Thursday, April 28, 2011

Menghadapi realiti memahami al-Quran

 

image

Ada kalanya kita tentu merasa iri hati pada bangsa Arab kerana bahasa ibunda mereka adalah bahasa Arab dan ini dengan automatik memudahkan mereka memahami al-Quran secara langsung dan terus.

Sedangkan kebanyakan orang Islam yang sememangnya tidak mengetahui bahasa Arab terpaksa bergantung kepada terjemahan al-Quran untuk memahami isinya. Itupun kita sedar bahawa terjemahan bagaimana baikpun tidak akan menepati makna sebenar al-Quran.

Untuk mengetahui makna al-Quran, maka seseorang mesti mempelajari bahasa Arab hingga mahir, suatu usaha yang sukar untuk dilakukan oleh kebanyakan orang dan sudah tentu memakan masa, tenaga, otak dan wang ringgit yang banyak bagi mencapainya.

Bagi bangsa Arab yang bahasa ibundanya Arab sudah tentu mereka akan lebih mudah memahami al-Quran daripada kebanyakan daripada orang bukan berbangsa Arab.

Tetapi realitinya tidak begitu. Bahasa Arab mempunyai dua bentuk. Satu bahasa percakapan yang pelbagai jenis dan dialek, dan berbeza dengan bahasa al-Quran. Bahasa percakapan inilah bahasa ibunda mereka. Bahasa Arab percakapan Mesir berbeza dengan apa yang dituturkan di Arab Saudi dan Maghribi, umpamanya.

Untuk memahami al-Quran, mereka mesti mempelajari bahasa persuratan Arab, yang digunakan dalam urusan rasmi dan pendidikan. Jadi, mereka juga kena belajar bahasa Arab persuratan untuk memahami al-Quran. Mereka yang mempunyai pendidikan akan dapat menguasai tetapi kebanyakan orang Arab juga tidak mampu memahami al-Quran.

Kita juga tertanya-tanya mengapakah bangsa yang boleh memahami al-Quran secara langsung tidak menyerlahkan suatu amalan agama Islam yang boleh menjadi model dan contoh kepada umat Islam? Apabila disebut sebagai negara Islam contoh buat pada masa ini, orang tidak merujuk pada Arab Saudi atau Mesir tetapi sebaliknya Malaysia dan Turki, yang kedua-duanya bukan berbangsa Arab dan sudah tentu tidak memahami al-Quran secara langsung.

Tetapi andai kata kita tahu makna al-Quran, adakah kita dengan mudah dapat menghayati dan mengamalkan Islam? Jawapannya ialah tidak. Untuk memahami al-Quran tidak cukup sekadar mengetahui maknanya. Malah, kalau mengamal kepada teks pengertian ayat-ayat al-Quran semata-mata, kita boleh terjerumus ke dalam salah faham. Ini kerana kita mesti pelajari juga tafsir yang melibatkan asbabun nuzul iaitu sebab-sebab turunnya ayat yang boleh memberikan kita konteks kepada sesuatu ayat itu. Sudah tentu ini melibatkan kefahaman tentang hadis dan sunah.

Memang sukar dan panjang untuk memahami al-Quran. Umur dan kemampuan kita terlalu pendek dan singkat untuk memahami al-Quran sepenuhnya. Sebab itu kita terpaksa bergantung pada ulama dan cendekiawan yang membuat kajian terhadap al-Quran bagi mendapatkan kefahaman.

Seperkara lagi ialah minat. Tidak semua orang mempunyai minat mendalam untuk mampu mempelajari al-Quran.

Justeru menjadi tanggungjawab kepada mereka yang berminat untuk meneruskan kajian dan menerangkan kepada masyarakat mengenai al-Quran.

[tweetmeme only_single="false"]

Berlapang dada dalam berdakwah

 

image

Kalamullah
Ia memasamkan muka dan perpaling, kerana ia didatangi orang buta. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya wahai Muhammad?) Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu). Ataupun ia mahu mendapat peringatan itu memberi manfaat kepadanya. (`Abasa : 1 - 4)

Huraian:
Satu teguran membina kepada Nabi Muhammad s.a.w. agar memberikan layanan yang sewajarnya terhadap orang yang sedia menerima ajaran Allah s.w.t. dengan hati yang ikhlas dan terbuka.

