Monday, March 28, 2011

Rahsia dalam Solat

 

image

1) Niat Sembahyang -:
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2) Berdiri Betul -:
Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3) Takbiratul Ihram -:
Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4) Fatihah -:
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5) Rukuk -:
Sebagai tikar kita di dalam kubur

6) Iktidal -:
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur

7) Sujud -:
Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotulmustaqim

Duduk Antara Dua Sujud (awal) -:
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9) Duduk Antara Dua Sujud (akhir)-:
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang mahsyar

10) Tahiyat Akhir -:
Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh Mungkar dan Nangkir didalam kubur.

11) Selawat Nabi -:
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12) Salam -:
Memelihara kita di dalam kubur.

13) Tertib -:
Akan pertemuan kita dengan Allah.

Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?

[tweetmeme only_single="false"]

Thursday, March 24, 2011

Iman Cermin Keperibadian setiap insan

 

image

ALLAH SWT hanya akan menilai apa yang diperbuat dan dilakukan seseorang sebagai balasan dan bekalan pada hari kemudian kelak. Sehubungan itu, orang tidak akan menilai lagi apa yang terpendam dalam hati seseorang. Sebaliknya, apa yang dizahir dan dilahirkan melalui anggota tubuh badan yang juga cerminan apa yang tersemat dalam hati itulah yang akan menjadi neraca penilaian.

Oleh itu, amalan tidak beretika dan tidak bermoral yang semakin berleluasa dalam masyarakat adalah isyarat hati yang ketandusan nilai kerohanian yang luhur dan jauh daripada prinsip ajaran Islam sebenar.

Pernah berlaku satu peristiwa seperti diriwayatkan oleh pasal bin Sa’ad yang berkata: “Ada seorang lelaki yang lalu melewati hadapan Rasulullah SAW lalu melewati hadapan Rasulullah SAW, lalu Baginda bertanya kepada sahabat yang duduk di sebela Baginda: Apakah pendapatmu mengenai orang ini?

“Maka sahabat itu pun berkata: Dia adalah seorang lelaki dari kalangan terhormat. Demi Allah! Orang ini sangat layak untuk dinikahi jika dia datang melamar, diberi syafaat jika dia meminta syafaat.

“Rasulullah pun diam seketika. Kemudian, datang pula seorang lelaki melewati hadapan Baginda. Baginda kembali bertanya:Apakah pendapatmu tentang orang ini pula?

“Lantas sahabat itu pun berkata: Wahai Rasulullah! Dia ini adalah dari kalangan orang fakir miskin. Dia ini sememangnya layak ditolak jika datang melamar, tidak layak diberi syafaat jika dia meminta dan juga tidak layak diberi perhatian jika dia berbicara.

“Maka Rasulullah bersabda yang bermaksud: Orang ini (yang kedua) jauh lebih baik daripada orang yang pertama tadi.”

Jelas daripada kisah yang dipaparkan di atas bahawa nilai dan taraf seseorang manusia bukannya diukur daripada kebesaran rupa lahiriyahnya. Begitu juga bukannya daripada kekayaannya, kemuliaan nasab keturunannya, keterampilannya yang menarik dan kemasyhuran atau ketinggian pangkatnya di kalangan manusia ramai.

Sebaliknya, neraca piawaian sebenarnya di sisi Allah SWT ialah sepohon iman yang bertapak kukuh di dasar hatinya dan buah amal yang dihasilkan oleh pepohon iman yang dibajai dengan keikhlasan. Begitu juga dengan ketakwaan dan ketundukan yang penuh tulus ke hadrat Allah SWT.

Tidakkah Allah SWT berfirman dalam surah al-Hujurat, ayat 13 yang bermaksud: “Sesunggunya semulia-mulia kamu di sisi kamu ialah orang yang lebih takwanya antara kamu (bukan yang lebih keturunannya atau bangsanya)."

