Wednesday, March 2, 2011

Tanda-Tanda KIAMAT Kecil

 

image

Wahai kawan-kawan ku tersayang... Bersyukurlah hari ini kita ditakdirkan lebih kaya dari semalam .....amin amin amin. Sebelum tidor cuba fikir-fikirkan berapa banyak tanda-tanda dibawah telah menghampiri kita.... Na'uzubbillah. Antara tanda-tanda KIAMAT KECIL berdasarkan hadis:

1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "saya menghitung 6 perkara menjelang - hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
" Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid"
    - Riwayat -Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia"
- Riwayat Thabrani

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. "Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".

10) Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit."
- Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar." - Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai" - Sahih Muslim

image

 image

[tweetmeme only_single="false"]

Bekalan TAQWA, Lemah Lembut Penghias Segala Sesuatu

 

image

 

"Dari Aisyah lah. a, dia berkata: Rasulullah saw pernah bersabda kepadaku:"Wahai aisyah, hendaklah engkau bertaqwa kepada Allah Azza Wajalla dan lemah lembut. Kerana lemah lembut itu sama sekali tidak berada pada seuatu melainkan menghiasinya, dan lemah lembut itu sama sekali tidak terlepas dari sesuatu melainkan ia memburukkannya"
(Isnadnya Hassan, ditakhrij At- Tarmizi)

Wasiat yang sangat bernilai ini merupakan salah satu dasar penting yang membantu dalam kehidupan orang mukmin di dunia. Dasar taqwa, hendaklah engkau menciptakan satu perlindungan antara dirimu dan yang engkau takuti agar dapat menjaga dirimu. Takwa wanita muslimah kepada Tuhannya, hendaklah menjaga dirinya dari dimurkai Allah dengan cara melaksanakan perintahNya.

"Dan berbekallah, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa, dan bertakwalah kepadaKu hai orang2 yang berakal"
(al-Baqarah: 197)

Sifat2 orang yang bertaqwa:

1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada Malaikat
3. Beriman kepada kitab2 samawi yang diturunkan di sisi Allah.
4. Beriman kepada Rasul
5. Beriman kepada hari akhirat
6. Mendirikan solat
7. Menunaikan zakat
8. Memberi harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak2 yatim, prang2 miskin, dll.
9. Sabar tatkala mendapat penderitaan, kesempitan dan tatkala perang.
10. Menepati janji
11. Benar dalam keimanannya kepada Allah
12. Mengagungkan syiar2 Allah swt.
13. Menginfakkan (membelanjakan) harta dalam keadaan lapang dan sempit.
14. Menahan rasa marah, memaafkan kesalahan orang lain
15. Beriman kepada hal-hal yang ghaib.

Berkat bersifat taqwa:
1. Mengambil manfaat dari al-Quran dan petunjuk yang terkandung di dalamnya.
2. Kedudukan yang tinggi di sisi Allah pada hari kiamat.
3. Memperolehi syurga dan apa yang terkandung di dalamnya
4. Mendapat kecintaan Allah
5. Mendapat perhatian dari Allah
6. Memperolehi kejayaan
7. Hilang rasa takut, sedih, dan mendapat khabar gembira di dunia dan akhirat
8. Terbuka pintu keberkatan dan nikmat dari langit dan bumi.
9. Mendapat apa yang boleh membezakan antara yang hak dan bathil.
10. Mendapat perlindungan Allah
11. Keselamatan dari neraka pada hari kiamat
12. Berkumpul bersama-sama utusan Allah yang terhormat.
13. Kesudahan yang baik.
14. Keampunan dosa.
15. Persahabatan yang menguntungkan pada hari kiamat.
16. Berada di suatu teman yang aman.
17. Kemuliaan di sisi Allah.
18. Mendapat tempat yang disenangi di syurga.
19. Mendapat rahmat, hidayah dan maghfirah dari Allah.
20. Keluar dari kekhuatiran dan kesempatan di dunia dan akhirat.
21. Segala urusan dipermudahkan, segala kesalahan ditutupi dan pahalanya dilpatgandakan.
22. Selamat dari tipu daya orang-orang yang dengki dan iri hati.
23. Amalannya diterima oleh Allah.
24. Diterima secara ramah dan baik oleh malaikat pada hari kiamat nanti.

lah-Rifq ertinya sikap lemah lembut, wajah berseri dan lapang dada. Lemah lembut memiliki satu kelebihan dari akhlak2 lain. Maka Allah memberi pujian yang baik kepada orang yang memiliki sifat lemah lembut di dunia dan pahala yang melimpah ruah di akhirat. Sifat lemah lembut mempercantik orangnya dan memperindah di mata manusia di sisi Allah.

Maka jadikanlah sifat lemah lembut sebagai perhiasan dirimu wahai muslimah, yang dapat engkau terapkan terhadap anak2, suami dan tetanggamu. Jadikanlah ia sebagai jalan kehidupanmu agar dapat mencapai apa yang engkau kehendaki.

Al-Asma' pernah berkata dalam syairnya:

"Tak pernah ku lihat kelemahlembutan, Seperti dalam kehalusannya, Dia keluarkan anak-anak perawan, Dari tempat pingitannya, Siapa minta pertolongan, Dalam menyelesaikan urusan, Diapun bisa mengeluarkan binatang, Dari tempat persembunyiannya."

