Saturday, April 28, 2012

Purim: Pesta Mabuk Yang Digalakkan Penganut Yahudi


Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa setiap tahun para penganut agama Yahudi akan menyambut perayaan Purim yang membenarkan mereka mengambil minuman keras sehingga mabuk. 

Lebih teruk lagi, pesta mabuk tersebut turut membenarkan para rabbi dan ketua-ketua agama mereka mabuk dan digalakkan meminum minuman keras sehingga lupa diri. 

Purim merupakan satu perayaan bagi memperingati kisah dua tokoh mereka Mordecai dan Permaisuri Esther yang menyelamatkan bangsa Yahudi dari menjadi mangsa pembunuhan besar-besaran oleh Kerajaan Parsi di bawah pemerintahan Raja Ahasuerus (Xerxes I). 

Mordecai dan Permaisuri Esther
 
Perayaan yang sebelum ini disambut pada setiap hari ke-14 Adar mengikut kalender Hebrew itu kini dipercayai hanya disambut pada hari ke-15 mengikut bulan Hebrew yang sama oleh golongan Yahudi yang tinggal di Jurusalem atau lebih kenali sebagai Baitul Maqdis di Palestin. 

Islam melarang keras umatnya meminum minuman yang memabukkan ekoran kesannya yang membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. 

Di antara riwayat ada yang menceritakan bagaimana seorang ahli sufi yang terpedaya dengan minuman keras sehingga mendorong beliau berzina dan kemudiannya membunuh seorang pelacur kerana takut dosanya diketahui umum. Berikut adalah beberapa keping gambar perayaan Purim yang disambut di sebuah rumah ibadat Yahudi dan sambutan di jalanan di sekitar Jurusalem.
 






































Saturday, April 21, 2012

Rahsia Solat Berjemaah Dirungkai Melalui Teori Fizik



Seorang Professor Fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan. 

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. 

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. 

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita. 

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini, tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat. 

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh. 

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama. 

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya. 

Timbul persoalan di fikiran Professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak. 

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail). 

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam. 

Nabi Musa, Abid dan Si Pencuri



Sekadar renungan

Di zaman Nabi Musa AS ada seorang hamba Allah yang kerjanya hanya amencuri. Sudah 40 tahun dia mencuri.

Pada suatu hari, dia terlihat Nabi Musa AS sedang berjalan. Terlintas di hatinya untuk berjalan bersama Nabi Musa. Katanya, "Kalau aku dapat berjalan bersama Nabi Musa, mudah-mudahan ada juga berkatnya untuk aku".

Tetapi setelah difikirkannya semula, dia tidak jadi melaksanakan niatnya itu. Dia berkata, "Aku ni pencuri. Manalah aku layak pencuri seperti aku ini berjalan bersama dengan seorang nabi". Sejurus kemudian, dia terlihat pula seorang abid berlari-lari anak mengejar Nabi Musa AS dari belakang. Lelaki itu adalah si abid yang telah beribadat secara istiqamah selamah 40 tahun dan dikenali oleh semua orang. Si pencuri berkata di dalam hatinya, "Baik aku berjalan bersama si abid ini, mudah-mudahan ada baiknya juga untuk aku".

Lantas si pencuri menghampiri si abid dan meminta kebenaran untuk berjalan bersamanya. Apabila ternampak sahaja si pencuri, si abid terkejut dan terus merasa takut. Dia berkata di dalam hatinya, "Celaka aku kalau si pencuri berjalan bersamaku, takut nanti rosak segala amalan dan kebaikanku selama ini".

Si abid terus berjalan laju supaya si pencuri tadi tidak dapat mengikutnya. Namun si pencuri tadi terus mengikut si abid kerana mahu tetap bersamanya. Akhirnya kedua-dua mereka sampai serentak kepada Nabi Musa AS. Nabi Musa AS terus berpaling dan bersabda kepada mereka berdua, "Aku baru sahaja dapat wahyu dari Allah Taala supaya memberitahu kamu berdua bahawa segala amalan kamu telah dimansuhkan oleh Allah." Maka terkejutlah si abid dan si pencuri tadi.

Berbahagialah si pencuri kerana segala dosa mencuri selama 40 tahun telah diampunkan oleh Allah Taala. Tetapi malang dan berita duka bagi si abid kerana segala amalan dan ibadahnya selama 40 tahun ditolak dan tidak diterima oleh Allah SWT.

