Monday, December 12, 2011

RAHMAT UNTUK SUAMI ISTERI YANG BANGUN MALAM



Kebahagiaan dan kesejahteraan hidup yang merupakan impian setiap insan bukanlah sekadar terletak pada nilaian harta benda dan wang ringgit. Banyak rumah tangga yang hancur kerana mengikut teori kebahagian sendiri. Mereka menyangkakan wang adalah segala-galanya... Namun setelah memperolehi semuanya itu, rumah tangga masih tidak bahagia. Suami isteri tidak mesra. Bahkan sentiasa berkrisis, bermasam muka dan berburuk sangka. Hubungan ibu bapa dan anak-anak renggang.

Justeru itu, kebahagiaan bukan terletak kepada material semata-mata, yang paling utama ialah pimpinan suami itu sendiri. Suami perlu mendidik isteri ke arah mencapai cinta Allah, cinta agama dan cinta akhirat. Cinta kepada Tuhan akan mendorong seseorang itu untuk berbuat kebaikan demi mencari redha Allah SWT.

Setiap pasangan perlu saling bantu-membantu untuk memajukan diri mencari keredhaan Allah terutama sekali pada waktu keheningan malam. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan bantu-membantulah kamu dalam kebaikan dan takwa, janganlah kamu bantu-membantu dalam melakukan dosa dan pelanggaran.” (Surah Al-Maidah, ayat 2)


Malah Rasulullah SAW sangat suka kepada suami isteri yang saling bantu-membantu dalam ketaatan, rukuk dan sujud dalam kegelapan malam ketika semua manusia tidur dengan lenanya. Itulah sebenarnya petua kebahagiaan dunia dan akhirat.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Mudah-mudahan Allah merahmati seorang suami yang bangun pada tengah malam lalu mengerjakan solat dan membangunkan isterinya sama-sama melakukan solat. Sekiranya dia enggan, maka dipercikkannya ke wajahnya. Mudah-mudahan Allah merahmati seorang isteri yang bangun tengah malam untuk mengerjakan solat dan juga membangunkan suaminya, jika dia enggan, maka dipercikkanlah air ke mukanya.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Menerusi hadis di atas jelaslah kepada kita betapa indahnya saat-saat seorang suami membangunkan isterinya dengan lemah-lembut seperti memercikkan air ke mukanya pada tengah malam supaya sama-sama melakukan ibadat kepada Allah SWT apatah lagi jika anak-anak dapat ikut serta.

Betapa sayunya hati ketika ini mengenali dosa-dosa yang telah dilakukan. Air mata menitis tanda keinsafan. Zikir dialunkan tanda kesyukuran. Doa dipanjatkan memohon kesejahteraan keluarga dunia dan akhirat. Kebahagiaan seperti inilah akan melahirkan jiwa yang tenang, aman damai, tiada ketakutan, tiada kebimbangan malah berada di dalam keadaaan redha dan diredhai Allah dunia dan akhirat.

Ini jelas dalam firman Allah SWT yang bermaksud, “Wahai jiwa yang tenang kembalilah kamu kepada Tuhanmu dalam keadaan kamu redha dan diredhai. Masuklah dalam hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Surah Al-Fajr, ayat 27-30)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah dan Abu Said r.a. katanya: Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang suami membangunkan isterinya pada waktu malam kemudian mereka mengerjakan solat dua rakaat, maka mereka termasuklah atau tergolonglah ke dalam golongan orang-orang yang banyak berzikir kepada Allah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Kelebihan bertahajud

Antara amalan-amalan yang boleh menyelamatkan manusia dari azab akhirat ialah sentiasa bertahajud dan berqiyamullail. Rasulullah SAW bersabda, ada sembilan kelebihan bagi orang yang bertahajud.

