Tuesday, April 12, 2011

Hindari kegelisahan

 

image

Pada suatu hari,seorang lelaki mendatangi seorang sahabat yang bernama Abdullah ibnu Masu'd.Lelaki itu berkata kepada Abdullah ibnu Masu'd:"Wahai ibnu Masu'd,nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku.Buat masa ini,jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut,tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang."

Lalu Abdullah ibnu Masu'd menjawab:"Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.

Pertama; ke tempat org membaca al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar pembacaan org lain.

Kedua; kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah.

Ketiga; kamu mencari satu waktu yang sunyi,contohnya di waktu mlm dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kepada Allah serta memohon kepadanya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kpdmu.

Jika selepas melakukan kesemua itu jiwamu masih tidak tenteran,mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukan hatimu."

setelah mendengar nasihat Abdullah ibnu Masu'd,lelaki itu pun kembali ke rumahnya.Beliau terus berwuduk dan membaca al-Quran dengan penuh khusyuk.Selesai membaca al-Quran,dia mendapati jiwanya berubah menjadi tenang,fikirannya menjadi jernih dan kegelisahannya hilang sama sekali.

Wallahua'lam.

[tweetmeme only_single="false"]