Rupa-rupanya si pencuri itu walau pun kerjanya mencuri, tetapi dia tidak suka akan perbuatannya itu. Dia mencuri kerana ditimpa kemiskinan dan memikul tanggungan yang banyak. Namun masyarakat ketika itu sungguh angkuh dan sombong. Manakala si kaya pula enggan membantu orang fakir dan miskin.

Oleh itu dia mencuri kerana terpaksa. Setiap kali dia mencuri, dia amat rasa bersalah dan berdosa. Jiwanya terseksa dan menderita. Selama 40 tahun dia menanggung rasa berdosa itu dan selama itulah juga jiwanya parah menanggung derita. Selama 40 tahun itu jugalah hatinya merintih sedih, meminta belas kasihan, memohon keampunan Allah dan mengharapkan kasih sayangNya.

Sebaliknya si abid pula, dia teramat yakin bahawa ibadahnya mampum menyelamatkannya. Dia malahan yakin ibadahnya akan dapat membeli syurga. Setiap kali dia beribadah, dia merasa dirinya bertambah baik, dan setiap kali dia beribadah dia merasakan dirinya bertambah mulia.

Selama 40 tahun di abid ini mendidik hatinya supaya merasa lebih baik dan lebih mulia hinggakan dia merasakan dirinya tidak layak bergaul dengan orang yang tidak sepertinya, yang dirasakan hina dan banyak dosa. Dia merasakan dia hanya layak berjalan bersama para Nabi.

Maha Suci Allah SWT yang mengetahui segala isi hati manusia, yang tidak melihat amalan zahir semat-mata tetapi apa yang terkandung di dalam hati manusia. Sesungguhnya Allah meilai hambaNya berdasarkan amalan yang benar-benar ikhlas, bukan amalan yang dilakukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk dan untuk mendapat perhatian dan pujian manusia. Kepunyaan Allah lah tiap segala sesuatu. Syurga dan neraka itu, Allah jua yang Maha Menentukan.

Wallahualam 

Friday, April 20, 2012

Richard Patterson, Jutawan Amerika peluk Islam



Richard Patterson

Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allahlah yang memberikan (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya.
(al-Baqarah: 272)

Maka itu, tidak hairan jika hidayah Allah itu datang dengan cara yang tidak disangka-sangka. Begitu juga dengan kembara hidayah insan bernama Richard Patterson atau nama Islamnya, Abdulaziz.

Abdulaziz bukan sebarangan orang. Dia adalah seorang ahli perniagaan terkemuka warga Amerika Syarikat (AS) yang juga seorang juruterbang. Namun, dia melakukan hijrah akidah selepas sebulan berada di bumi Arab Saudi.

Jutawan sebuah syarikat yang mengendalikan perkhidmatan bantuan perawatan kritikal memiliki kekayaan berjumlah RM155 juta, dua pesawat peribadi dan dua helikopter yang khusus untuk penerbangan perubatan khas.

Abdulaziz menjejakkan kaki di Arab Saudi atas urusan menandatangani kontrak perjanjian dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Arab Saudi untuk melatih para pelajarnya menyediakan bantuan kecemasan ketika di udara.

Semasa tinggal di negara itu, Abdulaziz keluar makan malam atas pelawaan tiga orang dari Kementerian Hal Ehwal Islam yang juga merupakan ahli kepada projek yang dikenali Guide Me to Islam. Ketiga-tiganya bercerita dengan Abdulaziz mengenai Islam dan intipati tentang kebenarannya.

"Tujuan saya datang ke Arab Saudi semata-mata berkaitan urusan perniagaan. Tetapi saya gembira dengan keputusan bijak dalam kehidupan saya ini iaitu bergelar Muslim," kata Abdulaziz dalam satu majlis meraikan pengislaman itu.

Abdulaziz memuji etika berpakaian orang Arab dan mengakui ia cukup selesa dan begitu cantik.

Pakaian tradisional orang Arab turut menarik minat Abdulaziz 

Ketika berada di negara asal kelahirannya, Abdulaziz selalu mendengar cerita-cerita negatif tentang Islam menerusi saluran-saluran media yang boleh dikatakan memburukkan imej Islam.

"Membaca tentang Islam semata-mata adalah tidak mencukupi untuk mengenali dan memahami Islam yang sebenar.

"Lantaran itu peluang bertemu dan berkenalan dengan umat Islam lebih membuatkan saya mengenali roh Islam dengan lebih jelas," katanya.

