Thursday, March 21, 2013

"KEMANA PERGINYA AIR MANDIAN JENAZAH RASULULLAH YANG MULIA ?"



Benar atau tidak artikel nie, jom kongsi pendapat

Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?

Kisah Yang Sangat Mengagumkan Berkenaan Syeikh Mutawalli Sya’rawi Rahimahullah

Pada masa dahulu, suatu muktamar Islami yang menghimpunkan para ulama’ muslimin telah dijalankan dalam tempoh selama seminggu. Syeikh Sya’rawi adalah di antara tokoh ulama’ Mesir yang dijemput untuk meghadiri muktamar tersebut.

Pada hari pertama muktamar, Syeikh Sya’rawi telah melihat pada diri pengerusi muktamar tersebut yang juga merupakan seorang ulama’ suatu perubahan besar dari segi keilmuannya dan makrifah yang tidak ada pada masa-masa sebelumnya. Lalu, syeikh bangun menuju ke podium dan berkata, “Aku akan mengajukan suatu soalan kepada kamu dan aku inginkan jawapannya. Soalannya ialah : Ke manakah perginya air mandian jasad Rasulullah SAW?”. Iaitu yang dimaksudkan beliau ialah air yang digunakan ketika dimandikan jenazah Baginda SAW.

Akan tetapi apabila soalan itu diajukan, tidak ada sesiapa yang menjawabnya. Semua orang senyap dan berdiam diri kerana tidak tahu akan jawapannya. Pengerusi muktamar itu juga merasa sangat terkejut dengan soalan tersebut dan mengatakan dalam dirinya, “Bagaimana aku tidak mengetahui akan jawapan soalan ini?”. Lalu beliau mengambil jalan keluar daripada persoalan ini dengan mengatakan, “Berikan kami peluang masa, kami akan jawab soalan kamu pada pertemuan esok insyaAllah”.

Maka beliau pun pulang ke rumahnya dan tidak melakukan apa-apa selain daripada terus memasuki perpustakaan khasnya untuk mencari, meneliti dan membelek kitab-kitab bagi mencari jawapan kepada persoalan itu. Beliau telah menghabiskan masa yang lama dalam pencariannya, hingga diselubungi keletihan dan akhirnya terlelap tidur di atas kitab yang dibacanya.

Ketika ulama’ itu tidur, Rasulullah SAW telah datang bertemunya dalam mimpi dan bersama baginda seorang lelaki yang memegang sebuah lampu pelita. Maka dengan segera beliau menuju kepada Rasulullah SAW dan bertanya, “Ya Rasulullah, ke manakah perginya air mandian jasadmu?”. Lalu Baginda SAW mengisyaratkan kepada lelaki pemegang lampu pelita yang berada di sisinya (supaya menjawab soalan itu). Kemudian lelaki itu pun menjawab, “Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid”.

Maka, terjagalah beliau daripada tidurnya dalam keadaan yang sangat gembira kerana telah mengetahui jawapan kepada persoalan tersebut.

Keesokkan harinya, pengerusi muktamar itu hadir untuk hari kedua dan menunggu persoalan yang telah dilontarkan oleh Syeikh Sya’rawi untuk diutarakan semula. Akan tetapi syeikh tidak bertanya. Di hujung muktamar pada hari kedua, akhirnya beliau bangun dan berkata kepada syeikh Sya’rawi, “Kelmarin kamu telah bertanyakan satu soalan. Adakah kamu ingin mengetahui jawapannya?”.

Syeikh berkata : “Adakah kamu mengetahui jawapannya?”.
Beliau menjawab : “Ya”.
Syeikh bertanya : “Maka ke manakah perginya air mandian Rasulullah SAW?”.
Beliau menjawab : “Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid”.
Syeikh bertanya lagi : “Bagaimana kamu mengetahuinya?”.
Beliau menjawab : “Rasulullah SAW telah datang kepadaku dalam mimpi (memberitahukan jawapannya)”.
Syeikh berkata : “Bahkan seorang lelaki yang memegang lampu pelita yang menjawab kepada kamu”.

Maka ulama’ itu terus merasa terperanjat dan terpegun, lalu bertanya, “Bagaimana kamu mengetahui perkara itu?”.

Lalu Syeikh Sya’rawi menjawab bahawa beliaulah lelaki yang memegang lampu pelita yang berada di sisi Rasulullah SAW dalam mimpi ulama’ itu.