[tweetmeme only_single="false"]

Ana bersyukur kepada ALLAh kerana

 

image

Dari manuskrip lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara 'Middle East', orang yang menulis tidak dapat dikesan. Ini adalah sesuatu yang harus direnung dan difikirkan bersama bukan setakat baca dan lupakan, harap kita semua dapat mengelakkan diri kita terjatuh dalam golongan seperti dalam manuskrip dibawah. Amin

1. Seorang Nasrani berkata, "Saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi".

2. Seorang Majusi pula berkata, "Saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir".

* Cuba kita meneliti dua perbualan diatas, kita dapati, kedua-dua kafir tidak mengaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan orang kafir... cuba kita lihat pula apa orang kafir kata...

3. Seorang kafir pula berkata, "Saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan
sebagai anjing".

4. Anjing pula berkata, "Saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing. Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai khinzir."

* Mari kita teka apakah kesudahan perbualan ini, dan cuba kita teka apakah yang khinzir akan kata dan siapakah yang khinzir akan bandingkan dengan dia...

5. Khinzir pula berkata, "Saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor khinzir. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang tidak solat".

6. Manusia pula berkata, "Saya ini kufur sebab tak sembahyang, tapi bersyukur masih diberi nikmat hidup didunia oleh Allah sebelum mati dan masuk neraka".

Ini adalah sebuah manuskrip yang memberi kesedaran kepada umat Islam yang masih tidur dan juga umat yang selalu membandingkan diri mereka dengan insan yang lebih buruk dan lemah dari mereka. Jika ini berterusan, umat Islam tidak akan maju. Tercatat didalam Al-Quran, bahawa umat islam yang meninggalkan solatnya akan menjadi semakin banyak dan lumrah pada akhir zaman... adakah ini akan berlaku atau sedang berlaku atau telah berlaku? Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab neraka itu adalah benar dan syurga itu adalah benar... Maha suci ALLAH.

[tweetmeme only_single="false"]

PETUA MENGAJAR ANAK

 

image

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu

hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas

belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan

hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau

salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak

kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang

sensitif... . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan

tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.

Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia

beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak

derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama,

latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan

tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada

rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu

dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan

persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di

rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.

Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur,

pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak

tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang

panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka

mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan

sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan

mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan

rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau

menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa

dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau

berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak

tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan

ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah

orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor

mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan

tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa

yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa

caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita

derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah

kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu

atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke

masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf

berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan

buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba

kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta

pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita

buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya

baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?

"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi

menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang

untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak

dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu

tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan

ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun

sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya

tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada

yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan

nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira

kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau

mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang

anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada

menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil

berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf

mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan

emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri

kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga

suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan

ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas

menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu

hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di

rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar

menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada

menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi

Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan

pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik

simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita

yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan

bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan

menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim.

Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi,

katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D.

Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya

menempatkan anak-anak anda dikalangan winners.

Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak

Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers

Adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang

baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda

malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan

yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan

anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat

daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang

(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila

berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan

(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya

senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu

melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya

kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan

mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga

(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah

tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan

diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.

Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.

Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.

Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg

dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai

orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .

Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.

Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

[tweetmeme only_single="false"]

Wednesday, March 23, 2011

Lemah Iman

 

image

Fenomena lemah iman kaum muslimin seolah-olah sudah menular dengan begitu drastik kini, sesuatu perkara yang semakin sukar untuk dibendung. Dari hari ke hari semakin ramai kaum muslimin mengadu kerana kekerasan hatinya yang diucapkan berkali-kali melalui ungkapan mereka seperti; “Saya merasakan adanya kekerasan di dalam hatiku. saya tidak pernah mendapat kenikmatan dalam beribadah.

Saya merasakan bahawa iman di dalam hati ini seakan-akan berada dalam jurang. saya tidak terpengaruh oleh bacaan Al-Quran dan mengapa mudah sekali saya terjerumus dalam kedurhakaan?” Sesungguhnya penyakit lemah iman itu mempunyai beberapa tanda dan fenomena di antaranya:

1) MELAKUKAN KEDURHAKAAN DAN DOSA
Terdapat orang melakukan kedurhakaan secara terus-menerus, ada pula yang melakukan pelbagai jenis kedurhakaan. Apabila sering melakukan kedurhakaan akan menyebabkan menjadi kebiasaan yang tidak dapat ditinggalkan lagi, seterusnya hati menjadi sirna daripada merasa kedurhakaan itu dan akhirnya berani melakukan secara terang-terangan.

