Para ahli sufi sering mengingatkan antara satu sama lain: "Sesiapa yang berbangga diri (sombong)nescaya terhijablah dari Allah s.w.t. dan kebanggaan diri itu dapat dijadikan petunjuk darjat (maqam) seseorang itu". Apakah yang menyebabkan anda merasa sombong?
Mungkinkah anda merasakan diri anda lebih besar dari orang lain, lebih mulia, lebih pandai, lebih berilmu, kecantikkan, beribadat dan lebih segala-galanya. Jika itu yang anda rasakan, anda harus ingat iblis. Bagaimana iblis memuji dirinya: "Aku lebih baik dari Adam."
Qarun juga membanggakan dirinya: "Segala kekayaan dan kemewahan yang kumiliki ini adalah usahaku," dakwanya. dia mempamerkan kekayaannya sehingga tidak kurang ramai kaumnya yang miskin mengeluh dan mengharap-harap, "kalaulah aku menjadi seperti Qarun......"
Ingatlah pula bagaimana kisah Fir'aun. Bagaimana dia membangga-banggakan kekuasaannya. Allah s.w.t. berfirman:
Dan Fir'aun berseru kepada kaumnya (seraya)berkata: "Hai kaumku, bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaanku dan (bukankah) sungai-sungai ini mengalir dibawahku; maka apakah kamu tidak melihatnya?" (Az-Zukhruf:51)
Qarun dan Fir'aun telah lama dilenyapkan. Tetapi iblis masih wujud hingga hari kiamat. Maka sesiapa berbangga dan nerasa dirinya lebih mulia, maka dialah bersahabat dengan iblis.
Kalau dia merasakan dia lebih kaya, maka dia adalah 'maha qarun' Merasakan dia lebih berkuasa, maka dialah 'maha fir'aun'.
Marilah kita ikuti kisah seekor ikan laut yang mendakwa mampu menahan bumi ini dan menyombongkan diri sambil menyebarkan berita dengan sombong dan bongkak atas keupayaannya itu. Maka Allah s.w.t. lalu menugaskan seekor nyamuk untuk menyengat hidungnya. kepedihan sengatan nyamuk itu membuat ikan itu terdiam. Ikan itu bertambah-tambah takut setelah mengetahui kalau nyamuk itu tidak segera pergi tetapi menetap antara kedua matanya.
Jadikan iktibar bagaimana Namrud diseksa oleh Allah s.w.t. memasuki lubang hidungnya dan menemui ajalnya kerana itu. kita hendaklah menjadi seperti orang arif(mengetahui)mengenai kekuasaan Allah s.w.t. Janganlah dihiraukan celaan dari orang yang mencela. Jangan merasa terhina apabila dihina jika dia telah merasakan benar-benar berada bersama-sama'Al-Haq'
Apabila dia berbicara dan berdiri bersama 'Al-Haq', di situlah dia memperolehi agama dan kekuatan dirinya.
Fahamilah: Makrifat itu mengharuskan memandang kecil akan adanya takdir selain dari takdir Allah s.w.t. Menghapuskan segala bentuk zikir selain berzikir kepadanya.Apabila sudah sampai ke tahap itu, maka apabila dia bercakap, apabila dia diam adalah bersama-sama denganNya.
Alangkah manisnya iman ini andai itulah yang dapat kita rasakan bersama-sama. Pejamkan mata anda dari melihat kebesaran dunia fana yang tak seberapa ini, dan celikkan hati anda dalam merasakan kebesaran Allah yang maha segala-galanya.
Wallahu'alam.
Rujukan dan petikan: Terjemahan
buku 'Makna Tersembunyi dibalik nama-nama indah', Oleh Abdul karim Al Qusyairi.