Wednesday, March 6, 2013

BILA MESIR KEMBALI KE PANGKUAN ARAB DAN ISLAM




Dalam kekalutan serangan Yahudi terhadap bumi Gaza. Sejarah lama kemenangan mujahidin Islam pada tahun 1973 perlu diungkapkan kembali. Peperangan dikenali dengan perang 6 Okt 1973 atau 23 Ramadhan telah merubah banyak senario politik dunia terutamanya Timur Tengah. 

Peperangan membabitkan Terusan Suez dan Semenanjung Sinai. Ke dua-duanya berada di bumi Mesir. Bumi Kinanah diberi gelaran oleh Saiyidina Umar Al Khatab. Bumi yang terdapatnya sungai Nil yang masih belum dijumpai hulunya walaupun telah diterokai oleh tujuh ekspidisi. Ada yang bermula dari bawah selatan benua Afrika , ada yang bermula dari atas iaitu utara Afrika. Tapi sehingga sekarang belum dijumpai secara tepat hulunya. Sungai yang pernah membatalkan acara tahunan amalan khurafat Mesir kuno yang korbankan seorang gadis sunti sebagai memenuhi permintaan penunggu Sungai Nil yang berlaku kekeringan apabila tuntutannya tidak dipenuhi.

Semasa pemerintahan Umar Al Faruq, Umar telah menulis sepucuk surat dan surat tersebut telah dicampakkan ke dalam sungai Nil, akhirnya Nil akur dengan seruan Umar Al Faruq agar tunduk kepada kekuasaan Allah.

Kembali kepada sejarah Terusan Suez dan Sinai. Pada tahun 1967, Yahudi telah merampas Sinai dari Mesir dan Bukit Golan dari Syria. Sinai telah dibebaskan oleh tentera Mesir pada tahun 1973, sementara Bukit Golan masih berada di tangan Yahudi. Sebahagian besar tentera Mesir mendapat tarbiah yang baik .Anak-anak tarbiah Hasan Al Banna dan Abbas Sisi . Yahudi telah bina di bumi Sinai pelbagai peralatan senjata canggih dengan bantuan negara-negara Barat terutamanya USA. Ada maklumat yang menyatakan ianya melibatkan hampir 2000 pakar dari seluruh negara Barat. Benteng Barlif adalah antara kelengkapan yang masyhur sempena dengan nama Jeneral tentera Yahudi waktu itu.

Benteng pasir adalah bentang pertama apabila menyeberangi Terusan Suez. Benteng Barlif adalah benteng kedua yang dilengkapi dengan peralatan yang canggih. Jalanraya seumpama landasan kapalterbang terus ke Tel Aviv. Tanah Besar Mesir hanya dilengkapi dengan pos-pos kecil tentera sepanjang sempadan. Bahkan ada dikalangan tentera sempadan bersantai di bawah naungan pokok khurma.

Ilham dari seorang ulamak, kerajaan Mesir telah menempah sebuah paip bomba yang besar dari Itali. Dunia tidak menyangka akan berlaku peperangan kerana riak-riak akan berlaku peperangan tidak kelihatan. Taqdir Allah Taala, dengan persiapan mental dan fizikal mujahidin dari tentera Mesir telah bertekad untuk membebaskan Sinai. Bermula di awal Subuh 23 Ramadhan bersamaan 6 Oktober 73 mereka bermunajat dan berdoa kepada Allah. Diiringi dengan tasbih,tahmid dan takbir mereka mulakan serangan dengan pancutan air meruntuhkan benteng pasir untuk memberi laluan kepada tentera darat menyeberangi Sinai. Banyak peristiwa-peristiwa anih berlaku sewaktu berlaku peperangan. Akhirnya mujahidin Mesir dapat hancurkan benteng Barlif. Menteri Pertahanan Yahudi waktu itu Moshu Dayan bermata sebiji mengaku kalah dengan menyatakan: "Aku menyangka benteng ini terlalu kuat tidak akan ditembusi oleh sebarang senjata rupa-rupanya ia diperbuat daripada susu."