2) MERASAKAN ADANYA KEKERASAN DAN KEKAKUAN HATI
Kerana persaan ini, seseorang merasakan seakan-akan hatinya telah berubah laksan batu keras yang hampir mustahil diusik dan dipengaruhi sesuatu pun.
Firman Allah: “ Kemudian setelah itu, hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi” (2:74). Orang yang hatinya keras tidak mampu dipengaruhi dengan nasihat tentang kematian,tidak pula terpengaruh tatkala dia melihat orang mati atau mayat yang membujur kaku. Bahkan boleh jadi dia sendiri yang mengangkat mayat itu dan mengurungnya di liang lahad, tetapi langkah-langkah kakinya di antara sekian banyak kuburan tidak ubah seperti langkah-langkah di antara longgokan batu.

3)TIDAK TEKUN DALAM IBADAH
Tidak khusyuk semasa solat, membaca Al-Quran, berdoa dan lain-lain. Tidak memikirkan dan menyemak makna-makna doa yang dibaca, sehingga membaca hanya sekadar rutin harian. Mungkin doa yang dibaca hanya terbatas kepada doa-doa yang tertentu sahaja, sehingga tidak merasa perlu untuk memikirkan makna-maknanya. Padahal Allah SWT tidak menerima doa yang dibaca hanya sekadarnya sahaja, sebagaimana yang disebut dalam satu hadis;
“Tidak akan diterima doa dari hati yang lalai dan main-main” ( At-Tarmizi)

4)MALAS UNTUK MELAKUKAN AMAL TAAT DAN IBADAH SERTA MEREMEHKANNYA
Ibadah yang dilakukan hanya sekadar aktiviti yang kosong tanpa roh. Allh telah menyifatkan orang-orang yang munafik dalan firmanNya;
“Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas” (4:142). Selain itu, sesorang tidak mempedulikan hilangnya tanda-tanda kebaikan dan meremehklan waktu-waktu yang tepat untuk beribadah. Contohnya, menunda-nunda ikut solat jemaah dan solat jumaat. Padahal Rasulullah SAW bersabda;
“ Masih ada sahaja golongan orang yang menunda-nunda mengikuti saf pertama, sehingga Allah pun menundakan keberadaan mereka di dalam mereka” (Riwayat Abu Daud)

5) TIDAK TERSENTUH OLEH AYAT-AYAT AL-QURAN
Tidak tersentuh dengan janji, ancaman, perintah, pensifatan kiamat dan lain-lainnya di dalamAl-Quran. Orang yang lemah imannya akan menjadi bosan dan malas untuk mendengar kandungan isi Al-Quran, dan tidak berusaha untuk membuka dirinya untuk berhubung secara langsung dengan Al-Quran.

6)MELALAIKAN ALLAH DALAM BERZIKIR DAN BERDOA
Berzikir menjadi satu pekerjaan yang berta bagi dirinya. Jika mengangkat tangannya untuk berdoa, dengan secepat kilat juga dia menelangkupkan tangannya dan menyudahinya. Allah telah menyifatkan orang-orang munafik dalam firmanNya;. “Dan mereka tidak menyebut Allah kecuali hanya sedikit sahaja’ (4:142)

7)TIDAK MERASA TERGUGAT TANGGUNGJAWAB UNTUK BERAMAL DEMI KEPENTINGAN ISLAM
Tidak mahu berusaha untuk menyebarkan dakwah. Keadaan ini jauh berbeza dengan para sahabat nabi. Seorang pemuda Ibn Amr langsung beranjak melakukan dakwah kepada kaumnya sebaik sahaja masuk Islam. Tetapi majoriti orang-orang zaman sekarang hanya duduk senang dan tidak memikirkan tanggungjawab untuk berdakwah meskipun sekian lama sebagai seorang muslim.

Di sini kita sama-sama renungkan adakah iman kita lemah. Jika kita menepati ciri-ciri seperti di atas, berusahalah untuk mengubahnya kerana masa tidak menunggu kita. Dari sehari ke sehari usia kita meningkat, umur menjadi semakin pendek. Jangan sesekali kita merasa angkuh meskipun kita memakai tudung yang labuh atau mempunyai tanda sujud di dahi denagn merasakan diri kita sebenarnya beriman kerana itu bukanlah syarat seseorang itu mempunyai iman yang kuat....

