Wednesday, April 27, 2011

Mengenal Diri Sendiri

 

image

Saat kita ditanya, apakah kita ingin memperbaiki diri, kita pasti menjawab iya. Kita ingin menjadi lebih baik, lebih bahagia, lebih sihat, lebih kaya, lebih soleh, pokoknya lebihlah. Tetapi apa yang terjadi?

Dari beberapa survey, orang yang menuliskan tujuannya masih dibawah 5%, padahal tujuan merupakan arah saat kita akan menuju keadaan yang lebih baik. Tujuan seperti peta disaat Anda melakukan perjalanan jauh.

Adalah terlalu sombong jika kita merasa bahwa kita mampu berjalan sepanjang puluhan tahun ke depan, tanpa petunjuk yang jelas. Padahal ketidak pastian begitu banyak didepan kita, ibarat jalan yang bercabang yang bisa membingungkan kita saat kita menempuh perjalanan.

Suatu peta akan bermanfaat saat kita tahu posisi kita. Peta menjadi tidak berguna jika kita tidak mengetahui posisi kita. Jadi kita harus tahu ada dimana dan kita akan kemana, yang akan membuat perjalanan kita makin lancar dan jelas serta cepat.

Mengetahui posisi diri tiada lain adalah mengenal diri sendiri. Baik mengenal kecerdasan Anda, bakat, hobi, watak atau sikap dominan Anda, dan tidak lupa lingkungan terdekat kita. Sebenarnya masih banyak aspek yang perlu kita kenali, semakin banyak yang kita kenali tentang diri sendiri akan semakin baik.

Kita akan melihat, dengan mengenal diri sendiri kita akan sedar akan segala keterbatasan kita dihadapan Allah sehingga membuat kita tidak menjadi orang yang takabur. Di sisi lain kita juga akan sedar bahwa Allah telah memberikan potensi yang tak terhingga pada diri kita untuk mengarungi kehidupan di dunia ini.

Setelah kita mengenal potensi diri kita, kemudian kita akan mengoptimalkan potensi yang kita miliki. Selain itu kita pun akan tahu potensi apa saja yang belum muncul sehingga kita akan terus menggali berbagai potensi yang belum nampak tersebut. Jika dua hal ini kita lakukan, kita akan menjadi manusia yang bermanfaat di muka bumi ini, insya Allah.

Dengan mengenal diri sendiri kitapun lebih mudah untuk melakukan berbagai perbaikan pada diri sendiri. Kita akan tahu apa yang kurang dan apa yang sudah cukup. Kita akan melakukan perbaikan lebih terarah dan efektif. Perbaikan diri kita pada berbagai aspek bukan hanya untuk mempersiapkan bekal hari esok, termasuk bekal kita di hari akhir nanti.

Mulailah bertafakur tentang diri kita, analisa berbagai aspek tentang kita sedalam dan sejelas mungkin, sehingga kita mengenal siapa kita. Manfaatkan nasihat dan kritik orang lain sebagai umpan balik untuk melihat kekurangan kita. Ketimbang tersinggung dengan ejekan dan kritikan, akan lebih baik jika kita malah mengambil manfaatnya. Kadang ejekan dari musuh lebih jujur dari pada pujian seorang teman. Tapi bukan bererti kita harus punya musuh.

[tweetmeme only_single="false"]

Sesejuk Mata Memandang,Seindah Akhlak Terpampang

 

image

Apa yang sahabat faham tentang kata-kata ini? Sudah tentu ramai yang fikir hanya kecantikan sahaja yang membuatkan mata kita terpesona.Tapi ingatlah kecantikan tidak mengambarkan akhlak..

Istilah SESEJUK MATA MEMANDANG, SEINDAH AHKLAK TERPAMPANG menggambarkan seseorang yang mempunyai peribadi yang baik.

Apabila kita melihat seseorang, kita dapat melihat sinar wajahnya dan hati kita terasa damai..kita melihat seseorang itu dari sudut perwatakannya, pergaulannya,percakapannya..dan yang penting kita mesti mengenalinya..

Seseorang yang baik perwatakannya akan menjadi contoh kepada ramai orang..

FIKIR-FIKIRKANLAH...adakah anda tergolong dalam insan yang diberi gelaran SESEJUK MATA MEMANDANG, SEINDAH AKHLAK TERPAMPANG.

