Allah telah menentukan bahawa ada perkara tertentu yang menarik
perhatian
di antara lelaki dan wanita.Dan untuk itu,Allah juga
yang mengatur bentuk hubungan yang perlu dilakukan,agar di antara
mereka
tidak timbul perkara-perkara yang tidak diingini.Walaupun
demikian,ramai
juga manusia yang melanggar batas-batas tersebut sehingga mereka
tertunduk
malu kerana keterlanjuran yang mereka lakukan.
Lelaki yang tidak mampu mengawal dirinya daripada daya tarik yang ada
pada
wanita,pasti mudah untuk melakukan perkara-perkara yang
menjadi larangan Allah Taala.
Apabila membicarakan tentang fitnah wanita,bukan bermakna wanita itu
jahat
dan sukakan keburukan.Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka
itu
mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak
dilakukan,akan berlakulah perkara- perkara yang tidak diingini.Ini
sudah
pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati.Bagaikan
binatang
ternak yang memakan rumput berdekatan dengan padang larangan,adalah
mudah
bagi binatang itu memasuki kawasan tersebut.
Fitnah ini boleh berlaku dalam dua keadaan,iaitu sebelum kedua
jenis ini berkahwin dan ketika atau selepas lelaki dan wanita ini
bernikah.Sebelum bernikah,Islam menentukan adanya mahram dan yang bukan
mahram.Antara lain,adalah untuk memudahkan manusia mengetahui
orang yang dibolehkan mereka berhubung atau bergaul secara bebas dan
yang tidak boleh berbuat demikian.Pelanggaran pada ketentuan ini akan
mengakibatkan perkara mungkar yang berlaku.
Kebiasaannya manusia melakukan sesuatu yang tidak baik secara
berperingkat-peringkat sesuai dengan bentuk kemungkaran itu.Bermula
dari dosa kecil seperti melihat,bercakap-cakap (berdua-duaan),
berpegangan
dan bersentuhan kulit dan akhirnya melakukan dosa besar.
Orang yang berzina sebenarnya tidak ada harganya di sisi
Allah,kecualilah
dia bertaubat.Mengatasi masalah zina tidak dapat diatasi hanya dengan
menyediakan rumah-rumah kebajikan bagi mereka yang telah terlanjur.Apa
yang
utama ialah memberi kefahaman kepada
mereka tentang panduan agama dalam masalah ini dan dalam masalah
kehidupan yang lain.Agama Islam dalam menangani masalah ini,
memperuntukkan
hukuman yang berat kepada penzina,kerana mereka telah
bersungguh-sungguh
untuk memulakannya.
Setelah berkahwin pula,seorang suami kadangkala tidak berupaya
memimpin dengan baik dan sempurna.Ketenangan yang sepatut dikecapi
semasa
bernikah,hanya menjadi impian kosong.Bernikah dengan wanita pilihan
hati
rupanya tidak seindah namanya.Sebabnya ialah proses dan matlamat
perkahwinan
tidak menjejaki apa yang telah digariskan oleh Allah.Kecantikan yang
menjadi
dasar pilihan itu rupanya bagaikan memetik mawar yang berduri yang
tidak ada
wanginya yang harum.
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud;
"Hai orang yang beriman,sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan
anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu,maka berhati-hatilah kamu
terhadap
mereka.Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni
(mereka)
maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ."
(At-Taghaabun
: 14)
Keadaan ini sebenar bukan suatu yang merendah-rendahkan
wanita.Andaikata
mereka mendapat pendidikan yang baik serta memahami
tuntutan agama dalam perkara-perkara yang dihadapi,mereka justeru
menjadi pendorong yang digigih.Sesuai dengan kejadian mereka seumpama
daripada tulang rusuk yang bengkuk,kepemimpinan yang baik daripada
pihak
lelaki akan mampu membawa mereka ke jalan yang lurus.
Jika demikian gambaran keadaan fitnah yang dihadapi melalui
wanita,tentu
lebih hebat keadaannya bilamana wanita itu aktif dalam
perkara-perkara sumbang.Kalau dalam masjid dan dalam rumah tangga
keadaan boleh menjadi tidak tenteram kerana kurang fahamnya wanita
terhadap sesuatu,tentulah lebih mencabar jikalau keadan ini digiatkan
bila berada di luar masjid dan rumahtangga.
Rasulullah saw pernah memberi pesanan kepada para sahabat baginda yang
selalu duduk-duduk di tepi jalan agar menjaga hak-hak jalan,iaitu
menjaga
pandangan,tidak mengganggu orang yang lalu, menjawab salam serta
melakukan
pencegahan maksiat.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Said al-Khudry).
Ini bermakna,setiap anggota masyarakat akan menerima akibatnya apabila
suasana maksiat disuburkan khususnya melalui wanita-wanita jahat.
Tercatit dalam sejarah Islam,bahawa ayat 1-2 Surah at-Tahrim turun
disebabkan isteri-isteri baginda.Ketika baginda habis meminum madu di
rumah
isteri baginda Saudah,dia berkata bahawa ada bau yang busuk.Begitu juga
ketika baginda selesai meminum madu di rumah Aisyah, dia diberitahu
bahawa
ada bau yang busuk.Lalu Rasulullah saw kerana untuk menjaga hati
isterinya
telah berjanji untuk tidak meminum
madu lagi.Allah lalu menurunkan firman Nya :
"Hai Nabi,mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu,
kamu
mencari kesenangan hati isteri-isteri kamu?" (at-Tahrim : 1)
Perlu ditegaskan bahawa fitnah wanita tidak selalunya datang dari arah
wanita itu sendiri.Bahkan selalunya godaan nafsu dalamlah yang menjadi
pendorong bagi lelaki untuk mendekati wanita dan melakukan maksiat.
Oleh kerana itu,wanita atau isteri bukanlah musuh yang sebenarnya yang
perlu dijauhi.Perlakuan yang berlaku adalah antara dua jenis ini adalah
gambaran umum tentang bentuk perhubungan yang diwujudkan.Apabila
masing-masingnya memberi perhatian yang wajar untuk sama-sama membina
kebahagiaan,maka mereka akan mengecapinya dengan sempurna.
Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda :
"Sesempurna iman seseorang ialah yang paling baik budi pekertinya,dan
sebaik-baik kamu ialah yang terbaik pergaulannya terhadap isterinya."
(Riwayat Tirmizi)
Dan dalam sebuah hadis dari Abdullah bin Amru al-Ash,bahawa Rasulullah
bersabda :
"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang
solehah." (Riwayat Muslim)
Penegasan Islam tentang keadaan wanita dan potensi mereka untuk samada
membangunkan atau meruntuhkan umat adalah suatu kenyataan
yang perlu catitan semua pihak.Mereka perlukan bimbingan dan pimpinan
yang
baik.