Wednesday, June 29, 2011

Solat sewaktu gerhana bulan dan matahari

 

image

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna: Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.

Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau rukuk dengan rukuk yang panjang, sedang rukuk ini berkurang dari rukuk pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bersyukurlah kepada solat gerhana” (Riwayat Bukhari)

Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali rukuk dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali rukuk dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan rukuk ataupun sujud yang lebih lama daripada itu” (Sahih Muslim)

Secara ringkasnya seperti berikut:

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya: “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Rakaat Pertama
Takbiratul Ihram.
Membaca doa iftitah.
Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
Membaca surah Al-Fatihah.
Membaca mana-mana surah,yang terlebih afdhal surah ABaqarah.
Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
Iktidal (AllahuAkbar)serta membaca surah Al-Fatihah dan membaca ali-Imran atau mana-mana surah.
Rukuk dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
Sujud dan membaca tasbih.
Duduk antara 2 sujud.
Sujud kembali.
Berdiri ke rakaat kedua.

Rakaat Kedua
Membaca surah Al-Fatihah.
Membaca surah An-Nisa’ atau mana-mana surah.
Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa rukuk.
Iktidal (AllahuAkbar) serta membaca surah Al-Fatihah dan membaca surah Al-Maidah atau mana-mana surah.
Rukuk dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
Sujud dan membaca tasbih.
Duduk antara 2 sujud.
Sujud kembali.
Membaca tasyahud akhir.
Memberi salam.

Nota:
Tiada iqamah tapi cukup sekadar ucapan :
( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
Mana-mana surah hendaklan mengikut susunan surah dari Al-Quran
Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

Dari Aisyah r.a. berkata: Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana” (Riwayat Bukhari)

[tweetmeme only_single="false"]