[tweetmeme only_single="false"]

Bumi dan Langit

 

image

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit. Aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain."
Berkata langit, "Hai bumi. Aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."

Berkata bumi, "Hai langit, di tempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."
Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."
Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"
Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."
Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"

Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."
Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."
Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu'alam.

Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj."

[tweetmeme only_single="false"]

Bersihkanlah HATI MU..

 

image

Mengapa sukar untuk memberi maaf apabila hati sudah terguris??Mengapa tidak mahu melupakan disakiti?Mengapa tidak tenang dan sering berdendam apabila dihina dan diumpat?andainya kita tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain beerti kita belum mempunyai hati yang benar-benar bersih,kita belum menjadi seorang yang rendah hati dan pemaaf.Lunakkan hati dengan renungan ini:

Bila sukar memaafkan kesalahan orang lain bermakna kita ada sifat ego dan sombong yang dimurkai oleh Allah.Siapakah kiatayang mahu merasakan diri sebagai ‘tuan’dan mahu orang lain sentiasa berbuat baik terhadap kita.Bila ada orang membuat kesilapan,siapakah kita untuk marah,berdendam dan berharap dia akan menerima balasan dari perbuatannya.

Setiap orang ada kelemahannya dan kekurangannya,termasuk diri kita.kalau hari ini orang bersalah dengan kita,tidak mustahil suatu hari nantikita pula tersalah dengan orang.Apakah kita jamin yang kita tidak akan dapat membuat salah atau silap?kalau kita mahu memaafkan kesalahan kita ,pasti orang lain mengharapkan kemaafan diri kita.

Ingatlah bahawa semua yang terjadi ini hakikatnya adalah dari ALLAH jua .Segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari ALLAH.Dia mahu ,melihat apakah kita dapat menerimanya dengan sebaik-baiknya.Bila kita tetap marah dan tidak mahu memaafkan kesalan orang lain pada kita ertinya kita marah pada ALLAH. Kita berkata “ALLAH,tidak patut Kau buat aku begini”.

Bila orang bersalah dengan kita selidikilah apakah dosa kita lakukan sehingga ALLAH takdirkan begitu terhadap kita.Bila sedar akan kesilapan dan dosa kita sama ada terhadap
Manusia atau kecuaian kita pada ALLAH,nanti akan datang rasa ‘memang patut dihukum’dan orang yang melakukan kesilapan terhadap kita hanyalah sebagai perantaraan sahaja.

Bila sedar bahawa segala kejahatan manusia terhadap kita merupakan hukum dari ALLAH,seharusnya kita bersyukur kerana dihukum didunia ini.itu juga tanda ALLAH memberi perhatian kepada kita dan mahu mengampunkan dosa-dosa kita di dunia ini agar terlepas hukuman yang lebih dasyat di akhirat.Sepatutnya ini mengembirakan kita sehingga mampu untuk kita memaafkan orang yang bersalah.

Seandainya kita tidak mahu memaafkan kesilapan orang lain ,kita tidak untung apa-apa.Apalagi kalau berdendam atau bertindakbalas dan berkasar terhadapnya;maka kita juga akan terjerumus dalam dosa dan mendapat kebencian dari ALLAH S.W.T.

Memberi kemaafan adalah sukar sekiranya kita belum ada sifat kehambaan,yang melihat segala yang berlaku adalah di bawah pentadbiran ALLAH saudarai Maha Mengetahui.Kita akan takut untuk marah dan berdendam dengan manusia hanya dengan ujian yang menimpa ,kerana bimbang kalau-kalau ujian itu merupakan petanda ALLAH sedang murka terhadap dosa-dosa kita.

RASULULLAH S.A.W. BERSABDA:
“SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH ORANG YANG LAMBAT MARAHNYA DAN SEGERA PULA REDA APABILA SUDAH MARAH DAN SEJAHAT-JAHAT MANUSIA ADALAH ORANG YANG LEKAS MARAHNYA DAN LAMBAT PULA REDA MARAHNYA ITU”

[tweetmeme only_single="false"]

Tiket Ke Syurga

 

image

Untuk apa kita dicipta atau Kenapa kita dihidupkan?
Inilah di antara persoalan-persoalan yang sering
menjadi tanda tanya kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Berbagai-bagai pendapat dan pandangan yang diperolehi.

Ada setengah mereka mengatakan hidupnya aku di dunia ini adalah untuk makan, minum, tidur, kahwin dan mati. Lepas mati habis kira. Waktu itu daging-daging reput dimakan ulat dan cacing-cacing.