(Rujukan: 50 wasiat Rasulullah SAW untuk wanita)

[tweetmeme only_single="false"]

40 Nasihat Dari Saiyidina Ali r.a

 

image

Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali .a sebagaimana yang terdapatdi dalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen r.a.

image sekadar gambar hiasan

1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda

2.Menyokong kesalahan adalah menindaskebenaran

3.Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging

3.Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging

4.Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin

5.Jagailah ibubapa kamu,nescaya anak2mu akan menjagai kamu

6.Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepecayaan terhadap Allah

7.Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin.Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil

8.Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan

9.Ilmu adalah lebih baikdaripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai ,sedangakn ilmu menjaga kamu

10.Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahan mu dengan mendirikan sembahyang

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam

12.Mengajar adalah belajar

13.Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin

14.Insan terbahagi kepada 3 :

     1.mereka yang mengenal Allah
     2.mereka yang mencari kebenaran
     3.mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.Golongan yang
        terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut
     sebarang ketua dengan buta seperti kambing

15.Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah

16.Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah

17.Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain

18.Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya

19.Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati

20.Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran,nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia2 kebenaran itu.

21.Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampauibatas

22.Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya

23.Seorang yang membantu adalah sayapnya seorang yang meminta

24.Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya

25.Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya

26.Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat

27.Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran

28.Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba

29.Orang yang dengki marah kepada orang tidak berdosa

30.Putus harapan adalah satu kebebasan , mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan

31.Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan

32.Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat

33.Taat kepada perempuan(selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar

34.Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan

35.Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah

36.Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya

37.Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura2

38.Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan

39.Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya

40.Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

 

 

[tweetmeme only_single="false"]

74 WASIAT BUAT PEMUDA

 

image

Segala puji bagi Allah yang berfirman:“Dan sungguh Kami telah memerintahkan orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan (juga) kepada kamu; bertakwalah kepada Allah.” (An-Nisa’: 131)

Serta shalawat dan salam semoga senantiasa tercurah kepada hamba dan rasul-Nya Muhammad yang bersabda:
“Aku wasiatkan kepada kalian agar bertakwa kepada Allah , serta agar kalian mendengar dan patuh.”

Dan takwa kepada Allah adalah mentaati-Nya dengan melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

Wa ba’du:
Berikut ini adalah wasiat islami yang berharga dalam berbagai aspek seperti ibadah, muamalah, akhlak, adab dan yang lainnya dari sendi-sendi kehidupan. Kami persembahkan wasiat ini sebagai peringatan kepada para pemuda muslim yang senantiasa bersemangat mencari apa yang bermanfaat baginya, dan sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. Kami memohon kepada Allah agar menjadikan hal ini bermanfaat bagi orang yang membacanya ataupun mendengarkannya. Dan agar memberikan pahala yang besar bagi penyusunnya, penulisnya, yang menyebarkannya ataupun yang mengamalkannya. Cukuplah bagi kita Allah sebaik-baik tempat bergantung.

1. Ikhlaskanlah niat kepada Allah dan hati-hatilah dari riya’ baik dalam perkataan ataupun perbuatan.

2. Ikutilah sunnah Nabi dalam semua perkataan, perbuatan, dan akhlak.

3. Bertaqwalah kepada Allah dan ber’azamlah untuk melaksanakan semua perintah dan menjauhi segala larangan-Nya.

4. Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nashuha dan perbanyaklah istighfar.

5. Ingatlah bahwa Allah senatiasa mengawasi gerak-gerikmu. Dan ketahuilah bahwa Allah melihatmu, mendengarmu dan mengetahui apa yang terbersit di hatimu.

6. Berimanlah kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari akhir serta qadar yang baik ataupun yang buruk.

7. Janganlah engkau taqlid (mengekor) kepada orang lain dengan buta (tanpa memilih dan memilah mana yang baik dan yang buruk serta mana yang sesuai dengan sunnah/syari’at dan mana yang tidak). Dan janganlah engkau termasuk orang yang tidak punya pendirian.

8. Jadilah engkau sebagai orang pertama dalam mengamalkan kebaikan karena engkau akan mendapatkan pahalanya dan pahala orang yang mengikuti/mencontohmu dalam mengamalkannya.

9. Peganglah kitab Riyadlush Shalihin, bacalah olehmu dan bacakan pula kepada keluargamu, demikian juga kitab Zaadul Ma’ad oleh Ibnul Qayyim.

10. Jagalah selalu wudlu’mu dan perbaharuilah. Dan jadilah engkau senantiasa dalam keadaan suci dari hadats dan najis.

11. Jagalah selalu shalat di awal waktu dan berjamaah di masjid terlebih lagi sahalat ‘Isya dan Fajr (shubuh).

12. Janganlah memakan makanan yang mempunyai bau yang tidak enak seperti bawang putih dan bawang merah. Dan janganlah merokok agar tidak membahayakan dirimu dan kaum muslimin.

13. Jagalah selalu shalat berjamaah agar engkau mendapat kemenangan dengan pahala yang ada pada shalat berjamaah tersebut.

14. Tunaikanlah zakat yang telah diwajibkan dan janganlah engkau bakhil kepada orang-orang yang berhak menerimanya.

15. Bersegeralah berangkat untuk shalat Jumat dan janganlah berlambat-lambat sampai setelah adzan kedua karena engkau akan berdosa.

16. Puasalah di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah agar Allah mengampuni dosa-dosamu baik yang telah lalu ataupun yang akan datang.

17. Hati-hatilah dari berbuka di siang hari di bulan Ramadhan tanpa udzur syar’i sebab engkau akan berdosa karenanya.

18. Tegakkanlah shalat malam (tarawih) di bulan Ramadhan terlebih-lebih pada malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah agar engkau mendapatkan ampunan atas dosa-dosamu yang telah lalu.

19. Bersegeralah untuk haji dan umrah ke Baitullah Al-Haram jika engkau termasuk orang yang mampu dan janganlah menunda-nunda.

20. Bacalah Al-Qur’an dengan mentadaburi maknanya. Laksanakanlah perintahnya dan jauhi larangannya agar Al-Qur’an itu menjadi hujjah bagimu di sisi rabmu dan menjadi penolongmu di hari qiyamat.