Abdulaziz menganggap dirinya bertuah kerana mengenali Islam menerusi teman-teman Muslim yang bersama-samanya sepanjang berada di bumi Arab itu. Malah beliau turut mengakui Islam adalah agama yang benar dan penuh toleransi.

"Masyarakat Islam dan warga Arab Saudi sangat baik hati, merendah diri dan bersikap terbuka kepada orang luar," kata Abdulaziz.

Beliau turut merasa mereka seperti keluarganya sendiri, kerana tidak pernag mengalami perasaan terasing atau dilayan dengan buruk sepanjang berada di Arab Saudi.

Bagi Abdulaziz, apa yang paling menarik mengenai masyarakat Arab adalah mereka sangat beragama dan menjadikan agama Islam sebahagian daripada kehidupan.

Dia memang berharap untuk membawa rakan-rakannya ke Arab Saudi untuk mengalami sendiri apa yang telah dilaluinya, sekali gus mengubah persepsi mereka tentang Islam. Abdulaziz juga menyeru pengusaha Muslim untuk bekerja keras dan menarik pengusaha asing memeluk agama Islam. Ini kerana ada di antara usahawan Muslim tidak begitu serius dalam melakukan dakwah kepada rakan kongsi yang bukan beragama Islam. Beliau berpendapat, sikap begitu sebenarnya satu kerugian besar buat agama Islam itu sendiri.

"Kita boleh menyediakan buku-buku tentang Islam kepada delegasi semasa pertemuan urus niaga dijalankan.

"Dengan cara ini ia dapat membantu menjernihkan imej Islam yang selama ini telah diburukkan oleh pihak-pihak tertentu," tegas beliau.

Seorang guru yang menjadi jurubahasa kepada Abdulaziz, Issam Abdul Razzaq berkata, golongan yang sudah berjaya terutama para usahawan adalah kunci utama dalam memainkan peranan mempamerkan imej-imej tertentu tentang Islam.

"Mereka yang sudah berjaya mempunyai kredibiliti dalam kalangan ahli komuniti mereka kerana mereka telah dianggap penting.

"Oleh itu, apabila mereka memilih untuk memeluk Islam, pasti ia menimbulkan rasa ingin tahu orang lain yang mana pada masa sama mereka mahu mengetahui dengan lebih mendalam akan agama baru mereka itu," kata Issam.

Al-Quran Merungkai Cara Mengesan Penipuan



Kesan ujikaji ke atas otak

Sangat luar biasa. Itu sahaja yang dapat saya katakan selepas mengetahui perkara ini. Siapa sangka pada waktu seribu empat ratus tahun yang lalu tanpa teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar cara bagaimana mengesan penipuan melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi makna yang sangat jelas.

Sebelum dipaparkan apakah ayat tersebut, ingin saya kongsikan bersama anda tentang suatu kaedah yang digunakan pada masa kini untuk mengesan pembohongan. Kaedah tersebut menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetic atau lebih dikenali sebagai FMRI. Kaedah tersebut dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak sedang melakukan penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat mengesan pembohongan dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh dikesan melalui kaedah FMRI.

Keadah FMRI digunakan untuk mengetahui aktiviti otak

Ujikaji Ke Atas Ubun-Ubun Otak Manusia

Fakta mengesahkan, di dalam otak seorang yang sedang melakukan pembohongan terdapat tujuh kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang yang bercakap benar, terdapat hanya 4 kawasan yang aktif. 

Mengapa hal ini berlaku?. Bagi melakukan pembohongan, otak perlu berusaha lebih keras lagi bagi mengaktifkan kawasan-kawasan yang bergerak balas dalam otak untuk menjana idea-idea dusta berbanding dengan bercakap benar. Ketika proses pendustaan sedang berlaku, bahagian hadapan otak yang mana terletaknya kawasan ubun-ubun akan bertindak balas yang melalui bahagian medial inferior, pre-central area, hippocampus, temporal tengah dan juga kawasan limbic. Begitu juga ketika bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan iaitu temporal lobe dan cigulate gyrus.

Sekarang saya kongsikan keajaiban Al-quran bersama anda. Kajian demi kajian dilakukan dengan susah payah sedangkan dalam Al-Quran telah membuktikan penemuan yang baru dijumpai ini.

Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.
(Al-Alaq ayat 15-16)

Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut tentang ayat di atas, kami mohon saudara sudari pembaca mengambil kitab tafsir Al-quran dan rujuk pada ayat yang kami paparkan di atas.