Peristiwa berlaku ketika Rasulullah sedang berdakwah di kalangan pembesar kafir Quraisy, lalu baginda didatangi oleh sahabat yang bernama Abdullah Ibn Ummi Maktum yang memohon diajarkan ilmu agama.

Oleh kerana ketika itu Baginda dikelilingi para pembesar Quraisy, baginda tidak melayani permintaan Abdullah.

Baginda hanya bercakap dengan beberapa orang ketua kaum Musyrikin Mekah dan menyeru mereka agar memeluk Islam.

Apabila mereka memeluk Islam sudah tentu pengikut mereka yang ramai akan turut serta bersama ketua mereka.

Allah s.w.t. menegur baginda kerana mengetahui ketua-ketua kaum Mu-

syrikin itu tidak akan memeluk Islam.

Baginda hendaklah memberi layanan yang sebaiknya kepada orang yang sedia menerima petunjuk, sekalipun ia seorang miskin dan tidak mempunyai sebarang pengaruh.

Kesimpulan:
Manusia yang memperoleh hidayat Allah s.w.t. atas kesedaran dan keinsafan akan sentiasa mencari Nur Ilahi, kebesaran dan keagungan Allah s.w.t.

Justeru, kita hendaklah membantu dengan penuh rasa ikhlas tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

- Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sumber: Utusan Online (06/08/04)

[tweetmeme only_single="false"]

Zikir Bersih Hati

 

image

Firman Allah SWT maksudnya, “Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut Allah SWT, maka Allah SWT telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar” (Al-Ahzab : 35)

Dari Rasulullah saw, “Sesiapa yang mengucapkan ‘Subhanallah Hil’azimi Wabihamdih’ maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga”. (H.. Muslim)

1) Mereka yang berzikir akan mendapat keredhaan Allah SWT dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.

2) Zikir akan menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.

3) Mereka yang berzikir akan mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah SWT serta dimurahkan rezekinya.

4) Individu yang berzikir akan dapat merasakan betapa besar, agong, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah SWT.

5) Insan yang berzikir akan segera mendapat pembelaan daripada Allah SWT bila mereka berada dalam kesusahan dan kedukaan.

6) Insan yang berzikir juga akan mendapat penghormatan dan doa dari sekalian para malaikat.

7) Mereka yang berzikir akan memperolehi pohon tamar di dalam syurga kelak, semakin banyak dia berzikir maka makin banyaklah pohon-pohon tamar itu untuknya.

8) Insan yang berzikir akan mendapat nur (cahaya) dari Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga titisan sirat nanti.

9) Insan yang berzikir akan membina rumah dan juga istana di dalam syurga. Bila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.

10) Zikir dapat menjadi pendinding dan juga perisai dari neraka jahanam.

11) Zikir dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT untuk membuka pintu segala kebaikan.

12) Zikir dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.

13) Zikir dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang di dalam hatinya.

14) Zikir dapat membersihkan hati daripada segala jenis kekotoran dan juga penyakit.

15) Zikir dapat menghapuskan dosa-dosa serta maksiat kecil.

16) Zikir dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu dari sifat munafik.

17) Apabila seseorang itu menyertai majlis zikir maka sebenarnya dia telah menyertai majlis yang dihadiri oleh para malaikat.

18) Orang yang berzikir akan sentiasa diingati oleh Allah SWT seperti dalam firmanNya, “Ingatlah kamu kepadaKu, maka Aku akan mengigatimu”.

[tweetmeme only_single="false"]

RAWATAN CARA NABI MUHAMAD S.A.W

 

Watak pemuda ialah seimbang . Watak anak – anak Cenderung basah , dan tabiat orang dewasa dan orang Lanjut usia cenderung sejuk .