Ada juga berpendapat begini, “aku hidup untuk cari

hiburan dan kumpul harta banyak-banyak agar puas dan

dimuliakan orang. Bila sudah kaya, semua orang sayang

dan puji aku.” Waktu itulah mereka merasakan “DUNIA

AKU PUNYA” bukan ‘ALLAH PUNYA”

Pendapat lain pula begini, “Aku hidup ini supaya

belajar tinggi-tinggi, setinggi yang mampu. Kemudian

bila ada lulusan Diploma, Ijazah, Ba, Ma, Phd dan

sebagainya, maka senanglah dapat pangkat tinggi,

senang dapat gaji besar, terkenal di sana sini. Aku

boleh jadi “BOOS”. Semua yang diidam-idamkan dapat,

cerah masa depan. Mahu kereta besar menjalar,

bila-bila masa saja. Mahu rumah banglo mudah saja,

mahu cakap besar pun boleh sebab sudah jadi “TUAN

BESAR”. Akan tetapi apakah pendapat dan pandangan ini

selari dengan kaca mata Islam?

Untuk mendapat jawapannya, mari kita lihat, berapa

ramai orang yang kaya, orang yang terkenal, yang

punyai kereta besar, pangkat dan gaji besar, orang

yang disanjung dan termasyhur seperti bintang-bintang

filem “HOLLYWOOD” telah membunuh diri kerana tidak

dapat ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. Apakah

benar jutawan-jutawan akan dipuji orang?

Kalau benar kenapakah kita sering kali terdengar dan

terbaca dalam media massa cetak dan eletronik banyak

yang memaparkan kes-kes pecah rumah yang berlaku pada

hari ini? Orang-orang kaya nampaknya seringkali

terganggu fikirannya. Hatinya sentiasa bimbang, cemas

dan takut rumahnya dimasuki orang, malah untuk menjaga

rumah pun sehingga ada yang membela anjing atau

mengupah jaga. Takut hartanya disamun orang, takut

anak-anak gadisnya dicolek orang dan lebih parah lagi

takut dirinya sendiri menjadi mangsa pembunuhan.

Apakah itu ketenangan abadi?

Allah kurniakan akal yang waras pada kita supaya kita

berfikir. Berfikir tentang keEsaan dan keKuasaan-Nya,

berfikir tantang apakah tujuan kita dihidupkan,

berfikir ke mana kita akan pergi nanti dan apa yang

akan terjadi setelah kita kembali kepangkuan-nya

(Allah) tanpa membawa bekal yang cukup? Inilah yang

wajib kita fikir selalu? Bukannya fikir macam mana

hendak jadi orang kaya, macam mana hendak terkenal,

macam mana hendak itu dan ini tanpa fikirkan nasib

kita di akhirat kelak. Jawapan yang matang mengenai

apa yang perlu kita fikirkan akan kita perolehi,

sekiranya Al Quran dan Sunnah kita jadikan sebagai

tempat rujukan kita. Firman Allah dalam Al Quran

maksudnya:

“Tidak aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk

menyembah aku.”

Bukan saja Allah yang menghendaki kita menyembahnya,

malah akal dan hati kita sendiri pun bersetuju kita

ini tunduk dan patuh pada Allah. Buktinya katalah

suatu hari kawan kita kepada kita begini:

Hai saudara, saudara ni hamba Allahlah apakah perasaan

kita ketika itu? Tentu gembira, senyum-senyum simpul

kita dibuatnya, malah secara “OTOMATIK” akal kita

mengiakan perkataan itu. Ketika itu hati rasa puas,

lega, seronok, lapang dan rasa berterima kasih

padanya, walaupun pada hakikatnya kita tidak pernah

tunduk dan rukuk pada Allah swt, tidak pernah ikut

perintah Allah bahkan tidak pernah fikir cara hidup

mengikut Al Quran dan Sunnah.

Sebab apa hati kita rasa puas? Sedangkan kita tidak

taat pada perintah Allah? Inilah dia bukti dan

jawapannya bahawa sudah menjadi fitrah semula jadi

manusia inginkan kebaikan walaupun pada hakikatnya

dirinya tidak mampu hendak membuat kebaikan.

