Tuesday, March 12, 2013

TUNJUKKAN AKU CARA MEMELUK ISLAM



Tersentuh hati saya mendengar satu kisah benar diradio ikim petang semalam. Kisah seorang imam di Barat, yang menceritakan tentang pengalamannya.

Suatu hari ketika dia berada disebuah masjid, dia didatangi oleh seorang lelaki yang berbadan besar, rambutnya yang panjang itu diikat kebelakang, pakaiannya yang tidak ubah seperti seorang gangster itu basah dengan peluh dibadannya.

Lelaki itu lalu berkata, "Tunjukkan aku cara untuk ku memeluk islam?"
Lalu imam itu bertanya,"siapakah kamu?". Lalu dijawbnya,"aku Carlos.

Tunjukkan aku cara untuk aku menjadi seorang muslim?". Lalu imam tersebut pun mengislamkn lelaki tersebut. Berkali-kali dan betapa susahnya untuk dia mengucapkan kalimah syahadah, akhirnya berjaya diislamkan oleh imam tersebut.

Lalu bertanya imam tersebut,"Apakah yang membuatmu ingin memeluk Islam?".

Jawab Carlos, Aku sebenarnya langsung tidak tahu apakah itu Islam. Aku cuba mencari kebenaran didalam hidupku yang kosong.

Satu hari aku bermimpi cahaya datang kepadaku dan aku mendengar suara berkata, "Carlos, sekiranya engkau inginkan kebenaran, kamu masuklah Islam". Lalu aku terjaga. Aku anggap ianya hanya mimpi.

Keesokannya aku bermimpi yang sama. pada kali ini, cahayanya lebih terang dan suara itu lebih kuat sehingga aku tersentak lalu terjaga dari tidur.

oleh itu hari ini aku mencari dimanakah tempat untuk aku menjadi seorang muslim".

Kemudian Carlos berkata lagi," Apakah yang perlu aku lakukan seterusnya?".Imam itu pun berkata,"

Pergilah bersihkan badanmu terlebih dahulu". Lalu Carlos membuka bajunya untuk membersihkan badannya. Lalu imam itu dapat melihat penuh tatusalib pada badan Carlos.

(BACALAH DENGAN NADA YANG SEDIH..... )

Sejurus selepas itu azan.... berkumandang... lalu imam bersiap sedia untuk menunaikan solat.

Lalu berkata Carlos ,"Apakah yang kamu sedang lakukan?". imam itu pun berkata,"Aku hendak solat, kamu duduk sahaja dihujung sana". Carlos pun berkata," Aku ingin solat, tetapi aku tidak tahu solat". (Mulianya Carlos walau tidak tahu lansung pasal solat dia tetap hendak solat).

Imam itu pun menjawab, "Kalau begitu, kamu berdiri dibelakangku dan ikuti sahaja pergerakanku".

Lalu Carlos pun mengikuti solat imam tersebut sehinggalah selesai solat. Imam itu dapat merasakan solat Carlos begitu tertib sekali.

Setelah beberapa lama, imam merasakan Carlos telah terlalu lama bersujud. Lalu dengan perlahan dia berbisik kepada ,"Carlos, solat sudahpun selesai".

Namun Carlos masih bersujud. Imam berbisik untuk kali kedua, "Carlos, solat sudah pun selesai".

Namun tiada respon daripada Carlos. Dengan perlahan imam itu menyentuh Carlos. Tiba2 Carlos jatuh terbaring.

Tersentak imam itu mendapati yang Carlos tidak lagi bernyawa. Allah telahpun menjemput Carlos sejurus dia memeluk Islam, dikala dia mendirikan solat pertama, didalam sujudnya yang terakhir....

Ya Allah.. betapa hidayahmu dimana-mana. Jadikanlah pengakhiran yang baik juga untukku (husnul khatimah).

Subhanallah, Allahuakbar...

SAHABAT NABI YANG MASIH HIDUP



Habib Umar Benhafidz seorang daripada keturunan Rasulullah
Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم. Pohon yang diberkati.

Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar "the only living sahabi" atau "sahabat Nabi yang masih hidup".

Sedikit sejarah mengenainya...

Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.

Semasa Baginda صلى الله عليه وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada cahaya matahari.

Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata: "Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini."

Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa'awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria. Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.A.W 2 kali tiba di Bosra 1. Ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun & bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda di belakang bahu sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman. 2. kali kedua rasulullah ke bosra membawa barang dagangan saidatina khadijah. apa yg menarik..selepas dari tanah Tabuk hingga ke Bosra sejauh lebih 500km..kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas.

~ Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan hidup sepertinya. ALLAH menghidupkannya dengan kehendak-NYA jua, ALLAHU ALLAH.

Dan di dalam foto ini juga, Habib Umar Benhafidz seorang daripada keturunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم menziarahi pohon di mana Rasulullah صلى الله عليه وسلم- pernah berada di situ.

Wallahhualam...

- ساکورا -

Monday, March 11, 2013

3 SEBAB BERLAKU BENCANA



KITA menyaksikan pelbagai paparan berita mengenai bencana alam yang menimpa muka bumi ini. Setiap kali munculnya bencana, tampillah pakar bagi mengkaji punca berlakunya kejadian menyedihkan itu.

Mereka cuba menggunakan segala kepakaran dimiliki mengusulkan langkah serta kaedah terbaik berhadapan dengan kemungkinan bencana pada masa akan datang.

Namun, apa yang lebih mustahak ialah melihatnya dari sudut pemikiran agama. Ia penting supaya kita sentiasa berada dalam ruangan daya fikir yang tepat bagi mengukuhkan lagi iman dan takwa.

Dalam merungkai isu itu, ulama besar, berkata, tiga perkara mengapa Allah cetuskan musibah bencana alam di muka ini.

Faktor pertama ialah bencana yang berlaku itu adalah bentuk hukuman kepada manusia yang kufur kepada Allah. Itulah yang dikatakan sebagai bala.

Katanya, Allah menghukum umat Islam dan bukan Islam yang ingkar kepada arahan dan perintah Allah, yang selama ini bergelumang dalam kancah maksiat, bertindak derhaka terhadap ajaran Allah, melawan agama Allah dan menafikan hukum-hukum al-Quran.

Manusia dalam golongan itu ada kalanya berani bertindak mengubah kehendak agama mengikut selera nafsu sendiri sehingga terpesong jauh dari bentuk keaslian Islam yang sebenar.

Lalu mereka mengundang kemurkaan Allah dan jelas di dunia lagi mereka sudah pun mendapat laknat Allah. Belum lagi bagaimana nasib di akhirat kelak.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Bagi mereka azab dalam kehidupan dunia dan sesungguhnya azab akhirat adalah lebih keras dan tidak ada bagi mereka seorang pelindung pun daripada (azab) Allah.” (Maksud Surah ar-Ra’d ayat 34).

Faktor kedua, musibah yang berlaku di dunia ini adalah satu peringatan buat yang selamat atau masih hidup. Sama ada mereka terbabit sama ataupun mereka yang hanya sebagai ‘penonton’ kepada paparan bencana yang terjadi.

Faktor ketiga, berlakunya bencana untuk menunjukkan kepada kita Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya. Lihat bagaimana dahsyatnya Tsunami yang menggegarkan bumi seperti yang berlaku pada 8.59 waktu Malaysia 26 Disember 2004.

Ia tentu mengingatkan kita bahawa musibah yang ditimpa Allah jauh lebih dahsyat kerana dalam sekelip mata ratusan ribu nyawa maut ‘ditelan’ ombak besar.

Allah mengutuskan air yang bergulung sehingga menimpa kawasan yang berukuran luas sekali. Di situlah pengajaran yang perlu direnungi selain berusaha memelihara gaya kehidupan supaya menepati piawai agama sebenar.

Pesanan Ibnu Athaillah Askandary dalam kitabnya, ‘al-Hikam’, katanya, hikmah Allah turunkan cubaan ke atas hamba-Nya supaya mengingatkan manusia kepada Allah.

Jika tidak disentuh kelalaian manusia, mereka akan terus melupakan Allah, lupa untuk menunaikan hak Allah dan hak makhluk Allah. Juga cubaan Allah itu dapat melemahkan nafsu dan seterusnya mengelakkan manusia daripada melakukan perkara yang Allah murkai.