Organ tubuh manusia yang paling seimbang adalah kulit pada hujung jari telunjuk , disusuli hujung jari – jari yang lain .Organ yang paling panas adalah jantung , diikuti hati dan daging . Yang paling sejuk adalah tulang dan saraf , sumsum dan otak . Yang paling kering adalah tulang . Yang paling basah adalah lemak .

Bahagian seterusnya dari tujuh bahagian tubuh adalah darah . yang bersifat basah dan panas . Fungsinya ialah memberi makan kepada tubuh . Darah yang normal rasanya manis dan tak berbau .

Seterusnya adalah lendir , yang bersifat basah dan sejuk Fungsinya adalah mengubah darah manakala tubuh kekurangan makanan , menjaga organ – organ tubuh agar tetap lembab dan mencegah dehidrasi yang di sebabkan oleh gerakan . Lendir normal adalah lendir yang hampir berubah menjadi darah . Lendir tak normal rasanya masin , atau agak hangat , atau masam . Ia cenderung menjadi masak dan tawar . Ia bersifat sejuk dan tidak tak bercampur

Cairan yang ketiga adalah hempedu , yang sifatnya kering dan panas . Ia tersimpan di dalam kantung hempedu . Ia menjadikan darah lembut dan membantunya melalui nadi – nadi yang sangat sempit . Sebahagaian darinya
dibawa ke usus besar dan menghasilkan warna khas kekotoran . Hempedu normal warnanya sedikit merah . Hempedu tak normal boleh jadi berwarna seperti kuning telur , atau seperti warna bawang atau warna tahi tembaga , atau seperti terbakar .Hempedu berkarat lebih kuat daripada hempedu berwarna bawang , dan merupakan peringatan akan datangnya kematian . Hempedu kadang – kadang dikenali dengan sebutan Hempedu Kuning .

Yang terakhir adalah limpa . Cairan ini bersifat kering dan sejuk . Ia mengentalkan darah dan memberi makan kepada limpa dan tulang . Sebahagian darinya menerusi mulut perut dan menimbulkan nafsu makan dan menyebabkan keasaman . Limpa normal membentuk endapan darah . Limpa tak normal digambarkan sebagai terbakar , yakni tidak murni . Limpa terkadang disebut hempedu hitam Bahagian keempat dari bentuk tubuh adalah organ – organ
dasar . Bahagian kelima membentuk jiwa . Bahagian keenam adalah keupayaan yang terbahagi kepada tiga , iaitu : natural , vital , dan psikik . Bahagian ketujuh atau yang terakhir adalah fungsi , yang berjumlah dua : fungsi daya
- tarik dan fungsi daya – tolak

KEADAAN TUBUH

Bahagian kedua dalam teori pengubatan adalah berkenaan dengan teori tentang
keadaan tubuh manusia . Ada tiga keadaan tubuh , yang mana ianya mungkin :
sihat , sakit dan keadaan tidak sihat dan tidak pula sakit , iaitu keadaan
orang yang sedang menuju kesembuhan dan keadaan usia tua .

Sihat adalah keadaan fizik dimana semua fungsi berada dalam keadaan sihat .
Menjadi sembuh sesudah sakit adalah anugerah terbaik dari Allah kepada
manusia . adalah tak mungkin untuk bertindak benar dan memberi perhatian
yang layak kepada ketaan kepada Tuhan jika tubuh tidak sihat .Tidak ada
sesuatu yang berharga seperti kesihatan . Keranya , hamba Allah hendaklah
bersyukur atas kesihatan yang dimilikinya dan tidak bersifat kufur .

Nabi s.a.w bersabda :
“ Ada dua anugerah yang kerananya ramai manusia tertipu , iaitu kesihatan
yang baik dan waktu luang .”
Rasulullah s.a.w bersabda , “ Mohonkanlah kepada Allah ampunan dan kesihatan
. Setelah iman kuat ,tak ada sesuatu yang lebih baik bagi seorang manusia
daripada kesihatan .”