Semasa serangan tentera Yahudi leka dan sedang berehat rehat hujung minggu dan mereka tidak menyangka mujahidin Mesir akan menyerang mereka di bulan Ramadhan. Serangan udara dan darat dilakukan serentak. Mujahidin Mesir memohon dari kerajaan Mesir untuk terus ke Tel Aviv dan bebaskan Aqsa. PM Mesir waktu tidak membenarkan dengan alasan: "Aku hanya PM untuk Mesir sahaja". Ringkas cerita apabila mereka kembali telah disambut dengan trak-trak polis dan dihumban ke penjara kerana fikrah yang mereka bawa. Jasa mereka kepada negara diketepikan begitu saja.

Hasil dari peperangan tersebut senario kuasa politik dan ekonomi dunia berubah. Negara-negara Arab telah menggunakan kuasa petrol dengan menghentikan ekspot petrol serta merta ke mana mana negara terutama negara yang memberi sokongan kepada Yahudi . Harga petrol sekitar US 17 telah melambung ke US 40. Harga barang meningkat berkadar terus dengan harga petrol. Simpanan petrol di sebahagian besar negara paling lama boleh bertahan 2 minggu sahaja. Ada negara seperti India mampu bertahan untuk 2 atau 3 hari sahaja. Seingat saya Jepun mampu bertahan untuk tempoh 9 hari sahaja. Dunia berkecamuk . Yahudi berusaha untuk berdamai dengan Mesir menggunakan orang tengah USA dan Barat.

Yahudi dan negara Barat berusaha untuk adakan perdamaian dengan Mesir tetapi diletakkan syarat gerakan dakwah Ikhwan Muslimin mesti dilenyapkan. Mereka cuba untuk pisahkan Mesir dengan negara-negara Arab dan akhirnya berjaya dengan termeterinya perjanjian Camp David pada tahun 1982 dibawah seliaan Jimmy Carter Presiden USA . Mesir terpisah dari negara Arab secara strategi bermula tahun 1982 sehingga kejatuhan Husni Mubarak. Kebuntuan masalah petrol dunia dilanggar oleh Kuwait di bawah Malek Sobah. Kuwait hanya satu-satu negara Arab yang melanggar larangan tersebut. Setelah dipujuk oleh USA , petrol Kuwait telah memenuhi pasaran dunia terutama ke USA. Ekonomi dunia hampir lumpuh termasuk USA .Kapal-kapal minyak Kuwait telah menggunakan bendera USA untuk mengekspot petrol keluar negara.

Mudah-mudahan dengan kembalinya Mesir kepangkuan Arab dan Islam , kembalikan semula kegemilangan Othmaniah dan Al Fateh , dunia Arab dan muslimin keseluruhannya akan bersatu dan berpadu satu agama satu aqidah. Kembalikan kegemilangan Melayu dengan Islam .Kita semua bersaudara. Angkatlah bendera Islam memberi keadilan keseluruh alam. Allah Matlamat Kami, Rasul Qudwah Kami, Quran Dustur Kami, Jihad Jalan kami,Syahid Cita-cita Kami. Allahu Akbar walillahil Hamd.

Oleh
Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir
penasihat Aman Palestin Kelantan

IZZUDIN AL-QASSAM

Izzudin Al-Qassam

Nama lengkap beliau adalah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Al-Qassam. Dilahirkan pada tahun 1882 M di Jibillah, Syria dan dia pernah belajar di Universiti Al-Azhar di Mesir untuk beberapa tahun mulai 1906.


Sheikh Al-Qassam adalah seorang imam, guru dan juga sheikh Tareekat Ash-Shazaliyah di Jilah Al-Adhamiyah, sebuah wilayah di bahagian utara Syria. Dia mengikut serta di dalam revolusi Syria memerangi penjajahan Perancis. Revolusi tersebut berakhir dengan berlakunya pertempuran Melson pada tahun 1920.