Sebaliknya apa kata akal dan hati sekiranya kawan kita

kata begini: “Hai saudara! Saudara ni hamba

syaitanlah, saudara ni hamba discolah, saudara ni

hamba nafsulah, apa perasaaan kita ketika itu? Tentu

melenting, marah walaupun memang betul kita ni hamba

nafsu, hamba kereta, hamba syaitan, hamba video, VCD

dan gambar lucah, hamba disco dan hamba-hamba yang

lain selain dari hamba Allah.

Ketika itu hati kita memberontak tidak setuju.

Kenapakah ini berlaku dan lahir dalam diri kita? Sebab

hati dan akal kita tidak bersetuju, malah kalaulah

kita tidak tahan sabar mahu rasanya tempeling kawan

kita itu. Hendak tahu benar atau tidak, cubalah kita

dikatakan begitu di khalayak ramai. Hai mahu gugur

kulit muka rasanya. Sebab apa? Malu!!!! jelas,

kehendak Allah sama dengan kehendak hati dan akal kita

sejak azali lagi.

Kalau benar akal dan hati setuju kita menyembah Allah,

mengapa masih lagi angkuh dan sombong dengan Allah?

Mengapa masih lagi mencabar kekuasaan Allah? Jawabnya,

renungilah beberapa potong ayat suci Al Quran di bawah

ini:

“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang

nyata.”

Dan maksudnya lagi:

“Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada

kejahatan.”

Kini tahulah kita bahawa nafsu dan syaitanlah yang

punya angkara. Ia menggoda hati dan akal kita daripada

terus mengingati Allah. Antara bisikan-bisikan nafsu

syaitan, :Kalau kamu sembah Allah nanti susah, kalau

kamu ikut Quran dan Sunnah, nanti jiwa kamu menderita,

terkongkong, kalau taat pada perintah Allah umpamanya

menutup aurat, nanti kamu tiada kawan, tinggal seorang

diri macam kera sumbang jadinya. Selain dari itu

macam-macam lagilah bisikan-bisikan yang benar-benar

mengganggu fikiran kita. Benarlah firman Allah

bermaksud:

“Syaitan telah menakut-nakutkan kamu dengan

membisik-bisikkan pada hati dan akal kamu.”

Jadi atas dasar itulah kita takut hendak sembah Allah.

Takut hendak ikut Quran dan Sunnah, takut disisih

masyarakat, takut emak dan ayah tidak mengaku anak dan

macam-macam lagi. Nampaknya syaitan dan nafsu sudah

berjaya menguasai fikiran kita. Kini ia sudah berjaya

menawan hati kita, sehinggakan umat Islam hari ini

seringkali diburu oleh perasaan takut.

Buktinya lagi, kita lihat hari ini umat Islam takut

hendak bersedekah atau mengeluarkan zakat. Kenapa?

kerana takut miskin, takut papa kedana, takut kering

periuk nasi, manakala ada yang takut hendak menutup

aurat kerana takut tidak laku, takut tidak dilamar

orang, takut jadi “ANDARTU” dan sebagainya. Oleh

kerana hati sentiasa diburu oleh perasaan takut,

menyebabkan mereka takut hendak sembah dan patuh

kepada perintah Allah.

Kita sebenarnya telah berjaya diperkotak-katikkan oleh

musuh batin kita sendiri. Alangkah ruginya empunya

diri, kerana dapat ditipu oleh hasutan syaitan dan

hawa nafsu sendiri. Tetapi alangkah beruntungnya bagi

orang-orang yang beriman, mereka berjaya menundukkan

dan menewaskan musuh-musuh tersebut. Nafsu dan syaitan

telah mengaku kalah dengan mereka ini, sebab itulah

tidak hairan kalau kita lihat orang-orang yang beriman

mereka sanggup bersusah payah demi mencari keredhaan

Allah. Mereka sanggup mengorbankan harta, jiwa,

fikiran, tenaga dan sebagainya demi mencari kasih

sayang Allah dan Rasullullah saw.

Mereka menerima hukuman-hukuman Allah dengan dada yang

lapang, tanpa sebarang bantahan dan alasan. Bagi

mereka “KAMI DENGAR DAN KAMI PATUH”, inilah antara

ucapan yang mereka lafazkan sekiranya Allah

memerintahkan sesuatu kepada mereka.

Umpamanya Allah menyuruh mereka mendirikan solat,

mereka tidak tanya lagi untuk apa aku sembahyang?