SEBAB – SEBAB PENYAKIT

Bahagian ketiga dalam dalam teori pengubatan berkaitan dengan sebab – sebab
penyakit , atau aetiologi . Ada enam sebab timbulnya penyakit :

Penyebab pertama adalah udara. Udara sangat penting untuk menjaga diri kita
agar seimbang, sebab selama udara tetap jernih , tidak ada kelemahan yang
bercampur dengannya , dan tidak ada pula angin kotor . Ia adalah
perlindungan yang tak nampak Setiap musim menghasilkan penyakit – penyakit
yang sesuai dengannya , dan mengusir yang tidak sesuai . Demikianlah , musim
panas menyebabkan timbulnya hempedu dan melahirkan jutaan penyakit , tetapi
juga menyembuhkan penyakit – penyakit selsema ( beringus ) Demikian pula
halnya dengan musim – musim yang lain . Udara sejuk memperkuat dan
meningkatkan pencernaan . Udara panas mempunyai kesan sebaliknya. Perubahan
udara menyebabkan timbulnya sampar . Ini akan kita jelaskan nanti , insya
Allah .

Penyebab kedua adalah makanan dan minuman . Makanan dan minuman yang panas
menimbulkan panas dalam tubuh, dan sebaliknya .

Penyebab ketiga adalah gerakan dan istirehatnya tubuh .
Gerakan menimbulkan kehangatan dalam tubuh .

Penyebab keempat adalah gerakan dan istirehatnya emosi , seperti yang
terjadi krtika marah , sedih , gembira , khuatir , dan malu . keadaan –
keadaan ini mendorong terjadinya gerakan jiwa , yang pasti bersifat batiniah
, namun juga nampak secara lahiriah . InsyaAllah .

Penyebab kelima adalah keadaan bangun dan tidur . Tidur membuat jiwa
bergolak dalam tubuh meskipun pada lahirnya tubuh menjadi sejuk sehingga
orang memerlukan selimut . Lawan dari keaadaan ini adalah keadaan bangun

Penyebab keeanam adalah emisi dan rentesi . Keseimbangan antara kedua hal
ini akan melindungi kesihatan .

PRAKTIK PENGUBATAN

Makanan

Hendaklah anda ketahui bahawa makanan dimakan manakala diperlukan untuk
mengekalkan kesihatan .
Tanda – tanda bahawa makanan diperlukan adalah menajamnya indera penciuman
,berkurangnya air liur dimulut , air kencing yang menjadi sangat berwarna
dengan bau menyengat , serta meningkatnya keinginan akan makanan . Hidup
berlama –lama tanpa makanan memperlemah tubuh , menimbulkan dehidrasi , dan
membakar habis konstitusinya . sama halnya , memakan makanan manakala tidak
diperlukan mengakibatkan kebodohan dan kemalasan , yang merupakan satu
faktor penyebab penyakit . Orang hendaknya memakan makanan yang sejuk
dimusim yang panas . dan makanan yang panas dimusim yang sejuk . . Terus
makan lagi sesudah makan adalah merbahaya . Makanan yang panas hendaklah
diimbangi dengan makanan yang sejuk , yang manis dengan yang masam . Lemak
diimbangi dengan garam , dan yang masam dengan lemak . Memakan banyak jenis
makanan meningkatkan konstitusi manusia . Makan dalam keadaan tenang adalah
paling baik . Memakan makanan yang sama beberapa kali berturut – turut dan
makan dengan tergesa – gesa mengakibatkan hilangnya nafsu makan dan
menimbulkan kemalasan . Makanan yang sangat masam mempercepat ketuaan .
Sering memakan makanan bergaram membuat badan kering dan kurus .

Adalah bijaksana untuk berhenti makan ketika anda masih ada selera untuk
meneruskan makan , namun terus menerus tidak makan akan membuat tubuh lemah
dan kurus . Menghabiskan makanan sampai isi piring bersih membantu
pencernaan dan meningkatkan nafsu sexs . Nabi s.a.w biasa menjilat jari –
jari tiga kali setelah makan . Baginda juga mengatakan , “ Menghabiskan
makanan hingga bersih bererti memohon pengampunan dari Allah ” .

