Tuesday, March 29, 2011

Kisah kasih sayang

 

image

Saya cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada saya. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, saya ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah ayah memanggil kami berdua. Dia meminta saya dan adik berdiri di tepi dinding. Saya menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Saya langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.

"Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang saya.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Saya gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan saya tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu. saya meraung sekuat hati, kesal dengan sikap saya yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!"

Saya mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan saya bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan saya pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Saya terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" saya terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu."Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu saya lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," saya memujuk adik
tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Diatas
pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa saya keluar bilik. Dari jauh saya nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa
sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. saya cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. saya kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak. saya bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Saya kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Saya rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, saya pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Saya lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Saya menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" saya bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi...saya menangis seperti selalu.

Saya berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik tak ada pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...." katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya
memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, saya meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

[tweetmeme only_single="false"]

Lima tanda hati keras membatu

 

image

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya.

Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah lah.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:
1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah
Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126).

image

[tweetmeme only_single="false"]

Monday, March 28, 2011

HUKUM MENCUKUR BULU KAKI DAN BULU ROMA BAGI KAUM WANITA :

 

 

 

Mencukur bulu kaki dan bulu roma bagi kaum wanita juga dilarang sebagai mana di dalam hadits berikut :

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

Ertinya :Saidina Abdullah Bin Mas’ud ( r.a ) meriwayatkan sebuah hadits : “ Allah telah melaknat tukang-tukang tatoo dan perempuan-perempuan yang minta ditatoo , tukang-tukang cukur kening dan wanita-wanita yang minta dicukur kening dan dilaknat juga wanita-wanita yang minta dijarang-jarangkan gigi-gigi mereka agar kelihatan cantik serta dilaknat juga wanita-wanita yang cuba mengubah ciptaan Allah “ ~ Diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari rh , Al-Imam Muslim rh , Al-Imam Abu Daud rh dan Al-Imam at-Tobrani rh .

“ Tukang-tukang cukur kening dan wanita-wanita yang diminta dicukur kening-kening mereka “ di dalam hadist tersebut merangkumi juga wanita-wanita yang mencukur bulu-bulu kaki dan bulu-bulu roma mereka .

Kaum wanita yang benar-benar mahu menjadi orang-orang yang beriman kepada Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w mestilah berusaha menjauhi segala gejala-tarikan yang dilakukan oleh kaum Barat yang cuba menyesatkan umat Islam . Tidak sedikit drp kaum wanita Islam yang terpedaya dengan kaum Barat hasil iklan-iklan yang ditayangkan di media-massa .

Oleh itu , wajib bagi kaum lelaki dan wanita beriman mengetahui apakah perkara yang dibenarkan dan apa pula yang dilarang daripada melakukannya .

Wanita-wanita beriman dilarang mencukur bulu-bulu kaki dan bulu-bulu roma kerana ianya adalah merupakan salah-satu cubaan mengubah ciptaan Allah Ta’ala dan kerana ianya juga dilarang di dalam hadist di atas .

Namun , bagi kaum wanita yang mempunyai hormon yang kuat sehingga menyebabkan banyak bulu yang tumbuh di sekitar bahagia muka , tangan dan kaki dan menyebabkan seseorang wanita itu malu dan rendah diri kerana ianya merupakan perkara yang tidak normal , maka di saat itu TIDAK MENGAPA jika dilakukan proses menghilangkan dan mencukur bulu-bulu tersebut . Dan ini tidak dianggap mengubah ciptaan Allah Ta’ala bahkan ialah termasuk di dalam bab berubat dan mendapatkan rawatan .

HARUS dicukur jika bulu kaki wanita itu lebat dan banyak sehingga menyerupai kaum lelaki . HARUS dicukur bulu romanya jika ianya tumbuh secara tidak normal dan memalukan wanita itu dan HARUS pula digunting sedikit kening dan dibetulkan jika kening yang tumbuh itu panjang dan menyebabkan wanita itu merasa rendah diri .

Adapun jika seseorang wanita itu “ saja-saja “ mencukur bulu kaki dan bulu roma serta kening mereka tanpa ada sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak dan tanpa sebab untuk merawat ( setelah disahkan oleh doktor yang amanah bahawa itu adalah penyakit ) maka di saat itu TIDAK ADA SEBAB UNTUK WANITA ITU MENCUKUR BULU-BULU ROMA DAN BULU-BULU KAKINYA !!! .