Perjuangan di Syria menjadi semakin rumit apabila penjajah Perancis menjatuhkan hukuman mati kepadanya. Beliau hanya mempunyai dua pilihan iaitu hukuman mati atau tunduk dengan kehinaan. Beliau mengambil keputusan untuk berhijrah ke Haifa di Palestin. Tujuan lain perpindahannya ke kota Haifa adalah kerana kewujudan pendatang haram Yahudi yang semakin bertambah besar di bumi Palestin.

Izzudin Al-Qassam datang ke Palestin sebagai mujahid kerana dia benar-benar memahami rancangan jahat yahudi yang mengerikan yang telah dibuat oleh Organisasi Zionis Antarabangsa di Basel, Swizland pada 29-30hb Ogos 1896. Mereka telah membuat resolusi untuk mendirikan sebuah negara nasional untuk orang Yahudi di Palestin. Beliau juga melihat pakatan sulit antarabangsa yang mendapat sokongan kaum penjajah umumnya dan British khususnya. Sheikh Izzudin juga melihat penhijrahan orang Yahudi secara besar-besaran ke bumi Palestin dan para pemuda Palestin bersenjata datang dari pelbagai penjuru dunia untu merebut tanah dengan kekerasan ataupun pujuk-rayu.

Di Haifa dia tinggal di rumah Haji Amin Nuruddin dan bergiat dengan aktiviti mengajar dan berceramah di Masjid An Nasr. Kemudiannya berpindah tugas di Masjid Al-Istiqlal iaitu asjid terbesar ketika itu. Pada tahun 1927 dia mendirikan pejabat cawangan Jam'iyah Asy-Syubban Al-Muslimin (Persatuan pemuda Muslim) di Kota Haifa dan dia bertindak sebagai pemimpinnya.

Beliau mengajak para warga Arab Palestin berbincang mengenai ancaman Yahudi ini walaupun sebahagian daripada mereka mempunyai pendapat yang aneh. Ada di antara mereka yang bepandangan bahawa cukup untuk menghadapi mereka dengan demonstrasi, atau sebahagiannya mengatakan cukup dengan perundingan sahaja. Bahkan ada yang pergi ke Britain untuk mencari jalan penyelesaian permasalahan ini.

Selama tujuh tahun digunakan oleh beliau untuk mengadakan hubungan dengan orang ramai, mengenali identiti mereka, mengadakan pembinaan, latihan organisasi dan mempersiakan mereka untuk berhadapan dengan saat yang bakal menentukan masa depan. Dalam tempoh tujuh tahun beliau menjalankan pelbagai tugasan; guru di sekolah, pembimbing rohani di masjid, pekerja di Pejabat Syariat dan ketua pergerakan. Hubungan dengan berbagai kalangan masyarakat juga mengizinkan beliau memiliki dana kewangan.

Perjuangannya sangat menitikberatkan kepada tiga perkara utama:
  • Kewaspadaan terhadap ancaman Yahudi secara berterusan.
  • Ajakan untuk berjihad.
  • Memilih orang-orang yang berkualiti dan dibekalkan dengan pemikirian yang benar serta kemahiran ketenteraan.


Mempersiapkan generasi pendokong kebenaran menurut Izzudin memerlukan:

  • Mengadakan hubungan baik dengan setiap orang, baik yang mempunyai komitmen pada agama mahupun tidak. Jika orang ini berubah, maka ia akan menjadi pejuang yag hebat dan dapat menjalankan tugas-tugasnya untuk memelihara hubungan yang luas.
  • Menanamkan rasa cinta di antara sesama manusia kerana penjajah dan yahudi telah banyak menyebarkan bibit-bibit perpecahan di kalangan masyarakat.
  • Mengajak orang yang dianggap baik dengan berkunjung ke rumahnya. Sheikh Izzudin saling membina suasana keakraban dan persaudaraan sehingga mencapai tahap berterus-terang untuk menyatakan tujuan perjuangan iaitu menyelamatkan Palestin.
  • Izzudin berkeyakinan bahawa Palestin tidak akan dapat diselamatkan kecuali jika rakyatnya dibangkitkan rasa tanggungjawabnya, lelaki, perempuan, orang awam ataupun ulama meyakini dan bangun berjuang.