Lima ketika di dunia:
Terselamat daripada beberapa bencana
Berkat ke atasnya akan jelas diwajahnya
Disukai oleh hamba Allah
Ucapannya penuh hikmah
Dijadikan orang yang bijaksana

Empat ketika di akhirat:
Dipimpin dari kubur dengan muka berseri-seri
Diringankan hisabnya
Meniti titian sirat seperti kilat
Menerima buku catatatan amal dari tangan kanan

Oleh itu, luangkan masa untuk bermunajat kepada-Nya agar tidak timbul penyesalan pada hari kemudian.

oleh: Ustazah Siti Bahyah Mahamod

Friday, December 9, 2011

PERBALAHAN MALAIKAT RAHMAT DAN MALAIKAT AZAB


Pada zaman dulu, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Dia ingin menjumpai pendita untuk meminta fatwa supaya dia dapat bertaubat dari dosanya. Sebaik saja berjumpa, dia pun menerangkan bahawa dia telah membunuh 99 orang dan bertanya sama ada dia masih ada peluang untuk bertaubat. Pendita dengan tegas mengatakan dia tidak boleh bertaubat kerana dosanya terlalu banyak. Lelaki itu mejadi marah dan terus membunuh pendita itu, menjadikannya mangsa yang ke-100.

Dia masih ingin untuk bertaubat dan terus mencari kalau-kalau ada ulama yang boleh membantunya. Akhirnya dia berjumpa dengan seorang ulama. Dia menceritakan bahawa dia telah membunuh 100 orang dan bertanya sama ada Allah masih menerima taubatnya. Ulama itu menerangkan dia masih ada harapan untuk bertaubat. Seterusnya dia menyuruh lelaki itu pergi ke sebuah negeri di mana terdapat sekumpulan abid (orang beribadat). Apabila sampai di sana nanti, ulama itu menyuruhnya tinggal di sana dan beribadat bersama mereka. Ulama itu melarangnya pulang ke negeri asalnya yang penuh dengan maksiat.

Lelaki itu mengucapkan terima kasih lalu terus menghala ke negeri yang diterangkan oleh ulama tadi. Sebaik saja sampai separuh perjalanan, dia jatuh sakit lalu meninggal dunia.

Ketika itu terjadilah perbalahan antara dua malaikat, iaitu Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Malaikat Rahmat ingin mengambil roh lelaki itu kerana pada pendapatnya dia adalah orang baik lantaran azamnya untuk bertaubat sementara Malaikat Azab mengatakan dia mati dalam su'ul-khatimah kerana dia telah membunuh 100 orang dan masih belum membuat sebarang kebajikan. Mereka saling berebutan dan tidak dapat memutuskan keadaan lelaki itu.

Allah kemudian menghantar seorang malaikat lain berupa manusia untuk mengadili perbalahan mereka berdua. Dia menyuruh malaikat itu mengukur jarak tempat kejadian itu dengan kedua-dua tempat; adakah tempat kejadian itu lebih dekat dengan tempat kebajikan yang hendak dituju atau lebih dekat dengan tempat dia mula bertolak. Sekiranya jaraknya lebih dekat dengan tempat kebajikan, dia kepunyaan Malaikat Rahmat. Setelah diukur, didapati jarak ke negeri kebajikan melebihi kadar sejengkal saja. Lalu roh lelaki itu terus diambil oleh Malaikat Rahmat. Lelaki itu akhirnya mendapat pengampunan Allah.

MORAL & IKTIBAR

Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani
Orang yang berbuat dosa hendaklah diiringi dengan penyesalan dan taubat.
Jangan merasa putus asa dari rahmat Allah meskipun telah melakukan dosa yang sangat banyak kerana rahmat Allah sangat luas dan lebih besar daripada dosa besar yang kita lakukan.

Menjalankan amar makruf dan nahi mungkar hendaklah dengan hikmah dan bijaksana.

Fatwa yang salah dan tidak berlandaskan hukum sebenar hanya menyusahkan diri sendiri

Pelepasan dari azab diperolehi hanya dengan berlebihnya timbangan kebajikan meskipun dengar kadar yang sedikit.

Orang yang hendak bertaubat mesti buktikan penyesalan dengan tindak-ikut yang sewajarnya.

Orang yang bertaubat dengan sungguh-sungguh penyesalan dan berikrar tidak mengulangi kejahatannya akan diterima oleh Allah taubatnya.

Mereka yang diterima oleh Allah akan taubatnya seolah-olah tidak mempunyai sebarang dosa.

