Monday, July 4, 2011

Tanda hitam pada dahi bukan petanda soleh, alim dan warak

 

 

image

“Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas).” [48:29]

Ayat Quran di atas bukan dalil untuk mengatakan bahawa tanda hitam di dahi seseorang muslim itu adalah orang yang soleh, alim mahupun warak. Ia adalah kerana soleh, alim dan warak ini ditentukan oleh ilmu, iman dan taqwa dalam diri. Adapun tanda yang terdapat pada sesetengah orang ini adalah kerana mereka adalah orang yang kuat solatnya (ibadah) atau lama sujudnya (ahli sujud). Namun kita tidak boleh mengagungkan atau memperlekehkan orang sebegini kerana mereka adalah makhluk Allah yang tak lari dari melakukan kesilapan dalam hidup (bukan maksum).

Dan tak semestinya juga orang yang kuat solat atau lama sujud itu akan berbekas pada dahinya. Mungkin juga ia mengikut kepada keadaan kulitnya bagaimana, adakah lembut, keras dan sebagainya. Ini semua adalah kehendak Allah. Walau apa pun harus dibetulkan persepsi masyarakat bahawa tanda hitam pada dahi itu tidak boleh membuatkan seseorang itu kagum dan mengatakan orang itu soleh, alim dan warak. Ketahuilah orang yang soleh, alim dan warak itu boleh dilihat pada wajahnya yang bercahaya. Namun sikap berbaik sangka dengan semua orang adalah dituntut dalam Islam.

Saidina Ali Zainal Abidin, cicit Rasulullah SAW, digelar As-Sajad disebabkan bila beliau solat, beliau sujud lama sehingga 30 minit pada setiap kali sujud dan ada tanda di dahi beliau, disamping karomah lainnya iaitu sentiasa berbau harum kasturi.

Alim, soleh dan warak itu letak dalam hati menerusi imannya, letak dalam percakapan melalui lidahnya, letak pada akhlak iaitu cara hidupnya, bukan pada dahi.

[tweetmeme only_single="false"]

Friday, July 1, 2011

Dialah Jodohku

 

image

Untuk memilih teman hidup, lelaki mesti memilih wanita yang cantik, bergaya dan boleh dibawa ke sana sini. Dalam hati mesti berbangga kerana pasangannya cantik dan orang sentiasa memuji akan kecantikan pasangannya.

Antara pujian itu:

"Pandai kamu memilihnya, kalaulah aku dapat, aku tak akan lepaskannya."

"Pewittt, hebatnya kamu, cantik... cantik... cantik."

Mesti kamu akan berbangga jika menerima pujian sebegitu.
Pasangannya boleh dibawa ke mana-mana sahaja, setiap hari keluardating. Tidak kira siang malam, yang penting bahagia. Setiap hari ada saja temujanji untuk bertemu tanpa ada istilah jemu.

Bahagiakah namanya itu jika setiap hari keluar dating? Itulah lumrah pasangan berkasih, sehinggakan lupa segala syariat dan hukum Allah S.W.T.

"Yang penting 'happy', hidupkan hanya sekali"
Tahu pula hidup hanya sekali, kenapa tak banyakkan amal ibadat, supaya di sana nanti lebih bahagia, tidak ada masalah yang menimpa, tidak payah fikir apa pun.

Kalaulah pasangan yang dipilihnya tidak cantik, tidak bergaya biarpun pasangannya seorang muslimah sejati, orang tentu akan mengejinya. Mesti dia terseksa, walaupun dia menyedari itulah pilihan yang terbaik dan menjamin Syurga buatnya.

Antara kejian itu:
"Takde orang lain ke yang kau pilih sebagai pasangan, leceh la."
"Hahahaha, sakit perut aku, lawak, lawak... ketinggalan zaman la bro.."
Mesti sakit hati jika menerima kejian sebegitu?

Pasangan sebegini lebih mementingkan ukhrawi daripada duniawi, dia akan menolak ajakan pasangan untuk keluar berdua, kerana dia takutkan azab Allah S.W.Tdan dia tidak mahu hanyut oleh godaan Iblis Syaitan laknatullah.

Tentu bosankan mendapat pasangan yang sebegini, sentiasa menolak ajakan kita untuk keluar berdua.

