1. Berhias untuk isteri supaya nampak bersih, bergaya dan wangi. Cuba tanya bila kali terakhir anda membeli baju tidur? Seperti mana suami suka isterinya kelihatan cantik, begitu juga si isteri. Ingatlah RasulAllah saw sentiasa menggunakan miswak (bersugi) apabila pulang ke rumah dan menyukai bau-bauan yang wangi.
2. Gunakan panggilan manja kepada isteri. RasulAllah pun menggunakan nama panggilan kepada isteri baginda. Siti Aisyah digelar humairah (kemerah-merahan). Tapi ingat! Jangan gunakan nama panggilan yang menyinggung perasaan isteri. Sebagai contoh, gunakanlah perkataan 'yang', 'sayang', 'dear' dan sebagainya.
3. Jangan layan isteri anda seperti lalat. Kita tak pernah berrfikir tentang lalat sehinggalah ia mengganggu kita. Begitulah dengan isteri yang bersusah payah seharian melakukan kerja dengan baik tetapi suami tak ambil peduli sehinggalah ia 'mengganggu' barulah suami nak sedar. Sebaik-baiknya fokuskan kepada apa-apa yang isteri telah lakukan dengan baik. Puji isteri dan sebagainya.
4. Jika suami melihat sesuatu yang tak kena pada isteri, cuba diamkan sahaja. Jangan banyak komen. Ini adalah salah satu cara RasulAllah.
5. Senyum pada isteri dan selalulah peluk isteri. Senyum adalah sedekah. RasulAllah akan mencium isteri-isteri baginda sebelum pergi bersolat, walau pun ketika baginda berpuasa (cium yang tidak menaikkan nafsu).
6. Berterima kasih dalam apa saja yang isteri lakukan pada anda. Seperti berterima kasih kerana isteri sediakan makanan harian, basuhkan pakaian dan lain-lain. Janganlah asyik komen misalnya, masakan tawar dan sebagainya.
7. Minta isteri menuliskan 10 perkara terbaik yang anda telah buat isteri gembira. Kemudian buatlah semula 10 perkara tersebut. Kadang-kadang sukar untuk mengetahui apa yang isteri suka. Jadi sentiasalah bertanya pada isteri. Tak payah meneka atau agak-agak.
8. Janganlah mengambil remeh atas kemahuan isteri. Diriwayatkan salah seorang isteri baginda saw, Safiyyah ra, menangis kerana RasulAllah menaikkannya di atas unta yang perlahan. RasulAllah memujuk Safiyyah dan menukarkannya dengan unta lain.
9. Berjenaka dan bermain-main serta bergurau-senda dengan isteri. RasulAllah saw pernah berlumba lari dengan Siti Aisyah ra di padang pasir.
10. Ingatlah hadis nabi yang bermaksud: "org yang terbaik di kalangan kamu adalah orang yang melayani keluarganya dengan baik. Dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya"
Sebagai kesimpulan: Jadi cubalah menjadi suami yang sebaik mungkin dan jangan lupa berdoa kepada Allah supaya perkahwinan anda berjaya.