[tweetmeme only_single="false"]

Gadis Melampau Menerima Padah

 

image

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata...

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki... ." nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. " Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka? " Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.

Gadis seksi bermulut celupar tersebut didapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba-tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'udzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali-kali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata-kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah digubal oleh yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama-samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir "MANAR ISLAM" Subject: Manusia, Malaikat, Syaitan...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ... .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini... awal lagi nie?zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... .
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat... ..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... . tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali... .rugila. ... . (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ... .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu... .

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1... Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku..
2.Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2

Wassalam. ...

[tweetmeme only_single="false"]

Mutiara Saidina Ali

 

image

Saidina Ali bin Abi Talib ialah khalifah agung dalam sejarah pemerintahan Islam. Selepas peristiwa pembunuhan Khalifah Othman Affan, beliau memegang teraju pemerintahan. Peribadi Ali bin Abi Talib menghimpunkan pelbagai kelebihan iaitu sebagai sepupu Nabi Muhammad saw dan menantu Baginda.

Beliau dilahirkan di Makkah pada tahun 23 sebelum hijrah. Beliau dididik dan dibesarkan dalam pangkuan Nabi Muhammad saw, malah tidak pernah berpisah dengannya.

Ali ialah seorang daripada pahlawan Islam yang terkemuka dan panji peperangan berada pada tangannya dalam sebahagian besar peperangan.

Beliau juga antara 10 sahabat yang dijanjikan syurga. Ali menjadi khalifah dan pemimpin umat Islam selepas Saidina Othman Affan gugur syahid. Peristiwa itu berlaku pada 24 Zulhijjah tahun 35 Hijrah.

Dengan itu, Ali ialah khalifah pertama bagi umat Islam yang berasal daripada keluarga Bani Hasyim yang juga menjadi nasab keturunan Rasulullah.

Diriwayatkan oleh Abu Naim dalam al-Hilyah daripada Abu Sahih bahawa Dhuraar Dhamrah mengetahui keperibadian dan cara hidup Ali.

Menurutnya, Ali ialah seorang yang amat jauh tujuan hidupnya dan bercita-cita tinggi. Pemikirannya tajam dan amat kuat zahir dan batin.

Beliau menjauhkan diri daripada segala hiasan dan kemewahan hidup di dunia. Selalu berpakaian sederhana dan memakan makanan biasa yang tidak semestinya enak dan mahal. Pergaulannya seperti orang biasa walaupun dilantik sebagai pemimpin.

Beliau sering bertemu rakyat dan orang ramai tidak ada sekatan atau takut untuk menemuinya. Ali akan menjawab apa-apa yang ditanya kepadanya tanpa perasaan takut dan ragu-ragu. Beliau memuliakan ahli agama dan orang yang warak, di samping menyayangi golongan fakir miskin.

Sewaktu Ali diangkat menjadi Khalifah, ada penentangnya termasuk puak Muawiyah hingga timbul perang saudara yang menyebabkan ramai terkorban.

Akhirnya Saidina Ali dibunuh oleh seorang pengkhianat. Tetapi setelah Ali meninggal, Muawiyah berasa sedih kerana menentang orang yang baik. Dia menyifatkan kewafatan Ali sebagai suatu kehilangan yang amat berharga.

Apa yang diucapkan terang dan jelas, adil sewaktu memberi hukuman, ilmu pengetahuannya terpancar dari segenap bahagian badannya. Beliau kuat bekerja tanpa mengira siang atau malam.

Kata-kata berhikmah lahir dari mulutnya. Apabila tersenyum seolah-olah mutiara indah terpancar dari bibirnya. Ketokohan beliau memang tiada bandingannya. Nasihat beliau juga menjadi pedoman dan panduan umat Islam zaman berzaman.

- Peringatan buat dirimu yang mana pasar itu adalah suatu tempat yang boleh merosakkan akhlak.

- Sesuatu yang hendak dicapai oleh keelokan budi pekerti itu adalah rasa malu seseorang pada diri sendiri.

- Tiada pusaka peninggalan yang lebih bermanfaat daripada elok budi pekerti.

