Wednesday, December 14, 2011

ASAL USUL BANI ISRAEL

BANI Israel berasal daripada keturunan Nabi Yaakub. Mereka telah menerima Taurat daripada Nabi Musa. Kesan daripada penerimaan kitab Taurat telah menyebabkan mereka menganggap agama yang dipusakai daripada nenek moyang mereka itu diturunkan untuk mereka semata-mata. Di antara dua belas suku Bani Israel, yang terbesar sekali adalah keturunan suku yang kedua iaitu Yahuda. Daripada Yahuda, lama-kelamaan menjadi kebiasaan bagi mereka menyebut diri mereka sebagai Yahudi dan agama mereka iaitu agama Yahudi.

Selain menyampaikan dakwah kepada orang Arab, Qahthan dan Adnan, para nabi pada zaman itu diperintahkan oleh Allah untuk menyampaikan dakwah kepada Bani Israel. Ini kerana mereka mempunyai satu suku yang terbesar di Madinah iaitu terdiri daripada Bani Nadhir, Bani Qainuqa, Bani Quraizah dan lain-lain suku yang kecil.

Pada zaman itu, kaum Bani Israel merupakan satu bangsa di dunia yang paling banyak menerima rahmat dan nikmat serta tuntutan-tuntutan daripada Allah. Bukan hanya nikmat yang merupakan hasil bumi dan binatang-binatang serta kekayaan-kekayaan alam sahaja, yang dianugerahkan Allah kepada mereka tetapi juga kekuasaan, kepintaran dan sebagainya.

Allah juga memberi rahmat kepada mereka dengan melepaskan mereka daripada beberapa seksaan ketika mereka berada di Mesir di bawah jajahan Firaun. Mereka dilepaskan dan dimerdekakan daripada kehinaan dan ketakutan di bawah pimpinan Nabi Musa dan Harun. Mereka disesatkan oleh Samiri, kemudian ditunjukkan yang benar oleh Allah dan diampuni dosa mereka.

Begitu juga sewaktu mereka dikepung oleh tentera Firaun sehingga ke tepi laut. Maka dibentangkan Allah jalan di lautan itu, lalu Allah menghancurkan Firaun serta tenteranya di hadapan mata kepala mereka sendiri, agar mereka dapat hidup aman di atas bumi ini. Kepada mereka diturunkan oleh Allah makanan dari langit ketika mereka sedang berada di tengah-tengah padang pasir yang mana tidak ada makanan dan minuman ketika itu. Jika tidak demikian, mereka akan mati kelaparan di tengah-tengah padang pasir yang terik itu.

Lebih besar dan hebat rahmat dan nikmat Allah kepada Bani Israel kerana orang-orang bangsa Bani Israellah yang diangkat oleh Allah menjadi orang-orang mulia, menjadi nabi-nabi dan rasul-rasul yang besar, untuk memimpin mereka, mengeluarkan mereka daripada lembah kebodohan, kesesatan, kesengsaraan selain menjadi bangsa yang maju dan bangsa yang memimpin. Berulang kali nikmat dan rahmat itu silih berganti diturunkan oleh Allah kepada mereka. Tetapi berulang-kali pula mereka silih berganti sesat dan menderhakai ajaran Allah. Sungguhpun begitu, Allah masih memberikan keampunan kepada mereka, berkat doa daripada nabi dan rasul mereka.

Untuk menyempurnakan rahmat dan nikmat Allah terhadap mereka, Allah telah menyediakan sebuah negeri yang dinamakan negeri suci iaitu Suria. Di situlah mereka akan hidup aman dan tenteram serta bahagia, berkuasa dan tidak dikuasai bangsa lain. Maka mereka diperintahkan oleh Allah supaya berada di bawah pimpinan para utusan Allah. Ini adalah suatu perintah Allah yang wajib ditaati bersama-sama dengan Nabi Musa dan Harun.


5 TIPS EKSPRESIKAN CINTA PADA-NYA



Allah SWT sangat baik pada kita. Terlalu banyak ditunjukkan bukti cinta-Nya. Pelbagai hadiah dihulurkan istimewa buat kita berupa makanan, minuman, oksigen, pakaian, tempat tinggal dan banyak lagi. Bahkan, hadiah paling mahal di dunia berupa iman dan Islam turut sudi diberikan-Nya. Dialah sebaik-baik Kekasih yang tidak akan mengecewakan kekasihnya.

Bagaimana pula cara kita mengekspresikan cinta kepada Allah SWT? Agar terbukti kita juga membalas cinta-Nya. Bahkan, kita ingin nyatakan bahawa kita bergantung hidup dan mati hanya pada-Nya.` Biarpun kebesaran-Nya tidak terjejas tanpa cinta kita namun kemuliaan kita terjejas teruk tanpa cinta-Nya. Cintailah Allah SWT agar Dia bertambah cinta kepada kita.


Mari beritahu Allah SWT, “I Love You, Allah,” dengan tips berikut:


01. Mengenali Allah SWT dengan Lebih Dekat Agar Hati Bertaut Pada-Nya

Bagaimana mengenali Allah SWT? Allah SWT telah mengenalkan diri-Nya kepada kita dengan al-Asma al-Husna, sifat-sifat-Nya, dan tindakan-tindakan-Nya. Dia mempunyai kesempurnaan mutlak. Tiada cacat. Tiada kekurangan. Tidak sakit. Tidak mati.

