Wednesday, September 19, 2012

APAKAH HUBUNGKAIT TASIK GALILEE DENGAN UMAT ISLAM ?



Sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang diterima dari Fathimah binti Qais dalam al-Fitan menyebut :

“Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.”

Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?”

Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Ad-Dari adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal."

"Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya."

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?”

Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”

Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?”

Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu."


Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya.

Mereka bertanya: “Siapakah anda?”

Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini."

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”
Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.”

Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” (nama tempat di negeri Syam).

Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?”

Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”

Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”
Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.”

Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?”

Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.”

Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?”

Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.”

Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.”

Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.”

Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?”

Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur. {3}
Tasik Galilee
Perhatikan pada ayat di atas yang telah dihitamkan. Sungai Tabrah yang disebutkan itulah yang kini dikenali sebagai Tasik Galilee (juga disebut laut). Keadaan 'paras air' di Tasik Galilee ini telah pun disebut-sebut pada zaman Rasulullah SAW jika diperkirakan dari sudut hadith Tamim Ad-Dari ini.

Perhatikan pada ayat di bawah :
Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”
Jelas sekali, Dajjal telah memberitahu kepada 'mereka' bahawa dia (Dajjal) bimbang paras air di Sungai Tabarah (Tasik Galilee) akan kering kerana berdasarkan apa yang telah dijanjikan, Dajjal akan dibunuh oleh Isa Ibn Maryam (Nabi Isa as) yang akan turun setelah keringnya air di tasik itu.

Tasik Galilee kini sedang mengering dengan pantas. Sekiranya diperhitungkan keseluruhan fakta-fakta saintifik yang diperolehi, diperkirakan dengan petunjuk-petunjuk Nabi SAW menerusi hadith-hadith baginda, kita akan dapati bahawa semuanya akan lengkap dalam tempoh 40 tahun saja lagi.

Sebelum kemunculan Imam Mahdi, akan terlebih dahulu munculnya Panji Hitam Dari Timur. Jarak kemunculan di antara Panji Hitam dan Imam mahdi adalah 72 bulan. Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanad daripada Muhammad bin Hanafiah dia berkata ;

"Akan muncul bendera hitam milik Bani Abbas kemudian akan muncul dari Khurasan bendera lain yang berwarna hitam,tutup kepala mereka hitam dan pakaian mereka putih..."hingga beliau berkata "Jarak antara kemunculannya dengan diserahkannya urusan kepada Al-Mahdi adalah 72 bulan."
Ini bermakna, apabila "Panji Hitam" benar-benar memperlihatkan 'diri'nya maka, umat Islam hanya ada 72 bulan sahaja sebelum menyaksikan pengzahiran Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Kemunculan Imam Mahdi bakal disusuli dengan kemunculan Dajjal sebelum turunnya Nabi Isa as sebagai One Man To Unite Them All.

Tuesday, September 18, 2012

RAHSIA KAABAH YANG MENAKJUBKAN



Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.


5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.


12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.


 14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Sumber :  ohislam.com

Saturday, September 15, 2012

JOM BERSIH!



"Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) ALLAH, dengan zikir yang sebanyak-banyaknya."(Surah Al-Ahzab ayat 41).

  Saudaraku, sesungguhnya kunci kejayaan seorang terletak pada hatinya, Apabila hatinya , baiklah seluruhnya. Sebaliknya, apabila hatinya jahat, jahat seluruhnya.Hati adalah penentu kualiti diri seseorang.Oleh kerana itu, bagi memperbaiki manusia secara keseluruhan terletak pada keberkesanan kebaikan hatinya.Pembinaan dan pendidikan diri manusia tidak bererti  apabila tidak diikuti dengan pembinaan hati.Keberkesanan pembinaan kualiti diri manusia begitu bergantung pada kejayaan pembinaan hati.Alangkah bahayanya apabila kita menghadapi  orang yang gagah dan kuat, tetapi hatinya jahat.Bagaimanakah pula terjadi apabila ada beberapa orang yang menguasai  teknologi bagi menghancurkan bumi, sementara hatinya tidak kenal rasa kasih sayang.

     Segala pekerjaan dinilai daripada amalan hatinya.Itulah kaitan pekerjaan dengan amalan hatinya. Apabila niatnya ikhlas hanya kerana ALLAH semata-mata, amalannya adalah tinggi nilainya. Apabila niatnya terpesong, bukan kerana ingin mendapat keredaan ALLAH, tetapi untuk mendapat  pujian atau pun bagi menyaingi orang lain, amalannya tidak bernilai dan tidak bererti lagi. Ketahuilah, niat itu terletak pada hati. Hati yang bersih menghasilkan niat yang ikhlas. Daripada niat yang ikhlas muncul kekuatan yang begitu besar. Kekuatan yang syaitan pun tidak sanggup mempengaruhinya. Kekuatan orang yang ikhlas ini yang perlu kita capai. Oleh itu,berusahalah membersihkan hati.

