Ahmad,Tirmidzi,dan Ibn Hibban meriwayatkan dengan sanad yang sahih dari Abu Umamah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:"Tuhanku telah menjanjikan kepadaku bahawa 70 ribu orang dari umatku akan masuk syurga tanpa dihisab dan tanpa dihukum,dan untuk setiap orang dari mereka,terdapat 70ribu orang lagi dan tiga genggam orang yang akan diambil oleh Tuhanku(artinya jumlahnya akan sangat besar sekali)."
Nabi s.a.w. pernah melukiskan ciri-ciri ke-70 ribu orang ini.Bukhari meriwayatkan dari Ibn Abbas bahawa Nabi bersabda"kepadaku telah diperlihatkan berbagai bangsa(umat)dan aku melihat seorang nabi lewat dengan sekelompok umatnya,dan yang lain lagi cuma dengan sepuluh orang saja,yang lainnya dengan lima orang,dan lain sendirian saja(tanpa pengikut).Lalu aku melihat sekelompok besar orang.
Aku bertanya:"Wahai Jibril,apakah mereka ini umatku?"
Jibril berkata:"Bukan,tetapi cuba lihat ke cakerawala."Aku melihat sekelompok besar sekali orang-orang.
Jibril berkata:"Inilah umatmu,dan yang tujuh puluh ribu orang yang berada dibarisan paling depan itu tidak akan dihisab."
Aku bertanya,"Mengapa?"
Jibril menjawab:"kerana mereka tidak pernah mencap diri mereka dengan besi panas atau memakai susuk(ruqya)supaya kelihatan menarik,dan mereka tidak percaya kepada tahyul:mereka hanya percaya kepada Tuhan mereka,Allah s.w.t.
Ukashah ibn Mihsan lalu berdiri dan berkata:"Berdoalah kepada Allah s.w.t. agar aku dapat menjadi salah seorang diantara mereka."
Nabi s.a.w. berkata:"Ya Allah,jadikanlah dia salah seorang diantara mereka."
kemudian berdiri pula seorang lelaki lain dan berkata:"Mintalah kepada Allah s.w.t. untuk menjadikan aku salah seorang dari mereka."
Nabi berkata:"Ukasha telah mendahului kamu."(Bukhari)
Orang-orang ini mungkin adalah orang-orang yang disebut oleh Allah s.w.t. sebagai muqarrabun(orang-orang paling dekat dengan Allah s.w.t.)Ayat berikut"
"Dan orang-orang yang paling dahulu beriman,merekalah yang paling dahulu(masuk syurga).Mereka itulah orang-orang yang didekatkan(kepada Allah).Berada dalam syurga kenikmatan.(Al-Waqi'ah 10-12)
Mereka ini(muqarrabun)lebih banyak berasal dari generasi-generasi terdahulu daripada generasi-generasi kemudian dari umat Muhammad s.a.w. sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Waqiah ayat 13 dan 14 yang ertinya""Segolongan besar orang-orang terdahulu,dan sebahagian kecil dari orang-orang terkemudian."
Wallahualam.