Monday, May 16, 2011

Soalan 05: Rasulullah s.a.w. Kepada Iblis laknatullah

 

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud ; “Wahai Iblis, apabila umatku mengerjakan dan mendirikan sembahyang lima waktu bagaimanakah hal keadaanmu?”

Berkata Iblis ; “Ya Nabi Allah, apabila orang Islam menunaikan sembahyang maka itulah merupakan satu-satunya kesusahan bagiku, akan mengiggillah seluruh tubuhku dan lemah longlailah segala sendi dan tulangku. Diwaktu itulah aku akan mengarahkan segala bala tenteraku untuk menganggu umat Islam yang sedang mendirikan sembahyang itu, setengah bala tenteraku akan duduk diatas badan orang yang sedang sembahyang supaya dia akan merasa malas dan segan untuk mengerakkan diri didalam sembahyang.”

“Setengah bala tenteraku pula akan masuk kedalam hati orang yang sedang sembahyang lalu mewas-waskan didalam sembahyang itu dan dia akan terlupa berapa rekaat yang telah dikerjakannya dan berapa rekaat yang masih tinggal, atau akan mewas-waskan sembahyang itu dengan mengingatkan sesuatu dengan dunia yang dapat melalaikan hatinya dari sembahyang itu, yang mana fikirannya akan melayang kepada apa kerja yang ia belum habiskan lagi, atau mengingatkan dia akan isteri dan anak-anak yang disayanginya, atau kepada wang ringgit, pangkat dan darjat. Maka dengan ini akan hilanglah khusyuk dalam sembahyang dan aku akan dapat kemenangan, sebab akan menghilangkan rasa ihsan dalam ibadahnya.”

Berkata Iblis lagi ; “Setengah bala tenteraku akan duduk di telinga orang yang sedang sembahyang, ini adalah supaya telinganya akan mendengar akan suara lain dengan jelas dan terang sekali, hal ini akan menyebabkan sembahyangnya sudah tidak ada lagi keikhlasan kepada Allah. Dan setengahnya pula akan duduk dibelakang orang sembahyang, hal ini akan membuat dia tidak akan dapat duduk lama dalam sembahyang itu dengan membaca ayat-ayat yang pendik sahaja dan dan meninggalkan sunat tanpa bertasbih dan berdo’a dan sebagainya. Kesemua hal ini akan mengurangkan pahala sembahyang anak Adam.”

“Apabila aku mendapat tahu kelemahan yang terdapat pada seorang anak Adam itu maka aku akan menghantar sebanyak mungkin tenteraku yang khas untuk kelemahan itu, dan aku akan mencuba menjauhkan diri orang Islam itu dari Allah dan dia akan membenci kepada agama dan benci kepada apa sahaja kebenaran yang datang dari Tuhannya, dan akhirnya dia akan merasa berat untuk mengerjakan kebaikan dan selalu sahaja akan suka membuat kejahatan. Maka dikala itu dia akan menjadi sebahagian dari sahabatku, sesiapa sahaja yang suka melakukan ibadah dengan terburu-buru janji cepat habis maka dia adalah karib dan kerabatku.”

[tweetmeme only_single="false"]