Pada tahun 1931, pasukan yang beliau bentuk telah menyerang perkampungan Yahudi di Yagur. Dalam serangan tersebut tiga orang tentera Yahudi telah terbunuh. Pasukan Izzuddin Al-Qassam meneruskan serangan dan menyebarkannya ke seluruh wilayah pergunungan.

Setelah pasukan Inggeris yang bekerjasama erat dengan Zionis bertindak mempersempitkan ruang geraknya di Haifa, maka Sheikh Al-Qassam bersama enam sahabat rapatnya berpindah ke daerah pergunungan pada tahun 1935.

Pasukan ketenteraan yang beliau bentuk mencapai jumlah seramai 200 orang. Dari jumlah tersebut dia membahagikannya kepada beberapa kelompok. Setiap kelompok terdiri daripada lima orang dan salah seorang daripada mereka akan diangkat sebagai pemimpin dan pemberi arahan. Dalam tempoh yang agak singkat, pasukannya bertambah banyak dan mencapai keanggotaan seramai 800 pejuang. Setiap unit yang asalnya terdiri daripada lima orang membesar menjadi sembilan orang.

Rancangan berjalan sebagaimana yang diharapkan. Di tahun 1935, Izzudin Al-Qassam dalam usianya yang telah mencapai enam puluh tahun keluar pada satu malam dengan mengenakan pakaian pejuang setelah meninggalkan pakaian tokoh agama. Dia mengumpulkan aggota keluarganya untuk memberitahukan niatnya dan menjanjikan untuk berjumpa di syurga.

Pasukan Inggeris dengan senjata yang lengkap dan dibantu dengan pesawat bertempur menyerang pasukan Izzuddin Al-Qassam di Ya'bad. Dalam pertempuran tersebut Izzuddin Al-Qassam gugur sebagai syahid bersama dua orang pejuang lainnya pada 20hb November 1935.

Orang-orang Palestin di seluruh negara melakukan solat jenazah ghaib untuk beliau. Jenazah as Syahid Izzudin Al-Qassam dengan bajunya yang berlumuran darah dibawa oleh ribuan orang ke makam yang ada di kampungnya. Kesyahidan tiga pejuang tersebut telah mencetuskan lebih banyak penentangan, pergolakan dan permogokan terhadap penjajahan Inggeris dan Zionis terhadap bumi palestin.

Jasa Sheikh Izzuddin Al-Qassam sentiasa dikenangi oleh orang-orang Islam terutamanya di Palestin malahan sebuah sayap ketenteraan HAMAS (Harakah Muqawamah Islamiyah), menabadikan namanya dalam unit dan bendera mereka.

Berbicara mengenai tradisi pergerakan Islam moden dan sejarahnya, nama Izzudin Al-Qassam tidak dapat dipisahkan; beliau memiliki cara yang tersendiri dalam pembinaan generasi Islam dengan menggunakan pendekatan pendidikan, kesiap-sagaan, organisasi dan jihad. Jika diamati lagi, dalam aliran pergerakan Islam terdapat seorang tokoh besar yang mempunyai kaedah pergerakan yang pelbagai dan dia adalah salah seorang tokohnya.


Oleh: Zainur Rashid Zainuddin

BACALAH SEBELUM MATI



Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali.

Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: “Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300 kali tetakan pedang.”

Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan.

Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya.

Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu.

Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-

Sebelum tidur:

  1. Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
  2. Selawat ke atas Nabi
  3. Membaca tasbih


Amalan harian:

  1. Sentiasa membaca Al-Quran
  2. Memelihara solat terutama solat fardu
  3. Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
  4. Membaca tasbih
  5. Membanyakkan sedekah
  6. Sentiasa berzikir menyebut Allah


Amalan yang perlu dijauhi:

  1. Dusta
  2. Khianat
  3. Mengadu domba
  4. Kencing berdiri


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil.”

Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.

Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: “Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?” Jawab Nabi Idris: “Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya.” Kata malaikat maut: “Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun.”

Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: “Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu.”

Kata Nabi Isa as: “Cubalah kamu pilihkan?” Mereka berkata:Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh).”

Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban.

Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh: “Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: “Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?” Kata Sam:

“Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut.”

Betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail. Justeru itu tidak hairan jika ramai manusia yang masih mampu bersenang riang dan bergelak ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikir dan direnungkan dalam hidupnya.

Walaupun dia sebenarnya adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.” Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.

Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut. Meskipun mata manusia hanya mampu melihat alam benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.

Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabi’e biasa sebagai pendapat golongan atheis, dan tidak kurang pula orang yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebabnya yang zahir sahaja.

Dia mengambil logik bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan juga kemalangan sama ada di udara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya. Selain itu mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, ta’un dan sebagainya.

Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang disebut di atas. Jika berlaku kematian di kalangan mereka, lantas mereka bertanya, “sebab apa si pulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah? “.

Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.

Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan mala petaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.

Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang, atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak tertangguh walau sesaat.

Walau bagaimanapun ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi sesuatu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya.

Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingat mati, untuk itu dia menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak.

Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa waspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna. Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan orang-orang soleh itu jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak beri amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika tiada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan menjerumus ke lembah bahaya itu.

Selain itu Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janjiNya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang.

Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah, iaitu para rasul a.s.w., para nabi-nabi, para wali-wali dan orang-orang solihin.

Selain itu malaikat maut mengadu kepada Tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang akan menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak keluarga dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.

Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai sebab-sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam. Sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka.

Apabila berlaku kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana menghidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.

Ketika itu Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat mala petaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.

Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan kepadanya.

Walau bagaimanapun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu sama ada bersebab atau tidak, sebagaimana yang dinyatakan pada awal tulisan ini, bahawa ada ketikanya malaikat maut datang hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak ketawa, hingga malaikat maut merasa hairan terhadap manusia itu.

Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal, sama ada seseorang yang sedang sakit ataupun ketika sihat dan segar bugar. Firman Allah Taala Yang bermaksud:

“Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya. “(Surah Al-A’raf: ayat 34)

Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak. - Halaqah

Saturday, March 2, 2013

SYUHADA PALESTIN DI SYRIA MENINGKAT KEPADA 855


4 Januari 2013 - DAMSYIK, (PIC)-- Jumlah syuhada Palestin di kem pelarian di Syria telah meningkat skepada 855 sejak bermulanyan konflik di antara tentera rasmi dan tentera bebas, sementara pengeboman dan kepungan di kem pelarian warga Palestin Yarmuk di Damsyik berterusan.


Menurut kumpulan pekerja antarabangsa bagi pelarian Palestin di Syria, jumlah keseluruhan syuhada Palestin di Syria sejak bermulanya revolusi Syria sehingga ke hari ini ialah 855. 

Kem pelarian Yarmuk terdedah kepada tembakan dan pengeboman hebat oleh tentera Syria yang taat kepada rejim Syria, menyebabkan kerosakan yang besar.

Jawatankuasa penyelaras kem pelarian Yarmuk menyatakan tentera rejim yang berpengkalan di berek Sufian al-Thawri di kejiranan Ka'an, menembak berdozen-dozen mortar ke arah kem palarian Yarmuk untuk hari kedua berturut-turut. 

Dalam perkembangan lain, sumber media mengesahkan bahawa tentera Israel mula membina "tembok keselamatan" baru di sepanjang kawasan sempadan di antara jajahan Golan dan wilayah Syria yang selebihnya.

Sumber tersebut mengatakan Kementerian Perang Israel meminta pembinaan tembok keselamatan disiapkan sebelum rejim Assad dijatuhkan, menjangka kemungkinan serangan ke atas entiti Israil dari wiayah Syria.