Zat-Nya tidak sama dengan sesuatu apapun. Tak terjangkau akal kita. Jika syaitan cuba menggambarkan zat-Nya dalam bentuk patung; berhujahlah dengan yakin; “Itu patung! Bukan Allah!” Jika syaitan cuba menggambarkan zat-Nya dalam bentuk manusia; katakanlah; “Itu manusia! Bukan Allah!” Allah SWT berfirman;

“Tiada sesuatupun yang seumpama dengan-Nya. Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”(As-Syuura: 11)


Kenalilah Allah SWT melalui petunjuk Rasul-Nya. Nabi Muhammad SAW lebih mengenali Allah SWT berbanding kita semua. Sabda Rasulullah SAW:

“Aku adalah orang yang paling mengenal Allah berbanding kalian. Maka, aku adalah orang yang paling takut kepada Allah berbanding kalian.” (HR Bukhari Muslim)


Allah SWT sangat akrab dan dekat dengan kita melebihi dekatnya urat leher kita dengan kita. Dia berpesan kepada Rasul-Nya di dalam al-Quran;

“Jika hamba-Ku bertanya kepadamu tentang-Ku, katakanlah: Aku dekat.” (Al-Baqarah: 186)


Meskipun Rasulullah SAW telah pergi meninggalkan kita namun baginda mewariskan para ulama’ untuk menerangkan petunjuk al-Quran dan al-sunnah. Allah SWT berfirman dalam Surah Faathir: ayat 28,


“Orang yang paling takut kepada Allah dari kalangan hamba-Nya ialah ulama.”


Kenali dan cintai ulama insyallah kita akan lebih mengenali dan mencintai Allah SWT. Lazimi majlis-majlis ilmu dan dekati buku-buku karangan para ulama insyallah makin bertautlah hati kepada cinta Allah SWT.



02. Bersangka Baik Terhadap Allah SWT

Sebagai hamba, kita hendaklah bersangka baik terhadap Allah sebagai ekspresi cinta kepada-Nya. Sabda Rasulullah SAW dalam satu hadis qudsi:

“Aku (Allah) berada dalam sangkaan hamba-Ku. Maka bersangkalah dengan apa yang dia kehendaki.” (Riwayat Ahmad).



Dalam riwayat lain menyebut:

“Aku selalu mengikut sangkaan hambaKu.Aku sentiasa bersama-samanya.Ketika ia mengingatiKu dalam dirinya,Aku pun mengingatinya dalam diriKu.Jika dia mengingatiKu dihadapan orang ramai,Aku pun akan mengingatinya dihadapan orang yang lebih ramai.Jika dia mendekatiKu sepanjang sejengkal,Aku akan mendekatinya sehasta.Jika dia mendekatiKu sehasta,Aku akan mendekatinya sedepa.Jika dia mendatangiKu dengan berjalan kaki,Aku akan mendatanginya degan berlari.” (Hadis Qudsi riwayat Al-Bukhari)


Kita juga perlu positif dengan Allah SWT tatkala berdoa kepada-Nya. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 186, Allah SWT mendedahkan tentang diri-Nya yang sentiasa bersedia mendengar apa jua luahan hati , impian, cita-cita dan harapan kita. Malah Dia bersedia mengabulkannya asal saja kita mengikut kehendak-Nya. Firman Allah SWT:

“Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku agar mereka memperoleh kebenaran.”






03 Mencintai Apa yang dicintai oleh Allah SWT

Cara kita mencintai Allah SWT itu mestilah selari dengan apa yang Allah SWT kehendaki. Sebabnya, orang Yahudi dan Kristian juga mengaku mereka mencintai Allah SWT. Hinggakan mereka banyak melakukan kerja-kerja amal atas nama Allah SWT. Namun, apabila mereka mengingkari kekasih Allah SWT iaitu Nabi Muhammad SAW, maka cinta mereka kepada Allah SWT tertolak.

Firman Allah SWT,

“ Katakanlah: Jika kamu mencintai Allah maka ikutlah aku (Muhammad) kamu akan dicintai Alllah. Dan Dia mengampunkan dosa-dosa kamu. Allah maha pengampun lagi maha pengasih.” (Surah Ali Imran: 31)


Dalam buku “Mahabbatullah” (mencintai Allah), Imam Ibnul Qayyim menyusun tahap-tahap menuju cinta Allah. Cinta berkaitan dengan amal. Amal pula bergantung pada keikhlasan kalbu, disanalah cinta Allah bertamu. Cinta Allah merupakan refleksi dari disiplin keimanan dan kecintaan yang terpuji, bukan kecintaan yang tercela yang menjerumuskan kepada cinta selain Allah. Maka, beramallah dengan amalan-amalan yang Allah sukai dengan mengikut petunjuk Rasul SAW.



04. Membenci Sesuatu yang Dibenci Oleh-Nya.

Allah SWT bencikan kekafiran, maksiat, dan kelalaian. Mujarabkah ubat cinta Allah SWT yang kita teguk dengan menelan sekali racun kemurkaan-Nya?

Allah SWT berfirman, ertinya:

“Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).” (Surah Al Anbiyaa’: 1)


Dalam menilai mana yang baik dan buruk, berpeganglah pada prinsip,

“Yang baik itu apa yang Allah kata baik dan yang buruk itu apa yang Allah kata buruk.”

