Wednesday, May 4, 2011

Surat Wasiyyah - Wasiat ikrar pemberian

 

image

PADA suatu hari seorang bapa membuat wasiat kepada anak perempuannya (daripada isteri kedua) yang telah menjaganya semasa sakit dengan menulis Wasiat yang berbunyi demikian:

``Wasiat haji. Wahid Bin Sani adalah saya pada hari ini 24 Jun 1990 ini mewasiatkan agar rumah di No. 18 Jalan Kenanga 1 Taman Merbau Jaya diberikan kepada anak saya Zakiah Binti Wahid''.

Setelah meninggal dunia, berlaku persengketaan keluarga dan Zakiah dihalau oleh anak-anak Wahid daripada isteri pertama.

Zakiah membawa kes ini ke Mahkamah Syariah untuk mendapat pembelaan di sisi undang-undang.

Malangnya wasiat Wahid didapati tidak sah dan tidak dapat dilaksanakan kerana dibuat kepada waris tanpa ada persetujuan waris lain selepas kematian.

Ini adalah contoh kes yang berlaku dalam masyarakat akibat kurang fahaman terhadap wasiat pemberian.

Wasiat ialah ikrar pemberian kepada bukan waris dengan kadar tidak melebihi 1/3 nilai keseluruhan harta dan hanya akan dilaksanakan selepas kematian.

Walau bagaimanapun, wasiat boleh diberikan kepada waris atau melebihi kadar 1/3 dengan syarat mendapat persetujuan semua waris selepas kematian. Wasiat ikrar pemberian ini adalah sunat dan amat digalakkan dalam Islam.

Kelebihan membuat wasiat pemberian dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam satu hadis yang bermaksud, ``Sesiapa yang mati meninggalkan wasiat maka ia mati atas jalan Islam, mati dalam keadaan mengikuti sunah, mati dalam keadaan takwa, mati dalam syahadah dan matinya diampuni.''

Islam membenarkan wasiat pemberian dibuat secara lisan, tulisan atau isyarat pada bila-bila masa sahaja semasa hidup.

Walaupun begitu, umat Islam digalakkan membuat wasiat tersebut secara bertulis kerana memudahkan pembuktian di Mahkamah Syariah sekiranya ada pertikaian.

Di Zar Perunding Pusaka Sdn. Bhd., wasiat ikrar pemberian ini merupakan satu daripada strategi perancangan pusaka. Ia disediakan dalam satu dokumen yang dinamakan Surat Wasiyyah.

Matlamat penulisan Surat Wasiyyah ialah untuk memastikan umat Islam yang ingin membuat wasiat pemberian membuat dokumen yang sah dan menepati semua syarat yang digariskan syara.

Untuk memastikan pelaksanaan Surat Wasiyyah ini, Zar Perunding Pusaka menggalakkan umat Islam untuk melantik seorang wasi yang diyakini bertanggungjawab, dengan membuat pengamanahan melalui Surat Wisoyah (Surat Pentadbiran Harta Pusaka) sebagaimana yang pernah dibincangkan sebelum ini.

Dari aspek perancangan pusaka Islam, Surat Wasiyyah merupakan satu bentuk amal kebajikan dan alternatif kepada beberapa isu dalam hukum pusaka Islam, misalnya terdapat kaum keluarga yang terhalang daripada mendapat pusaka.

Begitu juga anak angkat dan ibu bapa serta saudara mara yang masih belum memeluk agama Islam, tidak berhak mendapat pusaka menurut hukum faraid. Walaupun begitu, mereka ini berhak menerima wasiat pemberian.

Di sini umat Islam diberi peluang untuk memperuntukkan tidak melebihi 1/3 hartanya, sama ada untuk kebajikan atau diberikan kepada mereka yang tidak mendapat pusaka.

Sehubungan itu, terdapat golongan tertentu yang amat perlu dan berkepentingan untuk menulis Surat Wasiyyah, antaranya ialah :

1. Golongan yang berharta/ berpendapatan tinggi sebagai satu amal kebajikan yang boleh menyumbang kepada `saham akhirat'. Maklum sahajalah saham dunia sudah banyak, perlulah seimbang dengan saham akhirat.

2. Pasangan yang mempunyai anak angkat atau anak angkat itu sendiri kepada keluarga angkatnya.

3. Mereka yang memeluk Islam dan ingin membuat wasiat pemberian kepada ibu bapa dan keluarga yang masih belum Islam.

4. Golongan yang lambat berkahwin.

5. Datuk kepada cucu (yang kematian ibu atau bapanya).

Wasiyyah datuk kepada cucu ini dinamakan `Wasiat Wajibah' yang berkesan untuk dilaksanakan kepada keluarga terdekat yang terlindung daripada mendapat pusaka.