- Cucikan hati kamu dengan beradab seperti api membakar kayu.

- Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia, maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dulu sebelum mengajar orang lain.

- Dia hendaklah memperelok setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelok lidahnya.

- Sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia lain.

- Elok pekerti adalah gedung ketika berhajat padanya.

- Mutu setiap sesuatu itu dinilai pada kebaikannya.

- Apabila kamu letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.

- Jika kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.

- Sekiranya kamu letih kerana melakukan sesuatu yang baik, maka keletihan itu akan hilang dan perbuatan baik yang kamu lakukan terus kekal.

- Jika kamu tidak mahu melupakan segala kebaikan yang dilakukan, maka kamu hendaklah mengulangi dalam membuat kebaikan itu.

- Ratapilah saudaramu dengan berbuat baik padanya dan jauhilah kejahatannya dengan bersedekah padanya.

- Sesuatu yang tidak elok untuk diperkatakan sekalipun ia benar iaitu puji diri sendiri.

- Seelok-elok kesihatan itu adalah memberi sesuatu dan ketaatan adalah gedung yang tidak akan musnah.

- Dua nikmat yang sering dilupakan adalah kesihatan dan keselamatan.

- Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai, tetapi bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti.

- Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan.

- Tepati janji adalah kembar kepada benar.

- Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak-tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya.

- Permulaan bagi perasaan marah itu adalah hilang pertimbangan, manakala penghabisannya pula adalah perasaan menyesal.

- Tidak dikira lemah lembut jika ia timbul ketika reda, tetapi lemah lembut yang sebenar akan timbul ketika dalam keadaan marah.

- Sesiapa yang tunduk kepada perasaan marah menyebabkan akhlaknya kurang.

- Bagi setiap nikmat ada kunci yang membuka dan menyelaknya. Kunci pembukanya adalah sabar dan kunci penyelaknya adalah malas.

- Sesiapa yang malas tidak akan menunaikan tanggungjawabnya.

- Ketua kepada kejahilan itu adalah gedung kemalasan.

[tweetmeme only_single="false"]

Kisah tudung untuk tatapan bersama

 

image

Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yang bertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa menghadapi cabaran yang besar kerana sering menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstrim, sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang mengatakan itu fesyen ala Arab padang pasir. Kita tidak pelik hal begini boleh terjadi.

Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga mereka tidak dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat menutup aurat. Berkat kesabaran wanita-wanita yang bertudung diwaktu itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi tuntutan syariat.

Seperkara yang menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu bertudung, maka akan nampak beza tingkah lakunya berbanding dengan wanita yang tidak menutup aurat dan peribadinya sendiri sebelum memakai tudung. Kalau dahulu dia senang bergaul bebas dengan lelaki, tetapi bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula ditundukkan, bercakap dengan lelaki pun jarang sekali, tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yang ada percampuran bebas lelaki & perempuan, tidak suka berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung untuk mendalami ilmu-ilmu Islam, suka untuk beribadah, akhlak & tutur katanya menjadi semakin lembut & lunak.

Suka menolong orang, bibir sentiasa menguntum senyum sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu kesusahan orang lain, sudah benci kepada kemewahan dunia, tahan diuji dan sentiasa mencari-cari peluang untuk mengajak masyarakat wanita yang lainnya agar sama-sama menutup aurat.

Lantaran berbezanya mereka dengan wanita yang lain, maka
orang pandang tinggi kepada wanita yang bertudung, walaupun
masih ramai yang tidak suka kepada mereka. Waktu itu, kalau
wanita sudah sanggup bertudung, ertinya didalam dadanya
sudah ada sedikit sebanyak ilmu- ilmu agama. Sekurang-kurangnya dia sudah hafal dalil-dalil AlQuran dan hadith mengenai hal penutupan aurat.Ini disebabkan mereka sering dihujani dengan berbagai pertanyaan mengenai apa yang mereka buat. Untuk
menjawapnya, mereka sudah bersedia memberi jawapan yang
sesuai dengan nas Al Quran dan hadith untuk menyakinkan orang
ramai. Oleh sebab itu orang ramai memandang tinggi kepada mereka.

