semakin berani melakukanya.

5.Kerana dosa kecil itu diberitahukan atau diperlihatkan kepada orang lain.

Adakalanya dosa itu dilakukan dengan tidak diketahui orang lain, tetapi kemudian diberitahukan kepada orang lain. Dan ada kalanya pula waktu melakukannya memang di hadapan orang lain. Orang yang demikian telah melakukan dua macam pelanggaran. Dosanya kerana melakukan kesalahan dan dosa memperlihatkan kesalahan kepada orang. Sebenarnya dosa yang dikerjakan menjadi rahsia dirinya sendiri sebab hanya dia sendiri dan Allah yang mengetahui. Begitu juga dosa yang sebenarnya dapat dilakukan dengan diam-diam dengan tidak diketahui orang lain, mengapa dilakukan di muka orang lain?
Jadi pelanggaranya yang pertama, kerana ia melakukan kemaksiatan itu dan pelanggarannya yang kedua kerana cara ia melakukan dosanya itu dapat menggerakkan keinginan buruk orang lain untuk menirunya. Dengan begitu, satu perbuatan kemaksiatan menyebabkan dua bentuk dosa. Itulah sebabnya dosa kecil berkembang menjadi dosa yang besar.

6. Kerana dosa kecil itu dilakukan oleh orang alim yang mempunyai banyak pengikut.

Orang yang alim mempunyai pengaruh besar kepada para pengikutnya.Kerana itu dosa yang dikerjakannya kemungkinan besar akan diikuti pula oleh para pengikutnya. Inilah yang menyebabkan dosa kecil tadi berubah menjadi dosa besar.
Dalam sebuah hadis disebutkan: "Siapa menciptakan sunnah yang buruk, dia menanggung dosa atas perbuatannya itu dan juga dosa orang lain yang meniru melakukannya tanpa dikurangi dosa orang lain itu sedikit pun" Tetapi sebagaimana berlipat gandanya dosa yang dilakukan oleh orang alim itu, maka berlipat ganda pulalah kebaikan yang dibuat olehnya,apabila banyak orang yang mengikut dan melanjutkan amal baiknya itu.

[tweetmeme only_single="false"]

Adakah Anda Salah Seorang Yg Berkawan dgn Jin

 

Kuliah Maghrib oleh YB Dato Ust. Hj Ismail Kamus.
> Tajuk : " Mengenali Alam Jin" - Siri 1
>
> 1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil.
> dicipta dari api (biru),dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.
>
> 2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tuduk menghormati
> Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah
turun ke
> bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
>
> 3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan
> Jin Tidak Islam(Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat
(tidak
> Islam).
>
> 4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu
> dilarang menguna-kan kemeyan kerana Jin paling suka dengan asap yang
> busuk.
> Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemeyan.
> Beliau menambah,orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik
jin
> lah tu sambil berseloroh).Makanannya juga tulang. Itu sebab kita
tidak
> boleh membuang kuku sebarangan, kerana jin akan memakannya.
>
> 5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong,
> laut, tempat-tempat tinggi (klcc), tandas dan kubur.
>
> 6) Beliau menasihat apabila ingin buang air diperjalanan
> (contohnya jalanraya),perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman." Mengikut
> sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu
suka
sangat
> membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak
jin
> dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!
>
> 7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun
> atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong.." Sirahnya
apabila
> Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga
Nabi
> Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi
Sulaiman
> duduk dikerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di
> hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat
tersebut
> reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh
jin
> bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
>
> 8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang
> airnya tenang,terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ,
> waktu itu. Dilarang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
>
> 9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru
> siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah
> baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis.Jin lari
selama
> 3 hari.
> Tidak perlu tepung tawar bagai....orang melayu suka sangat menepung
> tawar !!!
>
> 10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7~10 kali,
> jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya)
sebab
> beliau pernah jumpa orang yang di rasuk, membaca sama ayat kursi....
>
> 11) Bentuk jin. Jin adalah makhluk yang paling hodoh/buruk,
> berbeza dengan manusia, cantik/lawa. Jin juga boleh membentuk dengan
> sebarang bentuk dengan jelmaan. Apabila di hutan berhati-hati jika
> berburu, jin boleh menyerupai sebarang bentuk malah manusia.
>
> 12) Apabila ada ular masuk ke dalam rumah, Nabi pesan jangan bunuh
> terus. Mungkin jin yang masuk, dan menyerupai ular. Itu sebab Nabi
> pesan supaya mengarahkan ular itu keluar jika ia jin, sebanyak 3
kali.
> Selepas tiga kali tak keluar juga baru boleh bunuhnya. Sebab jin akan
> keluar,jika kita melarangnya.
>
> 13) Antara objektif utama jin adalah untuk mengganggu manusia.
> Manakala,syaitan pula untuk merosakkan aqidah manusia.
>
> 14) Mereka beranak-pinak sehinggakan nisbah manusia dan jin adalah
> 1:9. Manakala bilangan malaikat pula tidak terbilang banyaknya kerana
ia
> lebih dari bilangan pasir dan rumput.
>
> 15) Manusia mempunyai qarin (jin) dan suka ikut manusia kemana
> juga kita pergi.
>
> 16) Ilmu-ilmu jin adalah dilarang kita tuntut dan beramalnya. Ia
> dilarang oleh Islam. Banyak keburukkannya, sehingga saat mati pun
> susah.
>
> 17) Jika tidur di Masjid, jangan tidur di pintu masjid dan tempat
> imam. Sebab jin selalu datang untuk sembahyang. Dan suka ikut pintu
masuk
> masjid (tahu ikut peraturan).
>
> Al-Quran - Surah Al- Baqarah - Ayat 159
>
> Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
> turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah
Kami
> menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu
> dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
>
> Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "
> Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
>