Peristiwa ini telah memberikan kesan yang cukup mendalam kepada para hadirin dalam muktamar tersebut dan memeranjatkan semua orang. Hal ini menunjukkan kedudukan maqam yang tinggi beliau di sisi Allah Taala dan RasulNya.

~kisah ini diceritakan sendiri oleh ulama’ yang menjadi pengerusi muktamar itu.

Wallahhualam, admin sekadar berkongsi..jika pernah mendengar mohon kongsikan..



sumber: blogammar.com

Wednesday, March 20, 2013

IKAN ATAU TUHAN?



apabila saya bertanya kepada seorang pakcik menjual ikan.. "pakcik pakcik percaya jika saya katakan bahawa Ikan ini Tuhan?" pakcik itu berkata, "kamu ni gila ke apa? menyekutukan Allah tu.." kemudian saya tersenyum.."

5 minit kemudian Azan maghrib berkumandang.. saya berkata, "pakcik marilah sama-sama ke masjid untuk solat.." pakcik itu berkata, "tak boleh nak, tiada orang nak jaga ikan bakar ni.." saya berkata "tadi pakcik kata ikan ni bukan Tuhan kan?" pakcik itu menjawab "ya benar"

saya berkata, "siapa yang memberi rezeki? ikan ni ke? atau Allah?"

pakcik itu tunduk dan malu sepertinya dia berfikir tentang soalan saya yang pertama tadi, lalu saya meninggalkan beliau untuk menunaikan solat maghrib.

*kita tidak menyekutukan Allah, tapi perbuatan itu yang menggambarkan apa yang terkandung dalam hati kita.

200 EKOR PARI TERDAMPAR DI PANTAI GAZA



Taqwa adalah resepi kepada kejayaan dan kemenangan suatu masyarakat atau umat secara keseluruhannya.

Wilayah kecil Gaza telah dikepung sejak tahun 2007 daripada segenap penjuru di darat, laut dan juga udara. Para nelayan mereka tidak dibenarkan turun ke laut melainkan sejauh 3 batu nautika daripada pantai Gaza yang juga telah dikepung oleh tentera laut Israel.

Namun berkat ketabahan dan ketaqwaan, Allah swt telah mendatangkan ikan-ikan yang besar lagi sihat untuk masuk ke kawasan perairan Gaza sebagai sumber rezeki kepada para nelayan dan penduduk di bumi yang diberkati ini.

Firman Allah yang bermaksud:
"Dan apabila penduduk sebuah kampung beriman dan bertaqwa, Kami (Tuhan) akan bukakan ke atas mereka berkat dari langit dan bumi." (Surah Al A'raf ayat 96)





Sumber :  Page FB Dr Zainur Rashid Zainuddin

ADAM CORRIE LEE BIN ABDULLAH



Assalamualaikum sahabat-sahabat.

Saya ada banyak menerima msg dari sahabat-sahabat di FB yang ingin tahu bagaimana saya boleh memeluk Islam.

Saya ringkaskan di sini untuk sahabat-sahabat budiman

Secara rasmi saya telah kembali pada fitrah. Berasal dari keluarga cina yang menganuti agama Budha.

Saya giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi. Belajar bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardu ain.

Saya telah mengucap 2 kali syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah. alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun. Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya.

Bagaimana boleh peluk Islam?
  1. Kaabah. - saya suka tengok kaabah. Ia membuatkan saya tenang dan rasa ingin ke sana.
  2. Bersahabat baik saya anak ustaz ketika kanak-kanak, selalu bawa saya ke masjid. suka akan akhlak dan cara hidup mereka.
  3. Mencari pedoman dan kebenaran dalam hidup. Telah banyak agama saya kaji sebelum membuat keputusan balik pada fitrah.


Mendapat hidayah ketika di dalam mimpi setelah berdoa pada Allah sebelum tidur;

"Ya Allah! sekiranya Islam adalah agama yang benar untuk aku pegang sepanjang hayat hayatku, Kau berikan lah pertunjuk pada aku Ya Allah."

Ketika tidur saya telah bermimpi seperti berada di syurga, lalu didatangi seorang yang bercahaya putih, mukanya bersih tersenyum. Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu. Insan tersebut seperti memberitahu Islam adalah peganganmu.