[tweetmeme only_single="false"]

Adab Membaca Al Quran

 

image

Al Quran sebagai Kitab Suci, Wahyu Ilahi, mempunyai adab-adab tersendiri bagi orang-orang yang membacanya. Adab-adab itu sudah diatur dengan sangat baik, untuk penghormatan dan keagungan Al Quran; tiap-tiap orang harus berpedoman kepadanya dan mengerjakannya.

Imam Al Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin telah memperinci dengan sejelas-jelasnya bagaimana hendaknya adab-adab membaca Al Qur'an menjadi adab yang mengenal batin, dan adab yang mengenal lahir. Adab yang mengenal batin itu, diperinci lagi menjadi erti memahami asal kalimat, cara hati membesarkan kalimat Allah, menghadirkan hati dikala membaca sampai ke tingkat memperluas, memperhalus perasaan dan membersihkan jiwa.

Dengan demikian, kandungan Al Quran yang dibaca dengan perantaraan lidah, dapat bersemi dalam jiwa dan meresap ke dalam hati sanubarinya. Kesemuanya ini adalah adab yang berhubungan dengan batin, iaitu dengan hati dan jiwa. Sebagai contoh, Imam Al Ghazali menjelaskan, bagaimana cara hati membesarkan kalimat Allah, iaitu bagi pembaca Al Qur'an ketika ia memulainya, maka terlebih dahulu ia harus menghadirkan dalam hatinya, betapa kebesaran Allah yang mempunyai kalimat-kalimat itu. Dia harus yakin dalam hatinya, bahawa yang dibacanya itu bukanlah kalam manusia, tetapi adalah kalam Allah Azza wa Jalla.

Membesarkan kalam Allah itu, bukan saja dalam membacanya, tetapi juga dalam menjaga tulisan-tulisan Al Quran itu sendiri. Sebagaimana yang diriwayatkan, 'Ikrimah bin Abi Jahl, sangat gusar hatinya bila melihat lembaran-lembaran yang bertuliskan Al
Quran berserak-serak seolah-olah tersia-sia, lalu ia memungutnya
selembar demi selembar, sambil berkata:"Ini adalah kalam Tuhanku! Ini adalah kalam Tuhanku, membesarkan kalam Allah bererti membesarkan Allah."

Adapun mengenai adab lahir dalam membaca Al Quran, selain didapati di dalam kitab Ihya Ulumuddin, juga banyak terdapat di dalam kitab-kitab lainnya. Misalnya dalam kitab Al Itqan oleh Al Imam Jalaludin As Suyuthu, tentang adab membaca Al Quran itu diperincinya sampai menjadi beberapa bahagian.

Diantara adab-adab membaca Al Quran, yang terpenting ialah:
1. Disunatkan membaca Al Quran sesudah berwudhu, dalam keadaan bersih, sebab yang dibaca adalah wahyu Allah.

2. Mengambil Al Quran hendaknya dengan tangan kanan; sebaiknya memegangnya dengan kedua belah tangan.

3. Disunatkan membaca Al Quran di tempat yang bersih, seperti di rumah, di surau, di mushalla dan di tempat-tempat lain yang dianggap bersih. Tapi yang paling utama ialah di masjid.

4. Disunatkan membaca Al Quran menghadap ke Qiblat, membacanya dengan khusyu' dan tenang; sebaiknya dengan berpakaian yang pantas.

5. Ketika membaca Al Quran, mulut hendaknya bersih, tidak berisi
makanan, sebaiknya sebelum membaca Al Quran mulut dan gigi dibersihkan terlebih dahulu.

6. Sebelum membaca Al Quran disunatkan membaca ta'awwudz, yang berbunyi: A'udzubillahi minasy syaithanirrajim. Sesudah itu barulah dibaca Bismillahirrahmanir rahim. Maksudnya, diminta lebih dahulu perlindungan Allah, supaya terjauh pengaruh tipu daya syaitan, sehingga hati dan fikiran tetap tenang di waktu membaca Al quran, dijauhi dari gangguan. Biasa juga orang yang sebelum atau sesudah membaca ta'awwudz itu, berdoa dengan maksud memohon kepada Alah supaya hatinya menjadi terang.