21. Senantiasalah memperbanyak dzikir kepada Allah baik perlahan-lahan ataupun dikeraskan, apakah dalam keadaan berdiri, duduk ataupun berbaring. Dan hati-hatilah engkau dari kelalaian.

22. Hadirilah majelis-majelis dzikir karena majelis dzikir termasuk taman surga.

23. Tundukkan pandanganmu dari aurat dan hal-hal yang diharamkan dan hati-hatilah engkau dari mengumbar pandangan, karena pandangan itu merupakan anak panah beracun dari anak panah Iblis.

24. Janganlah engkau panjangkan pakaianmu melebihi mata kaki dan janganlah engkau berjalan dengan kesombongan/keangkuhan.

25. Janganlah engkau memakai pakaian sutra dan emas karena keduanya diharamkan bagi laki-laki.

26. Janganlah engkau menyeruapai wanita dan janganlah engkau biarkan wanita-wanitamu menyerupai laki-laki.

27. Biarkanlah janggutmu karena Rasulullah: “Cukurlah kumis dan panjangkanlah janggut.” (hari. Bukhari Dan Muslim)

28. Janganlah engkau makan kecuali yang halal dan janganlah engkau minum kecuali yang halal agar doamu diijabah.

29. Ucapkanlah "bismillah" ketika engkau hendak makan dan minum dan ucapkanlah "alhamdulillah" apabila engkau telah selesai.

30. Makanlah dengan tangan kanan, minumlah dengan tangan kanan, ambillah dengan tangan kanan dan berilah dengan tangan kanan.

31. Hati-hatilah dari berbuat kezhaliman karena kezhaliman itu merupakan kegelapan di hari kiamat.

32. Janganlah engkau bergaul kecuali dengan orang mukmin dan janganlah dia memakan makananmu kecuali engkau dalam keadaan bertaqwa (dengan ridla dan memilihkan makanan yang halal untuknya).

33. Hati-hatilah dari suap-menyuap (kolusi), baik itu memberi suap, menerima suap ataupun perantaranya, karena pelakunya terlaknat.

34. Janganlah engkau mencari keridlaan manusia dengan kemurkaan Allah karena Allah akan murka kepadamu.
35. Ta’atilah pemerintah dalam semua perintah yang sesuai dengan syari’at dan doakanlah kebaikan untuk mereka.

36. Hati-hatilah dari bersaksi palsu dan menyembunyikan persaksian.
“Barangsiapa yang menyembunyikan persaksiannya maka hatinya berdosa. Dan Allah maha mengetahui apa yang kalian kerjakan.” (Al-Baqarah: 283)

37. “Dan ber amar ma’ruf nahi munkarlah serta shabarlah dengan apa yang menimpamu.” (Luqman: 17)
Ma’ruf adalah apa-apa yang diperintahkan oleh Allah dan rasul-Nya , dan munkar adalah apa-apa yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya.

38. Tinggalkanlah semua hal yang diharamkan baik yang kecil ataupun yang besar dan janganlah engkau bermaksiat kepada Allah dan janganlah membantu seorangpun dalam bermaksiat kepada-Nya.

39. Janganlah engkau dekati zina. Allah berfirman: “Janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah kekejian dan sejelek-jelek jalan.” (Al-Isra’:32)

40. Wajib bagimu berbakti kepada orang tua dan hati-hatilah dari mendurhakainya.

41. Wajib bagimua untuk silaturahim dan hati-hatilah dari memutuskan hubungan silaturahim.

42. Berbuat baiklah kepada tetanggamu dan janganlah menyakitinya. Dan apabila dia menyakitimu maka bersabarlah.

43. Perbanyaklah mengunjungi orang-orang shalih dan saudaramu di jalan Allah.

44. Cintalah karena Allah dan bencilah juga karena Allah karena hal itu merupakan tali keimanan yang paling kuat.

45. Wajib bagimu untuk duduk bermajelis dengan orang shalih dan hati-hatilah dari bermajelis dengan orang-orang yang jelek.

46. Bersegeralah untuk memenuhi hajat (kebutuhan) kaum muslimin dan buatlah mereka bahagia.

47. Berhiaslah dengan kelemahlembutan, sabar dan teliti. Hatilah-hatilah dari sifat keras, kasar dan tergesa-gesa.

48. Janganlah memotong pembicaraan orang lain dan jadilah engkau pendengar yang baik.

49. Sebarkanlah salam kepada orang yang engkau kenal ataupun tidak engkau kenal.

50. Ucapkanlah salam yang disunahkan yaitu "assalamualaikum" dan tidak cukup hanya dengan isyarat telapak tangan atau kepala saja.

51. Janganlah mencela seorangpun dan mensifatinya dengan kejelekan.

52. Janganlah melaknat seorangpun termasuk hewan dan benda mati.

53. Hati-hatilah dari menuduh dan mencoreng kehormatan oarng lain karena hal itu termasuk dosa yang paling besar.

54. Hati-hatilah dari namimah (mengadu domba), yakni menyampaikan perkataan di antara manusia dengan maksud agar terjadi kerusakan di antara mereka.

55. Hati-hatilah dari ghibah, yakni engkau menceritakan tentang saudaramu apa-apa yang dia benci jika mengetahuinya.

56. Janganlah engkau mengagetkan, menakuti dan menyakiti sesama muslim.

57. Wajib bagimu melakukan ishlah (perdamaian) di antara manusia karena hal itu merupakan amalan yang paling utama.

58. Katakanlah hal-hal yang baik, jika tidak maka diamlah.

59. Jadilah engkau orang yang jujur dan janganlah berdusta karena dusta akan mengantarkan kepada dosa dan dosa mengantarakan kepada neraka.

