Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan.
Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi.Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.
Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika
sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang
emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis
dengan bajunya. Lantas Allah berfirman 'Bukankah Aku
lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi
Ayub mejawab 'Ya benar, demi keagunganMu apalah makna
kekayaan tanpa keberkatanMu'. Kisah ini menegaskan
betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang
dikurniakan oleh Allah.
Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.
1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.
2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh
Allah.
3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal
4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab
dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak
yatim.
5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh
setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan).
Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.
6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah
bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian
tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah
mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu
barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh.
Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam
harta kita ada hak mereka.
7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi
pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan
sebagai menegakkan syiar Islam.
8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi.
Ini jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92
9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat.
(Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia)
10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri
dan juga melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi
9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca
daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja
(10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi
rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap
dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan
bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak.
Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang
makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri
oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti
ini, seluruh umat Islam berdosa.
11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan
suami.
Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi,
semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada
manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku,
kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan
hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru
'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)'
Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk
dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta
adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka.
Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka
walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi
Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam
api.
Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi
Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.
Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas,
insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan
kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas
atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan
ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi.
Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah
akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak
ketahui.
Sekian, wallahualam.