Tentu kita bersungut andai ajakan kita tidak dapat dipenuhinya.
Inilah pasangan yang terbaik untuk kita, walaupun dia tidak cantik pada rupa paras, tetapi dia cantik pada akhlak dan budi pekerti. Ilmu agamanya penuh di dada dan menjadi benteng untuk menghalang godaan nafsu yang melalaikan.

Untuk memilih teman hidup, wanita mestilah memilih lelaki yanghandsome, bergaya dan kaya. Dalam hati mesti lebih berbangga memiliki pasangan yang sebegini. Bahagia sangat-sangat, terasa dunia ini milik berdua. Apatah lagi jika orang di sekeliling sentiasa memuji.

Antara pujian itu:
"Hebatnya kamu, dahlah 'handsome', bergaya... 'loaded' lagi"

"Kalaulah aku dapat, bahagianya hidup".

Dalam hati tak terkata, betapa bangganya memiliki pasangan sebegitu. Tidur malam tak lena, sentiasa terbayangkan wajah kekasih. Bahagia sangat-sangat sebab pilihannya menepati cita rasa. Sanggup bersengkang mata hingga larut malam semata-mata untuk memadu kasih dengan pasangan.

Sekarang ini zaman serba maju, ada facebook,handphone, semuanya hanya di hujung jari, semuanya boleh jadi. Siang keluardating, malam pun keluardating, bila tiba larut malam sambung lagi dengansms,calldan ber-chatting di facebook sehingga jam 3 - 4 pagi. Tak jemukah berbuat begitu? Tentu tidakkan? Bila diri dilamun cinta, tak jemu-jemu meluahkan rasa rindu.

Kalaulah pasangan yang dipilihnya takhandsome, tak bergaya dan tak kaya, walaupun pasangannya seorang muslimin sejati, tentu malukan? Ya la, pasangan orang lain semuanya handsome, bergaya dan kaya, sedangkan pasangan kita, huhuhu. Pasangan kita mementingkan ukhrawi dari duniawi. Tak suka keluar dating kerana takutkan Allah SWT. Tentu bosankan?, asyik terperap saje. Mula nak bersungut dan menyesal kerana tersalah memilih, tak sesuai langsung dengan cita rasa kita yang gemarkan bersosial.

Inilah pasangan yang terbaik untuk kita, mungkin Allah SWTdah tetapkan untuk kita,supaya kita tak terus hanyut dengan godaan iblis syaitan. Allah SWTnak bagi untuk kita yang terbaik, jadi kita harus menerimanya dengan hati yang lapang dan bersyukur sebab kita tak terjerumus dalam kancah kemungkaran dan kemaksiatan yang menghampiri kepada azabnya api neraka. Di dunia kita tak merasai azab Allah SWT, sebab tu la kita masih menghampiri maksiat, yang ada dalam fikiran kita hanyalah keseronokkan saje. Kalaulah Allah SWTturunkan azabnya semasa kita berseronok dengan nikmat dunia, apakah yang terjadi kepada kita? Sama-samalah kita bermuhasabah diri.

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik... .
Terbaik dari segala hal... .
Duniawi mahupun ukhrawi...
Kelak dirimu bahagia
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik... ..
Soleh dan solehah... ..
Mukminin dan mukminat... .
Hidup sentiasa berlandaskan hukum dan syariat... .
Bahagia dunia dan akhirat.
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik... ..
Baginya dunia hanya sementara...
Akhirat dikejar kerana itulah tempat yang abadi... .
Untuk menuju ke syurga Allah.
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik... .
Al-Quran jadi panduan hidup...
Sunnah Rasulullah menjadi ikutan... .
Moga kekal di dunia hingga ke akhirat... .

 

 

[tweetmeme only_single="false"]

Keutamaan Berselawat Dan Kelebihannya

 

KEUTAMAAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W
Setiap umat Islam berkewajipan mengasihi atau mencintai Allah dan Rasulullah. Bukti seseorang itu berbuat demikian ialah dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Umat Islam kini memang banyak mengakui beriman kepada Allah dan mengasihi Rasulullah. Tetapi sejauh manakah kebenaran pengakuan itu, jika terus enggan mengerjakan suruhan-suruhan Allah dan berselawat kepada Rasulullah?

