Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, " Wahai Iblis, siapakah orang yang terlebih engkau sukai?"
Berkata Iblis, " Orang yang sangat aku sukai ialah lelaki atau perempuan yang tidak mahu mencukur bulu ari-arinya (bulu yang tumbuh disekeliling kemaluan) dalam tempuh 40 hari, maka duduklah aku mengecilkan diriku disitu seperti kutu. Dan bersarang aku disana dan demikian juga aku akan bergantung dan berbuai-buai pada bulu ketiak yang tidak dicukurnya atau tidak dicabutnya dalam masa 40 hari."
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Diantara fitrah ialah berkumur-kumur, membersihkan hidung dengan air, mengunting misai, bersiwak (bersugi gigi), memotong kuku, mencabut bulu ketiak, memotong bulu kemaluan dan berkithan."
(Hadis Riwayat Imam Ahmad dari Amar bin Yasir r.a)