Thursday, July 21, 2011

KEISTIMEWAAN HARI JUMAAT

 

1. Hari Jumaat adalah penghulu segala hari, lebih mulia drp hari raya Aidil Fitri dan hari raya Aidil Adha. Di antara perkara yang telah dan akan berlaku pada hari Jumaat ialah ;

a)  Adam dijadikan
b) Adam dimasukkan ke Syurga
c) Adam dikelaurkan dari Syurga dan dihantar ke dunia (Bumi)
d) Adam dimatikan
e) Hari Kiamat akan berlaku
f) Terdapat satu masa yg mana doa amat makbul.

عَنْ أَبِي لُبَابَةَ بْنِ عَبْدِ الْمُنْذِرِ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ سَيِّدُ الْأَيَّامِ وَأَعْظَمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَهُوَ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ يَوْمِ الْأَضْحَى وَيَوْمِ الْفِطْرِ فِيهِ خَمْسُ خِلَالٍ خَلَقَ اللَّهُ فِيهِ آدَمَ وَأَهْبَطَ اللَّهُ فِيهِ آدَمَ إِلَى الْأَرْضِ وَفِيهِ تَوَفَّى اللَّهُ آدَمَ وَفِيهِ سَاعَةٌ لَا يَسْأَلُ اللَّهَ فِيهَا الْعَبْدُ شَيْئًا إِلَّا أَعْطَاهُ مَا لَمْ يَسْأَلْ حَرَامًا وَفِيهِ تَقُومُ السَّاعَةُ مَا مِنْ مَلَكٍ مُقَرَّبٍ وَلَا سَمَاءٍ وَلَا أَرْضٍ وَلَا رِيَاحٍ وَلَا جِبَالٍ وَلَا بَحْرٍ إِلَّا وَهُنَّ يُشْفِقْنَ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ

Dari Abu Lubanah bin Abdul Munzir, Rasulullah SAW telah bersabda ; Sesungguhnya hari Jumaat itu penghulu segala hari, semulia hari di sisi Allah dari Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. Pada hari Jumaat itu terdapat 5 perkara ; Allah telah menciptakan Adam, Adam diturunkan ke dunia, Adam dimatikan, padanya (Jumaat) terdapat satu ketika (masa)  dimana tiada siapapun yang meminta kepada Allah, Allah pasti menunaikan permintaannya selagi dia tidak meminta perkara haram, padanya (Jumaat) terjadinya hari Kiamat. Tidak ada malaikat Muqarrab, malaikat menjaga langit, malaikat menjaga dunia, malaikat menjaga angin, malaikat menjaga gunung, malaikat menjaga laut, melainkan semuanya merasa kasih pada hari Jumaat.   Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ وَفِيهِ أُخْرِجَ مِنْهَا وَلَا تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda : Sebaik-baik hari ialah hari Jumaat. Padanya Adam dijadikan, Adam dimasuk dan dikeluarkan dari Syurga, Tidak berlakunya hari Kiamat kecuali pada hari Jumaat.   Hadis Riwayat Muslim, Malik, Nasaie, Abu Daud dan Ahmad.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ فِيهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ وَفِيهِ أُخْرِجَ مِنْهَا وَلَا تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ

Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW telah bersabda :  Sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, padanya dijadikan Adam dan pada hari tersebut Adam dimasukkan ke Syurga dan dikeluarkan dari Syurga, Tidak akan terjadi Kiamat kecuali hari Jumaat. Hadis Riwayat Turmizi.

2. Hari Jumaat adalah hari kebesaran umat Islam. Allah telah memilih hari Jumaat sebagai hari kebesaran umat Islam lebih dahulu urutannya drp orang Yahudi yang memilih hari Sabtu dan orang Nasrani memilih hari Ahad sedangkan mereka lebih dahulu diutuskan ke dunia. Jadi umat Yahudi dan Nasrani telah terkemudian.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَضَلَّ اللَّهُ عَنْ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا كَانَ لِلْيَهُودِ يَوْمُ السَّبْتِ وَالْأَحَدُ لِلنَّصَارَى فَهُمْ لَنَا تَبَعٌ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ نَحْنُ الْآخِرُونَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَالْأَوَّلُونَ الْمَقْضِيُّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلَائِقِ

Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW telah bersabda : Allah SWT telah menyesatkan tentang hari Jumaat umat-umat terdahlul sblm kita, orang Yahudi telah memilih hari Sabtu sementara orang Nasrani memilih hari Ahad. Mereka mengikut kita pada hari Kiamat. Kita umat terakhir di dunia tetapi umat terawal dihisab sebelum makhluk lain.  Hadis Riwayat Muslim dan Ibnu Majah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْنُ الْآخِرُونَ الْأَوَّلُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوتِينَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوا فَهَدَانَا اللَّهُ لِمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ مِنْ الْحَقِّ فَهَذَا يَوْمُهُمْ الَّذِي اخْتَلَفُوا فِيهِ هَدَانَا اللَّهُ لَهُ قَالَ يَوْمُ الْجُمُعَةِ فَالْيَوْمَ لَنَا وَغَدًا لِلْيَهُودِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى

Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW telah bersabda :  Kita adalah umat yg terakhir, tetapi umat yg terdahulu pada hari kiamat. Kita adalah umat yang paling awal masuk ke syurga, sedangkan mereka telah menerima kitab sebelum kita, kita diberikan kitab selepas mereka, mereka telah berbalah. Allah telah memberi hidayah kepada kita tentang perkara yg mereka perselisihkan. Inilah hari di mana mereka berselisih tentangnya. Allah telah memberi hidayah kepada kita. Hari Jumaat adalah hari (kebesaran) kita, esok (sabtu) hari kebesaran Yahudi dan lusa (Ahad) hari kebesaran Nasrani.   Hadis Riwayat Muslim.

3. Disunatkan mandi pada hari Jumaat bagi sesiapa yang hendak ke masjid utk solat Jumaat. Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang bersih, memakai wangian dan bersiwak.

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ هَذَا يَوْمُ عِيدٍ جَعَلَهُ اللَّهُ لِلْمُسْلِمِينَ فَمَنْ جَاءَ إِلَى الْجُمُعَةِ فَلْيَغْتَسِلْ وَإِنْ كَانَ طِيبٌ فَلْيَمَسَّ مِنْهُ وَعَلَيْكُمْ بِالسِّوَاكِ

Dari Ibnu Abbas RA bahawa Nabi SAW telah bersabda : Hari ini (Jumaat) adalah hari raya yang dijadikan untuk orang-orang muslim. Sesiapa yang pergi utk solat Jumaat, hendaklah dia mandi. Jika ada wangian  hendaklah dia memakainya, dan hendaklah dia mengosok gigi (siwak).  Hadis Riwayat Ibnu Majah.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ  الْجُمُعَةَ فَلْيَغْتَسِلْ

Dari Abdullah bin Umar RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ; Apabila kamu ingin pergi menunaikan solat Jumaat, hendaklah kamu mandi.  Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Malik, Abu Daud, Turmizi, Ibu Majah, Nasaie dan Ahmad.

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ غُسْلُ يَوْمِ  الْجُمُعَةِ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُحْتَلِمٍ

Dari Abu Said al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, mandi pada hari Jumaat wajib ke atas org yang berjunub (mimpi keluar mani) - sudah baligh.  Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Malik, Abu Daud, Nasaie, Ibu Majah dan Ahmad.

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ بَيْنَمَا هُوَ قَائِمٌ فِي الْخُطْبَةِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ إِذْ دَخَلَ رَجُلٌ مِنْ الْمُهَاجِرِينَ الْأَوَّلِينَ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنَادَاهُ عُمَرُ أَيَّةُ سَاعَةٍ هَذِهِ قَالَ إِنِّي شُغِلْتُ فَلَمْ أَنْقَلِبْ إِلَى أَهْلِي حَتَّى سَمِعْتُ التَّأْذِينَ فَلَمْ أَزِدْ أَنْ تَوَضَّأْتُ فَقَالَ وَالْوُضُوءُ أَيْضًا وَقَدْ عَلِمْتَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَأْمُرُ بِالْغُسْلِ