60. Janganlah engkau bermuka dua. Datang kepada sekelompok dengan satu wajah dan kepada kelompok lain dengan wajah yang lain.

61. Janganlah bersumpah dengan selain Allah dan janganlah banyak bersumpah meskipun engkau benar.

62. Janganlah menghina orang lain karena tidak ada keutamaan atas seorangpun kecuali dengan taqwa.

63. Janganlah mendatang dukun, ahli nujum serta tukang sihir dan jangan membenarkan (perkataan) mereka.

64. Janganlah menggambar gambar manuasia dan binatang. Sesungguhnya manusia yang paling keras adzabnya pada hari kiamat adalah tukang gambar.

65. Janganlah menyimpan gambar makhluk yang bernyawa di rumahmu karena akan menghalangi malaikat untuk masuk ke rumahmu.

66. Tasymitkanlah orang yang bersin dengan membaca: "yarhamukallah" apabila dia mengucapkan: "alhamdulillah"

67. Jauhilah bersiul dan tepuk tangan.

68. Bersegeralah untuk bertaubat dari segala dosa dan ikutilah kejelekan dengan kebaikan karena kebaikan tersebut akan menghapuskannya. Dan hati-hatilah dari menunda-nunda.

69. Berharaplah selalu akan ampunan Allah serta rahmat-Nya dan berbaik sangkalah kepada Allah .

70. Takutlah kepada adzab Allah dan janganlah merasa aman darinya.

71. Bersabarlah dari segala mushibah yang menimpa dan bersyukurlah dengan segala kenikamatan yang ada.

72. Perbanyaklah melakukan amal shalih yang pahalanya terus mengalir meskipun engkau telah mati, seperti membangun masjid dan menyebarakan ilmu.

73. Mohonlah surga kepada Allah dan berlindunglah dari nereka.

74. Perbanyaklah mengucapkan shalawat dan salam kepada Rasulullah.

Shalawat dan salam senantiasa Allah curahkan kepadanya sampai hari kiamat juga kepada keluarganya dan seluruh shahabatnya.

(Diterjemahkan dari buletin berjudul 75 Washiyyah li Asy-Syabab terbitan Daarul Qashim Riyadl-KSA oleh Abu Abdurrahman Umar Munawwir)

image

 

[tweetmeme only_single="false"]

Kajian Astronomi Moden Membenarkan Al Quran

 

image

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, “Wahai Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka.”

Alam semesta merupakan ciptaan Allah yang sungguh hebat. Allah menjelaskan tentang alam ini di banyak tempat dalam al-Quran. Apabila memikirkan tentang kehebatan alam ini, maka akan tampak jelaslah kepada kita akan kehebatan penciptanya iaitu Allah SWT.

Ketika al-Quran diturunkan lebih 1400 tahun yang lalu, orang-orang Arab ketika itu berada dalam zaman jahiliah. Kehidupan mereka kucar-kacir kerana pada masa itu tiada nabi atau rasul dan kitab suci yang menjadi petunjuk dalam kehidupan mereka. Akhlak mereka sangat rendah. Mereka bersikap kejam, angkuh dan degil.

Apabila al-Quran diturunkan, mereka beriman kepada Allah sehingga terbentuklah akhlak mulia dalam diri mereka dan tersingkaplah kepada mereka kebenaran tentang hakikat kejadian alam ini. Allah menjelaskan tentang pelbagai fenomena alam yang tidak terjangkau oleh akal fikiran mereka pada ketika itu. Mereka beriman sepenuhnya kepada al-Quran meskipun sebahagian ayat tersebut tidak dapat dijelaskan pengertiannya yang sebenar pada ketika itu.
Namun dengan perkembangan sains dan teknologi masa kini, keterangan-keterangan tentang ayat-ayat al-Quran semakin jelas. Di ketika umat Islam yang lemah dan longgar keimanan mereka kepada Allah meninggalkan agama Islam, berbondong-bondong pula para pengkaji dan orang-orang dari agama lain masuk ke dalam agama Islam setelah menemui bukti-bukti mengenai kebenaran al-Quran.
Misalnya tentang planet Bumi yang berbentuk bulat telah dinyatakan di dalam al-Quran melalui firman Allah: "Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar; Dia menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam..."

Pada ketika al-Quran diturunkan, ilmu astronomi sudahpun berkembang di luar dunia Arab. Orang-orang Yunani sejak dahulu lagi sudah mengkaji tentang fenomena-fenomena di langit dan kemudian mengemukakan pelbagai pandangan terutama tentang asal-usul Bumi, Matahari dan bintang-bintang. Ada yang berpandangan bahawa Bumi berbentuk silinder dan angkasa berputar mengelilinginya. Sebahagian masyarakat kuno turut percaya kepada perkara-perkara pelik seperti dunia ini berbentuk piring dan terletak di atas seekor kura-kura yang besar. Walaupun Aristotles pada tahun 340 sama mencadangkan bahawa bumi berbentuk bulat, namun tidak ada bukti-bukti saintifik yang dapat menyokong pernyataan tersebut pada zaman itu.

Perkataan Arab yang diterjemahkan sebagai ‘menutupkan’ dalam ayat di atas digunakan untuk menggambarkan pekerjaan membungkus atau menutup sesuatu di atas yang lain secara melingkar, sebagaimana serban dipakaikan pada kepala. Keterangan yang disebut dalam ayat tersebut tentang siang dan malam yang saling menutup satu sama lain berisi keterangan mengenai bentuk Bumi yang bulat.
Bentuk Bumi yang bulat hanya benar-benar jelas apabila pada 12 April 1961, Yuri Gagarin menerobos ke angkasa lepas bersama kapal angkasa Vostok dan berjaya menawan permukaan bulan. Beliau menjadi manusia pertama yang menyaksikan bentuk bumi yang bulat dari angkasa. Hari ini gambar Bumi yang diambil dari angkasa lepas bukan lagi menjadi perkara asing kepada kita.