Ini berlaku dalam masalah hak dan bahagian cucu lelaki atau perempuan yang telah kematian bapa atau ibu, sedangkan datuk mereka masih hidup.

Sekiranya datuk meninggal dunia, mereka ini adalah terhalang dengan kehadiran bapa dan ibu saudara. Beberapa negara Islam telah membuat peruntukan undang-undang berkenaan wasiat wajibah.

Contohnya undang-undang Mesir memperuntukkan bahawa seorang cucu yang kematian bapa atau ibunya sebelum kematian datuk atau neneknya berhak kepada bahagian bapa atau ibunya seolah-olah bapa atau ibunya masih hidup.

Enakmen Selangor juga membuat peruntukan yang sama, cuma berbeza dari segi cucu daripada anak lelaki sahaja yang berhak mendapat wasiat wajibah.

Kadar agihan wasiat wajibah ini adalah mengikut kadar agihan yang diberikan kepada ibu bapanya yang telah meninggal dahulu, dengan syarat kadar tersebut tidak melebihi 1/3 nilai keseluruhan harta pusaka.

Selain itu, Surat Wasiyyah juga dilihat sebagai satu bentuk ibadah dan tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan kerana ia secara tidak langsung menyumbang kepada perkembangan sosio ekonomi umat Islam, iaitu melalui sedekah jariah.

Amalan ini adalah antara amalan yang kekal ganjaran pahalanya sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. Apabila meninggal dunia seorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara; Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya.

Dalam hal ini umat Islam diingatkan agar sentiasa membuat keputusan berdasarkan darjah kepentingan (aulawiyyat), terutamanya berkenaan kewangan dalam ibadah.

Seorang sahabat, Abdullah Ibn Mas'ud .a. pernah berpesan : ``Pada akhir zaman akan banyak orang yang pergi haji tanpa sebab; dengan mudah mereka melakukan perjalanan dan membelanjakan harta, namun kembali tanpa membawa sebarang pahala dan ganjaran. Ini kerana mereka pergi dengan senang, sementara jiran tetangganya atau masyarakatnya jatuh di lembah kesusahan tanpa sebarang pertolongan daripadanya.''

Sehubungan dengan itu, demi menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang pemurah dan penyayang, Zar Perunding Pusaka menyeru mana-mana badan kebajikan atau individu untuk menggunakan instrumen Surat Wasiyyah ini sebagai satu sumber dana kebajikan.

Setakat ini, Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan PENGASIH telah bersama kami untuk berkongsi manfaat daripada produk perancangan pusaka yang ada, khususnya Surat Wasiyyah.

.

[tweetmeme only_single="false"]

Al-Quran kalamullah

 

image

Sebenarnya al-Quran itu sungguh-sungguh kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) utusan yang mulia. (At-Takwir: 19)

Huraian:
Kitab al-Quran ialah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan perantaraan Malaikat Jibril dalam tempoh 23 tahun.

Ia dikira sebagai satu ibadat apabila membacanya. Al-Quran merupakan perlembagaan hidup umat Islam yang terkandung di dalamnya semua panduan aspek kehidupan, sama ada berbentuk syariat, akidah, sosial dan akhlak.

Sistem kehidupan yang dinyatakan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran adalah lengkap kerana Dialah Maha Mengetahui segala keperluan makhluk-Nya.

Oleh itu, setelah wafatnya Nabi Muhammad, tiada lagi syariat baru diturunkan kerana Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 3 yang bermaksud:

Pada hari ini. Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.

Namun begitu, ketika Rasulullah s.a.w. masih hidup hinggalah hari ini, masih ada orang yang meragui kesahihan al-Quran.

Allah s.w.t. telah mencabar orang-orang kafir Quraisy untuk mendatangkan satu surah setaraf dengan gaya bahasa al-Quran jika mereka mampu menandingi kehebatan al-Quran tetapi mereka gagal berbuat demikian. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat 23 yang bermaksud:

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan al-Quran itu, dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.

Manusia dengan sifat kekurangan dan kelemahannya, sepatutnya akur dengan kebesaran dan keagungan Allah s.w.t. Al-Quran adalah kalamullah, bukan bait-bait syair, gurindam atau pantun seloka. Ia adalah mukjizat yang paling agung kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk disampaikan kepada umat Islam.