Jika saudara melihat ayat tersebut, perkataan (Nasiya) bermaksud ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir (ubun-ubun yang berdusta) yang dipaparkan dalam ayat tersebut bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontel lobe adalah ubun-ubun. Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenran atau pembohongan dapat dikenalpasti.

Subhanallah, apa lagi yang boleh kita katakan selain Al-Quran sememangnya diturunkan sebagai panduan kepada seluruh Umat manusia. Berimanlah dengannya dengan sebenar-benar Iman.

AL-MISKI PEMUDA SEHARUM KASTURI




Kisahnya menjadi sebutan turun temurun masyarakat Arab. Malah, bukti kisah Al-Miski masih berada di tanah Syam sehingga kini. Tulisan Al-Miski diabadikan di pusaranya sebagai tanda, dialah haruman abadi, tanda kekuasaan Allah SWT kerana ganjaran taat dan takwa.

Di dalam kitab Al-Akhlaq Al-Islamiyyah Lin Nasyi’in tercatat kisah indah ini sebagai contoh buat generasi hari ini mengenai betapa hebatnya keimanan dan ketaqwaan seorang pemuda dalam mempertahankan akhlaknya.

Dikisahkan, Khalid adalah seorang pemuda yang tampan, rajin beribadah, warak, rajin bekerja dan cukup amanah. Segala sikap terpuji yang ada pada diri anak muda ini sudah lengkap dan namanya kian menjadi sebutan di desa kelahirannya. Bentuk tubuh yang gagah dan kulit yang putih ditambah dengan keramahan membuatkan orang mudah terpesona padanya. Tetapi dia tidak pernah menggunakan kelebihannya itu pada jalan yang salah.

Saban hari, dia akan membawa barang dagangannya dan menjual di keliling kampung. Kelibat pemuda tampan ini seringkali menjadi tumpuan, apatah lagi di kalangan gadis-gadis tempatan. Ini termasuklah seorang wanita cantik yang mempunyai rancangan tersendiri. Sudah lama dia memasang impian agar pemuda itu jatuh ke tangannya. Kala itu, nafsu sudah menguasai diri, akalnya pula sibuk mencari alasan untuk merancang angan-angan jahat.

Suatu hari, pemuda itu melintasi rumah wanita berkenaan. Wanita itu menggamitnya masuk dengan alasan ingin membeli barang dagangan lelaki itu. Sebaik saja Khalid melangkah masuk, wanita itu terus mengunci pintu. Lantas dia berkata,“Wahai pemuda, aku memanggilmu ini bukan kerana ingin membeli barang tetapi kerana aku ingin melunaskan rasa hatiku.Sudah lama aku tergila-gila pada ketampananmu”

Pemuda itu merasa terkejut yang amat sangat. Diperhatikan keadaan sekeliling. Rumah yang besar itu hanya ada mereka berdua sahaja. Nyata, jerat syaitan sudah hampir mengena padanya. “Tidak! Aku tidak akan terpedaya!”ujar pemuda itu di dalam hati.

Dengan penuh menggoda, wanita itu tidak putus asa merayu agar pemuda itu berbuat sesuatu. Dia rela memberikan tubuhnya sebagai bukti cinta kepada sang pemuda. Sementara itu, Khalid yang teguh imannya sedikit pun tidak goyah. Malah, berkali-kali Khalid cuba mengingatkan wanita itu tentang pedihnya siksa Allah bagi mereka yang berzina. Namun semakin dinasihat, wanita itu semakin menggila.

Kerana tercabar dengan penolakan pemuda itu, wanita itu mengugut untuk menjerit.

“Kalau kamu tidak menuruti kemahuanku, aku akan menjerit. Biar semua orang diluar tahu kau ingin memperkosaku. Lagi-lagi mereka akan percayakan aku kerana kedudukanku dan kau pula yang memasuki rumahku. Kau akan binasa dan dinista. Kau akan digantung hidup-hidup,” ujar wanita itu dengan marah.

Pemuda itu terdiam. Mana mungkin dia difitnah sebegitu. Akalnya pantas mencari jalan keluar. Ketika itu, Allah memberikannya hidayah. Sambil tersenyum dia berkata,

“Baiklah, boleh aku ke kamar mandi untuk membersihkan diri dahulu? Lihatlah tubuhku ini. Penuh dengan peluh yang baunya tidak enak.”

Wanita itu menyambut kata-kata pemuda itu dengan gembira. Fikirnya, rancangannya sudah mengena. Dia lantas menunjukkan bilik air kepada lelaki itu dan menanti di luar dengan rasa tidak sabar.

