Friday, June 10, 2011

Ilmu dari seekor Ulat

 

image

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud AS sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab AZ-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.

Lalu Nabi DaudAs berkata pada dirinya,”apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”
Sebaik sahaja Nabi Daud AS selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata.”Wahai Nabi Allah, Allah SWT telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah menilhamkan kepada ku supaya membaca ‘Allahuma solli ala muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wasohbihi wasallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali”.

Setelah ulat merah itu berkata demikian maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud AS, “apakah yang dapat kamu katakana kepadaku agar aku dapat faedah dari mu?”
Akhirnya Nabi Daud menyedari kesilapan kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah SWT maka Nabi Daud AS pun bertaubat. Sebagai tauladan janganlah kita memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi. Jangan terlalu mendongak langit hingga lupa rumput di bumi, duduklah walaupun setinggi KLCC mati esok dalam tanah juga …..

[tweetmeme only_single="false"]