Justeru, segala rentetan bencana yang menimpa bumi sejak sekian lama wajarlah menjadi peringatan supaya kita tidak ‘derhaka’ terhadap Allah dan agamanya.

Taatlah kita kepada segala perintah Allah dan menjauhi apa juga larangan-Nya. Menurut Ulama' lagi, orang beriman juga tidak dapat lari daripada bencana.

Semua yang berlaku adalah proses bagi mempertingkat lagi tahap keimanan seseorang hamba ke tahap yang lebih tinggi. Mungkin selama ini kita beranggapan kenapa orang mukmin di Palestin ataupun di Acheh sering ditimpa musibah.

Namun, seandainya kita meneliti apa yang dikemukakanoleh ulama' itu kita akan terpanggil untuk melihat perbandingan antara diri kita yang senang dan aman melayari kehidupan dengan mereka yang sering berkecamuk dilanda gelombang pelbagai bencana.

Tahap keimanan mereka begitu utuh sehingga Allah sering menguji mereka. Kita perlu bermuhasabah meneropong diri sendiri di mana tahap keutuhan iman kita dalam keadaan baik dan sempurna itu.

Jika masih lemah dan sering terumbang-ambing, maka kita perlu pula melaksanakan usaha ke arah memperkukuhkannya. Jadikan kejadian bencana selama ini sebagai wadah untuk memperbetulkan gaya hidup supaya selari dengan tuntutan agama.

TALIAN HAYAT HAMBA ALLAH



DALAM menjalani kehidupan, memang telah menjadi lumrah seseorang itu berdepan dengan masalah. Masalah tersebut kadang-kadang datang dan pergi sehinggalah kita dipanggil pulang oleh Allah SWT dengan kematian.

Oleh itu, selagi mana kita hidup, maka selagi itulah ujian demi ujian diberikan oleh Allah SWT mengikut tahap keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT untuk menilai siapakah yang terbaik amalannya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: 
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat). (al-Mulk: 2)

Antara tujuan Allah SWT menguji manusia dengan masalah ialah untuk mendekatkan diri mereka kepada-Nya. Ini adalah kerana, sekiranya manusia itu mempunyai sifat kehambaan, tentulah dia akan bergantung sepenuhnya pengharapan kepada Allah SWT.

Oleh kerana itu, setiap kali kita ditimpa ujian dalam apa jua bentuk sekalipun, maka pulanglah kepada Allah SWT dengan mengangkat tangan berdoa serta memohon kepada-Nya.

Allah SWT sebenarnya terlalu dekat dengan kita. Dia tidak akan mensia-siakan setiap permohonan dan doa yang dipersembahkan oleh hamba- hamba- Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. (al-Baqarah: 186)

Ramai orang menganggap doa adalah sesi pemberitahuan dan perkhabaran kepada Allah SWT tentang masalah yang kita hadapi. Sebenarnya mereka silap. Allah SWT sebenarnya Maha Mengetahui segala perkara yang berlaku terhadap diri kita kerana ia berlaku dengan izin dan kehendak-Nya.

Maka itu, doa bukanlah bermaksud untuk memaklumkan kepada Allah SWT tentang apa yang berlaku. Sebaliknya, doa ialah satu pembuktian kehambaan kita kepada Allah SWT. Sebagai hamba, tiada tempat yang sepatutnya kita mohon pertolongan melainkan kepada Allah SWT.

Di samping itu, doa juga adalah merupakan satu bentuk ibadah kepada Allah SWT. Oleh kerana ia adalah ibadah, maka terdapat kemungkinan Allah SWT tidak menerima doa tersebut sekiranya tidak menepati syarat-syaratnya sebagaimana ibadah-ibadah yang lain.

Rasulullah SAW bersabda: Doa itu ialah ibadat. (riwayat Bukhari)

Oleh sebab itu, Allah SWT tidak suka sekiranya kita tergesa-gesa dalam berdoa. Kita perlu tenang dan berlemah-lembut dalam mengemukakan harapan dan rintihan kita kepada Allah SWT.

Jangan gunakan suara yang keras dan kuat seumpama memerintah dan mengarahkan dalam berdoa. Ia sama seperti kita memohon sesuatu daripada orang lain. Kita perlu menjaga tutur bahasa dan percakapan sewaktu mengemukakan permohonan tersebut.