Alhamdulillah impian pertama selepas memeluk Islam, perkara pertama ingin saya lakukan selepas pandai solat 5 waktu ialah menjadi Tetamu Allah. Alhamdulillah dalam masa 10 bulan menjadi saudara baru, Allah telah menjemput saya menjadi TetamuNya :)

Alhamdulillah :

Sumber : FB Layar Minda

Tuesday, March 19, 2013

DIJEMPUT PULANG PADA MALAM AIDILFITRI - AL IMAM AL-BUKHARI



Buta pada masa kecilnya. Keliling dunia mencari ilmu. Menghafal ratusan ribu hadis. Karyanya menjadi rujukan utama sesudah al-Quran.

Imam Bukhari lahir di Bukhara pada bulan Syawal tahun 194 Hijrah. Dipanggil dengan Abu Abdillah. Nama lengkap beliau Muhammmad bin Ismail bin Al-Mughirah bin Bardizbah Al- Bukhari Al-Ju’fi. Beliau digelar Al-Imam Al-Hafizh, dan lebih dikenal dengan sebutan Al-Imam Al-Bukhari.

Datuk beliau, Al-Mughirah, asalnya beragama Majusi (Zoroaster), kemudian memeluk Islam menerusi perantaraan Gabenor Bukhara yang bernama Al-Yaman Al-Ju’fi. Manakala ayah beliau, Ismail bin Al-Mughirah, seorang tokoh yang tekun dan gigih dalam menuntut ilmu, sempat mendengar kehebatan Al-Imam Malik bin Anas dalam bidang keilmuan, pernah berjumpa dengan Hammad bin Zaid, dan pernah bersalaman dengan Abdullah bin Al-Mubarak.

Sewaktu kecil Al-Bukhari buta kedua-dua matanya. Pada suatu malam ibunya bermimpi melihat Nabi Ibrahim yang mengatakan, “Hai Fulanah (yang dimaksudkan adalah ibu Al-Imam Al-Bukhari), sesungguhnya Allah telah mengembalikan penglihatan kedua-dua mata puteramu kerana  selalu berdoa”. Ternyata pada pagi harinya si ibu menyaksikan bahawa Allah telah mengembalikan penglihatan kedua-dua belah mata puteranya itu.

Ketika berusia sepuluh tahun, Al-Bukhari mula menuntut ilmu. beliau mengembara ke Balkh, Naisabur, Rayy, Baghdad, Bashrah, Kufah, Makkah, Mesir, dan Syam. Di antara gurunya yang sangat terkenal adalah Abu ‘Ashim An-Nabiil, Al Anshari, Makki bin Ibrahim, Ubaidaillah bin Musa, Abu Al Mughirah, ‘Abdan bin ‘Utsman, ‘Ali bin Al Hasan bin Syaqiq, Shadaqah bin Al Fadhl, Abdurrahman bin Hammad Asy-Syu’aisi, Muhammad bin ‘Ar’arah, Hajjaj bin Minhaal, Badal bin Al Muhabbir, ‘Abdullah bin Raja’, Khalid bin Makhlad, Thalq bin Ghannaam, Abdurrahman Al Muqri’, Khallad bin Yahya, Abdul ‘Azizi Al Uwaisi, Abu Al Yaman, ‘Ali bin Al Madini, Ishaq bin Rahawaih, Nu’aim bin Hammad, Al Imam Ahmad bin Hanbal, dan sederet imam dan ulama ahlul hadis lainnya.

Murid-murid beliau tidak terhitung jumlahnya. Di antara mereka yang paling terkenal ialah Al-Imam Muslim bin Al-Hajjaj An-Naisaburi, penyusun kitab Sahih Muslim.

Al-Bukhari sangat terkenal dengan kecerdasannya dan kekuatan hafalannya. Beliau pernah berkata, “Saya hafal seratus ribu hadis sahih, dan saya juga hafal dua ratus ribu hadis yang tidak sahih”. Pada kesempatan yang lain belau berkata, “Setiap hadis yang saya hafal, pasti dapat saya sebutkan sanad (rangkaian perawi-perawi)-nya.”

Beliau juga pernah ditanya oleh Muhamad bin Abu Hatim Al-Warraaq, “Apakah engkau hafal sanad dan matan setiap hadis yang engkau masukkan ke dalam kitab yang engkau susun (maksudnya: kitab Sahih Bukhari)?” Beliau menjawab, ”Semua hadis yang saya masukkan ke dalam kitab yang saya susun itu sedikit pun tidak ada yang samar bagi saya.”

