Tuesday, January 4, 2011

Adakah Anda Salah Seorang Yg Berkawan dgn Jin

 

Kuliah Maghrib oleh YB Dato Ust. Hj Ismail Kamus.
> Tajuk : " Mengenali Alam Jin" - Siri 1
>
> 1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil.
> dicipta dari api (biru),dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.
>
> 2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tuduk menghormati
> Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah
turun ke
> bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
>
> 3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan
> Jin Tidak Islam(Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat
(tidak
> Islam).
>
> 4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu
> dilarang menguna-kan kemeyan kerana Jin paling suka dengan asap yang
> busuk.
> Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemeyan.
> Beliau menambah,orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik
jin
> lah tu sambil berseloroh).Makanannya juga tulang. Itu sebab kita
tidak
> boleh membuang kuku sebarangan, kerana jin akan memakannya.
>
> 5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong,
> laut, tempat-tempat tinggi (klcc), tandas dan kubur.
>
> 6) Beliau menasihat apabila ingin buang air diperjalanan
> (contohnya jalanraya),perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman." Mengikut
> sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu
suka
sangat
> membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak
jin
> dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!
>
> 7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun
> atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong.." Sirahnya
apabila
> Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga
Nabi
> Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi
Sulaiman
> duduk dikerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di
> hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat
tersebut
> reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh
jin
> bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
>
> 8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang
> airnya tenang,terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ,
> waktu itu. Dilarang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
>
> 9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru
> siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah
> baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis.Jin lari
selama
> 3 hari.
> Tidak perlu tepung tawar bagai....orang melayu suka sangat menepung
> tawar !!!
>
> 10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7~10 kali,
> jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya)
sebab
> beliau pernah jumpa orang yang di rasuk, membaca sama ayat kursi....
>
> 11) Bentuk jin. Jin adalah makhluk yang paling hodoh/buruk,
> berbeza dengan manusia, cantik/lawa. Jin juga boleh membentuk dengan
> sebarang bentuk dengan jelmaan. Apabila di hutan berhati-hati jika
> berburu, jin boleh menyerupai sebarang bentuk malah manusia.
>
> 12) Apabila ada ular masuk ke dalam rumah, Nabi pesan jangan bunuh
> terus. Mungkin jin yang masuk, dan menyerupai ular. Itu sebab Nabi
> pesan supaya mengarahkan ular itu keluar jika ia jin, sebanyak 3
kali.
> Selepas tiga kali tak keluar juga baru boleh bunuhnya. Sebab jin akan
> keluar,jika kita melarangnya.
>
> 13) Antara objektif utama jin adalah untuk mengganggu manusia.
> Manakala,syaitan pula untuk merosakkan aqidah manusia.
>
> 14) Mereka beranak-pinak sehinggakan nisbah manusia dan jin adalah
> 1:9. Manakala bilangan malaikat pula tidak terbilang banyaknya kerana
ia
> lebih dari bilangan pasir dan rumput.
>
> 15) Manusia mempunyai qarin (jin) dan suka ikut manusia kemana
> juga kita pergi.
>
> 16) Ilmu-ilmu jin adalah dilarang kita tuntut dan beramalnya. Ia
> dilarang oleh Islam. Banyak keburukkannya, sehingga saat mati pun
> susah.
>
> 17) Jika tidur di Masjid, jangan tidur di pintu masjid dan tempat
> imam. Sebab jin selalu datang untuk sembahyang. Dan suka ikut pintu
masuk
> masjid (tahu ikut peraturan).
>
> Al-Quran - Surah Al- Baqarah - Ayat 159
>
> Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
> turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah
Kami
> menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu
> dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
>
> Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "
> Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
>

[tweetmeme only_single="false"]