Kesimpulan:
Orang yang beriman mesti meyakini bahawa al-Quran adalah kalam Allah yang datangnya daripada Allah s.w.t. Meragui isi kandungan al-Quran boleh tergelincir dari landasan akidah Islam.

-- Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

[tweetmeme only_single="false"]

Bisikan Syaitan

 

image

Setiap kejahatan yang dilakukan manusia adalah didorong oleh iblis dan syaitan. Allah telah memberi amaran kepada manusia supaya tidak terpedaya oleh tipu daya syaitan, kerana syaitan senantiasa mendorong manusia kepada perbuatan jahat dan keji.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh melakukan perbuatan yang keji dan mungkar". (S. An Nur: 21)

Iblis dan syaitan berupaya menggoda sampai keseluruh tubuh manusia melalui saluran darah yang dapat memberi kesan secara langsung dan dituruti oleh rangsangan akal, hati dan diikuti pula oleh tindakan panca indera.

Menurut riwayat Imam Bukhari dan Muslim, bahwa Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh manusia mengikuti perjalanan darahnya". (Muttafaz ‘Alaih)
Apabila seluruh anggota manusia telah dikuasai oleh syaitan, maka manusia akan lebih tunduk kepada kehendak hawa nafsunya dan cenderung kepada perbuatan yang ditegah.

NAMA-NAMA SYAITAN YANG MEMBISIKKAN
1. Wilhan adalah nama satu kumpulan syaitan yang bertugas untuk menganggu orang yang sedang berwudhuk. Syaitan membisikkan kepadanya supaya merasa was-was.
2. Khanzab adalah nama satu kumpulan syaitan yang bertugas untuk membisikkan orang yang sedang solat. Syaitan menyelinap ke dalam fikirannya agar tidak khusyuk.
3. Mabsuth adalah nama satu kumpulan syaitan yang bertindak supaya manusia berdusta.
4. Tsabar adalah nama satu kumpulan syaitan yang bertindak membisikkan manusia supaya melakukan kemungkaran dan kebinasaan.
5. A’war adalah nama satu kumpulan syaitan yang bertindak untuk menggoda dan mendesak manusia supaya melakukan perbuatan keji dan perbuatan zina.
6. Zlanbur adalah nama satu kumpulan syaitan yang mendesak manusia supaya melakukan penipuan, mengingkari janji dan penganiayaan.
7. Dasim adalah nama satu kumpulan syaitan yang bertugas menggoda manusia supaya bersengketa antara sesama keluarga dan berkelahi antara sesama manusia.
Gangguan Syaitan

A. SYAITAN MENYAKITI BAYI KETIKA DILAHIRKAN
Menurut riwayat Imam Muslim, bahwa Rasulullah saw bersabda : "Setiap anak Adam disentuh oleh syaitan pada hari dilahirkan, kecuali Siti Maryam dan puteranya".
Justeru itu disyariatkan dalam agama, bahwa setiap bayi yang baru dilahirkan sunnat diazankan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya. Hal ini telah dilakukan oleh Rasulullah saw.
Menurut riwayat Sayyidina Hasan bin Ali .a. bahwa Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa yang anaknya baru dilahirkan, lalu diazankan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya, nescaya dia diselamatkan dari gangguan Ummus Shibyan (mahluk halus dari bangsa jin)". (Riwayat Ibnu Sunni)

B. SYAITAN MENJAMAH MAKANAN
Diterangkan di dalam sohih Muslim, daripada Hudzaifah .a., bahwa Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya syaitan pasti menjamah makanan yang tidak disebut nama Allah ke atasnya". (Riwayat Imam Muslim)
Rasulullah saw menyuruh menutup pintu dan bejana dengan menyebut nama "Allah" agar tidak dijamah oleh syaitan. Menurut riwayat Muslim, bahwa Rasulullah saw telah bersabda : "Tutuplah pindu dan sebutlah nama Allah, kerana syaitan tidak akan dapat membuka pintu yang ditutup dengan menyebut nama Allah. Tutuplah bejanamu dan sebutkan Allah, meskipun hanya melintangkan sesuatu di atasnya". (Riwayat Imam Muslim)

C. SYAITAN MAKAN BERSAMA
Dari Sayyidah A’isyah .anha, bahwa Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa makan dengan tangan kirinya, maka syaitan makan bersamanya. Dan barangsiapa minum dengan tangan kirinya, maka syaitan pun minum bersamanya. (Riwayat Imam Ahmad)

D. SYAITAN MENIMBULKAN PERMUSUHAN
Sesungguhnya syaitan sentiasa berusaha untuk menjerumuskan manusia ke jurang kemaksiatan dan menanamkan permusuhan antara sesama manusia. Antara lain mendorong manusia supaya minum khamar dan semua jenis yang memabukkan.
Berdasarkan firman Allah swt di dalam surah Al Maa-idah : 91 (bermaksud) : "Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran minum khamar dan berjudi, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan solat; maka hentikanlah kamu dari perbuatan itu".