Bagitulah juga dalam bidang-bidang yang lain. Akhirnya

bila Allah berfirman:

“TidakKu jadikan jin dan manusia kecuali menyembah

diriKu.”

Maka mereka tidak tanya lagi Kenapa perlunya aku

sembah Allah, mengapa perlunya aku beribadah pada-Nya?

Jadi dapatlah kita ukur diri kita masing-masing.

Apakah kita ini sudah benar-benar menyembah Allah?

Apakah kita sudah benar-benar menjalani hidup di

pentas sandiwara sementara ini dengan tunduk dan patuh

pada Allah? Apakah kita sudah merelakan jiwa raga kita

semata-mata untuk mencari “MARDHAATILLAH” yakni

“KEREDHAAN Allah” atau sebaliknya? Suluh-suluhlah diri

kita selalu, sering-sering kalilah bertafakkur

mengenangkan dosa-dosa kita dan mengenangkan apakah

tugas kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini

sudah selesai atau belum. Rasulullah pernah bersabda

maksudnya:

“Orang yang bertafakkur (berfikir) sejanak lebih baik

daripada orang yang mengerjakan sembahyang sunat 1000

rakaat dalam keadaan lalai.”

Kalau belum, mulailah dari sekarang jalankanlah

peranan kita yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki

Allah dan Rasulullah saw.

Jika kita mahu menjadi seorang lelaki atau suami yang

benar-benar soleh serta diredhai Allah maka

jalankanlah tanggungjawab kita sebagai seorang mukmin.

Seorang lelaki yang sempurna ialah dia yang tidak

mempermudahkan dalam kewajipan-kewajipan kepada Allah.

Dan seorang lelaki yang kurang ialah dia bersifat

sebaliknya. Maksud dari penjelasan ini ialah seorang

suami yang sudi memaafkan jika isterinya tidak

menghias dirinya dan tidak melayaninya dengan sempurna

dan lain-lain lagi tetapi ia bersikap keras jika

isterinya tidak melakukan solat atau puasa dan

lain-lain kewajipan itulah suami yang sempurna. Dan

seorang suami yang bersifat keras jika isterinya tidak

menghias dirinya atau tidak melayaninya dengan

sempurna dan lain-lain tetapi dia bersikap ach tidak

acuh jika isterinya meninggalkan kewajipan-kewajipan

kepada Allah seperti meninggalkan solat, puasa dan

lain-lain, maka dia adalah seorang suami yang kurang.

Rasulullah saw bersabda:

“Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab

atas yang dipimpinnya, seorang imam yang memimpin

manusia adalah pemimpin, dan ia bertanggungjawab atas

rakyatnya, seorang suami adalah pemimpin dalam

mengurusi ahlinya, ia bertanggunjawab atas yang

dipimpinnya, seorang isteri adalah pemimpin di dalam

rumahtangga dan bertanggunjawab atas yang dipimpinnya

dan seorang pelayan adalah pemimpin dalam mengurusi

harta tuannya ia bertanggungjawab atas

pemeliharaannya, seorang lelaki itu adalah pemimpin

dalam mengurusi harta ayahnya, ia bertanggungjawab

atas peliharaannya. Jadi setiap kau sekelian adalah

pemimpin dan setiap kamu harus bertanggunjawab atas

yang dipimpinnya.”

Jika kita mahu menjadi isteri atau wanita yang

benar-benar solahah serta diredhai Allah, maka

sahutlah seruan Rasulullah saw yang bermaksud:

“Apabila perempuan itu mengerjakan sembahyang lima

waktu dan mengerjakan puasa di bulan Ramadhan dan

menjaga farajnya (maruahnya) dan mentaati suaminya,

dikatakan padanya masuklah olehmu akan syurga daripada

mana-mana pintu yang kamu kehendaki.”

Tidak gembirakah kita (kaum wanita) di atas jaminan

syurga dari Allah dan Rasulullah ke atas kita yang

memenuhi syarat-syarat tersebut? Yakinlah, empat

syarat di atas adalah tiket untuk melayakkan kita

menduduki syurga Allah di akhirat kelak yakni

menyempurnakan sembahyang lima waktu sehari semalam,

berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah diri

(menutup aurat) dan sebagainya dan mentaati segala

perintah suami walaupun kita dimadukan.

