Friday, December 24, 2010

Hadis Berkisar Tentang Solat

 

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat
bersendirian dengan 27x darjat" H.R.Bukhari dan
Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir
hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat (sunat
dhuha) maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah
yang sempurna" H.R.Tarmizi

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka
pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika
ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti
orang yg mengerjakan umrah sunat"
H.R.Attabrani

Rasulullah s.a.w bersabda :
"2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik
daripada dunia seisinya" H.R. Muslim & Tarmizi

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka
Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka"
H.R.Attabrani

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk
solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala
dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud
akan berjatuhlah dosa-dosanya itu" H.R.Attabrani

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum
dan selepas zohor sebanyak 4 rakaat maka Allah akan
mengharamkan dirinya dari api neraka H.R.Abu Daud &
Tarmizi

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah
dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga"
H.R.Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih
berada didalam masjid dan melakukan solat dan selama
kamu tidakberhadas. Berkata Malaikat "Ya Allah
ampunilah dia dan turunkanlah RahmatMu
kepadanya" H.R.Bukhari

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang solat Isyak berjemaah maka bagaikan
bangun (beribadah) �
malam dan (pada esok paginya) ia mengerjakan solat
Subuh secara
berjemaah
juga maka (pahalanya) bagaikan bangun semalaman
(penuh).
H.R.Muslim & Ahmad

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Apabila kamu rasa ada angin didalam perutmu kemudian
kamu
ragu adakah ianya telah keluar atau belum, maka
janganlah keluar dari
solatmu sehingga jelas terdengar bunyi atau tercium
baunya" H.R.Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Tidak takutkah orang yang mengangkat kepalanya
sebelum imam (mengangkat kepalanya), kelak akan
digantikan kepalanya dengan kepala kaldai" H.R.Sahih
Muslim

Rasullulah s.a.w bersabda :
"Solat dengan bersiwak (mengosok gigi) lebih afdal
(baik) dari 70xsolat tanpa siwak" H.R.Zanjawaih &
Hakim

Rasullulah s.a.w bersabda :
"Solat sunat atau fardhu dengan memakai serban
menyamai 25x solat yang tidak memakai serban dan solat
jumaat dengan memakai serban menyamai 70x Jumaat tanpa
memakai serban" H.R.Ibn'Asakir

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Malaikat senantiasa berdoa untuk kamu selama ia
berada
ditempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak
berhadas" H.R.Bukhari & Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Apabila imam bangun dari rukuk serta membaca doa,
maka hendaklah kamu membaca "Allahuma Rabbana
lakalhamdu" kerana sesiapa yang berkebetulan
bacaannya dengan bacaan Malaikat, nescaya diampunkan
dosanya yang telah lalu" H.R.Bukhari & Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan mailakatNya
pula mendoakan bagi orang-orang yang sembahyang pada
saf yang pertama" H.R. Ahmad & Abu Daud

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang berwuduk padahal ia masih ada wuduk,
maka dicatat untuknya sepuluh hasanat" H.R.Abu Dawud

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja,
maka ia kafir terang-terangan" H.R.Attabrani

[tweetmeme only_single="false"]