Sumber : Kursus Ibadat Sempurna (Drs. HM. Noor Tijany)

[tweetmeme only_single="false"]

Tuesday, May 3, 2011

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

 

 

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul
maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat
menyiksakan,diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan
dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA
YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan
rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala
PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita
disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu
mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi
mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka
segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

[tweetmeme only_single="false"]

Pengisian rohani

 

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad. Aku datang kepadamu di saat
Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka
tidak layak bagi orang ygmengetahui bahawa neraka Jahannam itu
benar, dan siksa
kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk
bersuka-suka sebelum ia

merasa aman daripadanya." Lalu nabi s. a. w. bersabda:
"Ya Jibrail,
jelaskan padaku

sifat Jahannam." Jawabnya: "Ya. Ketika Allah
menjadikan Jahannam, maka

dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah,
kemudian dilanjutkan
seribu

tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga
hitam, maka ia
hitam

gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi
Allah yang mengutus

engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang
jarum nescaya akan

dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana
panasnya. Demi Allah yang

mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli
neraka itu
digantung di

antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi
kerana panas
dan

basinya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu

pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu
diletakkan di
atas bukit,

nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.
Demi Allah yang
mengutus engkau

dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,
nescaya akan

terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana
sangat panasnya,

Jahannam itu sangat dalamJahannam itu sangat dalam dan
perhiasannya
besi, dan

minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya
potongan-potongan
api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada
bahagiannya yang
tertentu dari orang

laki-laki dan perempuan."!

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya
bagaikan pintu-pintu
rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya
di bawah dari
lainnya, dari pintu

ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu
lebih panas dari
yang lain 70 kali ganda."

(nota kefahaman: iaitu yang lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk
masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yang terbawah untuk orang-orang
munafik, dan
orang-orang yang kafir

setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s.
serta keluarga
Fir'aun sedang

namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang
musyrikin bernama
Jahim,

pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat
Iblis dan

pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu
kelima orang yahudi
bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail
diam segan pada

Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak
kau terangkan
penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar
dari ummatmu yang
sampai mati belum sempat

bertaubat." Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika
mendengar
keterangan itu, sehingga Jibrail

meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya
sehingga sedar kembali
dan sesudah sedar nabi saw

andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya
akan terbakar
orang-orang yang di hujung timur

kerana sangat panasnya,Jahannam itu sangat dalam
bersabda: "Ya Jibrail,
sungguh besar

kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang
dari ummat ku
yangakan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari
ummatmu." Kemudian
nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga

menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam
rumahnya dan tidak
keluar kecuali untuk

sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan
orangdan bila
sembahyang selalu menangis

dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan
Bagi yang Lalai")
Dari Hadith Qudsi:

Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan
kamu tak dapat
bertahan dengan

panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanam!

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan

racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000
rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita
semua.

Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

" Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa
yang telah Kami
turunkan dari

keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah
Kami
menerangkannya kepada

manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh
Allah dan
dilaknat oleh sekalian makhluk."

Dari Abdullah bin 'Amr . A, Rasulullah S. A. W
bersabda:

" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.

[tweetmeme only_single="false"]

Ilmu Tasawuf Dan Ilmu Pemikiran

 

Tasawuf di kenali semenjak zaman Abbasiyyah lagi. Abu Hashim al-Kufi, seorang tabiin dipercayai bertanggungjawab memperkenalkan ilmu tasawuf. Beliau dipercayai sebagai orang yang mula-mula membicarakan ilmu tasawuf di Kufah. Kemudian, ilmu tersebut berkembang luas dan dipelajari oleh ramai orang Islam.

