Petikan kata untuk bacaan bersama
# Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu apabila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.
# Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang soleh daripada mendekati mereka yang fasik.
TANDA-TANDA TAUBAT DITERIMA OLEH ALLAH SWT
Seorang ahli hikmah pernah ditanya mengenai taubat, “Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita diterima oleh Allah SWT atau tidak ? Maka jawabnya, “ Ini adalah urusan Allah, kita tidak berupaya menentukannya, tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu :
# Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu apabila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.
# Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang soleh daripada mendekati mereka yang fasik.
# Apabila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah SWT.
# Apabila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan kepada Allah SWT sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk menguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah SWT.
# Walaupun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun dia tetap melihatnya banyak tetapi walaupun banyak amal untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun dia tetap melihatnya sedikit.
# Apabila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya sering bertafakur dan selalu berada dalam keadaan sedih dan menyesal.
TUJUH KEMUNGKINAN JIKA ANDA TERLALU BAKHIL
Petikan dari kata-kata Saidina Abu Bakar .a yang bermaksud, “ Orang-orang yang terlalu bakhil tidak akan terlepas salah satu dari tujuh kemungkinan ini :
# Allah SWT memberikan kuasa kepada seorang pemerintah yang zalim lalu pemerintah itu akan merampas dan membinasakan hartanya setelah menjatuhkan maruah dirinya.
# Allah SWT akan menimpakan ke atasnya bencana dunia seperti berlaku kebakaran, kecurian, banjir dan sebagainya.
# Setelah dia meninggal kelak, hartanya akan diwarisi oleh mereka yang mempergunakannya pada jalan maksiat dan kemungkaran.
# Allah SWT akan menimpakan suatu penyakit yang berpanjangan sehingga dia terpaksa membelanjakan semua hartanya itu bagi mengubati penyakitnya.
# Dia menanamkan hartanya itu pada suatu tempat lalu dia sendiri terlupa sehingga dia tidak boleh menemuinya lagi.
# Terlintas di dalam fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak yang mengakibatkan hartanya sendiri musnah.
# Allah SWT meninggikan syahwatnya sehingga dia sendiri akan memusnahkan hartanya.
MANUSIA YANG DIKUTUK OLEH ALLAH SWT DAN RASUL-NYA
Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “ Enam jenis golongan manusia yang aku kutuk dan Allah SWT juga turut mengutuk, pada hari kiamat kelak Allah SWT tidak akan memandang mereka dengan pandangan kasihan, mereka itu ialah :
# Orang yang menambah maksud tafsiran al-Quran ( takwil yang menyimpang ).
# Orang yang mendustakan kepada taqdir Allah SWT.
# Orang yang berkuasa tetapi takbur, dia memuliakan orang yang dihinakan oleh Allah SWT sebaliknya menghina orang yang dimuliakan oleh Allah SWT.
# Orang yang menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah SWT di Tanah Haram.
# Orang-orang dari umatku yang menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah SWT.
# Orang-orang dari umatku yang meninggalkan sunnahku.
BINATANG HURAISY MEMBURU LIMA JENIS MANUSIA
Diriwayatkan pada hari kiamat kelak akan keluar seekor binatang dari neraka yang bernama Huraisy. Panjangnya ialah antara jarak langit dengan bumi manakala lebarnya ialah antara timur ke barat. Setelah ia keluar maka malaikat Jibril a.s pun bertanya : “ Wahai Huraisy !!! Kamu hendak ke mana dan mahu mencari siapa ? Jawab Huraisy : “. Aku ingin mencari lima jenis manusia iaitu :
# Orang yang tidak mengerjakan solat.
# orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
# Orang yang menderhaka terhadap kedua orang tuanya.
# Orang yang suka meminum arak.
# Orang yang suka bercakap di dalam masjid mengenai hal-hal keduniaan.