Thursday, June 17, 2010

[ RENUNGAN RAMADHAN ] Membantu orang yang sedang "NAZAK"

> Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam
> 'membantu'
> seseorang menghadapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita
> akan
> mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca
> surah Yasin,
> dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah
> dengan
> tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan
> menjadikan orang yang
> tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz
> sebelum
> datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran
> perbuatan kita
> di dunia). Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-
>
> i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi
> tajwid) untuk
> membaca surah Yasin- yang lain2 bole bersama2 semak.
>
> ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara
> terdekat
> yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.
>
> iii.Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca
> untuk
> menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca
> boleh
> membantu pencabutan nyawa beliau.
>
> iv.Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan
> menolong
> (menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".
>
> v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah,
> berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila ha
> illallah" lagi.
>
> vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang
> terakhir.
>
> Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam
> 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi
> sakaratul maut.
> Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm
> membuat amal
> kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan
> adat. Amiin.
>
>
> Wassalam.

[tweetmeme only_single="false"]