Big Bang
Hasil kajian yang sangat menakjubkan mutakhir ini ialah tentang fenomena Big Bang. Sehingga abad ke-19, fahaman yang diterima secara meluas oleh ahli-ahli sains ialah alam semesta merupakan kumpulan materi berukuran tak terhingga yang telah ada sejak dahulu kala dan akan terus ada untuk selama-lamanya. Fahaman ini dinamakan sebagai fahaman materialisme.

Tetapi sains dan teknologi yang berkembang pada abad 20 telah meruntuhkan fahaman ini. Edwin Hubble (1889-1953) seorang ahli astronomi Amerika mengumumkan pada tahun 1929 bahawa alam semesta mengembang dan galaksi saling bergerak menjauhi satu sama lain dengan kecepatan yang semakin tinggi (disebut sebagai Hukum Hubble).

Para pengkaji kini berjaya menghasilkan peta tiga dimensi merangkumi 266 000 galaksi. Mereka kemudian membandingkan data tentang penyebaran galaksi dan Radiasi Alam Latar Semesta (radiasi yang dipancarkan ke segenap penjuru alam semesta) yang membawa kepada kesimpulan bahawa galaksi-galaksi terbentuk pada materi yang terbentuk 350 000 tahun setelah peristiwa Big Bang, di mana materi ini saling bertemu dan berkumpul, dan kemudian mendapatkan bentuknya akibat pengaruh daya graviti.

Kenyataan ini bererti suatu masa dahulu alam ini adalah satu titik tunggal dengan volum kosong (tiada), yang berisi semua materi alam semesta dan kemudiannya meledak. Teori ledakan yang dinamakan sebagai Big Bang ini menjelaskan bahawa alam semesta dimulai dengan suatu ledakan besar berjuta-juta tahun dahulu dan sejak itu kepingan-kepingannya masih terus berterbangan hingga kini. Hari ini makin banyak bukti ditemui menyokong teori ini.

Model Big Bang adalah titik terakhir yang dicapai ilmu pengetahuan tentang asal usul alam semesta. Begitulah, alam semesta ini telah diciptakan oleh Allah Yang Maha Perkasa dengan sempurna tanpa cacat. Penemuan yang menakjubkan ini sekaligus meruntuhkan fahaman materialisme yang tidak percaya kepada kewujudan Allah yang menciptakan alam ini (ateis) seperti kata George Politzer dalam bukunya Principes Fondamentaux ada Philosophie, “Alam semesta bukanlah sesuatu yang diciptakan. Jika ia diciptakan, ia sudah pasti diciptakan oleh Tuhan dengan seketika dan dari ketiadaan.”
Kenyataan tentang penciptaan langit dan bumi ini baru ditemui pada abad ke-20, sedangkan al-Quran telah menyebut mengenainya 14 abad yang lalu. Firman Allah bermaksud:

image

image

“Dia pencipta langit dan bumi.”
“Dan langit itu Kami bangunkan dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.”
“Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup, maka mengapa mereka tiada juga beriman?”

Ilmu yang diperoleh hasil kajian para saintis Barat ini mampu melahirkan pengagungan terhadap Allah, sekaligus meningkatkan pengabdian kepada-Nya. Tetapi mengapakah kita masih lalai dan leka? “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”

image

[tweetmeme only_single="false"]

İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh

 

image

Hadis Abu Said Al-Khudriy .a:Bahawa kaum Muslimin pada zaman Rasulullah s.a.w telah bertanya: " Wahai Rasulullah, adakah kami dapat melihat Tuhan kami nanti pada Hari Kiamat?

Rasulullah s.a.w bersabda: Ya! Adakah kamu merasa sukar untuk melihat matahari pada siang hari yang cerah, yang tidak ada awan?

Adakah kamu merasa sukar untuk melihat bulan pada malam purnama yang cerah tanpa ada awan?
Kaum Muslimin menjawab: Tidak, wahai Rasulullah.
Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu tidak akan mengalami kesukaran dalam melihat Allah Taala pada Hari Kiamat sebagaimana kamu tidak mengalami kesukaran untuk melihat salah satu dari matahari dan bulan. Apabila berlaku Hari Kiamat, para penyeru iaitu para Malaikat mengumumkan: Setiap umat hendaklah mengikuti apa yang mereka sembah sewaktu di dunia. Maka tidak akan kekal seorangpun dari mereka yang menyembah selain dari Allah, iaitu berhala-berhala. Mereka akan dihumban ke dalam Neraka sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang dahulunya iaitu semasa di dunia menyembah Allah, orang-orang yang baik, orang-orang jahat dan saki-baki Ahli Kitab.

Maka orang-orang Yahudi. dipanggil dan ditanya Kepada mereka: Apakah yang kamu sembah sewaktu di dunia? Mereka menjawab: Kami menyembah Uzair Ibnullah, lalu dikatakan kepada mereka: Kamu telah berdusta.
Allah tidak pernah menjadikan walau seorangpun sebagai teman iaitu isteri atau anak.
Maka mereka telah ditanya: Apa yang kamu inginkan? Mereka menjawab: Kami haus, wahai Tuhanku! Berilah kami minum. Lalu diisyaratkan kepada mereka: Tidakkah kamu inginkan air? Lalu mereka pun diiringi beramai-ramai ke Neraka, Neraka seolah-olah fatamorgana, sebahagiannya menghancurkan sebahagian yang lain. Mereka pun sama-sama terhumban ke dalam Neraka.