Khalid yang memasuki bilik air terus mencari-cari akal. Itulah masa untuk berfikir. Tubuhnya menjadi gementar. Wanita itu adalah perangkap syaitan. Dia memohon kepada Allah agar menyelamatkan dia secepat mungkin. Begitu mendengar ucapannya, wanita tersebut sangat gembira karena mengira ia akan menuruti keinginannya dan berkata dengan hati meluapkan kegembiraan, “Oh, tentu saja boleh, aduhai kekasihku dan belahan jiwaku. Sungguh ini adalah kesempatan luar biasa.”

Sang pemuda pun segera masuk ke kamar mandi, ia mengatakan itu tadi sekadar untuk menyelamatkan diri sesaat. Mencari tempat yang tenang untuk berfikir. Sampai di dalam kamar mandi tubuhnya gementar kerana takut terjatuh pada kemaksiatan. Wanita adalah perangkap syaitan.

Tiba-tiba tercetus sesuatu dalam fikirannya,“Aku tahu, di antara golongan yang akan mendapatkan naungan pada hari tidak ada naungan lagi di hari kiamat adalah seorang pemuda yang diajak berzina oleh seorang wanita cantik dan berkedudukan, lalu ia mengatakan, ‘Sungguh aku takut pada Allah !’ Aku juga tahu bahawa orang yang meninggalkan sesuatu kerana takut pada Allah maka Allah akan menggantinya dengan yang lebih baik. Tidak sedikit orang yang menurutkan hawa nafsunya maka ia akan membawa penyesalan sampai akhir hayatnya.

Jika aku lakukan kemaksiatan ini, Allah akan menghilangkan cahaya dan kenikmatan dari hatiku. Duhai Tuhan, tidak, tidak ! Sekali-kali aku tidak akan melakukannya ! Tapi apa yang harus aku lakukan ? Apakah aku harus melompat dari jendela ? Tidak mungkin kerana ia terkunci dengan kuat. Kalau begitu aku harus melumuri tubuhku dengan kotoran. Ya aku harus melumuri tubuhku dengan kotoran. Semoga jika ia melihatku seperti itu, ia akan merasa jijik lalu mengusirku.”

Benar, lalu pemuda beriman itu membuang air besar dan melumuri seluruh tubuhnya dengan kotoran buang air besarnya. Seluruh rambutnya, mukanya, dada, tangan, dan semuanya. Ia sendiri sebenarnya merasa jijik yang amat sangat. Bahkan ia merasa mual dan muntah. Sambil menangis dia berkata, “Ya Allah ya Rabbi, kerana rasa takutku pada-Mulah aku melakukan semua ini ! Aku rela bergelumang dengan kotoran ini dari terlibat ke dalam kancah kemaksiatan. Maka gantikanlah untukku yang lebih baik.”

Lalu dia pun keluar dari kamar mandi. Sebaik sahaja melihat pemuda itu berkeadaan demikian, perempuan itu berteriak keras. Bau lelaki itu cukup menjijikkan “Keluarlah, hai orang gila ! Dasar pemuda gila, keluar kau jangan kau kotori rumahku.”

Pemuda itu berjalan keluar dan berpura-pura bertingkah laku seperti orang gila. Sampai di luar dia cepat-cepat mencari tempat terlindung kerana bimbang orang lain melihatnya. Namun, dalam perjalanan ke rumahnya, ada yang mentertawakannya . Dia hanya mampu menangis dan berjalan secepat mungkin.

Sampai di rumah, dia terus mandi dan membersihkan dirinya. Digosok setiap bahagian tubuhnya dengan kuat agar kotoran najis itu tertanggal dan tidak meninggalkan bau yang busuk lagi.

Sebaik saja siap, pemuda itu keluar dari kamar mandi. Ketika itulah, Allah SWT menunjukkan kekuasaan-Nya. Allah menjadikan bau harum keluar dari seluruh pori-pori tubuhnya. Bau itu amat wangi, malah lebih harum dari wangian kasturi atau apa saja minyak wangi buatan manusia. Bau itu dapat dihidu dari jarak beberapa meter dari tubuhnya. Akhirnya, pemuda itu digelar Al-Miski yang bermakna “Orang yang Seharum Kasturi”. Haruman itu kekal di tubuhnya sehingga akhir hayatnya. Begitulah Allah telah menggantikan bau yang busuk pada tubuh seorang pemuda dengan haruman syurga yang abadi semata-mata kerana berpegang teguh pada hukum Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...