Tuesday, January 18, 2011

Peminum Arak Yang Ter Cela Di Dunia Dan Akhirat

 

ALLAH SWT berfirman: "dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang". " hai orang� yang beriman, sesungguhnya arak, permainnan judi, berhala-berhala, tenung(sihir), adalah perbuatan syaitan, maka jauhilah, mudah-mudahan kamu sekalian berbahagia". Surah Al Maidah:90

Diriwayatkan Nabi Nuh as ketika menanam pokok anggur, pohon itu tidak subur, maka datanglah iblis yang terkutuk berkata: "Hai utusan Allah, apabila engkau mengkehendaki pohon itu subur, makaizinkanlah saya menyembelih tujuh ekor binatang untuk dijadikan baja bagi pohon itu." Kata Nabi Nuh: "kerjakanlah." Maka Iblis menyembelih harimau, beruang, serigala, anjing, ayam jantan, harimau belang, dan musang. Setelah itu diperahkan daging binatang� yg disembelihnya tuangkan pada pangkal pohon anggur itu. Di saat itu juga pohon tersebut tumbuh subur dan berbuah tujuh jenis warna. Sebelum itu hanya sejenis saja yg berbuah . oleh kerana itulah orang yg meminum arak menjadi garang seperti harimau, kuat seperti beruang, pemarah seperti harimau belang suka bercakap seperti serigala, suka gaduh seperti anjing, suka dendam seperti beruang, dan suka bersuara seperti ayam jantan. KITAB HAYATUL QULUB.

Abu Lais (ahli fekah) berkata: "jauhilah meminum khamar (arak) kerana di dalamnya terdapat 10 perbuatan yang tercela:

1. Apabila seseorang meminum arak, makan kedudukanya menjadi seperti orang gila dan akhirnya menjadi bahan ketawa dan dia tergolong orang yg tercela.

2. Hilang akal dan menebur-naburkan wang ringgit.

3. menimbulkan pergaduhan dan permusuhan antara satu sama lain.

4. menjadi penghalang seseorang itu mengingati Allah dan melakukan ibadah seperti sembahyang, puasa dan lain�.

5. Mendorong melakukan perbuatan zina dan juga berkemunkinan menceraikanisterinya tampa sedarkerana mabuk.

6. merupakan kunci semua kejahatankerana orang yg meminum arak itu mudah melakukan perbuatan derhaka kepada tuhan dan manusia.

7. Mengakiti para malaikat Hafadhoh kerana dia memesukanya ke dalam golongan longan orang yg fasik.

8. Peminum arak wajib dirotan sebanyak 80 kali. Sekiranya terlepas di dunia maka dia akan dihukum rotan di akhirat kelak daripada neraka dengan disaksikan orang ramai dan ibu bapanya serta kawan�nya

9. Menyebabkan pintu� langit tertutup dan semua amal perbuatan baiknya turut berdoa tidak diterimaselama 40 hari.

10.Membahayakan diri kerana dikhuatiri dicabut nyawanya dengan tidak membawa iman, aku berlindung pada allah atas perbuatan tersebut. Semua akibat seksaan ini adalah merupakan seksaan di dunia sahaja belum menghadapi menghadapi seksaan di akhirat kelak.

[tweetmeme only_single="false"]