Apabila sembahyang di tinggalkan
Atau sembahyang dengan kejahilan
Atau sembahyang dengan kelalaian
Hubungan hamba dengan khaliqnya sangat cacat
Atau terus terputus
Kutuk dan laknat pun berlaku ke atas kepalanya
Oleh Allah,para malaikat,seluruh makhluk Allah
kecuali jin dan manusia.
Kalau begitu apalah erti kekayaan
Nama glamor tiada berguna
Bintang kehormatan yang akan menempa celaka
Dirikan sembahyang di atas waktunya
Di awal waktunya.
Pertahankanlah jemaah setiap waktu
Betulkan dan luruskan saf-safnya
Betulkan bacaannya
Hadirkan hati
Fahamkanlah maksudnya
Hayatilah tuntutan-tuntutannya
Rasakan kehebatan Allah
Menghina dirilah di hadapanNya
Agungkan dan besarkan zatNya
Hilangkan segala yang ada
Hanya kewujudannya sahaja kita rasa ada
Ingatlah sembahyang adalah amalan yang mula-mula sekali di periksa
Dirikanlah sembahyang dan jangan hanya bersembahyang
Agar seluruh amalan kita di terima.