Tembok keselamatan akan dimulakan dari kawasan "Hamma" ke Quneitra melintasi utara jajahan Golan.

Dimaklumkan bahawa dengan pembinaan tembok keselamatan di sempadan Syria dan diikuti Jordan bermakna pihak berkuasa penjajah akan mula terasing di kawasan yang tertutup dari semua sisi kecuali tepi laut.

Pihak berkuasa Israil telah membina pagar di sepanjang sempadannya dengan Mesir sebagai tambahan kepada pagar elektronik di sempadannya dengan Gaza. Mereka baru-baru ini memulakan pembinaan pagar di sekeliling wilayah jajahan Golan Syria. Terdapat juga pagar keselamatan di sepanjang sempadannya dengan Lubnan selain tembok penghadang konkrit di Tebing Barat.

Sumber: The Palestinian Information Center   |   Terjemahan: Seri Wani (Sukarelawan AP)

MALAIKAT TURUT BERPERANG BERSAMA DENGAN MUJAHIDIN MELAWAN REJIM SYIAH ASSAD





"(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan Nya bagimu: Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut". (Surah Al-Anfal 10) 

Ada kisah menarik daripada sukarelawan Hilal Ahmar Society Indonesia(Hasi) yang baru sahaja tiba di Syria dan membuat laporan di bangunan Dewan Dakwah Islamiah Indonesia(DDII) pada hari Selasa (11/12/2012). Abu Yahya, penyelaras sukarelawan Hasi menceritakan kisah seorang bekas tentera Bashar Assad yang bertaubat lalu bergabung dengan mujahidin.

Kepada bekas tentera itu, para mujahidin sempat bertanya kenapa para tentera Assad yang berjumlah 1500 orang di Jabal Akhrod tidak berani melakukan serangan terhadap mujahidin Syria yang hanya berjumlah 150 orang. Dari segi kekuatan (jumlah) dan persenjataan, mujahidin sangat lemah dari tentera rejim syiah Assad.

Mendengar soalan itu, bekas tentera Bashar Assad ini berasa hairan dan bertanya. "Siapa kata jumlah mereka sedikit? Kami setiap malam melihat kamu dengan berpakaian putih bergerak dari satu lembah ke lembah lain sehingga kami berfikir dulu untuk menyerang, "kata bekas rejim syiah Assad tersebut.

Kisah yang berlaku di atas bukan terjadi sekali itu. Cerita lain muncul ketika mujahidin hendak melakukan serangan terhadap konvoi 50 trak yang dinaiki tentera rejim Bashar Assad. Hingga pada satu tempat berlaku tembak menembak di antara mujahidin dengan tentera rejim Assad. Oleh kerana mujahidin memang sudah merancang serangan tersebut menyebabkan tentera Bashar Assad berundur.

Namun ketika serangan berlaku, tiba-tiba muncul kejadian di luar jangkaan mereka. Helikopter dan pesawat pejuang datang seperti hendak menyerang pihak mujahidin. Tentu mujahidin membuat kesimpulan bahawa ini bantuan dari pihak Bashar Assad untuk menyerang mereka. Kita ketahui bahawa sehingga kini mujahidin Syria langsung tidak mempunyai kelengkapan perang seperti pesawat. Mereka bertempur hanya melalut darat dengan persenjataan yang mundur jika dibandingkan dengan senjata milik rejim Assad.

Mengukur jumlah mujahid dan persenjataan yang terhad, komando mujahidin mengarahkan untuk segera mengosongkan tempat pertempuran dan masuk ke gunung-gunung untuk mengatur strategi. Satu keajaiban berlaku, ketika mujahidin sudah berundur, bunyi tembakan masih terus berlaku. Muncung dan desingan peluru seperti tidak berhenti walaupun tidak ada satu mujahidin pun berada di lokasi pertempuran tersebut. Komando mujahidin bertanya dalam hati, siapakah sebenarnya yang sedang berperang melawan tentera Bashar Assad. Dia kemudian memeriksa jumlah mujahid yang ada untuk memastikan jika ada mujahidin yang tertinggal dan melakukan serangan terhadap tentera Assad. Namun dari perkiraan tersebut seluruh mujahidin sudah masuk ke dalam gunung.

