Monday, June 13, 2011

Mengingati Al-Quran

 

image

Abu Said .a meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:

Allah s.w.t. berfirman: sesiapa yang mendapati tidak ada masa untuk mengingati dan memohon rahmat daripada Ku dan kelebihan membaca kalimah Allah keatas sekalian kalimah sebagaimana kelebihan Allah berikan kepada makhluknya"

Dengan kata lain, perbandingan mereka yang memohon rahmat kepada Allah pasti akan menerima kurnia atau ganjaran yang lebih baik daripada orang yang sibuk menghafaz Al-Quran dan belajar memahami yang ia tidak ada masa untuk memohon doa.

Seorang ahli (Al-Quran) bermakna seseorang itu menghafaz Al-Quran dan membaca adalah lebih terpuji jika seseorang itu menguasai maknanya dan juga maksudnya, akan ada dikalangan para malaikat-malaikat seumpama papan Lauh Mahfuz (papan Lauh yang terpelihara oleh Allah) dan juga menyampaikan kepada orang lain melalui bacaannya. Dengan ini kedua duanya mempunyai pekerjaan yang sama atau akan berada bersama-sama, dengan malaikat di pengadilan nanti.

Seseorang yang tidak lancar bacaannya akan mendapat ganjaran dua kali ganda, satu untuk bacaan dan satu lagi kerana berusaha membaca Al-Quran walaupun tersekat-sekat dalam bacaannya. Hal ini bermakna ganjaran untuknya melebihi daripada orang yang menjadi ahli. Ganjaran bagi seorang ahli pula adalah begitu tinggi sekali sehingga dia akan berada di kalangan para malaikat.

Dalam usaha membaca Al-Quran di samping segala kesukaran dan tersekat-sekat itu akan mendapat ganjaran yang berasingan, dengan yang demikian membaca A-Quran sepatutnya janganlah ditinggalkan.

Ali al-Qari menyatakan daripada riwayat Al-Tabrani dan al- Baihaqi:

bahawa seseorang yang payah untuk menghafaz Al-Quran tetapi terus juga mempelajarinya di dalam hati akan mendapat dua kali ganda ganjaran. Begitu juga seseorang yang ingin menghafaznya tetapi tidak berkebolehan untuk melakukannya dan tidak berputus asa daripada membacanya akan dikira oleh Allah yang Maha Kuasa sebagai menghafaz di hari kebangkitan nanti.

[tweetmeme only_single="false"]