Sekiranya empat syarat tersebut diabaikan, bermakna

kaum wanita menempah neraka, bermakna kita telah

merelakan diri kita dicampak ke dalam tempat yang

paling hina dan celaka. tahukah kita bahawa neraka itu

adalah seburuk-buruk tempat dan tempat yang paling

panas, paling pedih seksanya, di mana bahan-bahan

bakarnya terdiri daripada manusia dan batu, manakala

makanannya pula terdiri daripada buah yang berduri dan

pahit. Minumannya pula terdiri daripada air-air danur

(nanah) dan darah yang hanyir dan busuk baunya.

Sanggupkah mencampakkan diri kita ke tempat yang

paling ngeri dan menggerunkan itu?

Cuba kita bayangkan betapa panasnya api neraka, 70

kali ganda panasnya dengan api yang ada di dunia ini.

mengikut riwayat yang mengatakan seringan-ringan seksa

dalam neraka ialah seksaan yang dikenakan kepada Abu

Talib (bapa saudara Nabi saw) di mana beliau diseksa

dengan memakai selipar dari api neraka sehingga

menggelegak otak kerana kepanasan selipar tersebut.

Bayangkanlah, mampukah kita yang kerdil-kerdil lagi

dhaif ini menerima azab yang sedemikian rupa di

akhirat kelak? Tanyalah diri masing-masing, “mampukah

aku menanggung azab yang sangat pedih itu,” Jika

rasa-rasanya tidak mampu, marilah kita sama-sama

berjanji pada diri sendiri mahu tunduk dan patuh pada

segala perintah Allah.

Yakinlah bahawa hari kiamat pasti datang walaupun ada

yang tidak mahu menyahut kedatangannya. Beruntunglah

bagi orang-orang yang tahu matlamat dan tujuan ia

dihidupkan di muka bumi Allah ini? Beruntunglah bagi

mereka yang memenuhi usia muda dan tuanya dengan

beramal ibadah kepada yang Maha Esa kerana mereka

mendapat kasih sayang Allah di dunia lagi apatah lagi

di akhirat kelak, pasti mereka ini memperolehi

keuntungan dan kemenangan yang paling besar nilinya di

sisi Allah swt.

[tweetmeme only_single="false"]

Alam Perkahwinan

 

image

Sifat malu seorang isteri boleh dibina,dan dalam pembinaan ini,suami memainkan peranan yang besar dalam mendidik isteri dengan akhlak yang baik.Justeru,suami perlulah mempunyai sikap suka untuk membimbing dan mengajak ke arah kebaikan,"

Teguran Rasulullah Terhadap Saidatina Zainab ummahatil mukminin.. Diceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah suatu masa menegur Saidatina Zainab ra, "Alangkah indahnya kalau engkau Zainab mengekalkan suaramu seperti ketika bercakap dalam keadaan biasa."

Ini menunjukkan bagaimana peranan seorang suami dalam mendidik isterinya mengekalkan sifat malu.Baginda mengambil pendekatan tunjuk ajar atau nasihat serta bimbingan.

Dalam konteks hari ini,apabila wujud situasi isteri tidak menghormati suami,sepatutnya suami lebih tegas untuk memperbetulkan akhlak isteri.
Selain itu,dalam usaha mengekalkan sifat malu,iman dan ilmu hendaklah menjadi asasnya. Beliau merujuk firman Allah yang bermaksud:
"Dan suruhlah wanita-wanita beriman menundukkan sebahagian dari pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka melainkan apa yang zahir daripadanya;dan hendaklah mereka menutup dada-dada mereka dengan tudung-tudung mereka?" (An-Nur: 31)

Menurut beliau,pemupukan sifat malu pada dasarnya bermula daripada rumah tangga.
"Terdapat tiga perkara pada seadil-adil wanita iaitu bercakap dengan nada yang rendah pada suami,memuliakan ibu dan bapa dengan izin suami,dan banyak beramal bagi mendapatkan pahala dari Allah."

Seorang wanita tidak akan terhina apabila berlemah lembut.
"Tingkah laku seorang wanita terbahagi kepada cara bertutur,cara berpakaian,dan cara bermuamalah,iaitu perhubungan dengan orang lain. Seorang isteri mesti ada rasa malu dalam ketiga-tiga tingkah laku tadi."

