Tuesday, August 17, 2010

20 perkara : JANGAN !!!!

 

Jangan lewatkan solat. Perkara ini ALLAH tidak suka.Kalau tak mahu jadi penghuni neraka Wail ayuhlah, segerakan solat anda. Kalau
tertidur lain cerita…

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar) Takut kalau terbawa najis, mengotori rumah kita. Syaitan suka kotor.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang sumbing atau pecah. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan . nanti rezeki kita dikongsi syaitan. Rugi kita.

Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal ( kerana berpagi-pagi itu membuka pintu rezeki. ) Begitu juga selepas solat asar, .
dikatakan mudah dihinggapi penyakit-penyakit seperti gila dan sebagainya.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan kerana ALLAH.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai kasut atau selipar berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata meliar di perjalanan. Ia membuka pandangan kepada ketidakbaikan. Nanti hati gelap diselaputi dosa.

Jangan ego meminta maaf kepada ibu bapa dan sesama manusia kalau kita memang bersalah. Kerana maaf itu salah satu dari penawar
kemarahan.

Jangan mengumpat atau menyindir sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAh dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya . Kalau gagal keciwa pula.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa, gelap hati. Kalau senyum tidak mengapa, ia merupakan sedekah dan digalakkan Rasulullah s.a.w

Jangan bergaul bebas di tempat kerja atau belajar. Banyak buruk dari baiknya

Jangan biasakan berbohong kerana ia cirri-ciri munafik dan mengurangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan . Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH Subhanahuwata’ala

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana kekal selamanya.

Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa Kerana mati boleh hadir bila-bila masa. Hayat kita tidak dijangka.

Jangan mempertikaikan kenapa Islam kata JANGAN . sebab semuanya untuk kebaikan kita. Kalau ingin merasa nikmat syurga maka ikut aja.
Ikhlas LILLAHITA’ALA. ALLAh lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNYA

WALLAHU’ALAM

[tweetmeme only_single="false"]