Terdapat 3 jenis lintasan hati manusia , iaitu lintasan ilham, lintasan was-was dan lintasan hawa nafsu. Menurut iman al-Ghazali, secara umumnya lintasan hati terbahagi kepada empat :
Lintasan hati : apa yang datang pada permulaannya yang dijadikan Allah s.w.t.
Hawa nafsu : lintasan hati yang dijadikan Allah s.w.t. sesuai dengan tabiat manusia.
Lintasan ilham : lintasan hati yang dijadikan oleh Allah s.w.t. hasil daripada ajakan malaikat mulham.
Lintasan was-was : lintasan hati yang dijadikan oleh Allah s.w.t. hasil daripada ajakan dan bisikan syaitan.
Lintasan hati manusia ini kadangkala berbentuk kebaikan dan kadangkala berbentuk kejahatan sebagai ujian dan cubaan.