Antara perkara-perkara yang mengundang kebencian Allah SWT dan menjauhkan kita dari cinta Allah SWT ialah:
Menduakan cinta Allah SWT dengan tandingan-tandingan lain.
Kufur, fasiq, dan nifaq.
Melakukan perbuatan-perbuatan keji, seperti zina, sodomi, minum-minuman keras, dan lain sebagainya.
Menyia-nyiakan solat, dan mempermudahkan waktu-waktunya, serta (meninggalkan) mendirikannya secara berjamaah di masjid.
Sedikit mengingat Allah SWT.
Sedikit membaca Al-Qur’an.
Meninggalkan berdoa, dan bertawakal kepada Allah SWT.
Mencintai dunia, dan menyibukan diri untuk mengumpulkannya dengan berbagai cara.
Tasyabbuh (menyerupai) dengan musuh-musuh Allah SWT, baik dalam hal pakaian yang tdak menutup aurat, cara hidup, dan penampilan (punk, pondan dll).
Berteman dengan orang-orang jahat, dan orang yang tidak mahu mengingatkannya kepada Allah SWT.
Menyia-nyiakan waktu dalam hal yang bukan termasuk ketaatan kepada Allah SWT.
Terlalu banyak makan, minum, tidur, dan bergaul, kerana itu semua menyebabkan rosaknya hati dan malasnya anggota badan dari melaksanakan berbagai macam ketaatan.
Terlalu banyak mendengarkan lagu-lagu, dan menonton siaran TV yang beracun.
Tidak hati-hati dalam segala hal yang berkaitan dengan halal dan haram.
Melanggar perkara-perkara haram yang terang lagi bersuluh, seperti penyalahgunaan dadah, merokok, wanita mendedahkan aurat dan keluar dengan bersolek serta memakai wangi-wangian, dan lain sebagainya.



05. Memperkecil Cinta kepada Dunia.

Memperkecilkan cinta kepada dunia tidak bermaksud kita mesti menjadi orang miskin. Ada sebahagian kecil kelompok akhir zaman yang menganggap kecilkan cinta kepada dunia itu beerti menjauh daripada kehidupan duniawi, kemasyarakatan, pembangunan dan teknologi. Mereka sentiasa mencari jalan keluar daripada tanggung jawab sosial dengan alasan tidak mahu terlibat dalam penyakit sosial.

Rasulullah SAW menunjukkan qudwah yang multidimensi dalam hidupnya. Ia termasuk baginda menjadi qudwah sebagai orang kaya dalam situasi tertentu dan baginda juga menjadi qudwah sebagai orang miskin dalam situasi yang lain. Jika baginda diuji miskin, baginda bersabar dan tekun berusaha. Jika baginda mendapat kekayaan dunia, diekspresikan syukur dengan memanfaatkan harta ke jalan Allah SWT.

Rasulullah SAW dan para sahabat sangat-sangatlah dinamik. Generasi terbaik itu menjaga hubungan dengan Allah SWT dalam berkerja, mencari nafkah, berkeluarga, membuat pembangunan fizikal, membina ketamadunan teknologi dan berperang. Baginda menunjukkan qudwah tentang hubungan dengan Allah, penyucian jiwa daripada akhlak tercela dan menghiasinya dengan akhlak mahmudah dalam setiap aktiviti kehidupan. Hidup Rasulullah dan para sahabat seimbang (wasatiah) hinggakan dunia di jari, Allah tetap berkuasa di hati.

Mari Berdoa

Rasulullah SAW bersabda:

“Allah, Yang Maha Agung dan Mulia menjumpaiku (iaitu dalam tidurku), kemudian berfirman kepadaku, “Wahai Muhammad, katakanlah : “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk mencintai-Mu, mencintai siapa saja yang mencintai-Mu, serta mencintai perbuatan yang menghantarkan aku untuk mencintai-Mu.”

Tuesday, December 13, 2011

ANTARA RAJAK (HARAPAN) DAN KHAUF (KEBIMBANGAN)



Konsep Rajak dikaitkan dengan harapan manusia akan kurniaan Allah sama ada di dunia mahupun akhirat. Sangkaan baik bahawa Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga kerana Allah bersifat dengan Maha Pengasih dan Maha Pengampun.

Konsep Khauf pula dikaitkan dengan perasaan takut dan bimbang akan azab Allah dan malapetaka yang diturunkan sama ada di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

Manusia tidak dapat dipisahkan dari 2 keadaan ini sama ada rajak atau khauf. Ada yang terlalu berharap (sangka baik) terhadap kurnia Allah sehingga mereka lupa untuk beribadat kepada Allah. Mereka lalai dan relaks dari tanggungjawab sebagai hamba Allah namun masih menaruh harapan tinggi Allah akan mengampunkannya. Mereka lupa bahawa azab Allah amat pedih.

Satu golongan lagi terlalu takut terhadap azab Allah sehingga sebahagian besar masanya beribadat tanpa ada ruang untuk hal-hal selain dari urusan akhirat. Mereka lupa untuk menguruskan keduniaan mereka.

Kedua-dua golongan ini extreme sama ada ke arah keduniaan dan keakhiratan mutlak. Golongan pertama condong ke arah dunia dan lupakan akhirat sementara kedua condong ke akhirat dan lupakan dunia.

Dalam memperkatakan kedua-dua keadaan ini, kedudukan kita hendaklah antara khauf dan rajak; tidak terlalu khauf dan tidak terlalu rajak. Adalah lebih selamat dalam menjalani hidup di dunia ini, kita lebihkan perasaan khauf - takut kepada Allah. Dengan ada perasaan ini kita sentiasa takut melakukan maksiat dan rajin membuat ibadat. Hidup kita akan lebih selamat. Meskipun begitu jangan terlalu takut sehingga terabai tanggungjawab di dunia.