Kita juga perlu berhati-hati dalam memilih perkataan yang ingin diucapkan. Barulah orang tersebut bersedia untuk mempertimbangkan permohonan yang kita kemukakan.

Maka, sekiranya sesama manusia kita kena jaga adab dalam meminta, maka lebih-lebih lagi sekiranya kita meminta kepada Allah SWT, Tuhan sekalian alam.

Allah SWT bukan sahaja meminta kita untuk berdoa kepada-Nya, Dia juga mengajar kita bagaimana cara terbaik untuk berdoa.

Firman Allah SWT yang bermaksud: 
Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. (al-A'raf: 55)

ISLAM DI JEPUN BAGAI LEDAKAN



MASJID Kobe merupakan masjid pertama dibina di Jepun walaupun pada permulaanya penduduk Islam di negara matahari terbit itu merupakan masyarakat minoriti.

PENJAJAHAN asing di negara kita telah memberi impak positif kepada penyebaran Islam di benua lain termasuklah Jepun yang turut tidak terlepas tempiasnya. Di sebalik tempoh penjajahan itu, sebenarnya telah mendatangkan 1001 hikmah kepada dakwah Islamiah.

Hal ini diketahui apabila terdapat fakta yang mengatakan asimilasi agama Islam di Jepun disebabkan oleh penjajahan negara matahari terbit itu di Malaysia, selain daripada kesan orang Melayu yang berkhidmat di atas kapal-kapal British dan Belanda pada abad ke-19.

Walaupun tidak dapat dipastikan kesahihannya, sama ada wujud hubungan orang Melayu dengan Jepun pada waktu itu, tetapi terdapat juga dakwaan yang menyatakan adanya pengaruh Islam dari negara lain ke negara itu pada peringkat awal.

Satu lagi fakta penting, pada 1890 apabila Empayar Turki Uthmaniyyah menghantar sebuah kapal tentera laut, Ertugrul ke Jepun untuk tujuan kunjungan hormat ke sana. Bagaimanapun kapal itu musnah dilanda ribut pada 1890.

Untuk pengetahuan umum, walaupun agama Islam di negara matahari terbit itu merupakan sebuah agama minoriti, tetapi ia tidak menghalang seorang warga Jepun bernama, Kotaro Yamaoka untuk menunaikan haji pada awal abad 1900. Yamaoka yang memeluk Islam pada 1909 di Bombay, India selepas tersentuh dengan karya penulisan seorang penulis Islam kelahiran Rusia, Abdurres Ibrahim.

Seorang lagi rakyat Jepun yang turut menerima hidayah Ilahi ialah Bunpachiro Ariga. Dia melafazkan kalimah syahadah sewaktu di India untuk tujuan perdagangan dan kemudiannya dikenali sebagai Ahmed Ariga.

Walaupun terdapat segelintir rakyat Jepun memeluk agama Islam tetapi kehidupan Islam jelas ketara selepas ketibaan beratus pelarian Turki-Tatar dari Asia Tengah dan Rusia ekoran Revolusi Bolshevik semasa Perang Dunia Pertama.

Pelarian yang beragama Islam itu telah diberikan perlindungan di Jepun dan mereka menetap di beberapa bandar raya utama di sekitar Jepun. Pada masa sama, mereka telah menubuhkan komuniti-komuniti Muslim yang kecil sehinggalah terdapat orang Jepun memeluk Islam melalui hubungan tersebut.

Dengan pembentukan komuniti-komuniti Muslim yang kecil itu, beberapa buah masjid telah dibina. Yang paling penting antaranya ialah Masjid Kobe yang dibina pada 1935. Rumah ibadat itu merupakan masjid tunggal di Jepun sehinggalah Masjid Tokyo dibina pada 1938.

Hal itu kerana masyarakat Islam Jepun tidak mengambil berat tentang pembinaan masjid, bahkan tidak terdapat seorangpun daripada mereka yang pernah menjadi imam.

