Thursday, March 31, 2011

populariti pelajar AF dan 12,000 pelajar melayu pintar tercicir IPTA

 

image

Sudah semestinya ramai remaja2 terutamanya,
menghantar sms untuk menyokong pelajar2 AF
kesukaan mereka. Banyak duit di habiskan untuk
mengundi baik melalui sms ataupun di channel
ASTRO itu sendiri.

Adakah anda tahu, berapakah
rakyat malaysia membelanjakan duit mereka untuk
AF ini? Hanya terdiri daripada 12 pelajar,
keuntungan boleh dijangkakan berjuta2 ringgit.
Sehingga pelajar yang menjadi juara mendapat
hadiah yang mewah. Saya tidak mahu
menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Tetapi saya
ingin, membawa anda berfikir tentang satu lagi
kemelut yang melanda Malaysia sekarang.

******************
Setelah bertungkus-lumus belajar untuk
peperiksaan, dengan segala tuisyen dan akhirnya
layak masuk ke universiti, tetapi mereka
tersungkur di tangga kampus. Sungguh sedih dan
pilu apabila mengenangkan 120,000 pelajar melayu
pintar gagal mendapat tempat di IPTA, malah tidak
mampu membayar yuran pengajian di IPTS, dan
seterusnya tercicir dari pendidikan tinggi. Lebih-
lebih lagi apabila MARA hanya memperuntukkan
2000 pelajar di IPTS berbanding 21,000 pada tahun
lalu dan IPTS bumiputera `gulung tikar.
Hakikatnya, Malaysia akan mengalami pembaziran
sumber manusia dan akan mendatangkan
implikasi politik, ekonomi, dan sosial.Banyak
langkah2 yang diatur oleh kerajaan antaranya ialah
membuat tabung kebajikan pelajar2. Isu ini perlu
diberi perhatian serius oleh semua pihak.

*************

Pelajar mana yang lebih penting, bagi membina
insan dan melahirkan generasi bumiputera 2020
yang berilmu dan berkemahiran? Dimanakah
sepatutnya wang anda disalurkan dan
dikumpulkan? Tepuk dada, tanya selera

[tweetmeme only_single="false"]