Rasulullah s.a.w melarang memakan makanan – makanan berikut secara bersamaan
: susu dengan ikan , cuka dengan susu , buah – buahan dengan susu , atau
selada dengan ikan , bawang putih dengan bawang merah , daging kering dengan
daging segar , makanan masam dengan makanan beasam , lemak dengan cuka
,cuka dengan nasi ,anggur dengan terung yang berlebihan , buah delima dengan
lemak daging , dua makanan yang sejuk , dua makanan yang panas , atau dua
makanan yang menghasilkan kentut

SABDA NABI

Sebelum menyenaraikan makanan – makanan , lebih baik kita kemukakan sabda
Nabi s.a.w berkenaan cara – cara kebersihan , mengelakkan penyakit dan
seumpamanya yang berkaitan dengan kesihatan .

Nabi besar Muhamad s.a.w pernah bersabda demikian :
1 . Allah tidak menjadikan penyakit melainkan di jadikan – Nya juga ubat
nya , kecuali mati . Firman Allah SWT bahawa siapa yang hidup menurut
petunjuk Al – Qur’an akan lanjut usianya .

2 . Asal segala penyakit ialah . Oleh itu , makanlah apabila anda
kehendaki atau perlu dan jangan makan apabila tidak perlu .
3 . Perut rumah penyakit dan puasa raja segala ubat . Oleh itu ,
jadikanlah ia kebiasaan anda .

4 . Pada pandangan Allah . makanan yang paling baik ialah makanan yang di
makan beramai – ramai .

5 . Makan seorang diri semasa sarapan pagi ialah makan dengan syaitan ,
makan dengan seorang lain ialah makan dengan raja yang zalim , makan dengan
dua orang lain ialah makan dengan para Nabi a.s

6 . Biarkan makananmu agak sejuk sebelum memakannya , kerana makanan yang
panas itu tidak berkat .

7 Apabila makan , tanggalkan kasutmu kerana dengan itu kakimu lebih
rehat . Inilah nasihat yang baik .

8 . Ada keberkatan pada makanan ditengah pinggan . Oleh itu , mulakan
makan makanan yang di tepi pinggan dahulu , bukan mula dari tengah . (
pengertian hadith ini ialah seseorang itu hendaklah jangan tamak iaitu
mementingkan diri sendiri dan hendaklah membenarkan orang lain sama mendapat
berkat , jangan seorang diri saja ) .

9 . Ada keberkatan dalam tiga perkara : dalam sarapan pagi , dalam roti
, dan dalam sup .

10 . Berus gigi dengan ‘ miswak ’ ( berus gigi kayu yang biasanya
dibuat daripada dahan pokok ( pokok perlu ) selepas makan dan kemudian
berkumur – kumur , kerana kedua – keduanya amalan ini adalah penjaga gigi
.

11 . Gunakan ‘ miswak ’ kerana amalan ini datang kebersihan , dan
kebersihan datnag dari iman , dan iman membawa orang itu ke Syurga

12 . Makanan dalam pinggan itu memohon rahmat bagi orang yang makan hingga
habis langsung ( iaitu tidak membazir ) .

13 . Makan bersama barulah bersurai , kerana keberkatan itu ada dalam
kumpulan .

14 . Kurang makan kurang dosa .

15 . Mengumpulkan dalam perkara berikut adalah dilarang iaitu mengumpul
gandum , barli , kismis , sekoi , lemak , madu , lebah , keju , sejenis
pokok yang buahnya berkulit keras dan boleh dimakan ( walnut ) dan zaitun
.

16 . Jangan minum berdiri kecuali orang yang berpenyakit senggal pada
pangkal paha ( sciatica )

17 . Sarapan pagi waktu fajar ( dini hari ) ada berkatnya

18 . Ketika saya mikra’j , tidak ada seorang Melaikat pun yang tidak
berkata , “ Wahai Muhamad s. a.w beritahu umatmu supaya berbekam .
Rawatan yang paling baik ialah berbekam , ketumbar dan sejenis herba (
costus ) .