Makam Imam Al-Bukhari

Anugerah Allah kepada Al-Bukhari berupa ketokohan di bidang hadis telah mencapai puncaknya. Tidak menghairankan jika para ulama dan para imam yang sezaman dengannya memberikan pujian kepada beliau. Berikut ini adalah sederet pujian termaksud:

Muhammad bin Abi Hatim berkata, “Saya mendengar Abu Abdillah (Al-Imam Al-Bukhari) berkata, “Para sahabat ‘Amr bin ‘Ali Al Fallaas pernah meminta penjelasan kepada saya tentang status (kedudukan) sebuah hadis. Saya katakan kepada mereka, “Saya tidak mengetahui status (kedudukan) hadis tersebut”. Mereka jadi gembira dengan sebab mendengar ucapanku, dan mereka segera bergerak menuju ‘Amr. Lalu mereka menceriterakan peristiwa itu kepada ‘Amr. ‘Amr berkata kepada mereka, “Hadis yang status (kedudukannya) tidak diketahui oleh Muhammad bin Ismail bukanlah hadis”.

Al-Imam Al-Bukhari mempunyai karya besar di bidang hadis, iaitu kitab beliau yang diberi judul Al-Jami’ atau disebut juga Ash-Shahih atau Sahih Al-Bukhari. Para ulama mengatakan bahawa kitab Sahih Al-Bukhari ini merupakan kitab yang paling sahih sesudah kitab suci al-Quran.

Ketakwaan dan kesolehan Al-Bukhari merupakan sisi lain yang tidak perlu dilupakan. Berikut ini diketengahkan beberapa pernyataan para ulama tentang ketakwaan dan kesolehan beliau agar dapat dijadikan teladan.

Abu Bakar bin Munir berkata, “Saya mendengar Abu Abdillah Al-Bukhari berkata, “Saya berharap bahawa ketika saya berjumpa Allah, saya tidak dihisab dalam keadaan menanggung dosa ghibah (mencela orang lain)”.

Abdullah bin Sa’id bin Ja’far berkata, “Saya mendengar para ulama di Basrah mengatakan, “Tidak pernah kami jumpai di dunia ini orang seperti Muhammad bin Ismail dalam hal ma’rifah (keilmuan) dan kesolehan”.

Sulaim berkata, “Saya tidak pernah melihat dengan mata kepala saya sendiri semenjak enam puluh tahun orang yang lebih dalam pemahamannya tentang ajaran Islam, lebih warak (takwa), dan lebih zuhud terhadap dunia daripada Muhammad bin Ismail.”

Al Firabri berkata, “Saya bermimpi melihat Nabi Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam di dalam tidur saya”. Baginda Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam bertanya kepada saya, “Engkau hendak menuju ke mana?” Saya menjawab, “Hendak menuju ke tempat Muhammad bin Ismail Al-Bukhari”. Baginda Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam berkata, “Sampaikan salamku kepadanya!”

Al-Imam Al-Bukhari meninggal pada malam Aidilfitri tahun 256 Hijrah ketika beliau mencapai usia 62 tahun. Jenazah beliau dikebumikan di Khartank, nama sebuah desa di Samarkand, Uzbekistan.

Sumber : Ummatanwasatan.net
Gambar Kredit to : maptam.blogspot.com

REJIM BASYAR MELANCARKAN 40 PELURU BERPANDU SCUD



GEMPAR!

Menurut sumber perisikan Turki, sehingga kini rejim Basyar telah melancarkan 40 peluru berpandu Scud ke bahagian utara Syria. Ia menyebabkan ratusan rakyat Syria meninggal dunia dan cedera.

Maklumat terbaru juga menyebut bahawa Basyar telah mengundurkan tenteranya dari Bukit Golan yang turut sama diduduki oleh zionis dan digerakkan ke lokasi baru di Dimasyq.

Apakah petanda ini?

Sumber :  Page FB Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria

SENYUMAN SEORANG MUJAHID



Senyuman ketika hidup dan syahid bertemu Allah s.w.t.
As-syahid Mohiuddin Al-Assaad menemui syahid dalam satu pertempuran di Bines, Idlib.

Semoga Allah merahmati As-Syahid

Sumber :  Page FB Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...