     Saudaraku,hati adalah tempat tersimpannya iman.Apabila hati kita bersih, pasti iman dapat kekal di dalamnya. Keimanan tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor. Keimanan hanya  kekal pada hati yang bersih. Bersihkanlah hati kita selalu. Inilah modal awal demi membuktikan yang kita orang Muslim.

Thursday, September 13, 2012

AYAH..



Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenar nya ayah lah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yang lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tapi tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.?? Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau.. Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia.. Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yang manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk..Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

(sebarkan jika kita sayang kepada ayah kita)
♥Sayang Ayah♥

Wednesday, September 12, 2012

SIFAT WANITA



1. Al -Anaanah:
Banyak keluh kesah, selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa memperhatikan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami.

2. Al-Manaanah:
Suka mengungkit. Kalau suami melakukan hal yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu.

3. Al -Hunaanah:
Ingin pada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.

4. Al- Hudaaqah:
Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan. Suami dibuat seperti budaknya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al -Hulaaqah:
Sibuk bersolek atau tidur atau bersantai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas.

6. As-Salaaqah:
Banyak berbicara, bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, facebook intenet dan lain-lain.

Tuesday, September 11, 2012

HADIAH IBLIS KEPADA NABI MUSA



Iblis datang kepada Nabi Musa a.s dan berkata: “Engkaulah yang dipilih Allah rasul-Nya dan Kalimullah, sedangkan aku seorang makhluk biasa, yang ingin bertaubat kepada Tuhan. Maka tolonglah aku, semoga taubatku diterima.” Nabi Musa merasa gembira lalu berwuduk dan solat kemudian baginda berdoa: “Ya Tuhan, iblis adalah makhluk-Mu dan dia ingin bertaubat, maka terimalah taubatnya.: Maka diturunkan wahyu kepada Musa: “Ya Muasa, dia tidak akan bertaubat.: Jawab Muasa: “Ya Tuhan, dia mahu bertaubat.” Maka turun wahyu kepada Musa: “Aku telah menerima permintaanmu Musa, maka suruhlah ia bersujud kepada kubur Adam, maka Aku akan menerima taubatnya.”

Nabi Musa sangat gembira dan menyampaikan suara wahyu itu kepada iblis, tiba-tiba iblis marah dan sombong serta berkata: “Aku tidak akan sujud kepadanya pada masa hidupnya, bagaimana akan sujud sesudah matinya?” Lalu iblis berkata: “Hai Musa, kerana engkau telah menolongku, maka kini engkau berhak menerima hadiah daripadaku, maka aku berpesan kepadamu tiga perkara:
  • Ingatlah kepadaku ketika marah, sebab aku ada di dalam tubuhmu mengikut saluran darah.
  • Ingatlah kepadaku ketika menghadapi musuh ketika perang, sebab aku datang kepada anak Adam mengingatkan kepadanya keadaan isteri, anak, hartanya sehingga dia lari ke belakang.
  • Awaslah, jangan duduk sendirian dengan wanita yang bukan mahram, sebab aku sebagai utusannya kepadamu dan utusanmu kepadanya.

Monday, September 10, 2012

AKU BERJALAN BERSENDIRIAN, MENINGGAL SENDIRI DAN DIBANGKITKAN JUGA SENDIRIAN



Pepatah ada berkata, cinta itu terasa keindahannya tatkala ia bermuara di jiwa. Cinta itu tidak boleh difahami kerana bercinta bukan untuk dipelajari. Cinta itu ibarat bibit yang tiba-tiba jatuh dari langit. Kerana cinta, manusia seringkali berdepan kesengsaraan, dan tidak dinafikan juga cinta melahirkan kebahagiaan. Cinta adalah berkorban untuk dicintai.