Bila masanya kita perlukan perasaan rajak (harapan)? Jika khauf semasa menjalani hidup dunia, rajak pula kita gunakan semasa di ambang kematian. Di saat-saat menghadapi mati, kita hendaklah penuhkan dengan harapan 100% supaya Allah mengampuni kita. Kita menyangka baik Allah akan memasukkan kita ke dalam syurga. Ketika inilah kita yakinkan kepada diri kita Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Lemahlembut. Allah menurut apa yang kita sangkakan. Jika kita sangka baik terhadap Allah, Allah akan mengikut menurut sangkaan kita.

Menyorot kehidupan sekarang, seolah-olah manusia sudah hilang perasaan khauf. Kebanyakannya lalai dan leka dari menunaikan tanggungjawab. Namun pada masa yang sama mengharapkan keampunan Allah. Harapan begini hanya angan-angan kosong tak ubah seperti angan-angan Mat Jenin.

Oleh itu sama-samalah nasihat-menasihati antara satu sama lain supaya kita tidak terdorong kepada perilaku yang terlalu rajak. Sebaliknya tanamkan perasaan khauf dalam diri kita supaya di akhir nafas kita nanti Allah permudahkan untuk kita menaruh perasaan rajak. Semoga kita semua akan selamat di satu alam yang kekal dan abadi di dalam syurga yang penuh kemanisan dan kenikmatan.

ALLAH TAK AKAN UBAH SEHINGGA KITA BERUBAH



Ungkapan di atas adalah satu Sunnatullah yang telah Allah tetapkan buat hamba-hambaNya. Ia bukanlah ungkapan yang tidak lazim dibicarakan malah hampir setiap dari kita amat arif tentang ayat ini.

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)
Peristiwa serangan terhadap Ghaza telah membuka mata dan minda Umat Islam seluruh dunia. Malah umat manusia seluruhnya juga telah mengetahui kekejaman yang dilakukan Israel laknatullah terhadap Umat Islam Palestin. Setiap dari kita merasakan kesedihan, hiba dan simpati terhadap nasib Umat Islam Palestin di Ghaza.

Banyak yang telah kita lakukan; doa, solat, munajat, derma, boikot, rapat umum dan demonstrasi namun kita masih merasa lemah dan putus harapan. Kita rasa sedih kerana usaha yang dilakukan tidak menampakkan hasil yang sebenarnya yang diharapkan.

Suara-suara kebenaran meskipun ramai dan bergema namun tidak berkuasa mengubah hakikat kekuasaan musuh-musuh Islam menganyang Umat Islam hidup-hidup. Apa lagi yang boleh dilakukan agar maruah Umat ini kembali tertegak?

Kita tertanya-tanya, apakah salah kita menyebabkan hal ini berlaku? Adakah umat Islam hari ini ditimpa mara bencana akibat kelemahan dan kelekaan kita sendiri? Adakah ini kifarah terhadap dosa yang telah kita lakukan selama ini? Mengapa umat Islam di Palestin dan tempat-tempat lain yang menerima bencana bukannya kita?

Allah menatijahkan sesuatu pasti ada sebabnya kerana Dialah Perancang Yang Paling Utama. Dialah yang berkuasa menentukan penguasa di muka bumi ini. Allah berfirman dalam surah Ali’Imran ayat 26:

“Katakanlah (Muhammad) Wahai Tuhan Pemilik Kekuasaan, Engkau berikan kekuassan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa pun yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sungguh Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”

Benar!! Kekuasaaan Dunia terletak pada tangan Zionis antarabangsa yang menguasai Kuasa-Kuasa Besar Amerika dan Britain. Dan Umat Islam pada hari ini berada dalam kelemahan dan kehinaan yang teruk.

Kelemahan, kehinaan yang melanda umat Islam bukanlah sengaja dikenakan namun ia adalah pengajaran supaya kita bangkit berubah. Sunnatullah tidak akan berlaku sewenang-wenangnya tanpa kita berusaha. Ayat di atas menuntut kita untuk melakukan sesuatu supaya kemenangan kembali kepada Islam, supaya kegemilangan Islam kembali menyinar.

Saya tidak menafikan segala usaha yang telah anda lakukan seperti doa, derma, demonstrasi dan sebagainya. Tahniah kepada yang telah melakukannya. Namun ia adalah usaha yang berhasilan sementara. Kita perlukan usaha yang menatijahkan kesan yang besar dan bertahan lama. Usaha yang akan mengubah nasib Umat Islam yang tercinta ini seluruhnya agar ia kembali terbela. Apakah usaha itu?

Usaha ini adalah usaha menyatupadukan Umat Islam seluruh dunia dalam Aqidah Islam yang Asli dan Satu. Ia adalah usaha yang diketuai oleh Nabi Muhammad s.a.w dan diwarisi para sahabat, tabien, tabi’ tabieen dan salafus solehin. Ia adalah usaha menggerakkan Umat Islam mewujudkan kembali Khalifah Islam. Ia adalah usaha menegakkan kembali Islam di muka bumi!!

Namun ia bukannya usaha yang mudah. Banyak cabaran dan rintangan yang bakal menimpa. Arus kejahiliyyahan yang besar harus diharungi dengan kesabaran dan keteguhan tekad yang tidak pernah kenal erti kecundang.

Ia adalah usaha Dakwah dan Tarbiyyah mengajak Umat Islam agar kembali kepada pengamalan Islam berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Inilah perubahan yang perlu berlaku dalam Umat ini untuk Allah kembali mengubah nasib kita.

Justeru, marilah kita bersama-sama melakukan perubahan. Bermula dari kita, keluarga, masyarakat, negara dan seterusnya seluruh dunia.

