Salah seorang sahabat Anas bin Malik ra berkata : " Iblis laknat telah bertanya kepada Allah swt antaranya ; berkatalah iblis kepada Allah swt : Ya Tuhanku,engkau telah memberikan kepada anak Adam itu temapt kediaman iaitu rumah untuk berzikir kepada Mu,tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku".
Firman Allah yang bermaksud "wahai iblis ,tempat kediamanmu ialah bilik air ( tandas )
berkata iblis " Ya Tuhanku,engkau telah memberikan kepada anak adam itu temapat untuk mereka berkumpul (masjid dan surau)dimanakah tempat bagiku berkumpul?"
firman Allah swt yang bermaksud "wahai iblis ,temapat untuk kamu berkumpul ialah dipasar-pasar (pusat membeli belah,pesta2,kelab2 malam,majlis2 maksiat dan temapt2 hiburan dan sebagainya)"
berkata iblis "Ya Tuhanku engkau telah memberikan kepada anak Adam Itu kitab untuk mereka baca ( al Quran ) tunjukkanlah kepadaku apa bahan bacaan bagi ku?"
firman Allah swt yang bermaksud " wahai iblis ,bahan bacaanmu ialah syair ( sajak dan yang bersangkutan dengannya )
berkata iblis "Ya Tuhanku ,engkau telah berikan anak Adam cerita-cerita yang benar(kata-kata) benar apakah cerita bagiku?"
Firman Allah swt "wahai iblis ,cerita bagimu ialah kata-kata dusta ( berbohong dan yang bersangkutan dengannya"
berkata iblis "Ya Tuhanku engkau telah berikan azan pada anak-anak Adam untuk mereka mengajak orang datang (mengumpulkan orang untuk solat jemaah).apakah azanku (untuk mengumpul orang)'
Firman Allah swt "wahai iblis azan untukmu ialah seruling"
berkata iblis "Ya Tuhanku ,engkau telah mengutus para utusanmu (nabi dan rasul) kepada anak-anak Adam apakah utusan bagiku"
Firman Allahswt wahai iblis para utusanmu adalah terdiri daripada duku(dan yang lebih kurang dengannya)
berkat iblis "Ya Tuhanku engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran) untuk anak Adam.apakah tulisan bagiku?"
firman Allahswt "wahai iblis tulisanmu ialah tulisan gincu yang palsu di badab (seperti lukisan dibadan dan lengan ,tahi lalat yang diada-adakan dan yang sewaktu dengannya)
berkata iblis "Ya Tuhanku engkau telah memberikan anak-anak Adam itu perangkap ,apakah perangkap bagiku?"
firman Allah swt wahai iblis perangkap bagimu adalah para wanita?"
berkat iblis "Ya tuhanku engkau telah berikan makanan pada anak Adam.apakah makanan untukku?"
firman Allah swt "makananmu adalah sesuatu yang tidak disebutkan nama Ku?"
berkata iblis " Ya Tuhanku engkau telah berikan yang minuman yang halal untuk anak Adam .apakah minuman untukku?"
firman Allah swt " wahai iblis untukmu adalah minuman yang memabukkan"?