[tweetmeme only_single="false"]

Neraka

 

KEHEBATAN APINYA

Abu Hurairah meriwayatkan:

"Ketika Rasulullah berkata:Api dunia kamu adalah satu dari 70 bahagian api neraka;"lalu seseorang bertanya;"Ya Rasulullah,adakah ia tidak akan mencukupi untuk membakar orang kafir?Maka Rasulullah menjawab<"Api neraka mempunyai 69 bahagian lebih dari api biasa di dunia,dan kesemuanya adalah sangat panas sebagaimana ia (api dunia). Rawayat Bukhari.

KESAN NERAKA PADA DUNIA KINI

Kesan-kesan kehebatan neraka dapat dirasai di dunia ini lagi berdasarkan hadis Rasulullah:

Diriwayat oleh Abu Hurairah:

Rasulullah bersabda:Api neraka mengadu kepada Allah dengan berkata;"Hai Tuhanku,bahagian-bahagian padaku memakan di antara satu sama lain."Lalu Allah membenarkannya mengambil dua pernafasan iaitu pada musim sejuk dan pada musim panas.Inilah sebabnya mengapa kamu terasa terlalu panas dan terlalu sejuk,"

Riwayat Bukhori

MAKANAN PENDUDUK NERAKA

Penduduk neraka tetap diberi makanan walaupun makanan ini tidak menyuburkan badan mereka.

Firman Allah:

Mereka tidak memperolehi makanan selain dari pohon yang berduri,yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar."

Al Ghasiyah 6-7

MINUMAN AHLI NERAKA

1.Hamim(air yang mendidih)

Firman Allah:

"Inilah neraka Jahannam yang didustakan oleh orang-orang yang berdosa.Mereka berkeliling di antaranya dan di antara air yang mendidihh yang memuncak panasnya."

2.Ghassaq(nanah dan darah)

Firman Allah:

"Maka tiada seorang teman pun baginya pada hari ini di sini.Dan tiada makanan sedikit pun kecuali dari darah dan nanah.Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa." Al Haqqah 35-37

3.Sadid(air danur(nanah)yang keluar dari tubuh ahli neraka)

Firman Allah:"Dihadapan mereka ada neraka Jahannam,dan ia diberi minum dari air danur(nanah yang keluar dari tubuh ahli neraka." Ibrahim 16

4.Air seperti Tembaga cair

Firman Allah:

�Dan jika mereka meminta minum,nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti tembaga yang mendidih yang menghanguskan muka mereka.Itulah minuman yang paling buruk dan tempat rehat yang paling hina." Al Kahfi 29.

