"Tidur adalah satu cara untuk kita sebagai manusia
menghilangkan keletihan dan kepenatan. oleh itu, mari kita kongsi bersama cara tidur yang sebaik-baiknya yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.
~ tidurlah di awal malam sesudah solat isyak jam 10.00 atau 11.0 dalam keadaan berwuduk.
~ bangunlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00 kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
~ kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum
terbit fajar.
~ tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas supaya tetap kedudukan makanan dalam usu, cepat hadham makanan.
~tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.
waktu-waktu yang tidak dibenarkan tidur:
1- awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2- selepas masuk waktu asar.
3- tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan
bahaya tidur di siang hari.....
1- mendatangkan penyakit kulit.
2- merosakkan warna kulit
3- melemahkan jantung.
4- menambahkan tekanan perasaan yang meluap
5- melemahkan badan dan tenaga syahwat
6- melemahkan kecerdasan akal.