Kemudian dipanggil pula orang-orang Nasrani lalu ditanya kepada mereka: Apakah yang kamu sembah semasa di dunia? Mereka menjawab: Kami menyembah Al-Masih anak Allah, lalu dikatakan kepada mereka: Kamu telah berdusta! Allah tidak pernah menjadikan walau seorang pun sebagai teman iaitu isteri atau anak.
Maka mereka telah ditanya: Apakah yang kamu inginkan? Mereka menjawab: Kami haus wahai Tuhanku, berilah kami minum. Lalu ditunjukkan kepada mereka: Tidakkah kamu inginkan air? Lalu mereka diiringi ke Neraka Jahanam. Neraka seolah-olah fatamorgana, sebahagiannya menghancurkan sebahagian yang lain. Mereka pun sama-sama terhumban ke dalam Neraka, sehinggalah yang tinggal hanyalah orang-orang yang dahulunya menyembah Allah Taala, orang-orang baik dan orang-orang jahat.

Maka Allah s.w.t, Tuhan sekalian alam datang kepada mereka dalam bentuk yang lebih rendah daripada bentuk yang mereka ketahui lalu berfirman: Apakah yang kamu tunggu? Setiap umat akan mengikuti apa yang dahulunya mereka sembah.

Mereka berkata: Wahai Tuhan kami! Di dunia, kami memisahkan diri dari orang-orang yang menyusahkan kami iaitu untuk membantu penghidupan di dunia dan kami tidak mahu berkawan dengan mereka iaitu kerana mereka menyimpang dari jalan yang digariskan oleh agama.

Allah berfirman lagi kepada mereka: Akulah Tuhan kamu!
Mereka berkata: Kami mohon perlindungan daripada Allah kepada kamu, kami tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu pun untuk kali kedua atau ketiga sehingga sebahagian mereka hampir-hampir berubah iaitu kembali kepada kebenaran.

Maka Allah berfirman: Apakah di antara kamu dan Allah terdapat tanda-tanda yang membuatkan kamu dapat mengenali-Nya?
Mereka menjawab: Ya! Lalu disingkapkan keadaan yang menakutkan itu dan setiap orang yang hendak bersujud kepada Allah dengan keinginan mereka sendiri sudah pasti akan mendapat keizinan Allah sedangkan orang yang akan bersujud kerana takut atau untuk memperlihatkannya, maka Allah akan menyatukan belakangnya sehingga tidak boleh bersujud.
Setiap kali hendak bersujud, dia hanya dapat membongkokkan pada tengkuknya. Kemudian apabila mereka mengangkat kepala, Allah telah pun berupa sebagaimana gambaran yang mereka lihat pertama kali tadi. Maka Allah pun berfirman: Akulah Tuhan kamu.

Mereka menyahut: Engkau Tuhan Kami! Kemudian dibentangkan sebuah jambatan di atas Neraka Jahanam dan yang dibenarkan ketika itu hanyalah syafaat dari Rasul-rasul di mana mereka mengucapkan: Ya Allah, selamatkanlah, selamatkanlah.
Kemudian ada yang bertanya Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah, apakah jambatan itu?
Rasulullah s.a.w bersabda: Ianya merupakan lumpur yang licin. Padanya juga terdapat besi berkait dan besi berduri. Di Najd terdapat tumbuhan berduri yang disebut Saadan. Maka seperti itulah besi-besi berkait tersebut. Kepantasan orang-orang mukmin melintasi jambatan tersebut ada seperti kerlipan mata, seperti kilat, seperti angin, seperti burung dan seperti kuda atau unta yang berlari kencang.

Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan:
!)Selamat dan tidak mengalami apa-apa rintangan,
2) selamat tetapi terpaksa menempuh banyak rintangan
3)dan terkoyak serta yang terus terjerumus ke dalam Neraka Jahanam.

Pada saat orang-orang mukmin telah bebas dari azab Neraka, maka demi zat yang menguasai diriku iaitu diri Rasulullah nescaya tidak ada orang yang begitu mengambil berat dalam mencari kebenaran, melebihi orang-orang mukmin yang mencari kebenaran daripada Allah demi kepentingan saudara-saudara mereka yang masih berada di Neraka.

Mereka berkata: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya dulu mereka berpuasa bersama kami, mendirikan sembahyang dan mengerjakan Haji. Lalu Allah berfirman kepada mereka: Keluarkanlah orang-orang yang kamu kenal kerana wajah-wajah mereka diharamkan ke atas api Neraka. Maka ramai yang dapat dikeluarkan dari Neraka. Ada yang sudah terbakar hingga separuh betis dan lututnya.

Orang-orang mukmin itu berkata: Wahai Tuhan kami, tidakkah ada lagi yang tertinggal di dalam Neraka setelah Engkau perintahkan untuk dikeluarkan.
Allah berfirman: Kembalilah, siapa saja yang kamu temukan di hatinya ada kebaikan meskipun hanya seberat satu dinar, maka keluarkanlah. Jadi mereka dapat mengeluarkan ramai manusia. Lalu mereka berkata: Wahai Tuhan kami, Kami tidak tahu apakah masih ada di Neraka seseorang yang Engkau perintahkan untuk dikeluarkan.

Allah berfirman: Kembalilah, sesiapa saja yang kamu temukan dihatinya ada kebaikan meskipun hanya seberat setengah dinar, maka keluarkanlah. Mereka dapat mengeluarkan ramai lagi manusia.

Setelah itu mereka berkata: Wahai Tuhan kami, kami tidak tahu, apakah di sana masih ada seseorang yang Engkau perintahkan untuk dikeluarkan.

