Friday, August 6, 2010

Hukum RIBA

 

•a) Pemakan dan Pemberi Riba Perangi Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT : Ertinya : "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya" (Al-Baqarah : 278)

•b) Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.

Allah SWT berfirman : Ertinya : "Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah" (Al-Baqarah : 276)

•c) Dibangkitkan seperti orang gila

Allah SWT berfirman ertinya : "orang-orang yang memakan riba tidak akan dibangkitkan (di hari kiamat) kecuali seperti orang gila yang disampuk oleh Syaitan" (Al-Baqarah : 277)

•d) Seperti Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri

Nabi SAW bersabda : Ertinya : " Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.." (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)

•e) Allah melaknat pemberi dan penerima Riba

Nabi SAW bersabda : "Allah SWT melaknat sesiapa yang memberi dan menerima wang Riba" (Muslim)

•f) Lebih Berat dari 36 Kali Zina.

Nabi SAW bersabda : Ertinya : "Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali" (Musnad Ahmad, 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103)

•g) Salah satu dari Tujuh Dosa Terbesar

Ia berdasarkan hadith Nabi SAW : Ertinya : "Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi adil) " (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

[tweetmeme only_single="false"]