Mereka yang sempat bertaubat 'nasuha' sebelum roh sampai ke khalqum dimasukkan ke dalam syurga

CINTANYA KEPADA OBJEK DILANGIT

Al-Farghani

Al-Farghani adalah seorang astronomi yang berasal dari Farghana, Transoxania, iaitu sebuah kota yang terletak di pinggir sungai Sardaria, Uzbekistan. Di Barat pula, semua ahli astronomi pada abad pertengahan mengenalinya dengan nama al-Fraganus.

Nama lengkapnya adalah Abu Al-Abbas bin Muhammad bin Kathir al-Farghani. Meskipun demikian, tidak semua orang meyakini akan kebenaran namanya itu.

Dalam Al-Fihrits, yang ditulis pada 987 M oleh Ibn al-Nadim, nama al-Farghani sebagai Muhammad bin Katsir, sedangkan Abu al-Faraj menyebut dengan nama Ahmad bin Katsir.

Terdapat juga beberapa rujukan menyebut bahawa al-Farghani adalah seorang tokoh terkemuka dan seorang ahli astronomi yang hidup semasa khalifah al-Makmun (813-833 M) sehingga kematian al-Mutawakkil (847-881 M).

Beberapa orang tokoh, iaitu Abu al-Mahasin dan Ibnu Abi Usaybillah menunjukkan bahawa Ahmad bin Katsir al-Farghani pada tahun 247 H/861 M pernah diutus oleh al-Mutawakkil ke Kaherah bagi mengawasi dan mengatur pembangunan sebuah Nilometer (alat pasang surut air) di sana.

Ketika Khalifah al-Makmun membangunkan pusat astronomi di Baghdad pada tahun 829 M, al-Farghani telah memulakan operasi astronomi di sana. Melalui operasinya itu, beliau berjaya mencipta jadual (Apogeum) dan Perigee, iaitu titik terdekat pada lintasan bulan atau satelit buatan bumi yang terdapat dalam astronomi moden masa kini.

Karya utamanya yang masih bertahan di dalam bahasa Arab masih tersimpan baik di Oxford, Paris, Kaherah dan beberapa perpustakaan termasuk Princeton Universiti dengan pelbagai judul yang berbeza-beza.

Di antaranya adalah Harakat as-Samawiyya wa Jawami Ilm an-Nujum (Asas-asas Ilmu Bintang), Ushul Ilm an-Nujum, Al-Madkhal ila Ilm Hayat al-Falak (Pengantar Ilmu Bintang), dan kitab Al-Fushul ats-Tsalatir.

Semua kitabnya itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin (Sepanyol) oleh John dari Seville dan Gerard dari Cremona pada tahun 1135 M.

Al-Farghani juga termasuk orang yang memperindahkan Darul Hikmah al-Makmun dan turut mengambil bahagian dalam pengukuran darjat garis lintang bumi. Kejayaan al-Farghani yang lain ialah beliau mendapati bumi mempunyai ukur lilit sejauh 11,700 km termasuk menentukan ukur lilit planet. Karyanya yang berjudul Harakat as-Samawiyya wa Jawami ilm an-Nujum menjadi rujukan para ahli astronomi.

Kajiannya itu menerima pakai teori Ptolemy, namun angka-angkanya itu lebih dicermati dengan pengamatan-pengamatan setempat, malah merupakan karya monumental yang menjadikan beliau amat dikenali berbanding para ilmuwan Eropah Abad Pertengahan. Kebanyakan data-data daripada astronomi Dante juga adalah berdasarkan daripada buku beliau ini.

Tugu Al-Farghani Di Fargona, Uzbekistan

Terjemahan karya al-Farghani oleh Jacob Anatoli ke dalam bahasa Hebrew masih tetap tersimpan baik di Berlin, Munich, Vienna, Oxford dan sebagainya.

Kemudian kitabnya itu juga diterjemahkan dalam bahasa Latin oleh John dari Seville dan dicetak di Ferara pada tahun 1493 M, di Neumberg pada tahun 1537 M, di Paris 1546 M, dan Berkeley pada tahun 1943 M.

Selain itu, al-Farghani juga menulis dua buah karya astronomi yang berjudul Al-Kamil fi al-Asturlab dan Fi Sana’at al-Asturlab yang naskhah aslinya dalam versi bahasa Arab yang masih tersimpan di Paris dan Berlin.