Pelajar-pelajar yang mengamalkan ilmu tersebut pula menggelarkan diri mereka Pengamal Sufi atau ahli Sufi atau mutasawwif. Mereka juga menggelarkan diri mereka Salik (Salikin) kerana mengamalkan suluk (latihan) kebatinan. Tanda-tanda kesufian pada zahir seorang ‘abid ialah mereka kuat beribadah, sederhana pakaian dan makanan, teguh pendirian dan tawakal kepada Allah tersemat kukuh di hati. Tanda-tanda kesufian pada Sunnah peribadi dan akhlak Rasulullah begitu jelas sekali menjadi ikutan para sahabat ridwanullahu anhum. Mereka menunjukkan sifat dan tanda-tanda kesufian pada diri mereka seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Sufian ath-Thauri dan lain-lain lagi. Khalifah Umar Abdul Aziz yang terkenal zuhudnya itu mewarisi peribadi dan akhlak Rasulullah dan para sahabat terutamanya Saidina Umar al-Khattab. Generasi tabi’in dan tabi’ tabi’in juga menghayati corak penghidupan para solihin dengan memberi penekanan terhadap keseimbangan akal (ilmu), hati (iman) dan amal. Rabiatul Adawiyyah, Ibrahim Adham, Zunnun al-Misri, Muhasibi, Abul Qasim Junaid al-Baghdadi, Abu Yazid al-Bistami adalah sebahagian nama ahli sufi yang terkenal dalam sejarah. Setelah sekian lama, barulah ada keinginan di kalangan pencinta tasawuf untuk menumpukan perbincangan dan kamian bagi menghimpunkan tanda-tanda, sifat, buah fikiran, kata-kata dan amalan para Sufi. Antara kitab Tasawuf ialah Risalah Qusyairiyah tulisan Imam al-Qusyairi. Kitab ini dipercayai oleh ulama tasawuf sebagai kitab tertua. Kitab Qutul Qulub ditulis oleh Abu Talib Al-Makki, gurunya Imam al-Ghazali. Ibnu Arabi memperkenalkan teori falsafah tasawuf adunan pemikiran Islam, pemahaman konsep tauhid serta pengalaman mistiknya sendiri. Ajarannya mendapat tempat di hati ramai pencinta ilmu tasawuf. Mereka mendapati hasil pemikiran Ibn Arabi sungguh mengagumkan kerana beliau mendakwa mencapai tahap kasyf dan mushahadah dengan ilmu Allah yang azali dan qadim itu. Oleh yang demikian, beliau dikenali sebagai Syeikh Auliya iaitu Guru Wali-Wali Allah. Kami berazam untuk mengkaji pemikiran Ibn Arabi pada masa akan datang, InshaAllah.

Perubahan Diri Bermula dari Pemikiran yang Terpuji

Tasawuf dari segi bahasa ertinya bersih dan jernih. Dari segi istilah (syarak), tasawwuf ialah membersihkan diri dari sifat-sifat kekejian dan kekurangan serta membersihkan ibadat semata-mata kepada Allah.

Zikir bermaksud mengingati Allah. Zikir adalah antara amalan sunat yang digalakkan oleh Islam. Rasulullah mengamalkan zikir seharian setiap saat dan ketika, terutamanya selepas solat dan ketika iktikaf di dalam masjid. Antara zikirnya ialah subhanallahi wabihamdihi, subhanallah walhamdulillah wallahuakbar, lailahaillallah, dan lain-lain lagi sebagaimana diriwayatkan dalam banyak hadis. Amalan zikir adalah mulia disisi orang soleh untuk memperolehi ketenangan jiwa dan kesucian hati. Imam al-Ghazali umpamanya mengamalkan ‘siri-siri’ zikir yang berbeza setiap hari (rujuk kitab Ihya’ Ulumuddin). Apabila zikir dibaca secara berterusan secara (nyaring) jahr atau berahsia (sirr) dan perlahan, sebanyak 100 kali hingga 1000 kali, ia dapat melatih kesabaran, keikhlasan dan tumpuan (fokus) hati, fikiran serta pernafasan (jasmani). Kami percaya ada hikmah disebalik pengamalan zikir-zikir bukan sahaja untuk menambahkan amal dan pahala, tetapi menghapuskan dosa-dosa kecil dan titik-titik hitam dalam hati. Zikir juga adalah rehat bagi tubuh badan setelah bekerja seharian. Zikir menghilangkan penat lelah dan mengembalikan semula semangat juang dalam diri. Benarlah firman Allah dalam Al-Quran:

 الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ(28)

Maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Surah ar-ra’du: 28)

Hukama’ pernah berkata: ‘Basahi lidahmu dengan zikrullah, nescaya hatimu akan menjadi tenang.