Memelihara Aib Suami

Beliau berkata,seorang isteri dikira tidak ada sifat malu jika dia suka menceritakan aib suami atau aib rumah tangga sendiri kepada orang lain.
"Seorang isteri yang tidak malu terhadap suami telah berlaku `dayus' terhadap suami, dalam maksud bahawa dia telah meletakkan suami pada tahap yang paling rendah sedangkan dalam Islam,suami mempunyai kedudukan yang tinggi," .
Pernah diceritakan pada zaman Saiyidina Umar al-Khattab .a., seorang suami datang kepada Saiyidina Umar dan menceritakan yang isterinya banyak sangat bercakap tentang keburukan dirinya sebagai seorang suami,yang menyebabkan dia rasa rendah diri dan terhina.

"Maka Umar mengatakan bahawa lidah isterinya akan dipancung api neraka. `Isteri kamu telah meletakkan lidahnya untuk diselar oleh api neraka.' Maka si suami terkejut dan berkata, `Ya Umar,takkan isteriku akan diseksa sebegini rupa?' Lalu Umar menjawab, `Sesungguhnya peristiwa dia mendedahkan keaiban kamu itu lebih aib daripada apa yang akan diterima.' Maknanya, kalau dia terima seksa itu belum cukup lagi kerana dia telah mengaibkan suaminya,"

Dalam kehidupan berumah tangga,seorang isteri memang perlu mempunyai adab-adab, sebab itu dalam Islam isteri tidak boleh bercakap tinggi, bercakap kasar dengan suami, menengking dan sebagainya.

Malah,seorang isteri sewajarnya malu untuk memakai pakaian yang tidak menggembirakan hati suami.
Beliau memetik pandangan Syeikh Abdullah Nasih Al Alwan dalam kitabnya bahawa seorang isteri mesti mentaati suami jika si suami memintanya menutup aurat kerana logiknya,si suami berkewajipan menyempurnakan tugasnya dalam memberi makan, minum,tempat tinggal yang selesa,dan pakaian. "Apabila suami menyuruh isteri memakai pakaian yang lengkap,maka jika tidak diikut,si isteri itu adalah wanita yang tidak mempunyai rasa malu.Ini di antara kesalahan dalam agama yang dianggap berdosa kepada Allah dan suami."
"You" dan "I" Saja?
Beliau menambah bahawa panggilan isteri terhadap suami juga mencerminkan sifat malu isteri.

"Dalam Islam,Nabi mengajar kita menggunakan panggilan yang menyeronokkan kepada orang yang kita sayangi.
Rasulullah s.a.w. sendiri memanggil isterinya Aisyah dengan nama `Ya Humairah' atau `Ya Anisah' yang bermaksud si gadis sunti.
Hari ini kita menyaksikan suatu fenomena yang kurang menyeronokkan di mana isteri lebih gemar memanggil suaminya dengan panggilan `awak' atau namanya sahaja."

Bagi beliau, isteri yang memanggil suami dengan nama ataupun menggunakan "I" dan "you" apabila bercakap adalah isteri yang tidak mempunyai perasaan malu.
Malu seorang isteri sebenarnya mula dibina sejak awal pertunangan."Dalam Islam sendiri,urusan peminangan tidak boleh dibuat secara langsung kepada si gadis. Peminangan mungkin melalui bapa,ibu,atau waris gadis tersebut.Itu adatnya.
Seorang gadis pula tidak boleh berkata secara terang-terang bahawa dia bersetuju untuk berkahwin. Gadis itu akan berdiam diri. Dari sinilah dikatakan `malu itu tandanya setuju'."
Beliau menambah, wanita memang secara semula jadi mempunyai sifat malu. "Sifat malu ini sememangnya wujud sejak awal penciptaan manusia,iaitu sewaktu Hawa diciptakan dari rusuk kiri Nabi Adam.
Walaupun Hawa tahu bahawa dia diciptakan untuk Nabi Adam,namun kerana perasaan malu,beliau tidak terus meluru kepada Nabi Adam,sehinggalah Allah menyeru untuk berbuat demikian."
Wallahu A'lam...

[tweetmeme only_single="false"]

7 jenis pahala diterima manusia selepas mati

 

image

DARIPADA Anas Radiallahu Anhu, berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya;

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan orang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh iaitu anak yang selalu diajar ilmu al-Quran, maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda bermaksud : “Apabila mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga perkara iaitu sedekah yang berjalan terus, ilmu yang berguna dan diamalkan serta anak yang soleh yang mendoakan baik baginya”.

[tweetmeme only_single="false"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...