Begitu juga karya-karyanya yang lain seperti bukunya Al-Kamil fi al-Asturlab yang diterjemahkan oleh Gerard Cremona dan Johannes Hipplanesia dengan judul Compendium yang dikembangkan oleh Regiomontanus, seorang ahli astonomi Barat ke seluruh pelosok Eropah.

Di Neuremberg pula pada tahun 1537 M, buku tersebut diterbitkan oleh Melanchton yang membuatkan al-Farghani terkenal sebagai salah seorang pakar ilmu astronomi moden yang dikenali sehingga kini.

Sebelum itu juga, al-Farghani telah mula dikenali sebagai seorang yang memperkenalkan istilah-istilah astronomi Arab asli seperti “azimuth”, “zenith”, “nadir”, dan sebagainya kepada dunia Arab.

Makam Abu Darda' - Masjid Abu Darda Damsyik Syria

Makam Abu Darda' - Masjid Abu Darda Damsyik Syria

ABU Darda’ ialah seorang sahabat yang akrab dengan Nabi Muhammad. Beliau bersikap rendah diri dan bertakwa kepada Allah. Beliau banyak mendapat hadis daripada Nabi Muhammad.

Antara hadis yang terkenal adalah mengenai manusia dianggap gagah apabila dapat menahan perasaan marah.

Hadis ini dilaporkan oleh Imam Tabrani dan Ibin Abid Dunya. Pada suatu hari, Abu Darda’ bertanya kepada Nabi Muhammad: “Wahai nabi, tunjukkanlah kepada saya amalan yang dapat membawa saya ke syurga.”

Kemudian Nabi Muhammad menjawab, “Janganlah kamu marah. Mereka yang dapat menahan perasaan marah adalah orang yang mengawal diri sendiri supaya patuh dan taat kepada Allah dan Nabi Muhammad”.

Abu Darda’ mendengar dengan teliti jawapan yang diberikan oleh Nabi Muhammad. Kemudian Abu Darda’ mengangguk-anggukkan kepalanya dan berkata: “Tahulah saya sekarang, orang yang dapat menahan perasaan marah adalah orang yang mulia dan dapat masuk syurga.”

Abu Darda’ juga ahli fikah yang masyhur antara para sahabat Nabi Muhammad. Beliau digelar ‘Hakimul ummah’ iaitu orang yang pandai dan bijak dalam hal berkenaan agama Islam.

Pada suatu hari, Abu Darda’ mendapat berita mengenai kebakaran yang berlaku di kawasan rumahnya. Pada masa itu, Abu Darda’ berada di tempat kerjanya. Perjalanan dari rumah ke tempat kerjanya agak jauh.

Kemudian, datang seseorang memberitahunya. “Ada rumah terbakar! Ada rumah terbakar! Semua rumah di kawasan tempat tinggal di kampung sebelah sana semua sudah terbakar!”

Abu Darda’ mahu mendapat kepastian mengenai berita kebakaran itu. Beliau menghampiri lelaki yang menyampaikan berita itu.

“Betulkah apa yang kamu cakap ini?” tanya Abu Darda’ kepada orang itu.

“Ya. Saya baru sahaja datang dari kawasan rumah itu. Api semakin marak dan menjilat rumah-rumah yang berada di kawasan itu!” terang orang itu.

Tidak lama kemudian, orang itu perasan Abu Darda’ adalah salah seorang penghuni di kawasan itu.

“Bukankah kamu tinggal di kawasan rumah itu? Mungkin rumah kamu juga turut terbakar. Segeralah pulang dan lihat keadaan rumah kamu itu. Mungkin ada apa-apa yang dapat diselamatkan,” kata orang itu kepada Abu Darda’.

“Terima kasih kerana memberitahu saya mengenai berita kebakaran ini,” kata Abu Darda’.

“Pergilah segera pulang ke rumah kamu. Selamatkan barang-barang kamu,” ulang orang itu lagi.

“Saya tidak dapat pulang ke rumah sekarang. LAgi pula, sekarang saya bekerja. Kerja ini sudah diamanahkan kepada saya. Saya perlu menyelesaikan kerja ini terlebih dahulu,” bisik Abu Darda’ sendiri.

Abu Darda’ langsung tidak terkejut dengan berita kebakaran itu. Malah, beliau tidak risau sekiranya rumah beliau sendiri yang terbakar. Lagi pula, rumah beliau berada jauh dari tempat beliau bekerja. Sebaliknya, Abu Darda’ segera menyelesaikan tugasnya.