[tweetmeme only_single="false"]

Negara Islam contoh: Antara pandangan Barat dan Maududi

 

PERKAHWINAN puteri Perdana Menteri Turki, Esra Erdogan dengan pasangannya Berat Albayrak baru-baru ini tentulah menarik perhatian. Ini kerana anak PM Turki, Recep Tayyip Erdogan itu bertudung litup dalam majlis perkahwinannya yang dihadiri pemimpin Timur dan Barat.

Malahan Erdogan sendiri mengisytiharkan perkahwinan itu sebagai contoh keharmonian antara Timur dan Barat dan sebagai pertemuan dua tamadun. Perkahwinan ini berlangsung ketika Turki berusaha untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU).

Seperti dakwaan Erdogan, Turki sebenarnya terletak dalam dua benua - Eropah dan Asia. Berdasarkan perkembangan mutakhir, Turki lebih selesa menganggap dirinya sebahagian daripada Eropah dan dunia Barat.

Komitmennya untuk menyertai EU, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), pembabitannya dalam dunia sukan Eropah termasuk bola sepak serta gaya hidup sebahagian penduduknya menunjukkan Turki lebih cenderung 'menjadi Eropah daripada Asia'.

Bagaimanapun satu hal yang mungkin mengingatkan Turki bahawa ia adalah sebahagian daripada Asia ialah hakikat lebih 90 peratus daripada penduduknya beragama Islam.

"Heretan'nya kepada Islam membuatkan Turki tersisih daripada Eropah malah digelar 'The Sick Man of Europe' (Orang Sakit Eropah). Eropah sebenarnya 'tidak menyukai' Turki dan itulah antara sebab permohonannya untuk menyertai EU 'masih belum selesai'.

Satu hal yang menarik mengenai Turki sekarang ialah apabila Presiden Amerika Syarikat, George W Bush yang mengunjungi negara itu baru-baru ini mengumumkan negara itu adalah contoh atau model negara Islam yang perlu diikuti oleh negara majoriti umat Islam yang lain.

Dakwaan itu dilihat amat menarik ketika Turki kini memegang amanah ummah apabila wakilnya dilantik sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Ada pihak mendakwa ada kaitan antara ‘pujian’ Amerika kepada Turki dan kejayaan negara itu mempromosi wakilnya sehingga menjadi Setiausaha Agung OIC, sekali gus mengetepikan lobi keras dan perbelanjaan besar oleh Malaysia. Sebuah lagi negara yang berminat dengan jawatan ini ialah Bangladesh.

Pihak terbabit mendakwa Amerika mengenakan tekanan ke atas negara Islam lain terutama negara Arab supaya memilih Turki kerana dengan cara ini hubungan Amerika dengan negara Islam akan lebih mudah berlangsung disebabkan sudah wujud hubungan akrab Washington-Ankara.

Kesediaan Turki dalam kempen memerangi keganasan tajaan Amerika adalah aset terbesar bagi Bush menyatakan Turki adalah negara Islam contoh. Pendeknya apabila kemahuannya tidak disanggah, negara itu adalah contoh tetapi apabila sesebuah negara itu menunjukkan ciri-ciri penentangan ia akan dianggap negara penaja keganasan seperti Libya, Sudan, Iran, Syria dan Korea Utara.

Malahan negara seperti Iraq dan Afghanistan (Taliban) menerima padah lebih teruk (dijadikan padang jarak padang terkukur) atas alasan tidak tidak mahu taat kepada Amerika.

Rekod Turki dalam hubungannya dalam pembelaan umat Islam sebenarnya tidak sebaik disangka. Turki menjalin hubungan diplomatik dengan Israel malah hubungan terlalu baiknya dengan Amerika membolehkan negara itu dijadikan pangkalan untuk menyerang Iraq dan negara umat Islam lain.

Sekalipun menjadi antara negara OIC yang terbabit dalam usaha menangani konflik Bosnia tidak lama dulu, Turki tidak menunjukkan komitmen untuk membantu menyelesaikan masalah ummah, apatah lagi ia amat jelas tunduk kepada kemahuan Amerika dan kuasa besar Barat dalam usahanya mendapatkan pengiktirafan 'sebagai negara Eropah'.

Rekod dalam negara juga menunjukkan Turki tidak begitu menyenangi perkembangan kepada tuntutan rakyatnya yang mahukan Islam dijadikan adeen atau cara hidup.

