Monday, July 11, 2011

Kendalikan Perasaan Anda

 

 

Begitulah manusia ketika sedang bermusuh dengan seseorang, ia cenderung mengherdik dan mencelanya dan melupakan seluruh kebaikan orang yang tidak disukainya begitu sahaja.

Demikian pula ketika mana ia menyukai orang lain, dia akan segera melupakan kekurangannya,bahkan orang itu akan terus dipuja malah disanjung setinggi-tingginya seolah-olah tidak ada cacat celanya.

"Cintailah sesuatu yang kamu cintai sekadarnya sahaja, kerana siapa tahu suatu saat nanti ia akan menjadi sesuatu yang kamu benci; dan bencilah sesuatu yang kamu benci itu sekadarnya sahaja, kerana siapa tahu suatu saat nanti ia akan menjadi sesuatu yang kamu cintai".

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w bersabda :
"Aku memohon kepadaMu (ya Allah) agar aku selalu boleh bersikap sederhana,baik ketika marah mahupun senang".

Oleh yang demikian,barangsiapa yang mampu mengawal emosinya, mengendalikan aqalnya serta menimbang segalanya dengan benar, maka ia akan mudah melihat sesuatu itu dengan kebenaran,mengetahui petunjuk dan memutuskan sesuatu dengan benar.

Sesungguhnya Islam datang dengan membawa misi keadilan,keseimbangan, akhlak dan menuntut ke jalan yang lurus, sebagaimana Islam juga datang dengan membawa manhaj yang lurus, syariat yang diredhai dan agama yang suci.

" Dan, demikianlah (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan " (surah Al-Baqarah ayat 143).

Oleh kerana itu, keadilan merupakan tuntutan yang harus diutamakan sebagaimana ia diperlukan dalam penerapan hukum. Sesungguhnya agama ini dibina atas dasar kebenaran dan keadilan iaitu; benar dalam memberikan berita-berita Ilahi dan adil dalam menetapkan sesuatu hukum, perkataan, perbuatan dan akhlak.

" Telah sempurnalah Kalimah Rabbu ( Al-Quran) sebagai kalimah yang benar dan adil " (suran Al-An'am ayat 115)

[tweetmeme only_single="false"]