Tuesday, April 12, 2011

suami saya lelaki soleh??

 

image

Assalamualaikum semua...bila membaca email yang di bawah, terlintas di fikiran saya, mungkinkah lelaki soleh yang dimaksudkan itu, adalah mengiraan wanita yang menginginkan lelaki tersebut, dan bukan lelaki soleh mengikut nilaian syara'........

jika soleh yang mereka bayangkan seorang yang bersolat, maka lelaki tu mestilah seorang yang taat dalam solat, tetapi tak perlu gusarkan adakah isterinya solat ataupun tidak.....

jika soleh yang dibayangkan seorang yang taat kepada Allah, maka ketaatan itu seolah-olah hanya berlaku pada lelaki tersebut tanpa menganggu isterinya dengan masalah aurat, berhias dan seumpamanya........

jika soleh yang mereka kehendaki seorang yang bertanggungjawab dalam rumahtangga, maka tanggungjawab tu hanya berkisar dalam membantu isteri dirumah seperti m.basuh baju, membuat kerja dapur dll.....

jika soleh yang mereka inginkan seorang yang warak, maka kewarakan itu memadai dengan menunaikan solat dirumah saja, tak perlu kemasjid atau kesurau seumpamanya.....

jika soleh yang mereka impikan seorang yang alim, maka memandailah mereka ini pernah menuntut disekolah agama, tak perlu lagi pergi kemajlis majlis ilmu lagi........

jika soleh yang mereka fahamkan seorang yang memgambil berat tentang keluarga, maka keutamaan keluarga adalah pada isteri, bukannya kepada ibubapa...

jika soleh yang mereka fahamkan tentang berjimat cermat, nescaya mereka menginginkan keperluan material mengikut keadaan semasa, bukannya memandai apa yang ada saja.........

akhir sekali....mereka menghendakki soleh seorang suami........tiada langsung terlintas dihati untuk berpoligami.................

terjemahan firman Allah dalam surah Al Mu'minun 71

Andaikata kebenaran itu adalah dengan mengikut hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit & bumi dan semua yang ada didlmnya.....

jika inilah yang mereka fahamkan tentang pengertian soleh, maka tak hairanlah, jika setiap gadis atau dara yang ditanya tentang calun suami mereka,......maka sudah tentulah jawab yang diterimanya adalah lelaki yang soleh. Sedangakn kita perlu mempersiapkan diri kita dulu agar layak pula bergelar seorang isteri yang soleha, dan bukanlah maksud saya pula , kita tak perlu bercita2 untuk memiliki suami soleh, kerana dikhuatiri nanti, bila dikabulkan permintaan tersebut, kita tidak sanggup atau tak cukup bersedia untuk menjadi isteri yang soleha pula, maka akhirnya mengundang 2 qiblat atau 2 nahkoda dalam 1 pelayaran, yang sudah pasti tak mampu membawa mereka ke arah yang satu,lantas akhirnya mereka mengambil keputusan dunia ku dunia mu, sebumbung tapi tak sebantal. Saya teringat satu tulisan dalam bentuk puisi yang pernah saya baca, yang ungkapannya berbunyi..........jika kita menginginkan isteri seperti saya.Aisyah, maka apakah kita berkebolehan seperti saya.Ali, jika kita menginginkan isteri seperti Zulaika/Balqis (tak berapa ingat), maka jadilah kita seperti Nabi Yusuf.....yang mungkin ingin disampaikan oleh penulis puisi ini, persiapan kedua-dua nya sehingga mampu memperolehi taraf kesolehan di kedua-dua pihak.

rasanya sekadar itulah sedikit pandangan saya, walaupun saya bukanlah seorang lelaki yang terbaik lagi soleh, sekiranya benar pandangan saya itu, maka sudah tentulah kebenaran itu mutlak milik Allah, sekiranya sebaliknya, sudah tentulah pandangan saya itu berdasarkan nafsu saja ditambah dengan kekurangan ilmu, mohon keampunan daripada Allah, kemaafan daripada rakan pembaca semua....semoga kita semua menjadi suami dan isteri akhir zaman...yang bercita cita menjadi soleh. Insya Allah wallahu'alam.

bukan senang nak jadi senang, dan belum tentu senang bila dah senang......fikir2 & renunglah2.

[tweetmeme only_single="false"]