Monday, April 25, 2011

Amalan Menguatkan Ingatan

 

image

Oleh Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid, seorang ulamak, pensyarah dan penulis daripada Arab Saudi (dipetik daripada IslamOnline.net )

Amalan untuk menguatkan ingatan mengikut Al-Quran dan Sunnah
- Sifat lupa ialah sesuatu yang semulajadi dalam diri manusia, lantaran itu manusia di sebut Insan, sebab sifat pelupa ini. Selalunya, ia berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain mengikut perbezaan dalam kekuatan memori yang telah diciptakan Allah untuk hambanya.

Pepatah Arab menyebut:
Dia dipanggil manusia (insan) sebab kelupaannya (nisiyan) Ia dipanggil hati (al-qalb) sebab ia cepat berubah (yataqallab)

Sifat pelupa ialah sesuatu yang berbeza tahapnya antara individu dengan individu yang lain. Antara cara untuk mengatasinya ialah:

1. Jauhi daripada dosa
Dosa membawa kesan yang buruk kepada ingatan/memori dan kemampuan untuk mengingati ilmu. Kehitaman dosa tidak dapat wujud sekali dengan kecerahan ilmu.

Perkataan berikut diambil daripada Imam Syafie:
"Saya mengadu kepada guru saya, Wakee' mengenai masalah ingatan saya. Dia memberitahu agar menjauhi daripada dosa dan maksiat. Dia berkata: Ilmu Allah adalah cahaya, dan cahaya tidak diberikan Allah kepada pendosa."

Al-Khateeb menulis dalam Al-Jamie yang Yahya Ibn Yahya berkata: "Seorang lelaki bertanya kepada Malik bin Anas; Wahai Abu Abdullah, apakah yang dapat memperbaiki ingatan saya?. Malik berkata: "Sekiranya ada yang dapat memperbaikinya, maka ia adalah menjauhkan diri daripada dosa".

Apabila seseorang membuat satu dosa, ia akan menenggelamkan pelakunya dalam perasaan bimbang dan bersalah, dan ini akan membuatnya sentiasa sibuk memikirkan akan perbuatannya itu. Ini akan menariknya daripada banyak perkara-perkara berfaedah, termasuk mencari ilmu dan pengetahuan.

2. Selalulah mengingati Allah dengan berzikir dan membaca Al-Quran. Allah berfirman "Dan ingatilah Tuhan mu (Allah) ketika kamu terlupa" (Al-Kahf: 24)

3. Tidak makan terlalu banyak Kerana makan terlalu banyak akan membuatkan seseorang mengantuk dan malas selain menambahkan penyakit. Kebanyakan daripada penyakit datang daripada makanan dan minuman.

4. Makan kismis dan madu
Sesetengah ulama menyebut beberapa jenis makanan yang dapat menambahkan ingatan seperti madu lebah dan kismis.
Imama Az-Zuhri menyebut "Kamu patut mengambil madu sebab ia baik untuk memori.....Barangsiapa ingin menghafal hadith, ia patut memakan kismis"

Ada juga yang menyebut, mengambil banyak makanan yang berasid adalah penyebab kepada kemalasan dan lemah ingatan.

[tweetmeme only_single="false"]