Malah Turki menunjukkan 'ia lebih Eropah daripada negara Eropah lain' apabila tidak membenarkan pelajar Islam memakai tudung ke universiti. Malah kes seorang ahli Parlimen wanita yang diusir daripada institusi itu menunjukkan betapa Turki 'sudah jauh menyimpang' daripada kehendak ummah apatah lagi tuntutan Islam.

Berdasarkan perkembangan di Turki, kita tidak terkejut dengan langkah Amerika yang mahu negara umat Islam lain menjadikan Turki sebagai model untuk diikuti.

Jika di Turki, Mesir, Pakistan, Algeria dan negara Islam lain, pergerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin, Jamaet-Islam dan Barisan Pembebasan Islam (FIS) ditekan, kini hal yang sama seolah-olah sedang berlaku di tanah air kita yang pemimpinnya memegang jawatan Pengerusi OIC.

Di negara kita, pemimpin-pemimpin ummah khususnya gerakan Islam yang disebutkan seperti Sayyid Qutb dan Abul A'Ala Maududi, mulai dikecam dan didakwa sebagai pencetus fahaman radikal di kalangan umat Islam.

Dalam keadaan ummah sekarang ini cuba dipesongkan mengenai negara Islam contoh sama ada melalui dakwaan Amerika dan pengisytiharan 'sendiri-sendiri' oleh sesetengah pemimpin adalah amat bermakna jika kita meninjau pandangan pemimpin ummah seperti Maududi.

Berikut adalah pandangan Maududi mengenai 'asas-asas pemerintahan Islam':

"Prinsip asas yang ditekankan oleh Rasulullah s.a.w. ialah bahawa kekuasaan tertinggi dan mutlak hanyalah hak Allah semata-mata. Sesungguh bumi dan alam ini adalah kepunyaan Allah.

Udara, air, cahaya dan segala-galanya yang memenuhi hidup kita ini adalah diberi oleh Allah. Tubuh badan yang kita punyai ini beserta dengan tenaga dan organ-organ yang lengkap, semuanya dikurniakan kepada kita oleh Allah SWT.

Kita langsung tidak mempunyai hak untuk mengaku yang kekuasaan mutlak itu hak kita. Di samping itu kita juga mesti menolak sebarang pengakuan sedemikian rupa daripada sebarang individu atau kumpulan.

Antara perkara pertama Rasulullah s.a.w. mengajak manusia untuk percaya dan beriman ialah, kerajaan dan negara itu hanyalah kepunyaan Allah.

Hanya Allah saja yang berkuasa untuk memerintah dan tiada siapa yang berhak untuk membuat undang-undang melainkan Dia.

Perkara kedua dalam ajaran asas baginda ialah perundangan Rabbani bukannya diturunkan terus kepada manusia tetapi melalui Rasul-Nya. Rasulullah s.a.w. bukannya dipilih oleh sesiapa untuk menjadi pemimpin.

Baginda juga tidak memilih dirinya sendiri untuk menjadi pemimpin. Baginda telah dipilih oleh Allah agar dapat mendidik dan mentarbiyah manusia dengan tarbiyah Rabbani, menukar pemikiran dan peribadi manusia, menyampaikan perintah Rabbani kepada manusia dan melaksanakan urusan Rabbani itu melalui sesiapa yang menerima dan beriman kepada perintah-perintah tersebut.

Perkara ketiga dalam ajaran Rasulullah ialah supaya manusia percaya akan konsep ini di mana setiap manusia akan bertanggungjawab di hadapan Allah atas segala yang telah dilakukan semasa hidupnya.

Selama tiga belas tahun Rasulullah s.a.w. menyampaikan ajaran ini dan mereka yang menerima ajaran tersebut telah disatukan dalam satu jemaah (ummah),

Semasa tiga tahun terakhir di Makkah, sekumpulan penduduk dari Madinah telah memeluk Islam lantas menjemput Rasulullah s.a.w. bersama-sama sahabatnya ke Madinah.

Benarlah kata-kata Sayidatina Aisyah di mana beliau menyatakan yang Madinah telah ditawan oleh Quran.

Setelah mengetahui isi kandungan surah-surah yang turun di Makkah, mereka bukan sahaja menerima dan memeluk Islam tetapi mereka terus menjemput Rasulullah s.a..w. dan para sahabatnya untuk tinggal di kampung halaman mereka sendiri.