Di awal 90'an, bilangan orang bertudung semakin ramai.
Di mana- mana sahaja kita boleh bersua dengan wanita yang
bertudung. Sama ada di kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti & di politeknik malah beberapa pengacara televisyen & radio pun sudah memakai tudung. Alhamdulillah...

Tetapi yang menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat-tempat hiburan, berpegangan tangan dengan teman lelaki, dipanggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya daripada calaran alat-alat make up, tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dengan teman lelaki di tempat-tempat sedemikian. Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dengan aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang pakai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat.

Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup
dan hendak buka. Akhlak dan tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk daripada mereka yang tidak memakai tudung atau buka aurat.

Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dengan wanita-wanita yang menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu untuk ke tempat hiburan dan sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan untuk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat.

Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita-wanita yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yang memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dengan suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka
sahaja yang masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka
mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun hati
tidak berapa menyetujuinya.

Kini masyarakat telah menerima wanita yang pakai tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yang hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung.

Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih cantik dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung. Ada juga yang terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yang mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka. Lantaran itulah nilai orang yang bertudung pada hari ini sudah menurun. Sudah tidak semahal wanita yang bertudung awal-awal dahulu. Hanya wanita yang berpurdah yang belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga atau di tempat-tempat hiburan.

Mungkin taraf berpurdah sama dengan wanita yang bertudung dan wanita yang memakai tudung diperingkat awal dahulu.

Sesuatu amalan yang dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yang mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yang di buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah.

Wanita yang pakai tudung selain daripada keinginan untuk menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dengan Allah walaupun di di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat. Tetapi di akhirat nanti, niat sebenar dan apa yang ada di dalam hati mereka akan diselongkar dan didedahkan oleh Allah dipadang Makhsyar di hadapan jutaan umat manusia.

Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat : " Ya Rasulullah dengan apakah mencapai keselamatan kelak?" Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah." Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah?" Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."

Disamping tiada niat untuk menutup aurat dengan bertudung
akan ditolak oleh Allah, wanita yang berniat untuk menutup
aurat dengan tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga
menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yang dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin berdosa kalau dengan memakai tudung yang berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati.

Dikala itu tudung bukan menjadi alat menutup aurat, tetapi menjadi alat untuk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dengan menutup aurat tetapi mendapat dosa.

Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat & peredaran zaman. Sementara yang mengamalkan syariat kerana pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dalam suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak
mampu bertahan & turut hanyut dengan masyarakat disekitarnya. Ujian yang sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya. Oleh itu kalau hendak mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu dengan apa yang dilakukannya. Jesteru itu menuntut ilmu adalah perkara yang utama sebagai penyuluh ibadah.

Di samping ada ilmu, amalan yang dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah bukan kerana yang lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kita dan mempunyai kefahaman yang mendalam agar kita tidak mudah tergugat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.

Renung-renungkanlah wahai wanita yang berada di luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut fesyen semata-mata.
Wallahu a’lam

[tweetmeme only_single="false"]

Hidup ini, suatu pertanyaan?

 

image

Pernahkah kita terfikir, kita hidup untuk apa? Sama juga seperti kalau kita bertanya, kita belajar untuk apa? Kita berusaha belajar dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, sehingga menjejakkan kaki ke menara gading ini untuk apa? Kalau ikut kitaran hidup biasa, setelah tamat universiti kita akan bekerja, kemudian kahwin, kemudian ada anak, cucu cicit, kemudian bersara, bermain dengan cucu cicit, dan menunaikan haji di Mekah.

Kalau tidak bernasib baik, kita akan tinggal di rumah orang - orang tua, menghabiskan sisa hidup kita dan pengakhirannya sama iaitu mati. Ini kitaran hidup yang biasa kita lalui, yang biasa dilihat oleh mata kita.

Namun kadang kala ajal dan maut itu menjemput kita dengan lebih awal. Mungkin tika kita belum sempat menghabiskan pengajian di universiti, belum sempat nak kahwin, belum sempat nak bersara, belum sempat nak menunaikan haji. Pernahkah kita terfikir tentang ini?

