Wednesday, June 1, 2011

Ingat Allah!Ingat Allah!

 

image

Pada suatu hari saya's Bin Qais(seorang munafiq) lalu dihadapan sekelompok Muslimun Ansar yang terdiri dari suku Aus dan Khazraj. Mereka sedang berkumpul beramah tamah. Melihat kejadian itu saya's Bin Qais menjadi sakit hati, apa lagi dia tahu kedua suku itu sebelum Islam adalah paling bermusuhan. Timbul fikiran jahat di hatinya, bagaimana dia dapat merosakkan persaudaraan dua suku ini, agar kembali bermusuhan.

Dicarinya seorang yahudi agar menceburkan diri di tengah Muslim Aus dan Khazraj itu. Pemuda ini mula mengingat-ingatkan kembali masa silam kedua suku ini yang sangat bermusuhan. Diingatkan tentang perang Bu'atas yang menelan benyak korban
kedua belah pihak. Mendengar itu dua orang pemuda menjadi naik darah, diikuti oleh suku masing-masing. Masing-masing mahu mengumpulkan senjata untuk berperang.

Seseorang telah membawa berita ini kepada Rasulullah SAW. RAsulullah SAW segera pergi kepada mereka dan berkata:

"Ya ma'syaral muslimin, INGAT ALLAH, INGAT ALLAH, apakah kamu mahu kembali ke zaman jahiliyyah, sedang aku sendiri masih berada di tengah-tengah kamu? Sesudah Allah menunjuki kamu kepada Islam, dan Allah sudah memuliakan kamu, telah menghilangkan sisa-sisa jahiliyyah dari kamu, Allah telah cabut dirimu dari kekafiran, sehingga kamu seolah-olah menjadi saudara kandung?"

Mendengar ucapan Rasulullah SAW tersebut mereka menjadi sedar, sedar bahawa mereka sudah dimasuki pengaruh syaitan yang ditiupkan oleh pemuda Yahudi tadi. Begitu hebat kesadaran mereka hingga mereka bersama-sama mengluarkan air mata terharu, lalu berdiri berangkulan di antara mereka. Lalu mereka bersama Rasulullah SAW meninggalkan tempat itu menuju masjid untuk bersolat berjemaah.

*********************************************
Assalammualaikum...
Semoga menjadi pengajaran. Rasulullah SAW telah tiada lagi bersama kita...tapi ingatlah pesanan beliau...ingatlah wahai umat Islam... igatlah...sesungguhnya setiap Muslim itu Bersaudara. Rasulullah SAW Nabi tercinta, amat tidak suka melihat umatnya bergaduh atau berperang antara satu sama lain.
Ingatlah...Ingatlah Rasul...Ingatlah Allah...

*********************************************

Sebahagian dari khutbah terakhir Rasulullah SAW:

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah 'Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang
lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu
awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku."

*********************************************

DOA:

Ya Allah, janganlah Engkau, jadikan hati kami condong kepada kesesatan, setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmatMu, wahai Tuhan kami, ya
Allah kurniakanlah kami taufik dari sisiMu untuk mentaatiMu dan untuk mentaati kekasihMu Muhammad s.a.w., ya Allah kurniakanlah kami taufik dari sisiMu untuk memberikan pengurbanan dijalanMu,
ya Allah pimpinilah kami kepuncak pengurbanan dan mujahadah,ya Allah terimalah kami untuk dakwah agamaMu, ya Allah terimalah sekalian umat Muhammad s.a.w. untuk perjuangan agamaMu, ya Allah kurniakanlah kami taufik sejati dari sisiMu
untuk berjihad dan berjuang dijalanMu agar dapat kami mengikut jejak langkah kekasihMu Muhammad s.a.w. untuk memperbaharui iman denganMu, untuk beribadat kepadaMu, untuk meluaskan ilmu
pengetahuan agamaMu, untuk mengingatiMu dan untuk menyempurnakan akhlak dan moral menurut kehendak-kehendakMu, ya Allah kurniakanlah kami taufik dari sisiMu, agar dapat kami sempurnakan sembahyang, puasa, zakat, haji dan
ibadat-ibadat semuanya yang kami kerjakan.

Ya Allah ya Tuhan kami, hidupkanlah amalan-amalan yang Engkau ridhai pada rumahtangga dan masyarakat kami, wahai Maha Adil, hidupkanlah keadilan, kebaktian dan amalan-amalan yang saleh pada masyarakat dan negara kami.

Ya Allah ya Tuhan kami, selamatkanlah kami dan seluruh umat baginda Muhammad s.a.w. dari kesesatan dan dari para penyesat, dan sesuaikanlah pendirian mereka dengan para pejuang agamaMu, ya Allah hindarkanlah umat
Muhammad s.a.w. dari tipu daya dan ajaran-ajaran yang sesat bangsa-bangsa Yahudi, Nasara, Musyrikin dan Mulhidin (yang tidak bertuhan kepada Tuhan yang Maha Esa) dan kembalikanlah mereka kepada ajaran-ajaran serta sunnah baginda
Muhammad s.a.w.

Ya Allah ya Tuhan kami kurniakanlah hidayah dan petunjuk sejati kepada seluruh umat manusia, kurniakanlah hidayah kepada penduduk-penduduk
negara ini, kurniakanlah hidayah kepada pembesar-pembesar negara ini,kurniakanlah hidayah kepada gulungan kecil dan gulungan besar.

Ya Allah, lenyapkanlah penipuan dan pengecohan, lenyapkanlah kezaliman dan penindasan, lenyapkanlah pencurian dan perompakan, lenyapkanlah sogok dan rasuah. Ya Allah, kekalkanlah keadilan, semangat bantu membantu, tolong-menolong serta persahabatan dan persaudaraan hakiki.

Ya Allah peliharalah kami dari azab kubur dan barzakh, peliharalah kami dari azab Hasyar dan selamatkanlah kami dari titi sirat dan peliharalah kami dari azab neraka jahannam.

amin..

[tweetmeme only_single="false"]