Jemputan ini bukan sahaja untuk memberi perlindungan kepada baginda, tetapi ialah supaya baginda menjadi pendidik mereka, pemimpin dan juga penyatu umat Islam di antara Makkah dan Madinah sebagai satu umat lantaran menegakkan satu sistem hidup di Madinah berlandaskan keimanan Islam yang telah mereka bulatkan.

Inilah cara pemerintahan Islam yang ditegakkan pada hari pertama Rasulullah s.a.w. sampai di Madinah.

Tugas utama pemerintahan itu ialah untuk menyampaikan ajaran Islam kepada penduduk seluruhnya. Memandangkan Islam itu adalah petunjuk dan ilmu yang Rabbani, kejahilan terhadap Islam itu adalah satu halangan ke arah jalan ini.

Rasulullah s.a.w. dan para sahabat telah bekerja sepenuh tenaga dalam usaha untuk memberi kefahaman kepada penduduk Madinah ketika itu dan seterusnya beriman dengan ajaran Islam.

Apabila kefahaman itu berkembang dan penduduk Madinah berpegang kepadanya, maka lama-kelamaan Islam pun berkembang dan mula menjadi kuat.

Tugas kedua Rasulullah s.a.w. ialah memurnikan akhlak masyarakat ketika itu berdasarkan akhlak yang tinggi lagi mulia.

Tidak ada sistem pemerintahan pun yang akan berjaya jika pemimpinnya tidak mempunyai akhlak yang tinggi dan masyarakatnya tidak bertakwa dan amanah.

Keadaan ini akan terus berpanjangan walaupun sistem pemerintahan itu mempunyai perundangan yang baik dan pada zahirnya kelihatan hebat dan berkaliber.

Itulah sebabnya, setelah mengajak supaya beriman kepada ajaran Islam dan seterusnya mengembangkannya, Rasulullah s.a.w. sangat menekankan persoalan ketakwaan dan akhlak yang mulia.

Asas yang penting di dalam sistem yang ditegakkan oleh baginda ialah menganjurkan akhlak masyarakat supaya menepati akan kehendak dan ajaran sistem tersebut.

Keadaan ini tidak memerlukan penggunaan kuasa kekerasan untuk manusia tunduk dan patuh kepada undang-undang tersebut.

Cukuplah apabila dikatakan di sini bahawa semua telah diperintahkan oleh Allah, maka terpulanglah kepada masyarakat untuk mematuhinya.

Pada zaman Rasulullah s.a.w. tidak ada pasukan polis dan tidak terdapat penjara-penjara. Tidak terfikir langsung akan keadaan di mana masyarakat menerima arahan daripada Rasulullah s.a.w. tetapi tidak mematuhinya.

Contohnya, kita ambil kes mengenai larangan meminum arak itu sendiri. Apabila dikhabarkan di kota Madinah yang arak itu haram, maka tempat menyimpan arak semuanya dipecahkan dan masyarakat Madinah terus berhenti meminum minuman tersebut.

Di sini, sejarah gagal untuk memberi contoh akan kepatuhan kepada undang-undang secara spontan.

Malah, berjuta-juta dolar dibelanjakan di Amerika Syarikat untuk menjelaskan kepada masyarakat akan kesan buruk daripada arak itu sendiri.

Satu propaganda besar-besaran telah dilancarkan untuk tujuan tersebut. Dengan sambutan masyarakat, satu pembaharuan telah dibuat di dalam undang-undang Amerika Syarikat untuk meluluskan satu undang-undang mengharamkan arak.

Tetapi keesokan harinya masyarakat meminum pula minuman lain yang beracun dan berbahaya. Perbuatan ini merebak dengan cepatnya di mana akhirnya undang-undang pengharaman arak tadi terpaksa ditarik balik.

Jadi, marilah kita membuat perbandingan ke atas dua keadaan yang berlaku tadi. Pertamanya, di mana arahan yang dikeluarkan telah dipatuhi dengan serta-merta.

Keduanya di mana satu undang-undang telah digubal setelah satu perbelanjaan dan propaganda yang besar dijalankan yang disokong oleh masyarakat tetapi akhirnya mereka juga yang melanggarnya.

Ini jelas menunjukkan bahawa asas pada satu-satunya sistem pemerintahan adalah terletak kepada keimanan dan akhlak yang mulia.

Jika kedua-dua asas ini tidak ada, maka satu-satu sistem pemerintahan itu tidak akan berjaya, walaupun undang-undang itu telah digubal dengan baik.” – LANH

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...