Doa itu berbunyi sebagai berikut.
"Ya Allah bukakanlah kiranya kepada kami hikmat-Mu, dan taburkanlah kepada kami rahmat dan khazanah-Mu, ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

7. Disunatkan membaca Al Quran dengan tartil, iaitu dengan bacaan yang pelan-pelan dan tenang, sesuai dengan firman Allah dalam surat (73) Al Muzammil ayat 4:
".... Dan bacalah Al Quran itu dengan tartil".
Membaca dengan tartil itu lebih banyak memberi bekas dan mempengaruhi jiwa, serta serta lebih mendatangkan ketenangan batin dan rasa hormat kepada Al Quran.

Telah berkata Ibnu Abbas lah. a.:" ana lebih suka membaca surat Al
Baqarah dan Ali Imran dengan tartil, daripada kubaca seluruh Al Quran dengan cara terburu-buru dan cepat-cepat."

8. Bagi orang yang sudah mengerti erti dan maksud ayat-ayat Al Quran, disunatkan membacanya dengan penuh perhatian dan pemikiran tentang ayat-ayat yang dibacanya itu dan maksudnya. Cara pembacaan seperti inilah yang dikehendaki, iaitu lidahnya bergerak membaca, hatinya turut memperhatikan dan memikirkan erti dan maksud yang terkandung dalam ayat-ayat yang dibacanya. Dengan demikian, ia akan sampai kepada hakikat yang
sebenarnya, iaitu membaca Al Quran serta mendalami isi yang terkandung di dalamnya. Hal itu akan mendorongnya untuk mengamalkan isi Al Quran itu.

Firman Allah dalam surat (4) An Nisaa ayat 82 berbunyi sebagai berikut:
"Apakah mereka tidak memperhatikan (isi) Al Quran?..."

Bila membaca Al Quran yang selalu disertai perhatian dan pemikiran erti dan maksudnya, maka dapat ditentukan ketentuan-ketentuan terhadap ayat-ayat yang dibacanya. Umpamanya: Bila bacaan sampai kepada ayat tasbih, maka dibacanya tasbih dan tahmid; Bila sampai pada ayat Doa dan Istighfar, lalu berdoa dan minta ampun; bila sampai pada ayat azab, lalu meminta perlindungan kepada Allah; bila sampai kepada ayat rahmat, lalu
meminta dan memohon rahmat dan begitu seterusnya. Caranya, boleh diucapkan dengan lisan atau cukup dalam hati saja.

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud, dari Ibnu Abbas yang maksudnya sebagai berikut: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila membaca: "Sabbihissma rabbikal a'lah", beliau lalu membaca subhanarobbiyal a'lah . Diriwayatkan pula oleh Abu Daud, dan Wa-il bin Hijr yang maksudnya sebagai berikut:" Ana dengan Rasulullah membaca surat Al Fatihah , maka Rasulullah sesudah membaca "Walad dholliin" lalu membaca aamin. Demikian juga disunatkan sujud, bila membaca ayat-ayat sajadah, dan sujud itu dinamakan sujud tilawah.

Ayat-ayat sajadah itu terdapat pada 15 tempat iaitu:
- dalam surat Al-A'raaf ayat 206
- dalam surat lah-ra'di ayat 15
- dalam surat An-Nahl ayat 50
- dalam surat Bani Israil ayat 109
- dalam surat Maryam ayat 58
- dalam surat Al-Haji ayat 18 dan ayat 77
- dalam surat Al Furqaan ayat 60
- dalam surat Annaml ayat 26
- dalam surat As-Sajdah ayat 15
- dalam surat As-Shad ayat 24
- dalam surat Haamim ayat 38
- dalam surat An-Najm ayat 62
- dalam surat Al-Insyiqaq ayat 21,
- dan dalam surat Al-'Alaq ayat 19

9. Dalam membaca Al Quran itu, hendaknya benar-benar diresapkan erti dan maksudnya, lebih-lebih apabila sampai pada ayat-ayat yang menggambarkan nasib orang-orang yang berdosa, dan bagaimana hebatnya siksaan yang disediakan bagi mereka. Sehubungan dengan itu, menurut riwayat, para sahabat banyak yang mencucurkan air matanya di kala membaca dan mendengar
ayat-ayat suci Al Quran yang menggambarkan betapa nasib yang akan diderita oleh orang-orang yang berdosa.