Ledakan Islam

Semasa Perang Dunia Kedua, satu fenomena yang dipanggil 'Ledakan Islam' telah dimulakan oleh kerajaan Jepun melalui penubuhan pertubuhan-pertubuhan dan pusat-pusat penyelidikan untuk mengkaji Islam dan Dunia Muslim. Difahamkan pada waktu itu, sebanyak 100 buah buku dan jurnal mengenai Islam telah diterbitkan di Jepun.

Bagaimanapun, penubuhan pusat-pusat penyelidikan itu sama sekali tidak dikelolakan oleh orang Islam dan tujuannya bukan untuk penyebaran Islam tetapi matlamat sebenarnya adalah untuk melengkapkan tentera dengan pengetahuan yang diperlukan mengenai Islam.

Ini kerana terdapat sebahagian kawasan jajahan Jepun, majoriti rakyatnya adalah beragama Islam, khususnya di Tanah Melayu.

Sebaliknya, usaha penyelidikan itu berakhir begitu sahaja selepas tamatnya Perang Dunia Kedua iaitu pada 1945.

Satu lagi 'Ledakan Islam' ialah selepas krisis minyak pada 1973. Media massa Jepun telah memberi publisiti meluas tentang dunia Islam secara amnya, khususnya dunia Arab selepas Jepun menyedari kepentingan negara-negara itu terhadap ekonomi mereka.

Dengan publisiti meluas itu, banyak orang Jepun yang tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang Islam mempunyai peluang untuk menonton siaran haji di Mekah dan mendengar azan serta bacaan al-Quran.

Kesannya, ramai orang Jepun memeluk Islam pada ketika itu, bahkan terdapat juga banyak upacara pengislaman beramai-ramai. Bagaimanapun, selepas kesan kejutan minyak tamat, kebanyakan pemeluk Islam meninggalkan agama itu.

Malah terdapat fakta mengatakan para juruterbang yang bertugas ke negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia sebagai tentera semasa Perang Dunia Kedua telah diajar mengungkapkan kalimah syahadah ketika pesawat mereka ditembak jatuh supaya mereka tidak dibunuh.

Sebuah pesawat Jepun dikatakan telah ditembak jatuh dan juruterbangnya ditangkap oleh penduduk kampung. Apabila juruterbang itu mengucap kalimah syahadah, dia berasa hairan kerana para penduduk itu bertindak memberi layanan baik kepadanya.

Cabaran masa kini

Walaupun terdapat banyak fakta berhubung asimilasi agama Islam wujud di Jepun tetapi terdapat anggaran negatif berhubung bilangan orang Islam di negara itu. Ada yang mengatakan jumlah orang Islam di negara itu hanya berjumlah ratusan orang.

Perkembangan itu disebabkan oleh pelbagai faktor termasuklah kelemahan dari segi orang-orang Islam Jepun itu sendiri, selain timbul perbezaan orientasi antara generasi tua dengan generasi baru.

Bagi generasi tua, Islam disamakan dengan agama Malaysia, Indonesia, China, dan sebagainya. Tetapi bagi generasi baru, negara-negara Asia Tenggara tidak begitu menarik hati disebabkan pengaruh daripada orientasi Barat dan mereka lebih dipengaruhi oleh Islam di negara-negara Arab.

Bagaimanapun disebabkan taburan orang Islam yang amat sedikit, terjemahan al-Quran dalam bahasa Jepun susah didapati. Tiada karya kesusasteraan Islam di dalam buku-buku kedai atau perpustakaan-perpustakaan awam, kecuali beberapa esei dan buku dalam bahasa Inggeris yang dijual pada harga yang mahal.

Mereka sebagai Islam juga menghadapi kesusahan terhadap komunikasi, perumahan, pendidikan kanak-kanak, makanan halal serta kesusasteraan Islam selain tekanan-tekanan dan godaan-godaan gaya hidup moden.

Oleh itu, tanggapan salah terhadap ajaran Islam yang dilakukan oleh media-media Barat perlu diperbetulkan dengan cara yang lebih cekap dan tepat agar Islam tidak disalahtafsirkan oleh rakyat Jepun yang bukan beragama Islam, sekali gus menyelamatkan keberadaan komuniti Islam berbangsa Jepun di sana.

Imej Islam di Jepun telah tercalar teruk oleh kejadian pembunuhan Hitoshi Igarashi disebabkan oleh penterjemahan ayat-ayat Syaitan (The Satanic Verses), selain Serangan 11 September 2001 yang telah menambah imej negatif terhadap agama Islam.