Berselawat kepada Nabi Muhammad adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah. la tidak sewajarnya dipandang ringan oleh setiap umat Islam. Ini sesuai dengan kedudukan selawat itu sendiri yang memiliki berbagai keistimewaan dan kelebihan di sisi Allah.
Makna secara umum selawat adalah jamak dari kalimat solat. Di segi bahasa pula, ia bererti doa, rahmat dari Allah, memberi berkah dan ibadat.

Dalam pengertian yang lebih luas, berselawat kepada Nabi Muhammad bererti memperbesarkan, mengagungkan serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur atas perutusannya yang menjadi rahmat seluruh alam ini, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.
Sejajar dengan itu, selawat kepada Nabi Muhammad merupakan ibadah yang mulia dan terpuji. la mengandungi berbagai-bagai kelebihan dan mendapat pertolongan dan perlindungan yang istimewa dari Nabi Muhammad serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah di hari akhirat kelak.

اِنَّ اللهَ وَمَلَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسلِيمًا
Yang bermaksud, Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (member segala penghormatan dan kebaikan) kepada nabi (Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya .
(Surah al-Ahzab-56)

KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W
Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan.Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:-

1.Melaksanakan perintah Allah.

2.Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
 

3.Bersamaan dengan selawat para malaikat.
 

4.Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
 

5.Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
 

6.Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
 

7.Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
 

8.Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
 

9.Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
 

10.Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
 

11.Allah akan menutupi segala dukacita.
 

12.Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
 

13.Mendapat darjat al-Sidq.
 

14.Ditunaikan segala hajat.
 

15.Salam sejahtera pada hari kiamat.
 

16.Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
 

17.Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
 

18.Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
 

19.Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
 

20.Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
 
.Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
 

22.Tidak akan merasai fakir.
 

23.Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
 

24.Mendapat kesejahteraan daripada doa rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
 

25.Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
 

26.Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
 

27.Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabu Muhammad s.a.w.
 

28.Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
 

29.Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
 

30.Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
 

31.Mendapat keberkatan daripada Allah.
 

32.Mendapat kesempurnaan iman.
 

33.Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
 

34.Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
 

35.Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan dihadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
 

36.Teguh pendirian dengan kebenaran.
 

37.Berselawat bererti kita menggunakan sebaghagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Disamping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
 

38.Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
 

39.Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
 

40.Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.
 

41.Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
 

42.Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.

 Antara hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah ialah:

 “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ” -(Riwayat Tabrani)

 “Barang siapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat kepadaku dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.-(Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib)

 “Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” -(Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim)

 Dari Ubai bin Ka ‘ab: “Aku bertanya, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku memperbanyakkan selawat, maka berapakah aku jadikan untukmu dari selawatku? Nabi bersabda: Apa yang kamu kehendaki. la berkata: kataku: “Seperempat.” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai dan jika kamu tambah maka itu yang lebih baik bagi kamu.” Kataku: “Apakah sepertiga? ” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai, jika kamu tambah itulah yang lebih baik bagi kamu.” la bertanya: “Apakah aku jadikan selawatku buatmu semuanya.” Nabi bersabda: “Jika demikian maka dicukupilah cita-citamu dan diampuni dosamu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Al Hakam)

“Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.” -(Riwayat Ibnu Murdawaih)

 “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tigapuluh untuk dunianya. ”(Riwayat Ibnu Majar dan Jabir)

“Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga.” -(Riwayat Abus Syaikh dari Anas)

 “Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. -(Riwayat Tirmizi)

[tweetmeme only_single="false"]

ISRAK MIKRAJ

 

URUTAN RINGKAS PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU
DALAM ISRAK MIKRAJ KE ATAS RASULULLAH SAW

 


Umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan peristiwa agung iaitu Israk dan
Mikraj yang ada disebut dalam ayat pertama surah al-Israk pada 27 Rejab (20 Julai
2009) InsyaAllah. Mereka tidak akan melepaskan peluang keemasan yang datang
sekali setahun dalam bulan hijriah. Ia bagaikan dinanti-nanti oleh pencinta agama
Islam, kerana kepentingannya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah
kesempurnaan. Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku

pada diri baginda Rasulullah SAW.
Peristiwa ini telah membongkarkan keimanan dan keyakinan umat manusia tentang
kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian nabi Muhammad SAW. Orang kafir
sendiri menjadikan peristiwa Israk Mikraj ini sebagai suatu pembohongan yang
menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah nabi. Manakala keadaan
umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu ada yang terus
membenarkan nabi seperti Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, ada pula yang mahu
penjelasan terperinci dengan menguji nabi melalui beberapa pertanyaan seperti
bilangan pintu dan tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada
cerita tersebut dan ada pula yang bersikap menolak terus cerita nabi dan kembali
murtad daripada Islam. Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku di dua tempat utama di
bumi sebelum nabi dinaikkan ke Saidatul Muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin
malah melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi
Isra’ dan sekitarnya. Sehingga kini bumi Isra’ iaitu Baitul Maqdis, Palestin terus
menjadi rebutan 3 agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi sehinggakan keganasan
Yahudi dalam membunuh dan merampas tanah milik umat Islam terus berjalan
tanpa perikemanusiaan.

 

 


Sejarah Perjalanan Israk Mikraj


Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail
dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda SAW disuci dengan air zamzam dibuang ketul
hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian
dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu,
dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “kahtimin nubuwwah”. Selesai
pembedahan, didatangi binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah
dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa)
Sepanjang perjalanan (Isra’) itu Rasulullah SAW ditemani oleh malaikat Jibrail dan
Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah)
Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan sembahyang sebanyak 2
rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah :


I. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.


II. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.

III. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan). Dalam perjalanan itu juga
Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat
menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib, antaranya:-

A. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.
Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi
dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail:
Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan
sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

B. Tempat yang berbau harum, Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah
bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan
anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman
ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh kepada Allah (tak
mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

C. Sekumpulan orang orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap
kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula.
Demikaan dilakukan berkali-kali, Jibrail memberitahu: Itulah orang-orang
yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

D. Sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur)
dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka
makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail Itulah orangorang
yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

E. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk
sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan
perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu
masing-masing mempunyai isteri dan suami.

F. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail:
Itulah orang yang makan riba.

G. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi
ditambah lagu kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang yang tak dapat
menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

H. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan
penggunting besi berkali-kali. Setiap kali di gunting, lidah dan bibir mereka
kembali seperti biasa. Kata Jibrail: itulah orang yang membuat fitnah dan
mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

I. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
Kata Jibrail: Itulah orang yang makan daging manusia (mengumpat) dan
menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

J. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat
dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar
(takbur), kemudian menyesal tapi sudah terlambat.

K. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan.
Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah
memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan
dunia daripada akhirat.

L. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah
berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang
yang mensiakan umurnya sampai tua.

M. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan
sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan
menanti saat hari kiamat.


Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke
dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia’,
aulia’ dan mursalin menjadi makmum. Pad suatu tika Rasulullah SAW terasa dahaga,
lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu
diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih,
nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah)
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik
tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

a) Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu
jumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang
makan riba’ dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan
kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada
susu penzina perempuan.

b) Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga yang kedua, lalu masuk dan
bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.

c) Langit Ketiga: Baginda naik langit ketiga dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

d) Langit Keempat: Baginda naik tangga keempat dan bertemu dengan Nabi
Idris AS.

e) Langit Kelima: Baginda naik tangga kelima dan bertemu dengan Nabi Harun
AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israel.

f) Langit keenam: Baginda naik tangga langit keenam dan bertemu dengan
nabi-nabi.

g) Seterusnya dengan Nabi Musa AS, Rasulullah mengangkat kepala (disuruh
oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai termasuk
70000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

h) Langit Ketujuh : Baginda naik tangga langit keyujuh dan masuk langit ketujuh
lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul
Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW Nabi
Ibrahim AS bersabda. “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini.
Umatmu adalah umat terakhir dan terlalu dha’if , maka berdoalah untuk
umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syuga iaitu La Haulawala
Quwatta Illa Billah. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda :


“Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik
tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah iaitu :
Subhanallah, Walhamdulillah, Wa La Ila Haillallah Allahuakbar dan La
Haulawala Quwatta Illa Billahil Azim. Bagi orang yang membaca setiap
kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.


i) Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail
masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini
betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

j) Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “Al – Kursi” yang berbetulan dengan dahan
pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban
pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan
sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah
warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas
emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia.

k) Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang
terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat
neraka beserta dengan malaikat Malik penunggunya.

l) Tangga kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-
Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan
Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki ghaib di dalam nur ‘Arasy,
iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu
penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya.

m) Tangga Kesepuluh : Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan
Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T dengan mata
kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan
Muhammad, Rasul-Nya.
Allah SWT: Ya Muhammad
Rasullah: Labbaika


Allah SWT: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah: Ya Rabb, Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau
berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau
berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau
kurniakan kerajaan Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa
pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin.
Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat
menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati.
Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.


Allah SWT : Aku ambil mu sebagai kekasih. Aku perkenankan mu sebagai
penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu
dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri
keutamaan dan keistimewaan kepada mu pada hari kiamat. Aku kurniakan
tujuh ayat (surah Al Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa
sebelum mu. Aku berikan mu ayat-ayat di akhir surah al Baqarah sebagai
suatu perbendaharaan di bawah “Arasy”. Aku berikan habuan daripada
kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku
kurniakan panji-panji Liwa – ul – hamd. Maka Adam dan semua yang lainya di
bawah panji-panji mu. Dan aku fardukan atas mu dan umat mu 50 (waktu)
sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah SAW dibawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian nabi
Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah S.W.T
agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas
sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), baginda tidak mahu lagi
merayu kerana malu kepada Allah, dan akhirnya Allah perkenan memfardukan
sembahyang 5 waktu sehari semalam tetapi mengekalkan nilai pahalanya sebanyak
50 waktu juga.


Selepas Mikraj
Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-
Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang
sama.


Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj


Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh
fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa
dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang
diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Persoalannya di sini, mengapa Allah
tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di
Masjid al-Aqsa? Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para anbiya
terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi
Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh
dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama
surah al-Israk. Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat
di kalangan para anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu
kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah
buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang
menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.
Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu
Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid
al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-
Haram hingga ke hari ini.
Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat
Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia
ada kaitan dengan persoalan akidah mereka. Pengajaran kedua terpenting menerusi
peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan
mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga
tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan
kedudukannya dalam masyarakat. Apabila solat seseorang itu beres dengan
Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang
muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua
masjid yang disebutkan di atas. Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan
penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia
terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk
menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan
peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran. Wallahua’lam.

[tweetmeme only_single="false"]

Dibelit Ular Ketika Sedang Berzina

 

image

Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu,” beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya.

“Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram,” tegas beliau dengan nada kesal.

Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya. “Apa yang boleh saya bantu encik?” Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka.

Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi

masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai. “Ustaz…macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya.

“Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular,” beritahu lelaki itu ringkas. Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan “penyakit” aneh yang dihadapi oleh pasangan itu. “Awak pernah pukul ular ke?” Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut.

Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. “Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya. Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir,” kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya.

Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya.”Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita,” pujuk Ustaz Abdullah lagi.

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah. Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. “Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular,” akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah.

Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang. Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama.

Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap. “Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan.

Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu,” nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak kelihatan.

Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula. Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian.

Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram. “Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri,” cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka.

“Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya,” beritahunya tanpa segan silu lagi. Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu.

Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. “Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut.

“Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat “projek,” cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk.

Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk. Akibat “badi” itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular. Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina.

Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. “Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina,” nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin.

Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.

DIRIWAYATKAN OLEH IBNUL JAUZI BAHAWA :

“SESUNGGUHNYA NERAKA JAHANAM MEMILIKI TUJUH BUAH PINTU. YANG PALING MENAKUTKAN, PALING PANAS DAN PALING BUSUK BAUNYA ADALAH PINTU YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA PARA PENZINA YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT SETELAH MENGETAHUI HUKUMNYA.”

