Friday, April 8, 2011

kepadaNya kita kembali

 

image

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun. Sesungguhnya kita ini milik Allah dan kepada-Nya kitakan kembali. Renungkan... perjalanan hidup sehari-hari, berapa banyakkah masa yang diperuntukkan untuk mengati Allah, menghadap serta memohon rahmat dan keampunan-Nya.

Tentu masanya jauh lebih singkat daripada masa yang diperutukkan untuk menyelesaikan permasalahan hidup sehari-hari.

Cermin kembali diri sendiri... berapa banyak amal yang telah disumbangkan untuk Islam. Berapa banyak masa yang diluangkan untuk bertaqarrub dengan Allah. Terasa diri ini begitu kerdil jika dibandingkan dengan iman di hati dengan iman para sahabat... betapa nikmatnya iman dan manisnya amal... tidak berganjak sedikitpun daripada solat, meskipun tombak terpacak di bahu belakang. Masya Allah, iman apakah yang mereka miliki ini?... berlinangan air mata menahan sayu apabila membaca Al-Quran. Tapi kita?

Pernahkah basah sepasang mata kita ini sewaktu mengalunkan kalimah suci milik Allah? Seringkah kita merintih ketika berbual dengan-Nya di dalam solat? Kerapkali, solat kita dinodai dengan angan², tentang hal² keduniaan. Tampa kita sedar, solat kita selesai... langsung tiada kesan yang ditinggalkan dalam diri. Seringkali terlupa bilangan rakaat yang telah dikerjakan, acapkali juga tertinggal tahiyyat awal. Lantaran itu lahirlah ungkapan, "Jika ingin mencari barang yang hilang, maka carilah di dalam solat. Nescaya anda akan menemuinya." Begitulah perumpamaan yang dibuat oleh mereka yang lalai dalam solat, di mana ketika solatlah fikirannya menerawang, mencari barang yang hilang. Ditambah pula dengan bisikan syaitan dan hasutan nafsu. Iman yang setipis kulit bawang langsung menjadi rapuh seperti musnahnya sarang labah² ditiup sang angin. Lantas, bagaimana cara memperbaiki diri yang selama ini diselimuti dosa ini? Wahai Insan :-


• Rajinkanlah diri untuk bertadabbur ketika membaca Al-Quran. Moga ianya menjadi penawar buat hati yang sakit.


• Gagahkanlah diri untuk pergi ke majlis² ilmu, kerana ia umpama taman syurga Allah. Moga hadirnya kita di majlis sebegitu dapat menambahkan redha Allah pada kita.


• Usahakanlah agar kusyu` dapat dirasai ketika menghadap Allah... biarpun seminit mahupun sesaat. Ingatlah bahawa maut datang menjemput tanpa mengira waktu. Siapa tahu, mungkin itulah solat kita yang terakhir buat kita.


• Kuatkanlah diri untuk bangun malam bermunajat pada Allah. Pohonlah dari-Nya apa sahaja kerana sesungguhnya waktu sepertiga malam yang terakhir, allah akan mendengar permohonan hamba-Nya. Ketika itu, tiada hijab antara hamba dan pencipta.


• Lembutkanlah hati untuk menangis, walaupun hanya setitis air mata yang sekecil mata lalat. Sesungguhnya, setitis air mata yang gugur kerana takutkan-Nya, ataupun kerana menyedari kekerdilan diri, mampu memadamkan api neraka yang membakar.


• Wahai diri, iringilah sejarah para rasul dan sahabat. Contohilah qudwatun hasanah yang mereka tunjukkan. Semoga kita digolongkan bersama mereka di akhirat kelak.


12 Golongan Di Akhirat

1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan -menyakiti hati jiran mereka.


2. Mereka yang menyerupai bab.. - suka melengah-lengahkan solat


3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi ular dan kala - enggan mengeluarkan zakat

4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya - berdusta atau bercakap bohong.
5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya - mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

 
6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu - balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

 
7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut - tidak bersaksi dengan kebenaran

 
8. Mereka yang kepalanya di bawah dan kakinya di atas - berzina serta mati sebelum bertaubat.

 
9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api - memakan harta anak yatim


10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit² lain yang menjijikkan - melawan kedua ibubapanya.

 
11. Mereka yang buta mata dan hatinya, serta giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga ke perut, dari perut dan pehanya keluar kotoran - minum minuman keras.

 
12. Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat - balasan bagi orang yang beramal soleh, menjauhi maksiat, mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat.

Sabda Rasullulah s.a.w
"Kubur adalah umpama sebuah taman syurga atau merupakan sebuah lubang neraka."
Maka ketawalah dengan kadar yang sedikit dan menangislah dengan sebanyak-banyaknya.
Kemana Roh Kita Apabila Sudah Keluar Dari Jasad?


• Selepas tiga hari ~ roh akan kembali untuk melihat tubuh yang dahulunya ia berada di dalamnya.


• Selepas lima dan tujuh hari ~ roh meminta untuk melihat tubuhnya semula


• Genap sebulan ~ roh berkeliling di sekitar rumahnya selama setahun, untuk melihat orang yang selalu berdoa untuknya.

• Genap setahun ~ roh akan dibawa naik untuk berkumpul dengan seluruh roh² sehingga kiamat
Tanda Orang Mukmim Di Akhirat

Menurut Rasullulah, orang yang mukmin dikenali melalui wajah mereka yang putih disebabkan wudu`. bila kiamat datang, maka malaikat datang ke kubur orang mukmim sambil membersihkan debu di badan mereka kecuali pada tempat sujud. Bekas sujud tidak dapat dihilangkan.maka memanggillah dari zat yang memanggil "Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, tetapi debu itu ialah debu keimanan mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang yang melihat para mukmim itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayanKu dan hamba²Ku."
Firman Allah :-
Maksudnya : sakitnya sakaratulmaut itu kira-kira tiga ratus sakitnya pukulan dengan pedang.

[tweetmeme only_single="false"]