10. Disunatkan membaca Al Quran dengan suara yang bagus lagi merdu, sebab suara yang bagus dan merdu itu menambah keindahan islubnya Al Quran. Rasulullah s. a. w. telah bersabda:
"Kamu hiasilah Al Quran itu dengan suaramu yang merdu"

Diriwayatkan, bahwa pada suatu malam Rasulullah s.a.w.
menunggu-nunggu isterinya, Siti 'Aisyah lah.a. yang kebetulan agak terlambat datangnya. Setelah ia datang, Rasulullah bertanya kepadanya: "Bagaimanakah keadaanmu?" Aisyah menjawab :"Ana terlambat datang, kerana mendengarkan bacaan Al Quran seseorang yang sangat bagus lagi merdu suaranya. Belum
pernah aku mendengarkan suara sebagus itu." Maka Rasulullah terus berdiri dan pergi mendengarkan bacaan Al Quran yang dikatakan Aisyah itu. Rasulullah kembali dan mengatakan kepada Aisyah:" Orang itu adalah Salim, budak sahaya Abi Huzaifah. Puji-pujian bagi Allah yang telah menjadikan orang yang suaranya merdu seperti Salim itu sebagai ummatku."

Oleh sebab itu, melagukan Al Quran dengan suara yang bagus, adalah disunatkan, asalkan tidak melanggar ketentuan-ketentuan dan tata cara membaca sebagaimana yang telah ditetapkan dalam ilmu qiraat dan tajwid, seperti menjaga madnya, harakatnya (barisnya) idghamnya dan lain-lainnya.

Di dalam kitab zawaidur raudhah, diterangkan bahawa melagukan Al Quran dengan cara bermain-main serta melanggar ketentuan-ketentuan seperti tersebut di atas itu, haramlah hukumnya; orang yang membacanya dianggap fasiq, juga orang yang mendengarkannya turut berdosa.

11. Sedapat-dapatnya membaca Al Quran janganlah diputuskan hanya kerana hendak berbicara dengan orang lain. Hendaknya pembacaan diteruskan sampai ke batas yang telah ditentukan, barulah disudahi. Juga dilarang tertawa-tawa, bermain-main dan lain-lain yang semacam itu, ketika sedang membaca Al Quran.

Sebab pekerjaan yang seperti itu tidak layak dilakukan sewaktu membaca Kitab Suci dan berarti tidak menghormati kesuciannya.
Itulah diantara adab-adab yang terpenting yang harus dijaga dan
diperhatikan, sehingga dengan demikian kesucian Al Quran dapat terpelihara menurut erti yang sebenarnya.

[tweetmeme only_single="false"]

Hubungan hamba dengan Khaliknya

 

image

Apabila sembahyang di tinggalkan
Atau sembahyang dengan kejahilan
Atau sembahyang dengan kelalaian
Hubungan hamba dengan khaliqnya sangat cacat
Atau terus terputus

Kutuk dan laknat pun berlaku ke atas kepalanya
Oleh Allah,para malaikat,seluruh makhluk Allah
kecuali jin dan manusia.
Kalau begitu apalah erti kekayaan
Nama glamor tiada berguna
Bintang kehormatan yang akan menempa celaka
Dirikan sembahyang di atas waktunya
Di awal waktunya.

Pertahankanlah jemaah setiap waktu
Betulkan dan luruskan saf-safnya
Betulkan bacaannya
Hadirkan hati
Fahamkanlah maksudnya
Hayatilah tuntutan-tuntutannya
Rasakan kehebatan Allah
Menghina dirilah di hadapanNya
Agungkan dan besarkan zatNya
Hilangkan segala yang ada
Hanya kewujudannya sahaja kita rasa ada
Ingatlah sembahyang adalah amalan yang mula-mula sekali di periksa
Dirikanlah sembahyang dan jangan hanya bersembahyang
Agar seluruh amalan kita di terima.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...