Like

[tweetmeme only_single="false"]

30 Kunci Kejayaan dalam Kehidupan Muslim

 

1. Bertaqwa kepada ALLAH SWT.

2. Memenuhi hati dengan perassan cinta kepada Rasulullah SAW.

3. Mendahulukan cinta pada diri anda daripada cinta kepada orang lain.

4. Jangan menangis di atas apa yang telah berlalu.

5. Sentiasa optimis dalam kehidupan.

6. Luangkan masa bersama orang lain.

7. Jangan lupa kebaikan orang yang telah membentuk kebaikan kamu.

8. Jadikanlah diri kamu orang yang kemas janji dengan ALLAH dan tidak menipu diri sendiri.

9. Jangan membiarkan kejayaan membentuk sifat bangga diri.

10. Jika kamu berjaya dalam sesuatu perkara, jangan kamu menyakiti pihak yang kalah.

11. Jangan himpun sifat rendah diri dengan menghina diri serta jadikanlah orang yang soleh sebagai idola.

12. Jangan berkelahi dengan orang lain kerana perbalahan menghancurkan persahabatan.

13. Memberi maaf di atas kesalahan orang lain terhadap kamu.

14. Berjasalah kepada orang lain dengan buah fikiran kamu, harta kamu dan tenaga kamu.

15. Jadikan kegagalan sebagai satu pengajaran

16. Pujilah kepada ALLAH SWT di atas segala pemberianNya.

17. Jangan lupa memohon keampunan dan kesejahteraan daripada ALLAH SWT setiap hari.

18. Pohonlah daripada ALLAH SWT ilmu yang memberi manfaat dan rezeki yang melimpah ruah kerana ilmu adalah segala kunci sesuatu.

19. Berusahalah membantu dan membahagiakan orang di sekeliling kamu.

20. Ingatlah jasa mereka yang telah berjasa dan membantu kamu ketika menghadapi musibah serta ujian ALLAH SWT.

21. Cubalah ingat nama mereka yang telah mengkhianati kamu dan pohonlah keampunan ALLAH SWT untuknya.

22. Bantulah mereka yang lemah sehingga mereka mampu menempuhi ujian dan dugaan tanpa bantuan kamu.

23. Jika seseorang menghadapi ujian dan penderitaan, hendaklah kamu tetap bersamanya sehingga ujian dan penderitaan tersebut lenyap.

24. Jangan kamu menyusahkan orang yang berhutang dengan kamu, kerana meringankan hutang akan memberi peluang kejayaan kepada kamu suatu hari nanti.

25. Jika kamu mencapai ketinggian, jangan kamu jadikan ketinggian itu penyebab kemusnahan hidup kamu.

26. Jangan kamu mencari keaiban orang lain.

27. Jangan kamu tanamkan sifat putus asa dalam diri kamu.

28. Yakinlah dengan kebaikan yang kamu lakukan dengan penuh kasih sayang, janganlah kamu menjadi penghalang kepada kebaikan orang lain.

29. Ingatlah orang mukmin mampu berpuasa atau berlapar, mampu menghadapi dugaan dan mampu hidup dalam kesusahan.

30. Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitungkan dan sedarilah tatkala kematian sedang menghampiri kamu.

[tweetmeme only_single="false"]

Kisah Pemuda Malas Solat

 

image

Kisahnya bermula di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.

Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

“ Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita” kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.

“ Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye “ jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.

“ Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.

Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “ Sekadar ingin berkenalan.Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat . Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk , terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar ditempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “ Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?”Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.

“ Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”jawab Ahmad memberikan alasan.

“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”

“Permintaan apa itu wahai tuan?”

“ Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai, Boleh?”Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.

“ Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.

“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja” Jawab Syeikh sambil tersenyum.

“ Baik ,dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahwa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Benar Tuan Syeikh”

”Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi , apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.

“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan.Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.

“ Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.

Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira bilamana melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya: “ Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad.Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?”.Ahmad menjawab dengan yakin : “ Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini”

“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engaku benar-benar menunaikan janjimu.”

“ Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”

“ Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan .Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?”Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

“ Benar apa yang tuan katakan.Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan”

“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“ Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan , kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar”

“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan ? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.

“Ya benar Tuan”

“ Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ Betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.

Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

“ Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.

“ Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”

“ Baguslah begitu.Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.”Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.

“ Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

“ Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”

“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?”Tanya Tuan Syeikh menguji.

“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh” jawab Ahmad dengan penuh semangat.

“ Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami.Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad.Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.

Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah.Lari daripada jalan kebenaran.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...