Hingga matahari terbit dan mereka yakin keadaan telah selamat, barisan mujahidin turun dari gunung dan terkejutnya apabila mereka melihat sebahagian tentera Assad telah terbunuh. Sebahagian yang lain mengalami luka parah akibat pertempuran hebat tersebut. Tentu kejadian ini menjadi seribu tanya bagi Abu Yahya, sukarelawan Hasi yang menghabiskan masa selama satu bulan di Desa Salma, daerah Jabal Akhrod, Syria dan mendengar kisah ini langsung dari mujahidin.

"Siapa pula yang berada di dalam pesawat dan helikopter untuk melawan tentera Syria?" diam Abu Yahya dengan seribu tanda tanya di depan para awak media yang juga diliputi kehairanan.

Subhanallah, inilah ayaturrahman yang muncul dalam Jihad di bumi Syam. Fakta yang menjadi bukti bahawa mujahidin tidak berseorangan. Mereka bersama Allah untuk berperang menegakkan Islam di Syria dan melawan kezaliman regim Syiah Nushairiyyah terhadap umat Islam. Semoga ini menjadi khabar baik bagi kemenangan mujahidin dan tegaknya Islam di Syria. Tentu jika kita mendengar kisah dari mujahidin, kita akan sangat faham siapakah bala tentera yang tiba-tiba datang membantu para mujahidin melawan tentera Assad.

"(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan Nya bagimu: Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut". (Surah Al-Anfal 10) 

Diterjemahkan dari sumber Islampos.com

KISAH PAKAR ANATOMI BUDDHA MEMELUK ISLAM

Tagatat Tejasen, seorang saintis Thailand di bidang anatomi


”Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (QS. An-Nisa: 56)

6/3/12 - Bagi sebahagian besar umat Islam, ayat di atas terdengar seperti ayat-ayat serupa dalam Al-Quran yang menjelaskan pedihnya siksa neraka bagi orang-orang yang tidak beriman. Namun tidak demikian bagi Tagatat Tejasen, seorang saintis Thailand di bidang anatomi. Baginya, ayat itu adalah sebuah keajaiban.

Persidangan Perubatan Saudi ke-6 di Jeddah yang diikuti Tejasen pada Mac 1981 menjadi awal detik pertemuannya dengan keajaiban itu. Dalam persidangan yang berlangsung selama lima hari itu, sejumlah ilmuan Muslim mendedahkan kepada Tejasen beberapa ayat Al-Quran yang berkaitan dengan anatomi.

Tejasen yang beragama Buddha kemudian mengatakan bahawa agamanya juga mempunyai bukti-bukti sama yang secara tepat menjelaskan tahap-tahap perkembangan embrio. Para ilmuan Islam yang ada ketika itu tertarik mempelajarinya dan meminta profesor yang berasal dari Thailand itu untuk menunjukkan ayat-ayat tersebut kepada mereka.

Setahun kemudian, pada bulan Mei 1982, Tejasen menghadiri persidangan perubatan yang sama di Dammam, Arab Saudi.

Apabila ditanya tentang ayat-ayat anatomi yang pernah dijanjikannya, Tejasen meminta maaf dan mengatakan bahawa ia telah menyampaikan kenyataan tersebut sebelum mempelajarinya. Ia telah memeriksa kitabnya, dan mendapati bahawa tidak ada rujukan di dalamnya yang dapat dijadikan bahan kajian.

Ia kemudian menerima cadangan para ilmuan Muslim untuk membaca sebuah makalah penelitian karya Keith Moore, seorang profesor bidang anatomi yang berasal dari Kanada.

Makalah itu berbicara tentang keserasian antara embriologi moden dengan apa yang disebutkan dalam Al-Quran.

Tejasen tercengang saat membacanya. Sebagai saintis di bidang anatomi, ia menguasai dermatologi (ilmu tentang kulit).