“Saya bertawakal kepada Allah atas apa yang berlaku,” bisik Abu Darda’ lagi.

Abu Darda’ terus menyelesaikan pekerjaannya. Bagi Abu Darda’, beliau hanya dapat bertawakal kepada Allah. Sekiranya rumahnya musnah dijilat api, itu adalah takdir yang ditetapkan oleh Allah. Beliau dapat menerima kenyataan itu dengan tenang.

“Alhamdulillah, kerja saya hari ini sudah selesai. Saya mahu pulang ke rumah segera,” katanya sendiri.

Petang itu, selepas selesai bekerja, Abu Darda’ pulang ke rumahnya seperti biasa. Perjalanan ke rumahnya agak jauh.

Sampai sahaja di kawasan tempat tinggalnya, beliau melihat rumah-rumah yang ada di sana habis musnah terbakar. Tidak ada satupun rumah yang berdiri teguh dan terselamat daripada kebakaran itu.

“Habis semua rumah di sini terbakar di jilat api,” bisik Abu Darda’ selepas melihat rumah-rumah yang hangus terbakar itu.

Abu Darda’ meneruskan perjalanannya sehingga sampai ke rumahnya. Tiba-tiba, beliau melihat keadaan rumahnya masih elok.

“Subhanallah. Saya bersyukur kepada Allah. Rumah saya tidak terbakar,” kata Abu Darda’ gembira. Beliau terkejut dan gembira melihat rumahnya terselamat dan tidak terbakar sedikit pun.

Beginilah sifat orang yang sentiasa bertawakal kepada Allah atas setiap pekerjaan yang dilakukannya. Allah lebih mengetahui mengenai sesuatu perkara. Sekiranya Allah mahu sesuatu perkara itu berlaku, pasti ia berlaku dengan izin Allah juga.

Petikan buku Sayap dari Syurga terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd.

RIWAYAT HIDUP IMAM AHMAD BIN HAMBAL



Imam Abu Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hambal dilahirkan di Baghdad pada tahun 164H/781M. Ayahnya seorang mujahid Islam dan meninggal dunia pada umur 30 tahun. Ahmad kemudiannya di besarkan oleh ibunya Saifiyah binti Maimunah. Ahmad bin Hambal menghafal Quran sejak kecil dan pada umurnya 16 tahun dia sudah juga menjadi terkenal sebagai penghafal hadith. Ahmad bin Hambal meneruskan pengajian hadithnya kepada sekian ramai guru dan beliau di akhir hayatnya dijangkakan telah menghafal lebih dari sejuta hadith-hadith, termasuk barisan nama-nama perawinya. (Even though we do not deny that Imam Ahmad had memorised hadith since young age, but the amount saying more than a million is only an assumption according to an ustaz who teaches this book. There is no confession from Imam Ahmad himself.)

Pada tahun 189H/ 805M Ahmad bin Hambal berhijrah ke Kota Basrah untuk menuntut dan tidak lama kemudian ke Mekah dan Madinah pula. Di sanalah beliau sempat duduk berguru dengan Imam Shafie. Sebelum itu guru-gurunya yang masyhur ialah Imam Abu Yusuf, Husyain ibn Abi Hazim al-Washiti, Umar ibn Abdullah ibn Khalid, Abdul Rahman ibn Mahdi dan Abu Bakar ibn ‘Iyasy. Pada tahun 198H, Ahmad bin Hambal ke Yaman pula untuk berguru pula dengan Imam Abdur Razzak ibn Human (pengarang kitab hadith ‘Musnad Abdur Razak’). Dalam perjalanannya ini, Ahmad mula menulis hadith-hadith yang dihafalnya setelah sekian lama.

Ahmad bin Hambal kembali semula ke Baghdad dan kini mula mengajar dan bertindak sebagai guru. Kehebatannya sebagai penghafal hadith dan pakar fiqh menarik perhatian orang ramai dan mereka mula mengerumuninya untuk belajar bersama. Antara anak muridnya yang kemudian berjaya menjadi tokoh hadith terkenal ialah Imam Bukhari, Imam Muslim dan Imam Abu Daud. Al-Qasim ibn Salam berkata : Ahmad bin Hambal adalah orang yang paling ahli dalam bidang hukum, dan aku tidak melihat ada orang yang lebih mengetahui tentang as-Sunnah selain dia. Dia tidak pernah bersenda gurau, dia selalu berdiam diri, tidak memperkatakan apa-apa selain ilmu.