19 . Siapa yang sakit 7 hari , maka ia adalah penebus dosa 70 tahun .

20 . Tidak ada sakit seperti sakit dalam mata dan tidak ada kerunsingan
kerana berhutang .

21 . Apabila nabi Muhamad s.a.w melawat orang sakit , baginda biasanya
berkata : “ Hindarlah pedaya iblis , kekuatan itu dengan Allah , sembuh
dan disembuhkan , tidak ada yang menyembuhkan melainkan Engkau ”

[tweetmeme only_single="false"]

Wednesday, April 27, 2011

Indahnya asma ul-husna

 

image

Ya Allah!" apabila dizikirkan 500x setiap mlm, lebih² lagi selepas sholat Tahajjud atau sholat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

"Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah sholat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat² pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah swt.

"Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari, Insyaallah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

"Ya Malik!" apabila dizirkan sebanyak 121x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendtgkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

"Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hati, dengki dan lain².

"Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136x, Insyaallah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.

"Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236x, Insyaallah dengan izin Allah swt diri kita,keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

"Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah sholat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi tenang & bersih dari segala sesuatu yang merumitkan sehingga mudah untuk menghafal apa jua pelajaran.

"Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah sholat subuh, Insyaallah dengan izin Allah, kita akan menjadi org yang mulia, disegani org kerana penuh kewibaan.

"Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah swt.

"Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menudukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yang setia.

"Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, Insyaallah bagi yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran, amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap.

"Ya Baarii' !" sekiranya kita berada di dalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100x selama 7 hari berturut², Insyaallah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

"Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari Ahad hingga Sabtu. Diwaktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa.Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian, pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10x, Insyaallah akan dikurniakan anak yang soleh dengan izin Allah swt.

"Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci bacalah zikir ini sebanyak 100x sambil menunggu masuknya waktu sholat Jumaat, Insyaallah akan diampunkan dosa² kita.

"Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & Insyaallah org² yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

"Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100x sesudah sholat fardhu, barang siapa yang selalu di dalam kesempitan, Insyaallah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang dengan izinNya.

"Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71x sesudah selesai sholat subuh, Insyaallah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

"Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100x setiap kali selesai sholat Maktubah, Insyaallah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

Fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran: Abu Nur Husnina keluaran Pustaka."
_________________
biarkan kedukaan itu berlalu bersama sang bayu...
biarkan kesedihan itu hilang bersama tangisan...
biarkan kehidupan terus mendapat nikmat yang di anugerah Tuhan...

[tweetmeme only_single="false"]

3 Perkara Yang Elok Disebut, 2 Perkara Jangan Disebut

 

image

image

Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhir! at.

Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Ali dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

2 Perkara Jangan Disebut

Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan .a' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (.a') tidak akan mencium bau syurga. .a' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita ! berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya.! Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin..

[tweetmeme only_single="false"]

Dosa pada orang tua

 

image

image

 

 

 

 

 

 

 

 

Hadis Abu Bakrah .a katanya:

Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar? Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu. Semasa Rasulullah bersabda, baginda sedang bersandar lalu duduk. Baginda terus mengulangi sabdanya sehingga kami berkata: Semoga baginda berhenti dari menyebut Hadis tersebut

* Hadis Anas bin Malik .a:

Nabi s.a.w pernah menceritakan tentang dosa-dosa besar. Baginda bersabda: Menyekutukan Allah, mengherdik kedua-dua ibu-bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu

1. Hadis Abu Hurairah .a:

Rasulullah telah bersabda: Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk Neraka atau dilaknati oleh Allah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda: Mensyirikkan Allah iaitu menyekutukan-Nya, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dengan fitnah melakukan perbuatan zina

* Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As .a:

Rasulullah s.a.w bersabda: Di antara dosa-dosa besar ialah seorang lelaki mencerca kedua orang tuanya. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun kedua orang tuanya? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Ya. Seorang lelaki yang memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...