Dalam tinjauan anatomi, lapisan kulit manusia terdiri daripada tiga lapisan yakni Epidermis, Dermis, dan Sub Cutis. Pada lapisan yang terakhirlah, Sub Cutis, terdapat hujung-hujung pembuluh darah dan saraf.

Penemuan moden di bidang anatomi telah mendedahkan bahawa luka bakar yang terlalu dalam akan mematikan saraf-saraf yang menetapkan sensasi.

Saat terjadi Combustio grade III (luka bakar yang telah menembus Sub Cutis), seseorang tidak akan merasakan sakit. Hal itu disebabkan tidak berfungsi hujung-hujung serabut saraf afferent dan efferent pengatur sensasi yang rosak oleh luka bakar tersebut.

Makalah itu tidak saja menunjukkan kejayaan teknologi perubatan dan perkembangan ilmu anatomi, namun juga membuktikan kebenaran Al-Quran.

Ayat 56 surah An-Nisa ‘mengatakan bahawa Allah akan memasukkan orang-orang kafir ke dalam neraka, dan menukar kulit mereka dengan kulit yang baru setiap kali kulit itu hangus terbakar, agar mereka merasakan pedihnya azab Allah.

Jantung Tejasen berdebar. “Bagaimana mungkin Al-Quran yang diturunkan 14 abad yang lalu telah mengetahui fakta perubatan ini?”

Sebelum berjaya mengatasi kejutan tersebut, Tejasen dilempari soalan oleh para ilmuan Muslim yang mendampinginya, “Mungkinkah ayat Al-Quran ini berpunca dari manusia?”

Ketua Jurusan Anatomi Universiti Chiang Mai Thailand itu sentak menjawab, “Tidak, kitab itu tidak mungkin berasal dari manusia. Ia kemudian termangu dan meneruskan respondnya, “Lalu dari mana kiranya Muhammad menerimanya?”

Mereka memberitahu Tejasen bahawa Tuhan itu adalah Allah, yang membuat Tejasen semakin ingin tahu. “Lalu, siapakah Allah itu?” soalnya.

Dari para ilmuan Muslim tersebut, Tejasen mendapatkan keterangan tentang Allah, Sang Pencipta yang dari-Nya berpunca segala kebenaran dan kesempurnaan. Dan Tejasen tak membantah semua jawapan yang diterimanya. Ia menerimanya.

Profesor yang pernah menjadi dekan Fakulti Perubatan Universiti Chiang Mai lalu itu kembali semula ke negaranya, tempat ia menyampaikan sejumlah kuliah tentang pengetahuan dan penemuan barunya itu.

Maklumat yang dikutip oleh laman special.worlofislam.info menyebutkan bahawa kuliah-kuliah profesor yang masih beragama Buddha itu, di luar dugaan, telah mengislamkan lima mahasiswanya.

Hingga akhirnya, pada Persidangan Perubatan Saudi ke-8 yang diadakan di Riyadh, Tejasen kembali hadir dan mengikuti siri pidato tentang bukti-bukti Quran yang berkaitan dengan ilmu perubatan.

Dalam persidangan yang berlangsung selama lima hari itu, Tejasen banyak membincangkan dalil-dalil tersebut bersama para sarjana Islam dan bukan Islam.

Di akhir persidangan, 3 November 1983, Tejasen maju dan berdiri di podium. Di hadapan semua peserta persidangan, ia menceritakan detik awal minatnya pada Al-Quran, juga kekagumannya pada makalah Keith Moore yang membuatnya meyakini kebenaran Islam.

“Segala yang terakam dalam Al-Quran 1400 tahun yang lalu pastilah kebenaran, yang boleh dibuktikan oleh sains. Nabi Muhammad yang tidak boleh membaca dan menulis pastilah menerimanya sebagai cahaya yang diwahyukan oleh Yang Maha Pencipta, “katanya. Tejasen lalu menutup pidatonya dengan mengucap dua kalimah syahadat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...