Sekiranya kita tekad melakukannya InsyaAllah, Allah akan mengubah Nasib Kita juga Nasib Umat Islam ini suatu hari nanti. Kerana Janji Allah itu adalah pasti!!

“InnAllaha La Yughaiyiruma Bi Qaumin Hatta Yughaiyiruma Bi Anfusihim”

WANITA DENGAN MAHAR PALING MULIA - UMMU SULAIM BINTI MALHAN R.A



Beliau bernama Rumaisha’, Ummu Sulaim binti Malhan bin Khalid bin Zaid bin Haram bin Jundub bin Amir bin Ghanam bin ‘Ady bin Najjar al-Anshariyyah al-Khazrajiyyah.

Beliau adalah seorang wanita yang memiliki sifat keibuan dan cantik, dirinya dihiasi pula dengan ketabahan, kebijaksanan, lurus pemikirannya, dan dihiasi pula dengan kecerdasan berfikir dan kefasihan serta berakhlak mulia, sehingga nantinya cerita yang baik ditujukan kepada beliau dan setiap lisan memuji atasnya. Karena beliau memiliki sifat yang agung tersebut sehingga mendorong putra pamannya yang bernama Malik bin Nadlar untuk segera menikahinya. Dari hasil pernikahannya ini lahirlah Anas bin Malik, salah seorang shahabat yang agung.

Tatkala cahaya nubuwwah mulai terbit dan dakwah tauhid muncul sehingga menyebabkan orang-orang yang berakal sehat dan memiliki fitrah yang lurus untuk bersegera masuk Islam.

Ummu Sulaim termasuk golongan pertama yang masuk Islam awal-awal dari golongan Anshar. Beliau tidak mempedulikan segala kemungkinan yang akan menimpanya didalam masyarakat jahiliyah penyembah berhala yang telah beliau buang tanpa ragu.

Adapun halangan pertama yang harus beliau hadapi adalah kemarahan Malik suaminya yang baru saja pulang dari bepergian dan mendapati istrinya telah masuk Islam. Malik berkata dengan kemarahan yang memuncak, “Apakah engkau murtad dari agamamu?”. Maka dengan penuh yakin dan tegar beliau menjawab: ”Tidak, bahkan aku telah beriman”.

Suatu ketika beliau menuntun Anas (putra beliau) sembari mengatakan: “Katakanlah La ilaha illallah.” (Tidak ada ilah yang haq kecuali Allah). Katakanlah, Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah.” (aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah) kemudian Anas mau menirukannya. Akan tetapi ayah Anas mengatakan, “Janganlah engkau merusak anakku”. Maka beliau menjawab: “Aku tidak merusaknya akan tetapi aku mendidik dan memperbaikinya”.

Perasaan gengsi dengan dosa-dosa menyebabkan Malik bin Nadlar menentukan sikap terhadap istrinya yang –menurutnya- keras kepala dan tetap ngotot berpegang kepada akidah yang baru, maka Malik tidak memiliki alternatif lain selain memberi khabar kepada istrinya bahwa dia akan pergi dari rumah dan tidak akan kembali hingga istrinya mau kembali kepada agama nenek moyangnya.

Manakala Malik mendengar istrinya dengan tekad yang kuat karena teguh terhadap pendiriannya mengulang-ulang kalimat “Ashadu an la ilaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah”, maka Malik pergi dari rumah dalam keadaan marah dan kemudian bertemu dengan musuh sehingga akhirnya dia dibunuh.

Ketika Ummu Sulaim mengetahui bahwa suaminya telah terbunuh, beliau tetap tabah mengatakan: “Aku tidak akan menyampih Anas sehingga dia sendiri yang memutusnya, dan aku tidak akan menikah sehingga Anas menyuruhku”.

Kemudian Ummu Anas menemui Rasulullah yang dicintai dengan rasa malu kemudian beliau mengajukan agar buah hatinya, Anas dijadikan pembantu oleh guru manusia yang mengajarkan segala kebaikan. Rasulullah menerimanya sehingga sejuklah pandangan Ummu Sulaim karenanya.

Kemudian orang-orang banyak membicarakan Anas bin Malik dan juga ibunya dengan penuh takjub dan bangga. Begitu pula Abu Thalhah mendengar kabar tersebut sehingga menjadikan hatinya cenderung cinta dan takjub. Kemudian dia beranikan diri melamar Ummu Sulaim dan menyediakan baginya mahar yang tinggi. Akan tetapi, tiba-tiba saja pikirannya menjadi kacau dan lisannya menjadi kelu tatkala Ummu Sulaim menolak dengan wibawa dan penuh percaya diri dengan berkata: “Sesungguhnya tidak pantas bagiku menikah dengan orang musyrik. Ketahuilah wahai Abu Thalhah bahwa tuhan-tuhan kalian adalah hasil pahatan orang dari keluarga fulan, dan sesungguhnya seandainya kalian mau membakarnya maka akan terbakarlah tuhan kalian”.

Abu Thalhah merasa sesak dadanya, kemudian dia berpaling sedangkan dirinya seolah-olah tidak percaya dengan apa yang telah dia lihat dan dia dengar. Akan tetapi cintanya yang tulus mendorong dia kembali pada hari berikutnya dengan membawa mahar yang lebih banyak, roti maupun susu dengan harapan Ummu Sulaim akan luluh dan menerimanya.