Di sebuah permukiman Shufah, masyarakat Madinah amat mengenali Abu Zar Al-Ghifari. Dia termasuk di kalangan sahabat Rasulullah yang dihormati, disegani malah amat disayangi baginda. Abu Zar memiliki lebih dari segalanya jika dia mahu. Tetapi jalan yang dipilih lelaki ini amat menghairankan. Ketika Abu Zar berkesempatan menikmati kehidupan sebagai pembesar negara, dia lebih rela melalui cara hidup yang zuhud, serba sederhana dan jauh dari impian semua orang. Dia tidak pernah menikmati kenyang lebih dari sekali dalam sehari. Lalu apakah yang membuat Abu Zar tegar menjadikan dirinya seorang ahli sufi yang zuhud pada dunia?

Keikhlasan dan sifat tenang Abu Zar jelas terpancar di wajahnya sentiasa. Abu Zar sentiasa redha dengan apa jua yang akan berlaku pada dirinya. Pernah Rasulullah SAW bersabda,

“Sahabatku, engkau bakal ditimpa suatu bencana di belakang hari.”
Abu Zar menjawab dengan tenang, “Akan ku terima bencana itu dengan kegembiraan, ya Rasulullah.”

Satu ketika dalam Perang Tabuk, Rasulullah SAW sedang gelisah menanti Abu Zar yang belum muncul. Ke mana Abu Zar? Mengapa ia masih belum sampai? Sedangkan tadi mereka berangkat bersama-sama dan beriringan dari Madinah.

Tidak lama kemudian, kelihatan seorang lelaki tua sedang berjalan termengah-mengah. Rasulullah SAW yang melihat dari kejauhan merasa sangat gembira sebaik melihat ketibaan Abu Zar. Lelaki bijak itu melangkah bersendirian bersama bekalan dan kelengkapan perangnya yang berat. Siapa tahu betapa payahnya dia meneruskan perjalanan tadi, sendirian mengharungi padang pasir yang sunyi dan terbakar dek panas mentari. Keldainya pula jatuh sakit dan Abu Zar memilih untuk berjalan sendiri sehingga sempat sampai menyertai rombongan Rasulullah SAW semula.

Rasulullah bersabda, “Akhirnya, engkau datang jua sahabatku.” Melihat kesungguhan Abu Zar ingin berperang, Rasulullah menambah “ Tuhan akan memberi ganjaran pada Abu Zar yang hari ini berjalan kaki sendirian. Kelak ia akan meninggal sendirian dan dibangkitkan Allah di hari pembalasan, jua sendirian.”

Abu Zar akan menerima penghormatan yang mulia sebagai imbalan dari cintanya yang murni kepada Allah dan Rasul-Nya.

Ketika pemerintahan Khalifah Usman bin Affan, Abu Zar berangkat menuju Rabzah bersama isteri dan salah seorang khadamnya. Ketika di pertengahan jalan, Abu Zar jatuh sakit. Isterinya yang melihat suaminya sedang kesakitan, hanya mampu menangis kesedihan. Terasa hiba di hatinya kerana sakit Abu Zar kali ini amat berbeza. Seolah-olah sudah tiba masanya mereka berpisah.

“Mengapa engkau menangis?” tanya Abu Zar tenang dengan nafas tersekat-sekat.

“Engkau sedang sakit tenat, tetapi aku tidak mempunyai kain pun untuk menyelimuti tubuhmu," jawab isterinya tersedu-sedu.

“Isteriku, jangan kau tangisi kematianku kelak. Ini adalah saat yang sangat kunantikan. Sesudah aku pergi, janganlah kau bersusah hati. Sesudah jenazahku dimandikan, bungkuslah dengan kain kafan seadanya. Selesai mengurus segalanya, golekkan jenazahku di tepi jalan. Kepada orang yang mula-mula kalian temui, katakan kepadanya, inilah jenazah Abu Zar Al-Ghifari, sahabat Rasulullah.”

Tidak lama kemudian, memang benar Abu Zar meninggal dunia. Isteri dan khadamnya melaksanakan wasiat Abu Zar. Setelah dimandi dan dikafan, jenazah Abu Zar diletakkan di pinggir jalan.

Seorang musafir melewati tempat itu dan kehairanan melihat ada jenazah yang tergolek di tepi jalan. Isteri Abu Zar yang melihatnya lantas menerangkan, “Maaf tuan, orang yang wafat ini adalah Abu Zar al-Ghifari, sahabat Rasulullah.”

Musafir itu sebenarnya Ibnu Mas’ud, juga salah seorang sahabat Rasulullah. Dengan linangan air mata, Ibnu Mas’ud berkata “Ya Allah, semua yang dikatakan oleh Rasulullah berlaku benar ke atas dirimu. Engkau berjalan sendiri, meninggal sendiri dan pasti dibangkitkan kelak juga sendiri.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...