PAKAIAN AHLI NERAKA

1.Pakaian dari api
Firman Allah:
"Inilah dua golongan(mukmin dan kafir) yang bertengkar,mereka saling bertengkar mengenai tuhan mereka.Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian dari api neraka.Disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala mereka." Al Hajj 19

2.Pakaian dari minyak tar
Firman Allah:
"Pakaian mereka adalah dari minyak tar dan muka mereka diliputi oleh jilatan api neraka." Ibrahim 50.
BAHAN BAKAR API NERAKA

Bahan bakar neraka adalah terdiri dari manusia dan jin yang kafir dan engkar kepada Allah,batu-batu termasuk patung berhala.Firman Allah;

"Hai orang yang beriman.Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu;penjaganya malaikat yang kasar,yang keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya dan mengerjakan apa yang diperintahkanNya."

At Tahrim 6

PENDUDUK NERAKA

Imran b Husin meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:

"Aku melihat ke dalam syurga dan mendapati majoriti penduduknya adalah orang miskin,dan aku melihat ke dalam neraka,aku mendapati majoriti penduduknya adalah wanita," Riwayat Bukhori.

NAMA-NAMA NERAKA

Neraka mempunyai beberapa nama sebagaimana telah disebutkan di dalam Al Quran, iaitu:

1.Jahannam -

Firman Allah yang bermaksud "Sesungguhnya neraka Jahannam itu (padanya) ada tempat pengintai." An- Naba:21

2.Latho

Firman Allah yang bermaksud "Sekali-kali tidak dapat sesungguhnya neraka (Latho) itu adalah api yang berganjak, yang mengelupaskan kulit kepala" - Al- Ma�arij; 15-16.

3.Al-Hutamah

"Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Hutamah. Dan tahukah kamu apa Hutamah itu? Iaitu api yang disediakan Allah yang dinyalakan, yang naik sampai ke hati." Al � Humazah 4-7

4.Sa�ir

Yang disebutkan dalam surah Asy-Syura:7 bermaksud: ��Sesungguhnya masuk ke syurga dan segolongan masuk ke neraka sa�ir.�

5.Saqar

Firman Allah yang bermaksud " Aku akan memasukkannya ke dalam neraka Saqar. Tahukah kamu apakah neraka Saqar itu? Saqar itu tidak meninggalkan dan tidak membiarkan (Neraka Saqar) adalah pembakar kulit manusia."

6.Al- Jahim

" Dan diperlihatkan dengan jelas neraka Jahim kepada orang-orang yang sesat." Asy-Syura :91

7.Al- Hawiyah

" Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya, maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah. ��.. iaitu api yang sangat panas. Al- Qari�ah;8-11.

PENJAGA NERAKA

Al Quran menyebutkan bahawa jumlah penjaga neraka itu sembilan belas seperti yang difirmankan oleh Allah dalam surah Al- Muddaththir ayat 30-31. Salah satu dari sembilan belas itu adalah Malik, penjaga pintu neraka. Allah telah menyebutkan namanya dalam Al-Qur�an yang bermaksud: " Mereka berseru, Hai Malik, biarlah Tuhanmu membunuh kami sahaja. �Dia menjawab; Kamu akan tetap tinggal di neraka ini."

[tweetmeme only_single="false"]

Pemuda Angkuh Dapat Balasan

 

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair
dengan angkuh dan sombong. Didalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab.Satu hari beliau
bertemu seorang imam tua ditempatnya.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!
Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan
1.Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan ujud Tuhan kepada saya?
2.Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api,tentu tidak menyakitkan buat syaitan,sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa imam marah kepada saya?
Pak Imam : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya untuk pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya....!!
Pemuda : Saya amat tidak faham...??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!
Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda : Ya....!
Pak Imam : Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu...,atau macam mana rupanya??..!
Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!?
Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan keujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat ujudNya.
Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?
Pemuda : Tidak....!!?
Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak....!!!?
Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!
Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini? Pemuda : Kulit dan daging...!!!
Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?
Pemuda : Kulit dan daging....!!!?? Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?
Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan....walaupun sama unsur asalnya...!!
Pemuda : Allahuakbar!

"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI"

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...