Wednesday, May 11, 2011

Al-Hajar al-Aswad

 

image

artikel ringkas ini saya susun setelah diminta oleh salah seorang rakan sekerja untuk memeriksa kebenaran dakwaan al-Hajar al-Aswad (batu hitam di kaabah) diturunkan dari syurga. Saya fwdkan ke sini untuk dimanfaatkan bersama.

---------------------------------------

Hadith daripada Ibn 'Abbas radhiyallahu 'anhuma, Sabda Nabi s.a.w. mafhumnya lebih kurang : "Diturunkan al-Hajar al-Aswad daripada Syurga, dan ianya sangat putih lebih putih daripada susu. Kemudian dia menjadi hitam disebabkan dosa-dosa anak Adam." (Hadith hasan soheh, diriwayatkan oleh at-Tirmizi)

"... adalah sesuatu yang thabit bahawasanya al-Hajar al-Aswad diberkati, Nabi s.a.w. menciumnya dan Omar al-Khatab juga menciumnya kerana mengikuti perbuatan Nabi s.a.w. dan omar bersumpah bahawasanya al-Hajar al-Aswad tidak boleh mendatangkan mudharat dan tidak juga mendatangkan manafaat..."

(rujukan : Jaami' al-Fatawi al-Mu'aasirah - himpunan fatwa terkini as-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan as-Syeikh Muhammad Mutawali as-saya'rawi)

As-Syeikh as-Sayyid Saabiq di dalam kitabnya Fiqh as-Sunnah menyenaraikan beberapa perkataan Sayyidina Omar terhadap al-Hajar al-Aswad yang menggambarkan ketulusan dan kemurnian 'Aqidahnya, salah satu daripada perkataan tersebut ialah sepertimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dan Abu Daud daripada Omar radhiyallahu 'anhu bahawasanya Omar apabila datang kepada al-Hajar al-Aswad dia menciumnya, kemudian Omar berkata : "Sesungguhnya aku mengetahui bahawasanya engkau adalah semata-mata batu, tidak dapat memudharatkan dan tidak dapat mendatangkan manafaat. Kalaulah aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. mencium engkau, maka aku tidak akan mencium engkau." (Fiqh as-Sunnah.jld 1, masa 172. cetakan al-maktabah al-'Asriyyah, Beirut)

Perbuatan mencium al-Hajar al-Aswad adalah disebabkan mengikut Nabi s.a.w. dalam menta'hati perintah Allah. Allah telah melebihkan sebahagian batu berbanding yang lain, sama seperti Allah melebihkan sebahagian tempat berbanding tempat yang lain, dan melebihkan sebahagian malam, hari dan bulan berbanding yang lain. Sunnah mencium al-Hajar al-Aswad ini bukanlah isyarat kepada kaum muslimin untuk membesar-besarkannya melampaui had yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Kita melebihkan al-Hajar al-Aswad berbanding batu yang lain dengan had yang diberikan kepadanya oleh Allah s.w.t. iaitu dengan kita menciumnya ketika menunaikan Haji.

Dr. Mustafa Murad iaitu salah seorang anggota Hai'ah ad-Tadris Universiti al-Azhar ketika menyebut sunat-sunat yang khas ketika tawaf qudum menyebut : "Antara perkara-perkara sunat itu ialah mencium al-Hajar al-Aswad ketika memulakan tawaf jika ada ruang untuk melakukannya, jika tidak boleh cukuplah menyentuhnya dengan tangan atau dengan isyarat (melambai) kepadanya dan DAN JANGAN DIA MENYANGKA (ATAU NIATKAN) PERBUATAN TERSEBUT SEBAGAI MEMBESARKAN AL-HAJAR AL-ASWAD. Sebaliknya ianya adalah sunnah dari Nabi s.a.w." (Fiqh al-Mar'ah al-Muslimah. Cetakan Dar al-Fajr li at-Thuraath. Kaherah Mesir)

Wallahu a'lam

[tweetmeme only_single="false"]