Susunan JUANI MUNIR ABU BAKAR

Artikel Penuh: www.utusan.com.my

Thursday, March 7, 2013

7 LAPISAN BUMI



Allah juga berfirman, ‘Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi.’ (ath-Thalaq: 12)

Ketika para ilmuwan mulai meneliti lembah-lembah di bumi untuk mengenal struktur dan unsur-unsurnya, mereka menemukan mitos dan dongeng yang mendominasi abad-abad terakhir itu tidak memiliki dasar ilmiah. Setelah para ilmuwan menemukan bahwa bumi berbentuk bulat telur, maka mereka menduga bahwa inti bola bumi ini mempunyai suatu nukleus, dan cangkangnya adalah kerak bumi yang sangat tipis jika dibandingkan dengan ukuran bumi. Dan antara dua lapisan ini ada lapisan ketiga yang biasa disebut dengan kata mantel. Ini merupakan pengetahuan awal para ilmuwan.


Perkembangan Fakta-fakta Ilmiah

Teori Tiga Lapisan ini tidak cukup lama bertahan karena penemuan-penemuan yang terbaru di sistem geologi. Pengukuran-Pengukuran dan percobaan-percobaan terbaru menunjukkan bahwa Artikel yang berisi nukleus dari bumi itu berada di bawah tekanan yang sangat tinggi, tiga juta kali lebih dari permukaan bumi.

Di bawah tekanan seperti itu, zat berubah bentuk menjadi solid, dan hal ini pada gilirannya membuat inti bumi itu sangat solid. Inti bumi ini dikelilingi suatu lapisan zat cair dengan suhu yang sangat tinggi. Ini berarti bahwa ada dua lapisan di dalam inti bumi, bukan satu. Satu lapisan di dalam pusat yang dikelilingi lapisan zat cair.

Hal itu diketahui sesudah alat-alat pengukur dikembangkan dan memberi para ilmuwan suatu perbedaan yang jelas antar lapisan-lapisan bumi bagian dalam. Jika kita turun ke bawah bumi yang keras, kita akan menemukan lapisan batu-batu yang sangat panas, yaitu batu yang berfungsi untuk membungkus. Setelah itu ada tiga lapisan terpisah, di mana masing-masing itu berbeda kepadatan, tekanan dan suhu yang berbeda-beda.

Oleh karena itu para ilmuwan mengklasifikasi lapisan-lapisan bumi menjadi tujuh lapisan, tidak lebih. Gambar menunjukkan lapisan-lapisan ini dengan dimensi masing (beberapa di luar skala), sesuai yang ditemukan para ilmuwan baru-baru ini dengan berbagai metode seperti menggunakan alat pengukur gempa bumi dan studi medan magnetik bumi, dan juga teknik-teknik yang lain. Berbagai studi dan penemuan tersebut saat ini diajarkan kepada para mahasiswa fisika di berbagai universitas.

Gambar ini menunjukkan tujuh lapisan Bumi, memberitahukan bahwa kerak bumi adalah lapisan sangat tipis yang disusul dengan mantel dengan berbeda-beda ketebalannya, lalu disusul lapisan-lapsan yang terdiri zat cair, dan diakhiri dengan yang lapisan ketujuh, yaitu nukleus padat.

Para ilmuwan juga menemukan bahwa atom terdiri dari tujuh lapisan atau tingkatan, dan hal ini membuktikan keseragaman ciptaan, di mana bumi mempunyai tujuh lapisan dan atom-atom mempunyai tujuh lapisan juga. Subhanallah.

Tujuh lapisan bumi itu sangat berbeda-beda dari segi struktur, kepadatan, suhu dan bahannya. Oleh karena itu, tidak seorang pun menganggap bumi itu hanya mempunyai satu lapisan sebagai orang di masa lampau berpikir. Di sini kita menemukan bahwa pemikiran bahwa bumi mempunyai lapisan-lapisan merupakan berkara baru dan tidak dikenal atau yang dikemukakan pada waktu al-Qur’an itu sedang diturunkan. Penemuan-penemuan ini dikemukakan para ilmuwan abad 21 kepada kita, tetapi sejak dahulu Kitab Allah telah memberitahu kita tentang hal tersebut.