Imam Ahmad bin Hambal mengalami berbagai pengalaman hidup dalam penjara kerana kekerasannya menentang fahaman Mu’tazilah yang menyatakan al-Quran itu adalah suatu makhluk. Lebih memburukkan lagi ialah apabila fahaman ini diterima oleh pemerintah Abbasid ketika itu dan dia memaksa Imam Ahmad untuk mensahkan pendapat tersebut. Imam Ahmad tetap menentang dan dia dipukul dan dirotan dalam penjara sehingga tidak sedarkan diri.

Ketegasan Imam Ahmad dan tekanan dari orang ramai akhirnya menyebabkan pihak pemerintah terpaksa membebaskan beliau. Imam Ahmad kemudian meneruskan pengajarannya kepada orang ramai sehinggalah kematiannya pada tahun 241H/856M. pada usia 77 tahun. Imam Ahmad meninggalkan kepada dunia Islam kitab hadithnya yang terkenal iaitu Musnad Ahmad yang mengandungi 50,700 riwayat-riwayat hadith Rasulullah s.a.w. dan athar-athar para sahabat ra-anhum. Dua orang anaknya yang utama meneruskan perjuangan Imam Ahmad, iaitu Abdullah ibnu Ahmad ibnu Hambal dan Saalih ibnu Ahmad ibnu Hambal.

Thursday, December 8, 2011

PENYESALAN SEORANG SUAMI ( KISAH BENAR )



Assalamualaikum…. Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata. Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya….

Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia… Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……

Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu. Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?…abang tak pernah solat ke?…..Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai… Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong. Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya… ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan…

Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya. Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya…. Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu. Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima. Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.” Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….

Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.

Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….. Terima kasih ustaz….doakan saya…….

Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright….tajuknya now and forever… Anda mungkin juga meminatinya


Richard Marx - Now & Forever

Whenever I'm weary from the battles that rage
in my head
You make sense of madness when my sanity
hangs by a thread
I lose my way but still you seam to understand
Now and forever
I will be your man

Sometimes I just hold you
Too caught up in me to see

I'm holding a fortune that heaven has given
to me
I'll try to show you each and every way I can
Now and forever
I will be you man

Now I can rest my worries and always be sure
That I won't be alone anymore
If I'd only known you were there all the @me
All this time

Until the day the ocean doesn't touch the
sand
Now and forever
I will be your man
Now and forever
I will be your man

MENCARI TUHAN DI HUTAN.???



Pada suatu hari, seorang pengembara beragama Islam telah sampai ke sebuah perkampungan manusia atheis. Tatkala sampai, pendakwah itu terus bersolat kerana pada waktu itu sudah masuk waktu Zohor. Dia hanya bersolat di atas tanah berlapikkan kain yang dibawanya. Penduduk di situ mentertawakannya kerana mereka tidak pernah melihat orang bersolat.

”Orang muda, apa tujuan kamu datang ke mari? Kamu bukan orang sini. Pakaian kamu seperti orang yang bandar.”

Salah seorang penduduk di situ menanyakan soalan. Usianya agak tua. Mungkin menjadi ketua kampung di situ.

”Saya mahu tumpang tinggal di sini selama beberapa hari, boleh? Saya seorang pengembara.”

”Boleh memang boleh. Tapi, kamu perlu berhati-hati. Tempat ini asing bagi kamu. Jika berkenan, kamu boleh tumpang tidur di rumah saya.”

”Ya. Terima kasih.”

Pada malam itu, pengembara itu bersolat lagi di rumah orang tua tadi. Mereka semua hairan melihat amalannya itu. Sejurus selepas solat, orang tua tadi bertanya,

”Apa yang kamu buat tadi?”

”Saya menyembah Tuhan saya.”

”Tuhan? Di mana Tuhan kamu? Tidak nampak pun!” soal orang tua itu sambil disambut ketawa oleh anak-anak dan isterinya.

”Tuhan saya ada. Tapi, kita tidak boleh nampak.”