Allah berfirman: Kembalilah, sesiapa saja yang kamu temukan di dalam hatinya terdapat kebaikan meskipun hanya seberat zarah, maka keluarkanlah. Bertambah ramai lagi yang dapat dikeluarkan.

Kemudian mereka berkata: Wahai Tuhan kami, kami tidak tahu adakah di sana masih ada pemilik kebaikan. Sesungguhnya Abu Said Al-Khudriy berkata: Jika kamu tidak mempercayaiku mengenai Hadis ini,

maka bacalah firman Allah ayat 40 surah An-Nisa' إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ وَإِنْ تَكُ حَسَنَةً يُضَاعِفْهَا وَيُؤْتِ مِنْ لَدُنْهُ أَجْرًا عَظِيمًا Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah dan jika ada kebaikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipat gandakannya serta memberikan dari sisiNya pahala yang besar.

Allah s.w.t berfirman: Para Malaikat telah meminta syafaat, para nabi telah meminta syafaat dan orang-orang mukmin juga telah meminta syafaat. Yang tinggal hanyalah Zat Yang Maha Penyayang di antara semua yang penyayang.

Lalu Allah merangkum dari Neraka dan mengeluarkan sekumpulan orang yang sama sekali tidak pernah melakukan kebaikan. Mereka telah menyedari. Kemudian mereka dilempar ke sebuah sungai di pintu Syurga, yang disebut Sungai Kehidupan.
Seterusnya mereka keluar seperti tumbuhan kecil yang keluar selepas dari banjir. Bukankah kamu sering melihat tumbuhan kecil di celah-celah batu atau pohon, bahagian yang terkena sinaran matahari akan berwarna sedikit kekuningan dan hijau, sedangkan yang berada di bawah tempat teduh akan menjadi putih?

Para sahabat mencelah: Seolah-olah engkau pernah menggembala di gurun. Rasulullah s.a.w terus bersabda: Lalu mereka keluar bagaikan mutiara. Di leher mereka ada kalong, sehingga para ahli Syurga dapat mengenali mereka: Mereka adalah orang-orang yang dibebaskan oleh Allah, yang dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga, tanpa amalan yang mereka kerjakan dan juga tanpa kebaikan yang mereka lakukan.
Kemudian Allah berfirman: Masuklah kamu ke dalam Syurga, apa-apa yang kamu lihat, ianya adalah untuk kamu. Mereka berkata: Wahai Tuhan kami, Engkau telah berikan kepada kami pemberian yang belum pernah Engkau berikan kepada seorang pun di antara orang-orang di seluruh alam.

Allah berfirman: Di sisiKu ada pemberian untuk kamu yang lebih baik daripada pemberian ini. Mereka berkata: Wahai Tuhan kami, apa lagi yang lebih baik daripada pemberian ini? Allah berfirman: RedhaKu, lalu Aku tidak memurkai kamu selepas ini buat selama-lamanya."
(Hadis Sohih)

Pesanan;
Semoga kita melihat Allah swt dengan hati yang bersih lagi suci dari sudut ilmu aqeedah yang benar dari sumber Ilmu aqeedah/Tauheed yang benar....

Wassalam.

[tweetmeme only_single="false"]

Tuesday, March 1, 2011

Ibadat mudah,tapi ganjaran besar

 

image

Al-QURAN adalah kitab cukup hebat diturunkan kepada manusia dan menjadi sumber rujukan terpenting sepanjang zaman.
Rasulullah s.a.w dalam banyak hal mengingatkan kita melalui hadis baginda mengenai kepentingan berpegang teguh dengan kitab Allah itu.

Ketika khutbah Haji Perpisahan, Rasulullah berucap (seperti diriwayatkan Al-Hakim bersanadkan Ibnu Abbas): “Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian (satu peninggalan berharga), seandainya kamu berpegang dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah dan sunnah nabi-Nya.”

Hadis itu memberi pengertian yang cukup jelas mengenai kepentingan mendekati al-Quran dan ajaran peninggalan Rasulullah serta berpegang teguh kepadanya.

Wahyu Allah itu mukjizat yang berkekalan sehingga Hari Kiamat. Allah menempatkan pelbagai mutiara ilmu tersurat dan tersirat di dalamnya seperti diperkatakan Imam Suyuti di dalam kitabnya ‘Al-Itqan Fi Ulum Al-Quran’.

Selain itu, Allah memuatkan dalam al-Quran dengan syariat, pengajaran, penawar kehidupan dunia dan akhirat serta rahmat buat golongan yang beriman.

Firman Allah, maksudnya: “Wahai manusia! Sesungguhnya sudah datang kepada kamu (al-Quran) pengajaran daripada Tuhanmu, penyembuh buat hati manusia, petunjuk dan rahmat buat golongan yang sebenar-benar beriman.” (Surah Yunus: 57)

Sebagai mukmin yang mengaku beriman kepada Allah, kita sewajarnya berusaha mendekati al-Quran kerana ia bakal menjadi sahabat setia di akhirat kelak kepada sesiapa yang mengenali, mendekatinya dan beramal dengannya.

Rasulullah berkata: “Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi penatapnya.”

“Orang yang diberi kepada mereka kitab, mereka sudah membaca dengan sebenar-benar bacaan, maka mereka golongan yang beriman dengannya dan bagi mereka kufur terhadapnya, maka mereka golongan yang rugi.” (al-Baqarah: 121)

Menurut ahli tafsir, yang dimaksudkan dengan ‘sebenar-benar bacaan’ ialah membaca al-Quran dan memahami kehendak ayat yang dibaca.