Zaman universiti, dulu semasa sekolah rendah dan sekolah menengah, ada juga terdengar ada cikgu cikgu yang berkata, budak budak sekolah rendah dan sekolah menengah tidak boleh bercinta, dengan kata lain bercouple. Nanti dah masuk u baru boleh bercouple. Mungkin kerana itu, kita melihat di IPT sekarang ni berlambak mahasiswa mahasiswi yang asyik masyuk bercouple coupling. Sana sini kelihatan couple couple yang membuat durjana, berpegang tangan, bercubit cubitan.....

Ya ALLAH, setiap hari mata ini dihidangkan dengan adegan adegan yang cukup mengaibkan. Ana yang melihat pun terasa malu, lantas apakah mereka yang melakukan dan melakonkan adegan itu tidak terasa malu. Memang benar dan tepatlah, andai kata malu telah dicabut dari dalam hati dan diri kita, maksiat dan dosa kita anggap perkara biasa dan kita pandang remeh dan enteng, astarfirullah.............

Siapa yang tidak ingin disayangi dan dicintai. Itu naluri manusia, itu fitrah kita. Namun sekiranya sudah melampau dan melanggar batas batas agama dan syariat, sehingga kita melebihkan kasih manusia berbanding kasih ALLAH.

CUBA PERIKSA DIRI KITA, CUBA CHECK KEMBALI DIRI KITA, DENGAN KATA LAIN, MUHASABAH DIRI.

Mari kita periksa balik apa yang kita buat dalam 24 jam sehari yang ALLAH bagikan kepada kita. Subuh - adakah kita bangun sebelum azan berkumandang, dan membersihkan diri kita dan bersiap sedia untuk menghadap Ilahi. Adakah kaki kita, kita biasakan dengan meredah angin dingin di kala subuh melangkahkan kaki ke masjid mahupun surau???

Selepas solat subuh - adakah kita selalu basahkan lidah kita dsengan zikir, bacaan al mathurat, doa doa, bacaan al-quran, atau kita hanya menarik balik selimut itu dan menyambung lena setelah solat subuh dengan kadar yang pantas sebelum sempat kereta ferrari yang bertanding dalam F1 itu menghabiskan satu pusingan pun???

Sekejap, dah berapa lama kita tak baca Quran? Bila kali terakhir kita membacanya? Atau kita hanya membacanya sekali seminggu, malam jumaat, kan malam jumaat kena baca yassin? Itu sahaja ke?

Pagi - pernahkah kita solat dhuha, atau kita tak pernah? Sarapan dicafe lebih penting, makanan jasmani kita berikan, tapi makanan rohani?

Tengahari - solat zohor, dan kemudiannya solat asar. Bagaimana dengan kedua dua solat ini. cepat...cepat.....selepas zohor kena berkejar untuk kuliah, selepas asar kena berkejar ke padang, nak main bola..

Maghrib... Isyak.....Apa pula yang kita buat antara maghrib dan isyak? Malam pula? Sepertiga malam, kita sibuk menyiapkan assigment kita, due date dah semakin mengejar. Tak pun, kalau free kita kumpul ramai ramai, lepak - lepak, cerita - cerita, makan -makan. Bila kali terakhir kita bertahajud dan bermunajat kepada ALLAH? Semasa final semester lepas ke?

Ini belum lagi ditambah dengan puasa sunat, apakah isi percakapan kita seharian. Pergaulan kita antara muslimin dan muslimat, pergaulan antara muslim dan non muslim, banyak lagi....

Hubungan dengan kedua ayah dan ibu kita, adik - adik kita, saudara mara kita, guru - guru, lecturer, banyak lagi.....

Malu...malu...malu.....

Lebih banyak ana ingat dan fikirkan, rasa malu kepada ALLAH kian bertambah. Inikah buktinya kita kasih kepada ALLAH, inikah caranya menunjukkan kita adalah hambaNYA. Tak terasa malukah kita, kita cuma teringat kepada ALLAH ketika kita dilanda musibah. Kita tidak berpuas hati, kita kecewa, kita mengadu hanya ketika kita bermasalah......

Pernahkah kita melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah ALLAH. Perjuangan apakah yang kita perjuangkan? Adakah untuk diri kita sendiri sahaja? Kepuasan diri sahaja? Kepentingan diri sahaja?

Ya ALLAH, ampunilah dosa - dosa kami yang begitu banyak ini..
Janganlah biarkan kami terus leka, lalai dan alpa...

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...