 
Informasi di dalam al-Qur’an al-Karim

Al-Qur’an al-Karim, perkataan Tuhan, menuturkan kepada kita tentang tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi di dalam dua ayat berikut:
‘Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis, kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?’ (al-Mulk: 3)

Allah juga berfirman, ‘Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi.’ (ath-Thalaq: 12) Ayat pertama bericara kepada kedua tentang dua sifat langit: bilangan langit itu, yaitu tujuh, dan bentuk langit, yaitu berlapis-lapis. Inilah arti kata thibaqan yang kita temukan di dalam kitab-kitab tafsir al-Qur’an dan kamus-kamus bahasa Arab. Sedangkan ayat kedua menegaskan bahwa bumi itu menyerupai langit, dan hal itu diungkapkan dengan kalimat, ‘Dan seperti itu pula bumi.’ Sebagaimana langit itu berlapis-lapis, maka begitu pula bumi, dan masing-masing jumlahnya tujuh lapisan.



Informasi dalam Sunnah


Seandainya kita meneliti hadits-hadits Rasulullah saw, maka kita menemukan sebuah hadits yang menegaskan keberadaan tujuh lapis bumi, maksudnya tujuh lapis yang sebagiannya membungkus sebagian yang lain. Nabi saw bersabda, ‘Barangsiapa yang menyerobot sejengkal tanah, maka Allah akan menimbunnya dengan tujuh lapis bumi.’ (HR Bukhari) Kata menimbun di sini diungkapkan dengan kata thawwaqa yang secara bahasa berarti meliputinya dari semua sisi.

Pertanyaannya di sini adalah: Bukankah hal ini merupakan mukjizat Nabawi yang besar? Bukankah hadits yang mulia ini telah menentukan bilangan lapisan bumi, yaitu tujuh, dan menentukan bentuk lapisan itu, yaitu meliputi dan menyelubungi. Bahkan hadits ini memuat sinyal tentang bentuk bulat atau semi-bulat. Al-Qur'an dan Sunnah telah mendahului ilmu pengetahuan modern dalam mengungkapkan fakta yang ilmiah ini. Selain itu, al-Qur'an juga telah memberi kita penelasan yang tepat mengenai struktur bumi dengan menggunakan kata thibaqan.


Disalin dengan sedikit ubahsuai dari : http://www.eramuslim.com/syariah/quran-sunnah/tujuh-lapisan-bumi.htm
Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Oleh Dr. Mohamad Daudah

LALAT ANTARA PENYAKIT, MANFAAT DAN KEBENARAN HADIS NABI S.A.W DAN SAINTIS



Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat.(Riwayat al-Bukhari)

Kemusykilan

Hadis ini benar-benar pelik. Bolehkah lalat yang dikenali sebagai binatang pengotor mempunyai penawar kepada penyakit yang dibawanya?

Secara Logik

Lalat memang dikenali sebagai binatang pengotor dan pembawa penyakit. Hal ini sepertimana yang telah diterangkan dalam hadis di atas 'sesungguhnya pada sebelah sayapnya terdapat penyakit'. Namun perlu difikirkan kenapakah kekotoran, iaitu merujuk kepada pelbagai jenis bakteria yang terdapat pada tubuh badan lalat ini tidak mengakibatkan penyakit kepada lalat itu sendiri?

Jawapannya adalah kerana lalat memiliki daya tahanan badan semulajadi yang menghasilkan sejenis toksin yang bertindak sebagai penawar (antidote) yang memelihara dirinya daripada bahaya bakteria-bakteria tersebut.

Secara Saintifik

Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.

sitoplasma dapat membunuh kuman dari lalat


sitoplasma dapat membunuh kuman dari lalat (gambar)

Apa yang disebutkan di dalam hadis di atas telah pun dibuat kajian oleh para saintis pada zaman kemudiannya. Contohnya pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.

Kemudian pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria.

Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya. Justeru mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini.

Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah adalah benar iaitu saranan baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat tersebut, dalam erti kata bahawa badannya harus dibasahkan sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat. Subhanallah betapa hebatnya junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...