”Hah? Ada, tapi tidak nampak?”

”Ya, Tuhan itu wujud. Tetapi, kita tidak boleh melihatnya.”

Sekeluarga kehairanan. Sambil tersenyum, pengembara itu berkata, ”Setiap kejadian alam ini, Tuhan yang buat. Tuhan buat pokok. Tuhan buat haiwan. Tuhan buat kamu dan juga saya.”

”Mustahil! Bagaimana benda yang kita tidak boleh nampak boleh mencipta sesuatu yang boleh nampak? Hah! Hah! Mengarutlah!”

Pengembara itu menahan kemarahannya dengan tersenyum. Tidak ada gunanya dia berdebat dengan orang atheis seperti orang tua ini.

”Terpulanglah pada pak cik. Esok, temankan saya masuk ke hutan, boleh? Saya mahu cari Tuhan saya.”

”Haha! Boleh! Pak cik pun tak sabar-sabar nak tengok Tuhan kamu. Hehe!”

Maka, pada malam tersebut, pengembara itu bermalam di rumah pak cik itu. Ketika waktu sahur, dia bangun lagi untuk bersolat tahajjud. Dalam doanya, dia meminta semoga Allah memberikan hidayah kepada seluruh penduduk kampung tersebut.

Pada keesokan pagi, dia dan pak cik tadi pun masuk ke hutan. Sepanjang perjalanan itu, pak cik tua itu menunjukkan kepada pengembara tersebut pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Pengembara itu bertanya,

”Siapa yang ciptakan semua pokok-pokok dan haiwan-haiwan ni?”

”Semuanya tumbuh dan membesar dengan sendiri. Tidak ada sesiapa yang buat,” jawab pak cik itu selamba.

”Tapi, setiap kejadian itu, mesti ada penciptanya.”

”Jika ada pencipta, mana penciptanya? Tak nampak pun! Mana Tuhan yang kamu katakan?”

Pengembara itu bersabar dan tidak mudah melatah. Mereka meneruskan perjalanan. Sambil itu, pengembara itu bertanya lagi, ”Jadi, pak cik tidak percaya pada wujudnya Tuhan?”

”Tidak. Segala yang wujud perlu dibuktikan dengan mata. Jika Tuhan ada, dia di mana?”

Soalan itu tidak berjawab. Perjalanan diteruskan lagi sehinggalah pak cik itu tiba-tiba melompat tatkala terserempak dengan kesan tapak kaki harimau.

”Kita kena balik sekarang! Kita dalam bahaya!” jerit pak cik itu.

”Kenapa pak cik?”

”Kamu tidak nampakkah? Ini bekas tapak kaki harimau. Masih baru lagi!”

”Tapi, ini cuma bekas tapak kakinya sahaja, bukan betul-betul harimau.”

”Jika ada bekas tapak kaki, maknanya adalah harimaunya!”

”Pak cik yakin ada harimau di sini?”

”Ya. Mengikut pengalaman pak cik, jika ada bekas tapak kaki, maknanya harimau masih berkeliaran di sini. Pak cik yakin ada harimau di depan sana. Lebih baik kita balik!”

Sambil tersenyum, pengembara itu berkata, ”Melihat pada kesan tapak kaki sahaja pun pak cik sudah percaya di sini ada harimau. Jika ada, mana dia? Tak nampak pun.”

”Ish! Mengapalah orang seperti kamu ini bongok sangat? Daripada mana datang tapak kaki ini jika tidak ada harimau? Hah!”

Pengembara itu tersenyum lagi. ”Pak cik, bukankah pak cik pernah kata, jika tidak nampak, maknanya benda tu tak wujud? Jadi, saya tak nampak harimau, maknanya harimau tak wujud!”

Pak cik tua itu terdiam. Pengembara itu meneruskan lagi, ”Melihat pada kesan tapak kaki pun, kita sudah tahu bahawa ada harimau di sini. Tapi, apabila saya kata, setiap kejadian alam ini, Tuhan yang cipta, mengapa pak cik taknak percaya?”

Pengembara itu meneruskan lagi. ”Mestilah Tuhan yang menciptakannya walaupun kita tak pernah nampak dia!”

”Jomlah kita balik, pak cik. Saya ’dah jumpa’ Tuhan saya.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...