Akan tetapi Ummu Sulaim adalah seorang da`iyah yang cerdik yang tatkala melihat dunia menari-nari dihadapannya berupa harta, kedudukan dan laki-laki yang masih muda, dia merasakan bahwa keterikatan hatinya dengan Islam lebih kuat dari pada seluruh kenikmatan dunia. Beliau berkata dengan sopan: “Orang seperti anda memang tidak pantas ditolak, wahai Abu Thalhah, hanya saja engkau adalah orang kafir sedangkan saya adalah seorang muslimah sehingga tidak baik bagiku menerima lamarnmu”. Abu Thalhah bertanya: “lantas apa yang anda inginkan?”, beliau balik bertanya: “Apa yang saya inginkan?”. Abu Thalhah bertanya: “apakah anda menginginkan emas atau pera?”. Ummu Sulaim berkata: “Sesungguhnya aku tidak menginginkan emas ataupun perak akan tetapi saya menginginkan agar anda masuk Islam”. “Kepada siapa saya harus datang untuk masuk Islam?”, tanya Abu Thalhah. Beliau berkata: “Datanglah kepada Rasulullah untuk itu!”. Maka pergilah Abu Thalhah untuk menemui Nabi yang tatkala itu sedang duduk-duduk bersama para sahabat. Demi melihat kedatangan Abu Thalhah, Rasulullah bersabda:

“Telah datang kepada kaliaan Abu Thalhah sedang sudah tampak cahaya Islam dikedua matanya”.

Selanjutnya Abu Thalhah menceritakan kepada Nabi tentang apa yang dikatakan oleh Ummu Sulaim, maka da menikahi Ummu Sulaim dengan mahar keislamannya.

Dalam riwayat lain dikatakan bahwa Ummu sulaim berkata:

“Demi Allah! orang yang seperti anda tidak pantas untuk ditolak, hannya saja engkau adalah orang kafir sedangkan aku adalah seorang muslimah sehingga tidak halal untuk menikah denganmu. Jika kamu mau masuk Islam maka itulah mahar bagiku dan aku tidak meminta yang selain dari itu”.

Sungguh ungkapan tersebut mampu menyentuh perasaan yang paling dalam dan mengisi hati Abu Thalhah, sungguh Ummu Sulaim telah bercokol dihatinya secara sempurna, dia bukanlah seorang wanita yang suka bermain-main dan takluk dengan rayuan-rayuan kemewahan, sesungguhnya dia adalah wanita cerdas, dan apakah dia akan mendapatkan yang lebih baik darinya untuk diperistri, atau ibu bagi anak-anaknya?”.

Tanpa terAsa lisan Abu Thalhah mengulang-ulang: “Aku berada diatas apa yang kamu yakini, aku bersaksi bahwa tidak ada ilah yang haq kecuali Allah dan aku bersaksi Muhammad adalah utusan Allah”.

Ummu Sulaim lalu menoleh kepada putranya, Anas dan beliau berkata dengan suka cita karena hidayah Allah yang diberikan kepada Abu Thalhah melalui tangannya: “Wahai Anas! Nikahkanlah aku dengan Abu thalhah”. Kemudian beliaupun dinikahkan dengan Islam sebagai mahar.

Oleh karena itulah Tsabit meriwayatkan hadits dari Anas :
“Aku belum pernah mendengar seorang wanitapun yang paling mulia maharnya dari Ummu Sulaim karena maharnya adalah Islam”.

Ummu Sulaim hidup bersama Abu Thalhah dengan kehidupan suami-istri yang diisi dengan nilai-nilai Islam yang menaungi bagi kehidupan suami istri, dengan kehidupan yang tenang dan penuh kebahagiaan.

Ummu Sulaim adalah profil seorang istri yang menunaikan hak-hak suami isteri dengan sebaik-baiknya, sebagaimana juga contoh terbaik sebagai seorang ibu, seorang pendidik yang utama dan seorang da`iyah.

Begitulah Abu Thalhah mulai memasuki madrasah imaniyah melalui istrinya yang utama yakni Ummu Sulaim sehingga pada gilirannya beliau minum dari mata air nubuwwah hingga menjadi setara dalam hal kemuliaan dengan Ummu Sulaim.

Marilah kita dengarkan penuturan Anas bin Malik yang menceritakan kepada kita bagaimana perlakuan Abu Thalhah terhadap kitabullah dan komitmennya terhadap al-Qur`an sebagai landasan dan kepribadian. Anas bin Malik berkata :

“Abu Thalhah adalah orang yang paling kaya di kalangan Anshar Madinah, adapun harta yang paling disukainya adalah kebun yang berada di masjid, yang biasanya Rasulullah masuk ke dalamnya dan minum air jernih didalamnya. Tatkala turun ayat :

“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu nafkahkan sebagian harta yang kamu cintai.” (Q,.s. آli’ Imran: 92).

Seketika Abu Thalhah berdiri menghadap Rasulullah dan berkata: “Sesungguhnya Allah telah berfirman di dalam kitab-Nya (yang artinya), “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai.” Dan sesungguhnya harta yang paling aku sukai adalah kebunku, untuk itu aku sedekahkan ia untuk Allah dengan harapan mendapatkan kebaikan dan simpanan di sisi Allah, maka pergunakanlah sesuka kamu, wahai Rasulullah”.

Rasulullah bersabda :

“Bagus …..bagus.. itulah harta yang menguntungkan…. Itulah harta yang paling menguntungkan…..aku telah mendengar apa yang kamu katakan dan aku memutuskan agar engkau sedekahkan kepada kerabat-kerabatmu”.

Maka Abu Thalhah membagi-bagikannya kepada sanak kerabat dan anak-anak dari pamannya.

