Wednesday, December 15, 2010

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA

 

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan
> > Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita
> > sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang
> > biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan
> > zikir dan doa didalamnya.
> >
> > Sabda Rasulullah s. a. w :-
> > "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba
> > dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu
> > hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."
> >
> > Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita
> > ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan
> > ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
> >
> > "Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi
> > halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat,
> > kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang
> > bersih dan kejayaan yang besar."
> >
> > Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat
> > manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita
> > dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.
> >
> > Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan
> > memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w
> > biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat
> > hairan kerana lamanya baginda bersujud.
> >
> > Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh
> > baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-
> >
> > "Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan
> > mengenalinya di hari kiamat"
> >
> > Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah
> > engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai
> > wahai Rasulullah?"
> >
> > Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya
> > sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat
> > hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda
> > putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat
> > mengenalinya?"
> >
> > Sahabat Menjawab: "Bahkan !"
> > Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari
> > itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri)
> > disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota
> > mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri
> > oleh cahaya wudhu' !!!"

> > KEISTIMEWAANNYA
> > ---------------------
> > Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas
> > sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-
> >
> > "Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan)
> > kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun
> > memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang
> > yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan
> > mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi
> > mereka), di mana Allah menegah neraka memakan
> > (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun
> > keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan
> > dimakan api neraka selain bekas sujud"
> >
> > Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud.
> > Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi
> > di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat
> > perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi
> > hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

[tweetmeme only_single="false"]