Ibnu Umar r.a. mengatakan bahwa Umar ibnul-Khaththab ketika sedang berdiri khutbah Jumat tiba-tiba masuklah seorang laki-laki dari golongan kaum Muhajirin Awwalin (Muhajirin dari golongan yang terawal).  Lalu, Umar berseru kepadanya, "Masa apakah ini  ?" Orang itu menjawab, "Aku disibukkan oleh suatu hal, maka tiada kesempatan bagiku untuk pulang kepada keluargaku, sehingga aku mendengar suara azan. Oleh sebab itu, aku tidak dapat berbuat lebih dari pada berwudhu saja." Umar berkata, "Juga hanya berwudhu saja, padahal Anda tentu mengetahui bahwa Rasulullah menyuruh mandi?"  Hadis Riwayat Bukhari.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ غُسْلَ الْجَنَابَةِ ثُمَّ رَاحَ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَدَنَةً وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّانِيَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَقَرَةً وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّالِثَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ كَبْشًا أَقْرَنَ وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الرَّابِعَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ دَجَاجَةً وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الْخَامِسَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَيْضَةً فَإِذَا خَرَجَ الْإِمَامُ حَضَرَتْ الْمَلَائِكَةُ يَسْتَمِعُونَ الذِّكْرَ

Dari Abu Hurairah RA  bahwa Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang mandi Jumat seperti mandi junub kemudian berangkat (ke masjid), maka seolah-olah ia berkorban unta. Barangsiapa yang berangkat pada saat yang kedua, maka seolah-olah ia berkorban lembu. Barangsiapa yang berangkat pada saat ketiga, maka seolah-olah ia berkorban kibas yang bertanduk. Barangsiapa yang berangkat pada saat yang keempat, maka seolah-olah ia berkorban ayam. Dan, barangsiapa yang berangkat pada saat kelima, maka seolah-olah ia berkorban telur. Apabila imam keluar (naik mimbar), maka para malaikat mendengarkan khutbah."   Hadis Riwayat Bukhari,  Muslim, Abu Daud, Turmizi, Nasaie dan Ahmad.

4. Sesiapa yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat akan terhindar drp fitnah (soalan/seksa ) kubur.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ

Dari Abdullah bin Amru, Rasulullah SAW telah bersabda, Tidak ada seorangpun di kalangan org Islam yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat, melainkan Allah memeliharanya drp fitnah (soalan/seksa ) Kubur. Hadis Riwayat Ahmad dan Turmizi.

5. Mendapat cahaya di antara 2 Jumaat kepada sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi di hari Jumaat.

 مَنْ قَرَأَ سُوَرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ

Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah SWT akan menerangkannya dengan cahaya di antara 2 Jumaat. Hadis Riwayat an-Nasaie, al-Baihaqi dan al-Hakim.

6. Menghapuskan dosa di antara 2 Jumaat, selagi tidak melakukan dosa-dosa besar.

عَنْ سَلْمَانَ الْفَارِسِيِّ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْتَسِلُ رَجُلٌ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَيَتَطَهَّرُ مَا اسْتَطَاعَ مِنْ طُهْرٍ وَيَدَّهِنُ مِنْ دُهْنِهِ أَوْ يَمَسُّ مِنْ طِيبِ بَيْتِهِ ثُمَّ يَخْرُجُ فَلَا يُفَرِّقُ بَيْنَ اثْنَيْنِ ثُمَّ يُصَلِّي مَا كُتِبَ لَهُ ثُمَّ يُنْصِتُ إِذَا تَكَلَّمَ الْإِمَامُ إِلَّا غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ الْأُخْرَى

Dari Salman al-Farisi, Rasulullah SAW telah bersabda : Tidak seorangpun lelaki yang mandi pada hari Jumaat, kemudian mengambil wudhu dengan sempurna untuk mensucikan diri, kemudian memakai minyak rambut dan mengemaskan dirinya, kemudian menggunakan wangian pada pakaian yang dipakainya dan keluar datang ke masjid,tidak menyakitkan antara dua orang, tidak mengganggu ketenteraman orang lain dan kemudian ia bersembahyang, kemudian diam ketika imam berkhutbah, melainkan diampunkan dosanya di antara 2 Jumaat.  Hadis Riwayat Bukhari.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ كَفَّارَاتٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ مَا لَمْ تُغْشَ الْكَبَائِرُ

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Solat Fardhu 5 waktu, solat Jumaat ke solat Jumaat yng berikutnya, adalah (kafarah) penebusan dosa di antaranya selagi tidak melakukan dosa-dosa besar.  Hadis Riwayat Turmizi.

[tweetmeme only_single="false"]