Allah memuliakan kedua suami-istri ini dengan seorang anak laki-laki sehingga keduanya sangat bergembira dan anak tersebut menjadi penyejuk pandangan bagi keduanya dengan pergaulannya dan tingkah lakunya. Anak tersebut diberi nama Abu ‘Umair. Suatu ketika anak tersebut bermain-main dengan seekor burung lalu burung tersebut mati. Hal itu menjadikan anak tersebut bersedih dan menangis. Pada waktu itu, Rasulullah melewati dirinya maka beliau berkata kepada anak tersebut untuk menghibur dan bermain dengannya: “Wahai Abu Umair! Apa yang dilakukan oleh anak burung pipit itu?”.

Allah berkehendak untuk menguji keduanya dengan keduanya dengan seorang anak yang cakap dan dicintai, suatu ketika Abu Umair sakit sehingga kedua orang tuanya disibukkan olehnya. Sudah menjadi kebiasaan bagi ayahnya apabila kembali dari pasar, pertama kali yang dia kerjakan setelah mengucapkan salam adalah bertanya tentang kesehatan anaknya, dan beliau belum merasa tenang sebelum melihat anaknya.

Suatu ketika Abu Thalhah keluar ke masjid dan bersamaan dengan itu anaknya meninggal. Maka ibu Mu`minah yang sabar ini menghadapi musibah tersebut dengan jiwa yang ridla dan baik. Sang ibu membaringkannya ditempat tidur sambil senantiasa mengulangi kalimat: “Inna lillahi wa inna ilahi raji`un”. Beliau berpesan kepada anggota keluarganya: “Janganlah kalian menceritakan kepada Abu Thalha hingga aku sendiri yang menceritakan kepadanya”.

Ketika Abu Thalhah kembali, Ummu Sulaim mengusap air mata kasih sayangnya, kemudian dengan bersemangat menyambut suaminya dan menjawab pertanyaannya seperti biasanya: “Apa yang dilakukan oleh anakku?”. Beliau menjawab: “dia dalam keadaan tenang”.

Abu Thalhah mengira bahwa anaknya sudah dalam keadaan sehat, sehingga Abu Thalhah bergembira dengan ketenangan dan kesehatannya, dan dia tidak mau mendekat karena khawatir mengganggu ketenangannya. Kemudian Ummu Sulaim mendekati beliau dan mempersiapkan malam baginya, lalu beliau makan dan minum sementara Ummu Sulaim bersolek dengan dandanan lebih cantik daripada hari-hari sebelumnya, beliau mengenakan baju yang paling bagus, berdandan dan memakai wangi-wangian, kemudian keduanyapun berbuat sebagai mana layaknya suami istri.

Tatkala Ummu Sulaim melihat bahwa suaminya sudah kenyang dan mencampurinya serta merasa tenang dengan keadaan anaknya maka beliau memuji Allah karena tidak membuat risau suaminya dan beliau biarkan suaminya terlelap dalam tidurnya.

Tatkala diakhir malam beliau berkata kepada suaminya: “Wahai Abu Thalhah! bagaimana pendapatmu seandainya suatu kaum menitipkan barangnya kepada suatu keluarga kemudian suatu ketika mereka mengambil titipannya tersebut, maka bolehkah bagi keluarga tersebut untuk menolaknya?”. Abu Thalhah menjawab: “Tentu saja tidak boleh”. Kemudian Ummu Sulaim berkata lagi: “Bagaimana pendapatmu jika keluarga tersebut berkeberatan tatkala titipannya diambil setelah dia sudah dapat memanfaatkannya?”. Abu Thalhah berkata: “Berarti mereka tidak adil”. Ummu Sulaim berkata: ”Sesunggguhnya anakmu titipan dari Allah dan Allah telah mengambilnya, maka tabahkanlah hatimu dengan meninggalnya anakmu”.

Abu Thalhah tidak kuasa menahan amarahnya, maka beliau berkata dengan marah: “kau biarkan aku dalam keadaan seperti ini baru kamu kabari tentang anakku?”.

Beliau ulang-ulang kata-kata tersebut hingga beliau mengucapkan kalimat istirja` (Inna lillahi wa inna ilahi raji`un) lalu bertahmid kepada Allah sehingga berangsur-angsur jiwanya menjadi tenang.

Keesokan harinnya beliau pergi menghadap Rasulullah dan mengabarkan kapada Rasulullah tentang apa yang terjadi, kemudian Rasulullah bersabda:

“Semoga Allah memberkahi malam kalian berdua”.

Mulai hari itulah Ummu Sulaim mengandung seorang anak yang akhirnya diberi nama Abdullah. Tatkala Ummu Sulaim melahirkan, beliau utus Anas bin Malik untuk membawanya kepada Rasulullah selanjutnya Anas berkata: “Wahai Rasulullah, bahwasanya Ummu Sulaim melahirkan tadi malam”. Maka Rasulullah mengunyah kurma dan mentahnik bayi tersebut (menggosokan kurma yang telah dikunyah ke langit-langit mulut si bayi). Anas berkata: “Berilah nama baginya, wahai Rasulullah!”. Beliau bersabda: “namanya Abdullah” .