Dalam memupuk minat menghayati al-Quran, mari kita merenung bagaimana situasi, pengamatan dan contoh yang ditunjukkan sahabat.
• Abdullah bin Mas’ud sering membaca al-Quran di hadapan Rasulullah dan baginda pernah menangis apabila Abdullah membaca ayat 41 surah al-Nisaa’ lantaran terharu dengan maksud ayat berkenaan.
• Zaid bin Thabit terkenal sebagai seorang penulis wahyu, penghafal al-Quran dan panel semakan yang terkenal di kalangan sahabat.
• Ummu Salamah dapat menghurai dengan terperinci cara bacaan Rasulullah.
• Ubay bin Kaab menangis ketika Rasulullah membacakan ayat pertama surah Al-Baiyyinah di hadapan beliau.
• Saidina Ali mengetahui bukan sekadar kedudukan ayat di dalam al-Quran, malah beliau mengetahui secara mendalam sebab penurunan ayat dan tempat diturunkan ayat al-Quran.
• Saidina Umar tertarik memeluk Islam selepas terdengar bacaan ayat al-Quran daripada surah Taha.
• Rasulullah terpesona dengan kelunakan suara Abu Musa al-Asyaari dan memuji suaranya umpama suara Nabi Daud a.s.

Demikian secebis daripada ribuan kisah sahabat yang begitu mencintai al-Quran. Umat Islam akan diberi kekuatan dan rahmat sekiranya membaca, mentadabbur (mengamati) dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Membaca al-Quran adalah ibadat yang paling mudah berbanding ibadat sunat lain. Berdasarkan sabda Rasulullah seperti termaktub dalam ‘At-Tibyan Fi Adab Hamalah al-Quran’, amalan membaca al-Quran adalah penyumbang pahala paling agung di akhirat nanti.

Berikut sebahagian daripada maksud dan pengertian hadis mengenai keistimewaan yang bakal diraih pembaca al-Quran:
• Membaca satu huruf sudah mengundang 10 gandaan pahala (Riwayat Tirmidzi). Menurut Imam Majah setiap huruf disediakan lipatan pahala sehingga 400 pahala dan menurut Ibu Jauzi akan digandakan sehingga 700 pahala.
• Menyucikan diri dan hati daripada noda maksiat. (Riwayat Baihaqi)
• Hati yang tidak diisi dengan ayat al-Quran umpama rumah kosong. (Riwayat Tirmidzi, al-Darimi dan Hakim)
• Penghafal al-Quran dapat membebaskan 10 orang ahli keluarganya dari neraka. (Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Darimi)
• Tingkatan syurga juga dinilai berdasarkan reputasi pembacaan al-Quran. Seorang yang banyak membaca al-Quran mendapat tingkatan lebih tinggi dalam syurga. (Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Abu Daud, Nasaii, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)
• Waris kepada anak yang menghafal al-Quran akan dianugerahi mahkota khas dalam syurga. (Riwayat Abu Daud dan Ahmad)
• Memperoleh ‘nur’ (kebahagiaan dan cahaya) di dunia dan bekalan bermanfaat di akhirat. (Riwayat Ibnu Majah)
• Al-Quran menjadi penolong dan penghujah. (Riwayat Ibnu Hibban dan Hakim).
• Satu ayat yang dibaca dengan tadabbur lebih baik daripada 100 rakaat solat sunat. (Riwayat Ibnu Majah)
• Seorang yang membaca 10 ayat pada malam hari tidak tersenarai dalam golongan yang lalai. (Riwayat Hakim)

Berdasarkan hadis tadi, Allah akan memberikan ganjaran yang tidak terhitung nilainya terhadap amalan penghayatan al-Quran.

Dalam ‘Himpunan Hadis dan Athar Yang Menerangkan Kelebihan Surah al-Quran’ karangan seorang alim al-Azhar, Dr Ibrahim Ali As-Sayyid Ali Isa, mengetengahkan dalam karya itu kelebihan ayat dan setiap surah yang disediakan Allah khas buat pembaca al-Quran.

Sekiranya kita meneliti sejarah ulama, mereka amat gigih membaca al-Quran demi mencapai kelebihannya.

Misalnya, Imam Shafie khatam al-Quran sehari sekali, Imam Warash sanggup meninggalkan tanah airnya, Sepanyol, untuk berhijrah ke Madinah seketika demi mempelajari dan membaca al-Quran bersama gurunya Imam Nafi’ dan Khalifah Umar Abdul Aziz melazimi membaca al-Quran sebelum tidur.

Marilah kita kembali kepada pangkuan al-Quran. Pastikan keluarga, orang bawahan dan masyarakat secara amnya, mempratikkan perkara ini, mudah-mudahan Allah memberikan ganjaran baik kepada kita, iaitu membaca al-Quran, mendalami ilmunya seperti tafsir dan ulum al-Quran, mempelajari tajwid dan paling penting mengamalkan kandungannya.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk beramal dengan wahyu Ilahi ini dan menurut kitab ‘Fadhail al-Quran’ karangan Maulana Muhammad Zakaria, pengamatan dan pembudayaan al-Quran mencetuskan naijah positif.

Antaranya, melahirkan insan istimewa, jiwa yang tenang, menjadi pelindung daripada syaitan dan penjamin keselamatan, mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat, mendapat reda Allah, mendapat sumber keindahan, kebahagian dalam kehidupan dan terjamin rezeki.

Penghayatan al-Quran bererti kita menunaikan tuntutan agama. Malangnya dewasa ini umat Islam semakin jauh daripada Kitabullah. Ramai tidak tahu membacanya. Lebih malang mereka tidak berusaha mempelajarinya.

Mudah-mudahan Allah mendorong tindakan kita ke arah mendekati al-Quran demi merealisasikan kebahagiaan dunia dan akhirat.

“Sebaik-baik kamu ialah seorang yang mempelajari al-Quran dan menyampaikan kepada orang lain.” Renungilah sabda Rasulullah ini.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...