Ubbabah, salah seorang rijal sanad berkata: “Aku melihat dia memiliki tujuh anak yang kesemuanya hafal al-Qur`an”.
Diantara kejadian yang mengesankan pada diri wanita yang utama dan juga suaminya yang mukmin adalah bahwa Allah menurunkan ayat tentang mereka berdua dimana umat manusia dapat beribadah dengan membacanya. Abu Hurairah berkata:

“Telah datang seorang laki-laki kepada Rasulullah dan berkata: “Sesungguhnya aku dalam keadaan lapar”. Maka Rasulullah menanyakan kepada salah satu istrinya tentang makanan yang ada dirumahnya, namun beliau menjawab: “Demi Dzat Yang mengutusmu dengan haq, aku tidak memiliki apa-apa kecuali hanya air, kemudian beliau bertanya kepada istri yang lain, namun jawabannya tidak berbeda. Seluruhnya menjawab dengan jawaban yang sama. Kemudian Rasulullah bersabda:

“Siapakah yang akan menjamu tamu ini, semoga Allah merahmatinya”.

Maka berdirilah salah seorang Anshar yang namanya Abu Thalhah seraya berkata: “Saya wahai Rasulullah”. Maka dia pergi bersama tamu tadi menuju rumahnya kemudian sahabat Anshar tersebut bertanya kepada istrinya (Ummu Sulaim): “Apakah kamu memiliki makanan?”. Istrinya menjawab: “Tidak punya melainkan makanan untuk anak-anak”. Abu Thalhah berkata: ”Berikanlah minuman kepada mereka dan tidurkanlah mereka. Nanti apabila tamu saya masuk maka akan saya perlihatkan bahwa saya ikut makan, apabila makanan sudah berada di tangan maka berdirilah. Mereka duduk-duduk dan tamu makan hidangan tersebut sementara kedua sumi-istri tersebut bermalam dalam keadaan tidak makan. Keesokan harinya keduanya datang kepada Rasulullah lalu Rasulullah bersabda: “Sungguh Allah takjub (atau tertawa) terhadap fulan dan fulanah”. Dalam riwayat lain, Rasulullah bersabda:

“Sungguh Allah takjub terhadap apa yang kalian berdua lakukan terhadap tamu kalian” .

Di akhir hadits disebutkan: “Maka turunlah ayat (artinya):

“Dan mereka mengutamakan (orang-orang muhajirin) atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu).” (Q,.s. al-Hasyr :9).

Abu Thalhah tidak kuasa menahan rasa gembiranya, maka beliau bersegera memberikan khabar gembira tersebut kepada istrinya sehingga sejuklah pandangan matanya karena Allah menurunkan ayat tentang mereka dalam al-Qur`an yang senantiasa dibaca.

Ummu Sulaim tidak hanya cukup menunaikan tugasnya untuk mendakwahkan Islam dengan penjelasan saja, bahkan beliau antusias untuk turut andil dalam berjihad bersama pahlawan kaum muslimin. Tatkala perang Hunain tampak sekali sikap kepahlawanannya dalam memompa semangat pada dada mujahidin dan mengobati mereka yang luka. Bahkan beliau juga mempersiapkan diri untuk melawan dan menghadapi musuh yang akan menyerangnya. Diriwayatkan oleh Muslim di dalam shahihnya dan Ibnu Sa`ad di dalam Thabaqat dengan sanad yang shahih bahwa Ummu Sulaim membawa badik (pisau) pada perang Hunain kemudian Abu Thalhah berkata: “Wahai Rasulullah! ini Ummu Sulaim berkata: “Wahai Rasulullah apabila ada orang musyrik yang mendekatiku maka akan robek perutnya dengan badik ini”.

Anas berkata: “Rasulullah berperang bersama Ummu Sulaim dan para Wanita dari kalangan Anshar, apabila berperang, para wanita tersebut memberikan minum kepada mujahidin dan mengobati yang luka”.

Begitulah Ummu Sulaim memiliki kedudukan yang tinggi di sisi Rasulullah, beliau tidak pernah masuk rumah selain rumah Ummu Sulaim bahkan Rasulullah telah memberi khabar gembira bahwa beliau termasuk ahli surga. Beliau bersabda :

“Aku masuk ke surga, tiba-tiba mendengar sebuah suara, maka aku bertanya: “Siapa itu?”. Mereka berkata: “Dia adalah Rumaisha` binti Malhan ibu dari Anas bin Malik”.

Selamat untukmu wahai Ummu Sulaim, karena anda memang sudah layak mendapatkan itu semua, engkau adalah seorang istri shalihah yang suka menasehati, seorang da`iyah yang bijaksana, seorang pendidik yang sadar sehingga memasukkan anaknya ke dalam madrasah nubuwwah tatkala berumur sepuluh tahun yang pada gilirannya beliau menjadi seorang ulama diantara ulama Islam, selamat untukmu…..selamat untukmu…

(Diambil dari buku Mengenal Shahabiah Nabi shallallâhu ‘alaihi wa sallam dengan sedikit perubahan, penerbit Pustaka AT-TIBYAN, Hal. 204)

Monday, December 12, 2011

MENGIGIL LUTUT JIN DAN MANUSIA MELIHAT NERAKA JAHANAM



Dikisahkan dalam sebuah hadith bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ianya menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa pada disetiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadith yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahanam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahanam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung di sebelah kanan Jin dan Manusia. Dan sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan dibelakang mereka.

Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergementarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil: "Ya Tuhan kami selamatkanlah."

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahanam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:"Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."

Setiap malaikat apa yang ada di antara bahunya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahanam.

TIPS UNTUK MENJADI SUAMI YANG DIKAGUMI



Sebagai lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi?

Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?

Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.

Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa..

Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.

Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda.

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami "mithali" menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh ibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai € ¦’¸role model". Hidupkan amalan sunnah alam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

Untuk di kongsikan bersama....

Kredit kepada penulisTip untuk menjadi suami yang dikagumi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...